Anda di halaman 1dari 27

IBN KHALDUN

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Ibn Khaldun mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran, al'Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan mantik. Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abd Allah al-Jayyani, Abd Allah Muhammad bin Abd al-Salam. Ibn Khaldun menjadi cendekiawan yang agung sehingga disanjung oleh Barat kerana buah fikirannya, Walau bagaimana pun jarang umat Islam mengkajinya. Sebenarnya, sumbangan pemikiran Ibn Khaldun dalam ekonomi banyak dimuatkan dalam hasil karya agungnya, al Muqaddimah. Antara teori ekonomi yang terdapat dalam karyanya masih lagi relevan dengan masalah ekonomi semasa. Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilan (al adl), hardworking, kerjasama (cooperation), kesederhanaan (moderation), dan fairness. Berhubung dengan keadilan (Justice), Ibn Khaldun telah menekankan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonom. Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan musnah. Menurut beliau, ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai merampas wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan. Malah, mengambil harta orang lain atau menggunakan tenaganya secara paksa atau membuat dakwaan palsu terhadap orang lain. Begitu juga kalau meminta seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Islam. Beliau mengkategorikan perampas harta orang lain secara tidak sah hingga memberi kesan kepada kehidupan isteri dan keluarga sebagai paling tidak adil. Menurut beliau lagi, seseorang yang membeli harta seseorang dengan harga yang paling murah termasuk dalam kategori memiliki harta cara yang tidak betul. Ketidakadilan seumpama di atas membawa kepada kejatuhan sesebuah negara dan keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera. Menurut Ibn Khaldun, atas sebab sebab tersebutlah semua bentuk ketidakadilan dilarang oleh Islam. Manusia dan Ekonomi Berdasarkan analisis mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn

Khaldun tentang manusia berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibn Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi (economic animal). Sebaliknya beliau menganggap manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas muka bumi ini. Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi perbuatan jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat. Teori Pengeluaran Ibn Khaldun mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan. Menurut beliau pengeluaran berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat. Bahkan beliau menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran walaupun faktor-faktor lain seperti tanah tersedia, tenaga buruh perlu untuk menghasilkan matlamat akhir. Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir dan cekap. Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan pembahagian tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran. Di sini dapatlah dinyatakan bahawa teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh, dan pertukaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal daripada Adam Smith yang juga mengemukakan teori yang sama. Teori Nilai, Wang dan Harga Ibn Khaldun tidak secara jelas membezakan antara teori nilai diguna (use value) dengan nilai pertukaran (exchange value). Tetapi beliau dengan tegas berhujah bahawa nilai sesuatu barangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam proses pengeluaran.

"Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk mendapatkan modal dan keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk mendapatkan keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh, kata Ibn Khaldun. Teori Pengagihan Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu gaji atau upah, keuntungan, dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada masyarakat. Oleh sebab itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu sektor pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatan awam. Menurut Ibn Khaldun, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti buruh yang terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan asas kepada penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan oleh mekanisme permintaan dan penawaran dalam pasaran. Manakala keuntungan terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga antara harga jualan dengan harga belian. Namun begitu perbezaan antara keduadua harga itu

222222

Nama lengkap Ibn Khaldun ialah Abdurrahman Abu Zaid Waliuddin Bin Khaldun. Beliau dilahirkan di Tunis pada tahun 732H (1331M) dan meninggal dunia pada tahun 808H (1406 M). Keluarganya berasal dari Hadramaut yang kemudiannya berpindah ke Seville (Sepanyol) dan akhirnya ke Tunis tempat beliau dilahirkan. Ibn Khaldun merupakan seorang sarjana Islam yang terkenal dalam bidang sejarah dan sosiologi, selain sebagai tokoh agama dan politik yang terkenal pada kurun ke-8 Hijrah (kurun 14 Masihi). Ibn Khaldun telah menuntut ilmu-ilmu agama dalam bidang fikah, tafsir, hadis dan ilmu-ilmu berbentuk akii seperti ilmu logik, falsafah dan matematik serta ilmu bahasa Arab daripada beberapa sarjana yang terkenal ketika itu. Beliau kemudiannya mengajar dan memegangjawatan-jawatan penting di Tunis, Algeria, Maghribi dan Mesir. Antaranya beliau pernah dilantik menjadi Ahli Persuratan di Istana Fas, hajib (menyamai taraf PerdanaMenteri) di Bougie, bertugas menjadi seorang kadi dan khatib. Sewaktu di Mesir beliau telah dilantik memegang jawatan Hakim Mahkamah Raja. Pada tahun 789 H (1387 M), sekembalinya dari menunaikan ibadat haji beliau menumpukan pula perhatian kepada bidang penulisan. Minat beliau terhadap penulisan adalah cetusan daripada pembelajaran dan pengalaman yang kaya dalam disiplin ilmu-ilmu tradisional dan ilmu pengetahuan semasa, terutamanya dalam bidang politik. Gabungan ilmu dengan pengalaman mi menyebabkan beliau peka dengan makna dan pengertian sejarah. Ketika itu umat Islam sedang menempuhi zaman kemerosotan kuasa politik dan peradaban Islam semakin tergugat benkutan ancaman dari kemunculan dunia Barat. Ini membangkitkan semangat beliau untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Islam tentang erti dan maksud tamadun yang sebenar berdasarkan perubahan- perubahan yang berlaku dalam sejarah ketamadunan manusia. Ketokohan Ibn Khaldun turut diperakui oleh ramai sarjana Barat yang menyifatkannya sebagai tokoh dan ahli fikir yang tidak ada taranya. Arnold Toynbee berpendapat bahawa falsafah sejarah yang dihasilkan oleh Ibn Khaldun merupakan sumbangan yang terbesar pernah dilahirkan oleh manusia di atas muka bumi ini. R. Flint pula berpendapat bahawa Ibn Khaldun merupakan ahli falsafah Islam yang

