Anda di halaman 1dari 15

Nilaikan pemikiran dan kerjaya Sayyid Qutb secara kritis

Asy-Syahid Sayyid Qutb adalah seorang pemikir Islam dan penulis yang mempunyai keazaman yang kuat. Beliau berjuang ataupun lebih afdhal disebut berjihad di tengah-tengah kerajaan yang zalim dengan penuh taqwa. Ini adalah bertujuan untuk meruntuhkan jahiliyah moden dan mendirikan kerajaan Islam di atas keruntuhan tersebut. Sebagai seorang Mujahid beliau menghadapi semua ini dengan penuh sabar dan tabah. Terlebih dahulu adalah lebih baik dilihat sedikit latar belakang Sayyid Qutb sebelum membincangkan soal kerjaya atau corak pemikiran beliau. Sayyid Qutb dilahirkan pada 1906 di Asyut, Mesir. Mesir pada masa tersebut dibawah penjajahan British ( meninggal pada 1849 ) ternyata

.Pemerintahan Mesir dibawah Muhammad Ali

mengambil sikap dan pendekatan dengan kuasa barat khususnya Perancis dan Inggeris
1

.Sayyid Qutb dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang benar-benar

kominted di dalam soal merealisasikan ajaran Islam di dalam kehidupan. Ini amat jelas di dalam tulisan Sayyid Qutb dalam karya-karya beliau yang diceritakan tentang kedua ibu-bapanya di dalam soal ibadat dan menjalani kehidupan seharian. Oleh itu, Sayyid Qutb dididik dengan cara hidup yang sempurna dengan pengajian Al-Quran dan lain-lain pengajian Islam.

Tetapi apabila Sayyid Qutb memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera pada 1933, beliau mula berjinak-jinak dengan corak pemikiran kesusasteraan. Banyak karyakarya beliau agak bertentangan dengan Islam. Sebab itu Sayyid Qutb tidak memulakan

1. Mohd Fauzi Zakaria 1993 . Tokoh-Tokoh pemikir islam .Petaling Jaya , Budaya Ilmu Sdn Bhd , Hal 239 .

hidupnya sebagai seorang pencinta Islam seperti Asy Syahid Hassan al-Banna atau Dr Abdul Qadir Audah, tetapi termasuk di kalangan golongan yang turut terpukau dan memuja tamadun barat.2 Tetapi cinta beliau terhadap Islam mula memuncak apabila

mengkaji keseluruhan risalah karangan Hasan al-Banna dan kehidupannya. Setelah itu beliau berjanji kepada Allah untuk memikul amanah perjuangan al-Banna dan akan mengikuti jejak langkahnya sehingga menemui kematian di jalan yang sama. Setelah ini baru beliau berubah menjadi penentang barat yang kuat dan penentang tamadun barat yang cukup lantang dan berani. Jika hendak dilihat tentang pemikiran dan kerjaya Sayyid Qutb adalah lebih baik dilihat kehidupan beliau dalam empat peringkat. Peringkat pertama daripada 1906

hingga 1919, peringkat kedua daripada 1919 hingga 1939, peringkat ketiga daripada tahun 1939 hingga 1951 dan peringkat keempat 1951 hingga 1966. Pada peringkat pertama 1906 hingga 1919 adalah fasa awal Sayyid Qutb memperolehi pendidikan awal. Beliau memperolehi pendidikan awal dalam suasana kampung dan pada peringkat ini beliau sudahpun menghafaz seluruh Al-Quran. 3 Dalam tempoh ini beliau telah memperolehi didikan agama dan hidup dalam suasana persekitaran Islam. Beliau telah menamatkan pengajian rendahnya dalam tempoh empat tahun sahaja, ini adalah di atas kebolehan dan kecerdasannya sehingga gurunya sendiri cukup berpuashati. Seterusnya menyambung pelajaran di Kaherah, tetapi tidak

kesampaian kerana revolusi telah mula berlaku. Dalam tempoh kehidupan awal ini beliau sudahpun dididik dalam suasana Islam yang sejati samada secara langsung atau

2 3

Abdul Rahman Haji Abdullah 1987 , Pemikiran Islam Masa Kini .Kuala Lumpur , DBP , Hal 234 . Mohd Fauzi Zakaria , op cit ,hal 364

tidak langsung oleh keluarga dan sekolahnya, mahupun tidak langsung daripada persekitaran desanya.

Peringkat kedua kehidupan Sayyid Qutb bermula ketika beliau berusia 14 tahun iaitu pada tahun 1920. Peringkat ini menyorot beliau kepada dua sudut iaitu sudut pertama menyorot kehidupannya di alam persekolahan samada sebagai pelajar atau pengajar dan sudut kedua menyorot aliran pemikiran beliau. 4 Aliran yang jelas tertonjol di dalam peringkat ini ialah sebagai sasterawan dan pengkritik sosial. Pada peringkat awal di Kaherah beliau telah menamatkan pengajian di Sekolah Latihan Perguruan Rendah dan menjadi guru sekolah rendah. Kemudian memasuki Sekolah Menengah di Qahirah iaitu di Tajhiziah Dar al-Ulum. Seterusnya memasuki Universiti Qahirah pada 1929 dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1933. Setelah itu dalam tempoh enam tahun selepas memperolehi Ijazah beliau telah bertugas sebagai guru. Suasana kehidupan di Kaherah yang penuh dengan pelbagai masalah sosial dan keruntuhan nilai-nilai kesusilaan manusia telah menjinakkan Sayyid Qutb ke bidang penulisan. Tambahan pula peluangnya terbuka luas apabila pasaran akhbar berkembang dengan baik dan ini ditambah dengan beban untuk menanggung kos kehidupan keluarganya.

Aliran pemikiran yang menentang keburukan sosial sebenarnya ada kaitan dengan penganggotaan Sayyid Qutb dalam Parti al-Wafd. Melalui parti ini beliau telah diberi ruang di dalam akhbar al-Balagh iaitu akhbar terbitan al-Wafd. Melalui ruang ini beliau banyak menulis syair, makalah sastera, idea-idea seni dan pandangan politik. Pada masa
4

Mohd Fauzi Zakaria . Op cit , hal 253 .

ini

beliau terlalu minat kepada kesusasteraan Inggeris dan menjadi sangat ekstrim Malah kerap mengkaji kesusasteraan Inggeris dan membuat

terhadapnya.5

penterjemahan ke dalam bahasa Mesir. Dalam tempoh yang singkat penyertaan beliau dalam bidang penulisan beliau meletakkan namanya setaraf dengan Abbas Mahmud Aqqad, Mustafa Sadiq al-Rafii dan Taha Husain. Karya-karya Sayyid Qutab mula termuat di dalam akhbar atau majalah yang memuatkan hasil karya para penulis-penulis terkenal. Pada peringkat ini penglibatan Sayyid Qutb dalam aliran kesusasteraan

mempunyai pertentangan dengan ajaran Islam. Pada aliran kesusasteraan beliau menjadi pengikut Aqqad yang memisah kesenian dengan Al-Quran. Malah Sayyid Qutb terlanjur mengatakan bahawa sastera dan syair adalah kesenian jiwa manusia dan tiada kaitannya dengan agama. Pandangan Sayyid Qutb pada ketika itu ada perkaitan dengan dua faktor penting. Faktor pertama ialah tekanan hidup yang dihadapinya di kota kosmopolitan Kaherah dan faktor kedua ialah pengaruh peribadi Aqqad yang berfahaman sosialis. Ini mungkin juga disebabkan oleh jiwa kritis Asy-Syahid yang mencari-cari suatu wadah untuk menentang penguasaan sistem feudalisme. Secara kebetulan bertemu dengan

Aqqad yang memimpin beliau dalam aliran pemikiran sosialis dalam proses penentangan melalui karya-karya kesusasteraan. Faktor-faktor ini dan kesempitan hidup keluarganya telah menyebabkan beliau tidak terkesan dengan perkembangan semasa itu, khususnya pergerakan Ikhwan Muslimin. Ini juga telah menyebabkan beliau menyimpang jauh dari ajaran Islam yang telah diterapkan oleh keluarganya.