tiada bandingannya. Menurut G. Sarton, Ibn Khaldun merupakan ahli sejarah dan falsafah agung bukan sahaja pada kurun-kurun pertengahan malah sepanjang zaman, bermula dari zaman ahh-ahli sejarah klasik sehinggalah ke zaman Machiavelli, Bodin dan Vico. R. Nicholson berpendapat bahawa tidak ada seorang Muslim yang cuba mengesan secara mendalam akan sebab-sebab peristiwa yang berlaku bagi mendedahkan kuasa-kuasa moral dan spiritual yang mendasari permukaannya, atau untuk mentakdiskan (menyucikan) undang-undang mengenai jatuh bangunnya sesuatu bangsa kecuali Ibn Khaldun. Kebolehan Ibn Khaldun telah melewati usianya, dan rakan-rakan senegara dengannya hanya berasa takjub tetapi tidak mengikuti jejaknya. Manakala

menurut P. K. Hitti, Ibn Khaldun merupakan ahli falsafah Islam, sejarawan Islam yang agung dan seorang daripada sarjana teragung sepanjang zaman. 6.2.1 Ibn Khaldun dan Karya Agungnya Muqadimah Dalam bidang penulisan, satu-satunya karya teragung beliau dalam bidang persejarahan ialah Muqadimah iaitu pendahuluan kepada karyanya yang kedua al'Ibar wa Diwan al-Mubtada' wo al-Khabarfi Ayyam al- 'A rah wa al- 'Ajam wa alBarbar. Menurut B. Lewis, Muqadimah karya Ibn Khaldun merupakan sebuah ensiklopedia sintesis metodologi sains kebudayaan yang sangat penting dan boleh membantu ahli sejarah untuk menghasilkan kajian-kajian yang tepat dan ilmiah. Muqadimah telah membincangkan secara terperinci mengenai sejarah dan persejarahan. Ibn Khaldun membahagikan karyanya ini kepada enam bab iaitu bab pertama, mengenai risalah umum tentang masyarakat manusia. Bab kedua, mengenai masyarakat Badwi atau masyarakat yang dianggap primitif. Bab ketiga, mengenai pemerintahan khalifah-khalifah dan raja-raja. Bab keempat, mengenai masyarakat bandar atau masyarakat yang dianggap sudah maju. Bab kelima, mengenai pekerjaan dan kehidupan manusia seharian serta hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi secara umum. Dan bab keenam, mengenai ilmu pengetahuan dan pendidikan. Setiap bab dalam karya ini didahului dengan bahagian pendahuluan dan diikuti oleh tajuk-tajuk kecil yang dipanggil fasal.

Kandungan Muqadimah terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang asasi dan tidak asasi. Bahagian yang asasi ialah mengenai disiplin sejarah atau falsafah sejarah dan disiplin sosiologi atau falsafah sains sosial. Bahagian yang tidak asasi pula merangkumi pelbagai aspek termasuk geografi, kebudayaan, ilmu pengetahuan, perusahaan, peradaban dan lain-lain yang berkaitan dengan politik, agama dan falsafah. Bahagian kedua yang tidak asasi mi hanya merupakan gagasan-gagasan umum, nukilan atau ringkasan daripada berbagai-bagai sumber yang diambil oleh Ibn Khaldun bagi menyuarakan pandangan dan pendapatnya mengenai perkaraperkara yang berkenaan. Akan tetapi yang lebih penting dalam Muqadimah ialah mengenai ilmu sejarah dan sosiologi. Dalam konteks ini, ketokohan dan kesarjanaan Ibn Khaldun hendaklah dilihat dari kedua-dua aspek ini. 6.2.2 Ibn Khaldun Sebagai Ahli Sejarah dan Sosiologi Berdasarkan latarbelakang dan karyanya Muqadimah ini, ketokohan dan kesarjanaannya dilihat dari aspek ilmu sejarah dan sosiologi. Muqadimah dianggap sebagai suatu sumbangan agung dalam bidang ilmu sejarah atau persejarahan kerana ia merupakan percubaan terawal yang pernah dilakukan oleh ahli sejarah bagi memahami pola perubahan yang berlaku pada organisasi politik dan sosial manusia. Dalam karyanya ini dijelaskan bagaimana sesuatu peristiwa sejarah itu harus dikaji, diteliti dan difahami. Pendekatannya yang rasional, kaedah dan perbahasan yang analitikal serta terperinci menyebabkan karya ini menjadi suatu bahan kajian penting lagi menarik. la telah mengambil pendiriannya sendiri dengan mengetepikan persejarahan tradisional dan sikap konservatif golongan ahli-ahli sejarah tradisi. la berusaha mencari suatu penyelesaian yang baru dan dengan itu mewujudkan suatu falsafah sejarah yang baru. Kaedah penyelidikan yang digunakan oleh Ibn Khaldun lebih mirip kaedah sosiologi. Beliau menekankan dua aspek penting iaitu pertama, mengenai sifat-sifat semula jadi dan kedua, mengenai sebab-sebab peristiwa sejarah berlaku. Persoalan penting di sini ialah sejauh manakah seorang ahli sejarah itu dapat memahami kedua-dua aspek tersebut? Jika dia hanya mengkaji sesuatu peristiwa yang berlaku tanpa memahami sifat-sifat semula Jadi atau latar belakang bagi sesuatu peristiwa itu

maka sejarah yang ditulisnya itu hanya boleh dianggap sebagai sejarah yang umum sahaja. Tetapi jika sebaliknya, dia mengkaji dan memahami secara mendalam akan sifat-sifat semula jadi dan tindak-tanduk masyarakat yang melakukan sesuatu peristiwa tersebut maka sejarah yang ditulisnya boleh dianggap sebagai sejarah khas. Sejarah khas mempunyai dua kualiti iaitu zahir dan batin. Pada zahirnya, sejarah itu tidak lebih daripada benta-benta perang, peristiwa yang telah lalu, maju atau mundurnya sesuatu masyarakat. Tetapi pada batinnya ialah tinjauan dan penyelidikan serta keterangan-keterangan yang nyata mengenai kehidupan manusia dan pengetahuan yang mendalam mengenai sesuatu peristiwa dan sebabsebabnya. Menurut Ibn Khaldun, manusia ialah makhluk sosial yang mempunyai roh, akal dan tubuh badan serta masing-masing mempunyai tugas dan keperluannya. Kesemua unsur ini seharusnya bekerjasama untuk memenuhl kebahagian dan kepuasan kehidupan. Menerusi perkembangan roh, akal dan tubuh badan manusia inilah yang akan melahirkan peradaban dan peradaban ini jugalah yang melahirkan sejarah sains. Sejarah mempunyai hubungan sangat rapat dengan latar belakang sesuatu masyarakat, maka itu Ibn Khaldun sangat menekankan aspek dalaman sesuatu peristiwa. Ahli sejarah Islam sebelum Ibn Khaldun dianggap kurang mengetahui sosiologi masyarakat. Mereka ini hanya menulis berdasarkan maklumat- maklumat yang disalurkan kepada mereka tanpa mengkaji asal usul, sifat semula jadi atau sebabsebab sesuatu peristiwa itu berlaku. Inilah yang dikatakan penulis- penulis sejarah am, termasuk al-Mas'udi.