Peringkat ketiga iaitu bermula dari 1939 hingga 1951 merupakan bermulanya era baru di dalam kehidupan Sayyid Qutb. Era ini boleh dikatakan era kesedaran kembali
5

Azmi Mohd Ali 1986 , Biografi Asy-Syahid Syed Qutb, Shah Alam , Penerbitan Hizbi , Hal 5 .

kepada Islam. Era ini merupakan era beliau mula bertugas dan berfungsi dengan semangat Islam samada di dalam bidang penulisan atau tugas sebagai pegawai kerajaan. Pada peringkat ini beliau masih bergerak secara berseorangan di dalam usahanya untuk menegakkan nilai-nilai Islam. Pada masa ini sambil bekerja beliau berfikir dan Beliau melakukan

merancang pelbagai pembaharuan yang berasaskan ajaran Islam.

banyak kajian dan mengemukakan cadangan dengan tujuan meningkatkan bidang pendidikan. Oleh itu, era 1940an, corak pemikiran Sayyid Qutb adalah berasaskan etikaetika Islam.6 Penulisan beliau tentang politik, minat dan keperluan kepada ajaran Islam serta keunikan masyarakat Islam telah melahirkan kemarahan di pihak atasan. Beliau juga diminta membuat kajian di Amerika tentang sistem pendidikan di sana. Tetapi segala hasil kajiannya ditolak kerana Sayyid Qutb telah mengkritik Sistem pendidikan Amerika yang berteraskan materialisme. Sebaliknya beliau telah mencadangkan agar Islam dijadikan teras di dalam sistem pendidikan Mesir. Apabila Asy-Syahid mendapati usaha-usaha beliau gagal dan juga terdapat usaha untuk menyingkirkan beliau, maka akhirnya beliau meletak jawatan daripada perkhidmatan kerajaan. Awal dekad 1940an merupakan titik permulaan Sayyid Qutb kembali kepada pemikiran Islam. Umpamanya dalam rencana yang bertajuk al-Taswir al-Fanni fi al-Quran di dalam majalah Muqtatif, beliau mengupas keindahan dan kesenian yang terdapat di dalam ayat-ayat al-Quran dan sekaligus mengakui kebenaran al-Quran. Ini merupakan petanda pengunduran beliau daripada fahaman sosialis yang diwarisi daripada aliran pemikiran Abbad Mahmud Aqqad. Pengunduran ini juga menemukan beliau kembali kepada didikan dan asuhan yang diberikan oleh kedua ibu-bapanya. Era ini juga merupakan era pengkritikkan beliau ke atas semua pemikiran-pemikiran yang selain daripada pemikiran berasaskan al6

Mohd Fauzi Zakaria , Op cit , hal 256 .

Quran. Ini jelas melalui rencana di atas tadi beliau mengkritik pandangan Aqqad dalam sudut kesusasteraan, pemikiran dan kehidupan. Pada tahun 1946 beliau menolak

peradaban semasa iaitu peradaban kebendaan dan perbuatan menyamakan diri bangsa Mesir dengan orang-orang barat.7 Pada beliau peradaban barat ini merupakan suatu peradaban yang kosong daripada nilai-nilai kerohanian. Mengikut pemikir Akademik Arab tidak pernah terdapat sebuah buku yang mengupas persoalan itu sebaik kupasan Syed Qutb.1 Manakala dalam peringkat ketiga ini juga iaitu melalui bukunya al-Tifl min al-Qaryah, Sayyid Qutb cuba membela kaum petani yang ditindas dan dizalimi oleh kaum feudal. Ini timbul ekoran daripada penghayatan beliau sendiri semasa hidup di desa. Tulisan ini telah menimbulkan kemarahan kaum aristokrat, sehingga mendorong mereka untuk memencilkan Sayyid Qutb daripada jabatan kerajaan.

Peringkat keempat dan terakhir dalam kehidupan Sayyid Qutb bermula dari 1951 hingga 1966. Ini adalah peringkat hidup yang bermula daripada penyertaan dalam

Ikhwan Muslimin dan sehingga kematian beliau. Peringkat ini merupakan tempoh yang paling penting dalam kehidupan beliau dan juga untuk dunia Islam amnya. Penyertaan ini juga menandakan bermulanya penentangan terhadap kebatilan secara terang-terangan dan bukan lagi melalui karya atau rencana semata-mata. Idea pemikiran beliau diera ini banyak dipengaruhi oleh idea Asy-Syahid Hasan al-Banna. Malah Hasan al-Banna

menjadi sumber inspirasi di dalam perjuangan dan corak pemikiran Sayyid Qutb. Pada peringkat awal tempoh ini, Ikhwan Muslimin masih lagi diharamkan. Oleh itu,

penentangan terhadap kebatilan banyak diutarakan melalui rencana di dalam majalah alDa`wah dan al-Mabahith.
7

Seterusnya setelah menyertai Ikhwan Muslimin beliau mula

Mohd fauzi Zakaria , Op cit , Hal 258

banyak menulis tentang keunggulan Islam. Melalui buku hasil tulisan Sayyid Qutb, beliau mengsyorkan ideologi Islam merupakan alternatif kepada komunisme, kapitalisme, nasionalisme, liberaliesme dan skularisme. Penyertaan dalam Ikhwan Muslimin pula dimulakan dengan mengetuai lujnah da`wah. Pada tahun 1953 beliau telah mengetuai suatu misi dakwah keluar negeri iaitu ke Damshik untuk menghadiri Muktamar Pengajian Kemasyarakatan. Kehadiran beliau di Damshik telah digunakan oleh pelbagai pihak seperti universiti dan pertubuhan Islam bagi memperolehi pandangan dan pemikiran beliau tentang Islam. Pada ketika itu Sayyid Qutb telah menjadi ideolog kepada Ikhwan Muslimin, memandangkan karya-karyanya yang tersebar luas menjadi rujukan utama kepada anggota Ikhwan Muslimin sesudah Hasan al-Banna.
8

Jika dihalusi secara lebih

mendalam pemikiran beliau bukan sahaja menjadi rujukan di Mesir malah di semua negara Islam yang wujud Gerakan Kebangkitan Islam.

Pada tahun 1952 telah berlaku revolusi mengulingkan kerajaan beraja Mesir atau lebih dikenali Revolusi Julai 1952. Kolonel Gamal Abdul Nasir dengan kerjasama Ikhwan Muslimin telah melancarkan revolusi ke atas kerajaan beraja Mesir. Di dalam proses ini Sayyid Qutb telah memainkan peranan penting. Oleh itu beliau diberi

penghormatan tertinggi oleh golongan revolusi. Beliau merupakan antara tokoh bukan tentera yang sering menghadiri pertemuan-pertemuan anjuran Majlis Pimpinan Revolusi yang dipimpin oleh Gamal Abdul Nasir dan Anuar Sadat. Malah beliau pernah

ditawarkan jawatan menteri pendidikan tetapi beliau menolak. Hanya menjadi setiausaha Agung Majlis Revolusi tetapi setelah majlis tidak mahu melaksanakan dasar Islam maka Sayyid Qutb meletakkan jawatan.
8

Ini menunjukkan beliau tidak mementingkan

Yvonne Y . Haddad , Sayyid Qutb , Ideologue Of Islamic Revival . Hal 69 .

kedudukan politik atau pangkat malah jawatan tetapi yang penting adalah kebebasan dalam berdakwah dan menyebarkan Islam. Setelah meletak jawatan ini beliau lebih menumpukan dalam soal dakwah Islamiah.