333333333333

Nama beliau ialah Wali al-Din Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan ibn Khaldun, dilahirkan di Tunis tahun 1332, dan meninggal dunia di Kahirah, tahun 1406. Kawasan Khalduniyah di Tunis masih ada sekarang hampir-hampir tidak berubah, dengan rumah yang dipercayai tempat kelahirannya. Sebagaimana yang beliau sebutkan sendiri dalam riwayat hidupnya (at-Tarif bibni Khaldun) keluarganya berasal dari keturunan Khaldun yang berketurunan Arab Selatan, yang datang ke Sepanyol dalam tahun-tahun awal masa pembukaan Sepanyol oleh tentera Arab Muslimin; kemudian mereka menetap di Carmona, kemudian berpindah ke Seville dan memainkan peranan penting dalam perangperang saudara di abad ke 9 itu, dan mereka dianggap termasuk ke dalam satu daripada tiga keluarga yang terpenting dalam kota itu. Dalam abad-abad berikutnya keluarga Ibn Khaldun itu secara berturutan memegang jawatan-jawatan pentadbiran dan politik yang tinggi di bawah pemerintahan kerajaan Umayyah, al-Murabitun dan al-Muwahhidun; ahli-ahli lain keluarga itu berkhidmat dalam tentera dan beberapa orang dari mereka terkorban dalam peperangan azZallaqah (1086) yang buat sementara waktu menghentikan pengambilan kembali Sepanyol oleh tentera Kristian. Bagaimanapun selepas kejatuhan Seville, keluarga Ibn Khaldun itu berpindah ke Tunis, di mana Ibn Khaldun dilahirkan, dan juga di mana beliau mendapat pendidikan awalnya. Di sana juga, semasa dalam umur belasan tahun beliau masuk dalam perkhidmatan Sultan Mesir iaitu Sultan Barquq; bagaimanapun minatnya kepada ilmu dan pendidikan menyebabkan beliau meninggalkan perkhidmatan itu dan berpindah ke Fez; di sini timbul lama suasana tidak tenang dari segi politiknya yang ditandai dengan persaingan dari segi politik yang memberi kesan atas kerjayanya. Masa yang tidak aman ini termasuk ke dalamnya masa tiga tahun yang di dalamnya beliau berlindung di kampung kecil Qalat ibn Salamah di Algeria, di situlah beliau berpeluang untuk mengarang kitab al-Muqaddimahnya yang terkenal itu, yang berupa jilid pertama dari kitab sejarah dunia yang menjadikan beliau mendapat nama yang kekal abadi antara para ahli sejarah, sosiologi dan falsafah. Keadaan tidak menentu dalam kerjayanya masih berterusan, dengan negeri Mesir menjadi tempat ia menetap dalam 24 tahun terakhir dalam umurnya. Di sini beliau hidup

dalam keadaan mendapat kemasyhuran dan penghormatan sehingga beliau dilantik sebagai Ketua Hakim dalam mazhab Maliki dan juga guru yang memberi kuliah di Universiti al-Azhar yang masyhur itu; tetapi dikatakan kedengkian menyebabkan beliau dipecat dari jawatannya sebanyak lima kali. Dalam hidupnya Ibn Khaldun tepaksa berpindah dari suatu istana kepada sebuah istana yang lain, kadang dengan hasratnya sendiri, kadang-kadang terpaksa melakukan demikian kerana rancangan seteru-seterunya atau raja-raja yang berkuasa penuh. Beliau mendapat banyak pengajaran daripada hubungannya dengan para pemerintah, duta-duta, ahli-ahli politik dan para ulama dan sarjana di Afrika Utara, Sepanyol di bawah kerajaan Islamnya, Mesir, dan lain-lain wilayah Islam. Kitabnya yang terkenal sekali ialah al-Muqaddimah (Pendahuluan) yang merupakan kitab terbesarnya (masterpiecenya) dalam persuratan tentang sejarah, falsafah dan sosiologi, termasuk pendidikan. Tema utama dari kitab yang monumental ini ialah untuk mengecamkan fakta-fakta psikologi, ekonomi, alam sekitar, dan kemasyarakatan yang memainkan peranan dalam proses memajukan dan mengkedepankan peradaban manusia dan perjalanan sejarahnya. Beliau membuat analisis tentang dinamika hubungan kumpulan-kumpulan dan menunjukkan bagaimana kesetiakawanan, atau perpaduan sosial (al-asabiyyah) melahirkan satu tamadun baru dan juga kekuasaan siasah. Ia mengecamkan adanya ulangan yang berlaku hampir-hampir sebagai rentak yang sama dengan berulang-ulang dalam proses nai turun dan jatuhnya peradaban manusia dan beliau membuat analisis tentang faktor-faktor yang membawa ke arah yang demikian.(2). Pandangan-pandangan beliau yang revolusionari dan asli itum menarik perhatian ulama dan sarjana Islam, dan juga para pemikir Barat. Dalam pemerhatiannya tentang pengajian sejarah beliau berupa sarjana pertama, pengasas, dalam meletakkan laporan-laporan sejarah di bawah dua ujian iaitu ujian kemanasabahan pada akal dan ujian undang-undang sosial dan fisikal yang diperhatikan.Beliau menunjukkan ada empat perkara dalam penelitian dan analisis laporan sejarah:(3) 1. menghubungkan peristiwa-peristiwa satu dengan yang lainnya melalui kaedah sebab dan musabab;

2. mengambil kiasan antara yang telah lalu dengan apa yang berlaku masa hadhir; 3. mengambil kira kesan dari alam sekitar dalam apa yang berlaku; 4. mengambil kira kesan daripada keadaan-keadaan perekonomian dan perkara-perkara yang diwarisi. Ibn Khaldun memulakan pengajian sejarah secara kritikal. Beliau memberi pengajian dan penelitian secara analisis ke atas peradaban manusia, permulaannya, faktorfaktor yang membawa kepada pembangunannya, dan juga faktor-faktor yang membawa kepada kejatuhannya. Dengan itu nampaknya beliau mula mengasaskan satu ilmu baharu, iaitu ilmu berkenaan dengan pembangunan sosial atau sosiologi sebagaimana yang dipanggil sekarang ini.Beliau menulis demikian: "Saya telah menulis dalam bidang sejarah sebuah buku yang di dalamnya saya bincangkan sebab-sebab dan kesan-kesan pembangunan dan perkembangan negara-negara dan peradaban-peradaban, dan saya ikuti satu cara yang bukan biasa dilakukan orang bagi menyusun bahan-bahan kitab itu, dan saya ikuti jalan yang bukan biasa dilakukan dan yang baharu dalam menulisnya. Dengan memilih kaedah atau cara istimewa dan baharu dalam analisis , ia mencipta dua ilmu baharu iaitu Historiologi atau analisis dan kajian sejarah sebagai ilmu khusus dan juga sosiologi sekaligus. Beliau berhujah menyuatakan bahawa sejarah adalah tertakluk kepada undangundang sarwajagat dan ia menyatakan kriteria untuk kebenaran sejarah. "Kaedah untuk membezakan antara apa yang benar dan apa yang palsu dalam sejarah ialah berdasarkan kepada kemungkinannya berlaku atau mustahilnya berlaku. Ertinya ialah: kita mesti memeriksa masyarakat manusia dan bezakan antara ciri-ciri yang bersifat asasi yang penting dan yang tidak boleh terpisah daripadanya dalam tabiat kejadiannya dan apa yang bersifat mendatang, dan yang tidak perlu diambil kira, dengan mengenali secara lebih jauh lagi apa yang tidak mungkin menjadi milik baginya.Kalau kita lakukan ini, maka kita ada peraturan untuk membezakan kebenaran sejarah daripada kesilapan dengan cara kaedah pendalilan (kaedah demonstratif) yang tidak ada syak lagi padanya.Ianya dasar yang murni yang dengannya ahli sejarah boleh mengesahkan apa-apa yang mereka laporkan." (4).

Oleh kerana beliau memberi penekanan kepada akal fikiran dan keperluannya dalam menghakiki sejarah dan peristiwa-peristiwa kemasyarakatan, setengah sarjana mendakwa beliau cuba menolak pengetahuan agama yang biasa dan konvensyenal dan menggantikannya akal fikiran dan falsafah rasional. Ini tidak berasas samasekali.Boleh diperhatikan bahawa setengah alirah erfikir mengajar perkara-perkara yang tidak rasional tetapi ini bukan sifat Islam yang selalu memberi penekanan kepada pemerhatian dan pencerapan serta pemikiran, dan iana memberi peringatan kepada mereka yang tidak membawa iman kerana tidakmenggunakan akal fikiran dan renungan. Dalam Surah al-Baqarah: ayat 164 terdapat ayat yang bermaksud: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dalam pergantian siang dan malam, dan berlayarnya kapal-kapal melalui lautan untuk faedah umat manusia, dan hujan yang Tuhan turunkan dari langit, dan kehidupan yang diadakanNya melaluinya kepada bumi yang mati, dan haiwan-haiwan semua jenisnya yang ada di serata bumi, dan perubahan angin dan awan yang mengekori yang ditundukkan antara langit dan bumi - (di dalam ini semuanya) sesungguhnya ada tanda-tanda bagi orang-orang yang bijaksana dan berfikir. Dan dalam (2.170), ada ayat yang bermaksud: Bila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang Allah telah wahyukan". Mereka berkata: 'Tidak: kami akan ikuti jalan-jalan datuk nenek kami". Apa? walaupun datuk nenek mereka tidak mempunyai mempunyai ilmu kebijaksanaan atau akal serta bimbingan? Tentang kaedah penyelidikan beliau memberi penekanan tentang perlunya perkaraperkara kemasyarakatan dan peristiwa sejarah diberi analisis secara saintifik dan objektif. Beliau menyatakan bahawa semua yang berlaku dalam sejarah dan mesyarakat itu bukannya hasil daripada perkara-perkara yang berlaku secara berkebetulan, tetrapi semuanya dikawal oleh undang-undangnya yang tersendiri, undang-undang yang boleh dicari dan didapati dan kemudian boleh diaplikasikan dalam penyelidikan tentang masyarakat, tamadun dan sejarah.Beliau menyatakan bahawa para ahli sejarah membuat kesilapan dalam penyelidikan mereka tentang peristiwa sejarah kerana tiga faktor. 1. kejahilan mereka tentang hakikat dan keadaan peradaban dan umat manusia;