Bagi Majlis Revolusi pengunduran Sayyid Qutb merupakan suatu ancaman kepada kedudukan mereka. Maka pada 13 Jan 1954 Kerajaan Revolusi telah

mengharamkan Ikhwan Muslimin dengan alasan Ikhwan muslimin merancang untuk mengulingkan kerajaan yang ada. Ekoran daripada ini ramai pemimpin dan ahli Ikhwan Muslimin ditangkap. Penangkapan Syed Qutb seperti diceritakan dalam mingguan Syria iaitu al-Syibab menjelaskan masa tersebut Syed Qutb menderita demam panas .Beliau digari dan diheret dengan berkaki ayam ke penjara .Sebaik sampai di penjara beliau telah dipukul dan ditumbuk oleh penguasa penjara dan Polis perisik .Selepas itu dua ekor anjing Alsatian telah dilepaskan dalam sel dan telah membaham paha Syed Qubt.9 Ramai pemimpin Ikhwan Al- Muslimin dihukum bunuh. Sayyid Qutb pula dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun. Semasa dalam tahanan beliau telah menerima pelbagai bentuk penderaan dari aspek fizikal, mental dan rohani. Namun beliau tabah menghadapi segalagalanya dengan matlamat hanya untuk menegakkan syariat atau hukum Allah. Tetapi setelah dipenjara selama sepuluh tahun, di atas permintaan peribadi Presiden Iraq, Abdul Salam Arif maka Sayyid Qutb dibebaskan pada tahun 1964. Tetapi kerajaan yang tidak berpuashati dengan Sayyid Qutb, telah menangkapnya semula setahun kemudian. Ini dengan alasan beliau bersama Ikhwan Muslimin merancang satu lagi rampasan kuasa baru. Mereka juga dikaitkan bahawa merancang menghapuskan para intelek, seniman

Terjemahan Azmi Mohd Ali , Biografi Asy-Syahid Syed Qutb Rahimahillah , Shah Alam Selangor ,Penerbitan Hizbi , Hal 10 .

dan seniwati Mesir. Kali ini beliau ditangkap bersama semua ahli keluarga malah anak saudaranya Rifaat mati diseksa dihadapan beliau. Semasa penahanan ini Gamal Abdul Nasir menghantar utusan kepada Sayyid Qutb supaya beliau menulis penyataan meminta maaf kepadanya. Tetapi Sayyid Qutb menolak dengan tegas akan tawaran tersebut. Akhirnya pada pagi Isnin 29 Ogos 1966 telah digantung sampai mati bersama-sama dua orang sahabatnya, Abdul Fatah Ismail dan Muhamad Yusuf Hawash.

Syed Qutb muncul sebagai seorang penulis yang tiada bandingannya dan mencipta nama serta menjadi terkenal kerana karya-karya yang bersifat mengulas politik dan sosial. Sebelum menyertai Ikhwan Muslimin, adalah didapati bahawa pemikiran dan kehidupan Syed Qutb telah melalui beberapa peringkat perubahan. Sebagai seorang pemikir Islam Asy-Syahid Sayyid Qutb telah menghasilkan lebih dua puluh buah karya yang meliputi pelbagai bidang seperti sastera, pendidikan, politik, ekonomi, kemasyarakatan, falsafah dan keagamaan. Sayyid Qutb memulakan bidang penulisan dengan mengarang buku-buku sejarah dan penulisan Islam untuk kanak-kanak. Antara karya tersebut ialah suatu siri buku yang berkaitan dengan kisah Nabi-nabi. Melalui buku ini beliau telah berjaya menyampaikan cerita-cerita ini dengan cara yang amat menarik dengan tujuan karya-karya ini dapat membajai sifat dan akhlak yang mulia di kalangan kanak-kanak. Beliau juga berpandangan bahawa kanak-kanak ini akan bersifat seperti wali-wali Allah agar genarasi baru ini sentiasa berpegang dengan contoh teladan dan akhlak yang sempurna seperti yang ditunjukkan oleh para Nabi dan wali untuk dijadikan panduan manusia. Kebanyakan karya-karya beliau merupakan rencana-rancana bercorak kritik dan ulasan terhadap karya yang dihasilkan oleh karyawan-karyawan yang lain