2. sikap prejudis atau prasangka mereka; 3. sikap mereka bertaklid mengikut laporan-laporan yang diberi olehorang lain tanpa usul periksa. Ibn Khaldun menunjukkan bahawa kemajuan yang sebenarnya serta pembangunan datang melalui kefahaman yang tepat tentang sejarah dan kefahaman yang tepat dan benar itu boleh dicapai melalui pemerhatian terhadap tiga perkara penting. 1. Seseorang ahli sejarah itu hendaklah jangan ada prasangka dengan apa cara sekalipun samaada pro atau kontra terhadap sesuatu perkara samaada manusia atau idea. 2. Seseorang itu hendaklah mengesahkan dan memeriksa laporan-laporan yang didapati. Ia hendaklah mempelajari apa yang boleh dipelajari sebolehbolehnya berkenaan dengan ahli-ahli sejarah dan laporan-laporan yang didengari dan dibaca, dan seseorang itu hendaklah memeriksa akhlak mereka yang berkenaan serta adakah mereka itu beramanah dalam ilmu sebelum diterima laporan-laporan mereka. 3. Seseorang itu hendaklah jangan membataskan sejarah kepada penelitian tentanhg sejarah politik dan ketenteraan sahaja ataupun berita-berita berkenaan dengan para pemerintah dan negara-negara sahaja.Ini kerana sejarah bukan sahaja terdiri daripada yang demikian sahaja bahkan terdiri daripada penelitian terhadap suasana-suasana kemasyarakatan, keagamaan dan perekonomian. Al-Muqaddimah itu dikenali sebagai kitab yang penting semenjak dari masa hayat pengarangnya sendiri lagi.Jilid-jilid kitabnya yang lain itu berbicara berkenaan dengan sejarah dunia - Kitab al-Ibar - membicarakan sejarah bangsa Arab, sejarah para penguasa semasa, penguasa-penguasa Eropah sezaman dengannya, sejarah Arab zaman purba, Yahudi, Yunani, Rom, Parsi purba, dan sejarah islam, dan sejarah Mesir dan sejarah Afrika Utara, terutamanya sejarah bangsa Barbar dan kabilah-kabilah yang berdekatan. Jilid terakhir al-Tasrif, sebahagian terbayaknya membicarakan hal kehidupan beliau sendiri. Sebagaimana halnya dengan kitabkitabnya yang lain, ianya ditulis dari segi perspektif analitikal dan memulakan cara baharu dalam menulis seni biografi. Kitab yang ditulisnya tentang ilmu hisab tidak didapati.

Ringkasnya, pengaruh Ibn Khaldun dalam sejarah, falsafah sejarah, sosiologi, sains politik, dan pendidikan -pendeknya jasanya dalam epistemologi Sunni - kekal dan mendominasi sampai ke zaman kita ini. Beliau juga diakui sebagai pemimpin dalam menulis biografi dan pembaharu dalam pendidikan dan psikologi pendidikan serta penulisan persuratan yang indah dan tinggi kualitinya dalam Bahasa. Buku-bukunya telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa Barat dan Timur, dan menimbulkan pengaruh dalam perkembangan ilmu-ilmu. Al-Muqaddimahnya ada terjemahannya dalam Bahasa Melayu (terbitan DBP) dan Bahasa Indonesia selain daripada terjemahan Inggerisnya yang terkenal oleh Franz Rosenthal dalam tiga jilid itu.

Berkenaan Dengan Naik Turunnya Bangsa-Bangsa(5) Berkenaan dengan tajuk ini Ibn Khaldun menyatakan bahawa bangsa-bangsa dan peradaban mengalami naik turunnya dalam bentuk pusingan. Titik-titik yang menghubungkan pusingan atau gliliran ini kerapkali terbayang dalam perangai dan tabiat para pemimpin atau penguasa dan juga tabiat dan perbuatan ahli masyarakat yang berkanaan. Pada pendapat beliau pusingan edaran itu selalu ada dalam masyarakat manusia dan sejarahnya, maka yang menjadi perkara penting ialah usaha untuk mengecam hubungan dan saling kait mengait antara faktor-faktor yanmgt berkenaan itu. Inilah kerja yang dilakukan pertama kalinya dalam sejarahj oleh seorang pemikir, iaitu Ibn Khaldun. Beliau melakukan tugas ini dalam kitab yang kita bicarakan iaitu al-Muqaddimah. Berkenaan dengan buku penting ini Arnold Toynbee menyatakan bahawa ianya adalah "A Philosophy of history which is undoubtedly the greatest work of its kind that has ever yet been created by any mind in any time or place(5) iaitu: "satu falsafah sejarah yang tidak syak lagi merupakan karya teragung dalam jenisnya yang pernah dihasilkan oleh mana-mana akal di manapun dan bila-bila pun". Kehidupan Ibn Khaldun yang penuh dengan pelbagai macam peristiwa naik turun dan kegoncangan itu, yang di dalamnya beliau berusaha sampai mendapat kedudukan perdana menteri, dan disatu pihaknya pula beliau dipenjarakan beberapa tahun oleh kerana tuduhan-tuduhan, dan kadang-kadang kerana cubaan untuk menentang pemerintah. Kerjayanya selama suku abad itu yang didahului dengan