samada dari Mesir atau dunia luar. Hasil-hasil karya atau pemikiran beliau ada perkaitan dengan peringkat-peringkat kehidupan peribadinya. . Umpamanya diawal penglibatan beliau di dalam bidang penulisan ada berkaitan dengan desakan hidup beliau dan corak fahaman yang dianuti. Sebab itu pada ketika itu banyak hasil karya beliau agak

bertentangan dengan Islam. Tetapi ini berbeza di waktu beliau terlibat dengan Ikhwan Muslimin, banyak hasil berkaitan kefahaman Islam. Tetapi yang jelas hasil karya atau pemikiran pada masa itu banyak mengutarakan soal Uluhiyyah dan Hakimiyyah di

dalam soal Tauhid. Ini menjadi ancaman kepada kedudukan Gamal Abdul Nasir yang menganuti fahaman sekular yang juga menjadi sumber utama kedaulatan negara Mesir. Perkembangan ini amat bertentangan dengan konsep negara Islam seperti mana yang dikehendaki di dalam Islam itu sendiri.10 Pada Gamal Abdul Nasir sekiranya perkara menjadi pegangan rakyat Mesir secara total maka perkembangan ini akan mengugat kedudukannya. Maka dengan jalan paling mudah bagi Gamal Abdul Nasir ialah menghapuskan terus perjuangan Sayyid Qutb dan Ikhwan Muslimin.

Dalam bukunya Petunjuk Sepanjang Jalan dengan jelas beliau telah mengkritik pihak barat yang hanya mementingkan kebendaan dan teori Marxisme yang jauh menyimpang dari akidah Islam .Justeru itu dalam menghadapi arus yang semakin mencabar diperlukan seorang pemimpin yang berani mempertahankan Islam sebagai petunjuk sepanjang jalan .11Seterusnya dalam bukunya Islam Dan Keamanan Sejagat menggesa agar kepentingan dalam akidah , ketenangan jiwa , keamanan dalam

10

Charles Tripp 1993 ,Sayyid Qutb, The Political Vision , Dalam Ali Rehnama ( ed ), Pioneers Of Islamic Revival , Kuala Lumpur , S. Abdul Majeed & Company , Hlm 157 . 11 Syed Qutb 1994 , Petunujk sepanjang Jalan , Kuala Lumpur , Crescent New Sdn Bhd , Hal 7 .

10

rumahtangga ,masyarakat , undang-undang barulah mampu mengubah wajah keamanan dunia .12 Walaupun Sayyid Qutb sekadar terlibat dengan dunia penulisan, namun ikatannya semakin terpengaruh dengan persekitarannya. Persekitaran yang dimaksudkan ialah terutamanya cengkaman imperialisme British yang mencengkam bumi Mesir. Pihak British dan elit-elit feudal melakukan penindasan dalam pelbagai bentuk ke atas rakyat dan petani di Mesir. Kesedaran ini yang telah membawa kepada Sayyid Qutb mengambil alih tugas editor jurnal bulanan Al-Alam al-Arab dan seterusnya memulakan jurnal bulanannya sendiri yang dinamakan Al-Fikr al-Jadid Sebagai seorang wartawan pula (Fikiran-fikiran Baru).

beliau telah menggunakan jurnal-jurnal ini untuk

mengkritik Imperialisme Barat dan golongan Feudal. Majalah inilah digunakan untuk menentang keras kapitalisme dan feudalisme. Beliau juga sering menyatakan bahawa pengumpulan dan pelonggokkan harta dan monopoli adalah haram dan mengajak rakyat ke arah order ekonomi berdasarkan al-Quran. Mengikut beliau ini adalah bertujuan untuk membina kehidupan di atas dasar keadilan dan haq, membantu golongan miskin dan tidak berkeupayaan dan membebaskan golongan tertindas daripada cengkaman kezaliman golongan penindas.