pengajian yang mendalam tentang ilmu-ilmu yang ada pada zamannya termasuk Quran dan tafsirnya penuh dengan pelbagai macam peristiwa dan antara huraianhuraian yang penting tanpa tara ialah huraiannya berkenaan dengan naik turunnya bangsa-bangsa. Pada beliau naik turun bangsa-bangsa berlaku sama sahaja pada mereka yang Muslim dan juga yang bukan Muslim. Beliau mengkaji sejarah bangsa-bangsa yang ada pada zamannya dan juga sejarah zaman lampau mereka. Beliau melawat banyak tempat-tempat yang menjadi pusat kekuasaan pada zamannya yang terletak dalam dinasti-dinasti Islam. Antara faktor-faktor yang membawa kepada kekuatan bangsa-bangsa itu termasuklah bebarapa faktor yang - dengan izin Ilahi - membawa kepada kekuatan dan kejayaan. Antaranya ialah:

Faktor Asabiyyah atau Perpaduan Sosial atau Kesetiakawanan. Ibn Khaldun memandang penting perpaduan sosial dan etika sosial yanhg mengikat hubungan manusia dalam sesuatu bangsa atau umat itu menjadi kuat. Berhuhungan dengan ini Ibn Khaldun menyuatakan bahawa asabiyyah yang ditentang oleh Syara dan Nabi Muhammad saw itu ialah asabiyyah yang berlaku dalam hubungan dengan penindasan dan perbuatan zalim, bukannya zat asabiyyah itu sendiri, sebagaimana juga keadaannya dengan sifat marah. Maka asabiyyah yang terpuji itu didokong oleh hadith yang dinukilnya bdalam al-Muqaddimah yang bermaksud: "Allah tidak mengutus seorang nabi melainkan ia berada dalam lindungan kekuatan bangsanya" (illah fi manati qaumihi). Dengan itu beliau menafsirkan bahawa hadith yang menyebut para imam itu mesti dari golongan Quraisy itu maksudnya bukan hanya Quraisy yang menjadi kabilah Nabi saw tetapi mana-mana golongan yang mempunyai kasih yang kuat kepada kaumnya dan kerjasama dengan mereka dan yang lain-lain yang berhubungan dengan mereka dalam hidup dan sejarah serta pengelaman hayat dan maut, yang menyebabkan adanya kerjasama dan perpaduan antara mereka ini. Maka beliau memandang ini faktor yang sangat penting dalam masyarakat yang dikehendaki.

Walaupun ini bermula dengan hubungan keluarga dan kabilah, akhirnya ia termasuk ke dalamnya mereka yang ada hubungan dengan apa cara sekalipun dengan mereka yang mempunyai asabiyyah yang awal itu. Beliau menyatakan

bahawa asabiyyah datang hanya daripada pertalian darah ataupun sesuatu yang sama seperti itu.

Konsep asabiyyah yang digunakan oleh Ibn Khaldun dalam membicarakan kekuatan dan keberkesanan hidup serta kejayaan menjunjung agama dan tamadun melalui asabiyyah ini perlu dimenafaatkan oleh Muslimin untuk membina kekuatan sesama mereka dan kemudian pihak lain bersama-sama dengan mereka dalam hal ini bila mereka menunjukkan contoh yang baik dan berguna melalui perpaduan antara sesama mereka.

Maka usaha-usaha untuk menguatkan perpaduan melalui konsep asabiyyah ini perlu dijalankan dan faktor-faktor yang mele,mahkannya mesti dielakkan supaya dengan itu kekuatan bangsa dan negara akan terjamin dan agama boleh dijayakan dengan baik. Dalam hubungan dengan agama keadaan sedemikian rupa sehingga beliau menyatakan bahawa tanpa asabiyyah syariat-syariat agama tidak akan berjaya dan berkesan dalam hidup manusia (la batalat).