Buku terakhir beliau yang

dikeluar

dengan beberapa pembaikan dan

penambahan bagi karya-karya yang terdahulu dan ditambah dengan idea-idea baru iaitu Maalim fi al-Tariq. Buku inilah juga menjadi penyebab utama kepada pemerintah

untuk membawa Sayyid Qutb ke tali gantung. Melalui buku ini beliau menghuraikan konsep dan ciri-ciri khusus bagi sesebuah masyarakat Islam. Perkara pokok di dalam
12

Syed Qutb 1993 , Islam Dan Keamanan Sejagat .Kuala Lumpur , Percetakan zafar Sdn Bhd , Hal 6

11

buku ini tentang bagaimana masyarakat Islam yang diasaskan oleh Rasulullah yang telah mencapai kemuncak keagungannya. Suatu lagi buku yang paling penting yang menghuraikan pemikiran Sayyid Qutb tentang aspek ekonomi, politik dan keadilan sosial ialah Al-Adalat al-Ijtimaiyyah fi al-Islam. Melalui buku ini beliau menyatakan bahawa perkara penting di dalam order Islam ialah jiwa dan semangat Islam yang sejati.

Sayyid Qutb muncul sebagai seorang penulis yang tiada bandingannnya. Beliau mencipta nama dan menjadi terkenal kerana ulasan tentang politik dan sosial. Ini tidak kurang juga sebagai pemikir agung dan pentafsir al-Quran. Penulisan-penulisan atau

karya yang indah tiada ternilai daripada pemikiran Sayyid Qutb yang mengkagumkan dunia penulisan dengan nilai intelek dan pendekatan unggul yang tiada tolok

bandingnya.Untuk terakhirnya perhatikan kata-kata Syed Qutb sebelum Syahid. Saudara ! Seandainya kau tangisi kematianku Dan kau siram pusaraku dengan air mata mu Maka di atas tulang-tulangku Yang hancur luluh Nyalakan obor buat umat ini Dan . Teruskan perjalanan ke gerbang jaya Saudara ! Kematianku adalah satu perjalanan Mendapatkan kekasih yang sedang merindu Taman-taman syurga Tuhanku bangga menerima ku Burung-burungnya berkicau riang menyambutku Bahagialah hidupku di alam abadi Saudara ! Puaka kegelapan pasti akan hancur Dan alam ini akan disinari fajar lagi Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya Janganlah gentar berkelana di alam abadi Nun di sana fajar sedang memancar

12

Bibliografi

1. Mohd Fauzi Zakaria 1993 . Tokoh-Tokoh pemikir islam .Petaling Jaya , Budaya Ilmu Sdn Bhd . 2. Azmi Mohd Ali 1986 , Biografi Asy-Syahid Syed Qutb, Shah Alam , Penerbitan Hizbi

3. Yvonne Y . Haddad , Sayyid Qutb , Ideologue Of Islamic Revival

4. Abdul Rahman Haji Abdullah 1987 , Pemikiran Islam Masa Kini .Kuala Lumpur , penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka .

5. Charles Tripp 1993 ,Sayyid Qutb, The Political Vision , Dalam Ali Rehnama ( ed ), Pioneers Of Islamic Revival , Kuala Lumpur , S. Abdul Majeed & Company , Hlm 157 .

6. Syed Qutb 1994 , Petunjuk sepanjang Jalan , Kuala Lumpur , Crescent New Sdn Bhd

7. Syed Qutb 1993 , Islam Dan Keamanan Sejagat .Kuala Lumpur , Percetakan zafar Sdn Bhd

13

14

Anda mungkin juga menyukai