Quwwatul-hayah.Antaranya ialah apa yang boleh disebutkan sebagai Quwwatul-hayah: iaitu semangat kuat untuk hidup.Beliau menyatakan bahawa Bilangan, senjata, dan taktik-taktik perang yang sesuai boleh memberi jaminan, tetapi kemenangan dalam perang adalah hasil daripada faktor-faktor psikologi dan khayalan manusia(6) Dan ini boleh kita fahami daripada keimanan dan keyakinan Muslimin sebagaimana yang berlaku pada zaman awal Islam yang menyebabkan mereka mencapai kemenangan dalam peperangan dengan pihak musuh yang jauh lebih banyak bilangan tenteranya dan lebih banyak persiapan senjatanya dan kemahirannya sebagai bangsa-bangsa yang hidup dalam tamadun yang hidup menetap. Dari segi sejarah ini mungkin juga datang daripada hasrat yang kuat untuk mendominasi pihak lain sebagaimana yang berlaku dalam sejarah Iskandar Zulkarnain yang mencapai kemenangan satu demi satu alam sejarah dunia purba.Yang penting ialah keyakinan yang kuat yang keimanan hidup dalam mengabdikan diri kepada Allah dan mencari keredhaanNya dengan sebenarnya. Dan dalam sesuatu bangsa selain daripada keimanan ialah keyakinan untuk melihat bangsanya mulia dan berjaya dalam jalan Allah dan kerja-kerja yang mulia dalam membina tamadun dan paradaban.

Faktor Kekuatan Dalam berfikir Dan Menjayakan Budaya Ilmu.Ibn Khaldun memerhatikan bahawa umat Islam mendapat kedudukan yang mulia dan tinggi dalam dunia ini bila mereka mempunyai kemampuan yang tinggi dalam berfikir dan juga mempunyai kemampuan yang tinggi dalam ilmu pengetahuan - yang ditonton oleh keimanan mereka yang tinggi dan ketaqwaan mereka kepada Allah dalam kegiatan berfikir dan ilmunya. Dalam kitab Muqaddimahnya dalam bab yang membicarakan ilmu pengetahuan beliau menyebut tentang perkambangan ilmu-ilmu dalam Islam bermula dengan ilmu berkenaan dengan Quran, Sunnah, hukum, akidah, akhlak, tasawwuf, sampai kepada ilmu perubatan, ekonomi dan seterusnya yang memungkinkan tamadun Islam berkembang dalam dunia dengan jayanya mengembangkan ilmu-ilmu Syariyyah dan juga ilmu-ilmu akliah.Muslimin memainkan peranan memberi kefahaman tentang ilmu yang asli dan juga olahan yang mereka buat daripada warisan tamadun yang terdahulu dalam perubatan, falsafah, fisik, kimia dan seterusnya. Ilmu-ilmu itulah yang menyebabkan kehidupan Muslimin dalam tamadun mereka dengan jayanya dilihat dari segi duniawi dan juga keagamaan.

Berhubungan dengan akal dan berfikir beliau mempunyai huraian yang sangat menarik. Beliau membuat perbezaan antara akal nazari yang membuat teoriteori dan akal tajribi yang mahir melalui percubaan-percubaan dalam hidup serta akal tamyizi yang cekap boleh membezakan antara sesuatu dengan sesuatu yang lain. Beliau berbicara bagaimana cara berfikir yang bermatlamat yang dimisalkannya dengan usaha hendak mengadakan bumbung atau atap rumah untuk perlindungan daripada panas dan hujan. Beliau menyatakan bila seseorang berfikir tentang bumbung dia akan terfikir bahawa sebelum bumbung ada mestilah ada tiang dahulu dan dinding di mana bumbung itu boleh diletakkan di atasnya. Bila siap dinding dan tiang baharulah difikirkan bumbung. Tetapi sebelum ada tiang dan dinding mestilah ada dasarnya dahulu. Maka perlulah difikirkan tentang lantai atau dasarnya tempat tiang dan dinding itu boleh dibina. Dengan itu mestilah lantai atau tanah itu diusahakan dahulu, kemudian baharulah dinding dan tiangnya, kemudian baharulah bumbungnya dengan tertib yang betul.itulah berfikiran mengikut matlamat dengan tepat namanya. Dan itulah berfikir orang yang berjaya. Beliau menyebutkan bagaimana ada orang yang boleh berfikir sampai tiga tahap, empat dan lima tahap, demikian seterusnya dengan melihat mata-rantai perkara-perkara yang berkaitan,

sampai kepada natijahnya. Semakin banyak tahap-tahap dalam berfikir boleh dijangkau oleh seseorang semakin tinggi kemanusiaannya dan semakin sedikit tahaptahap dalam tangga pemikiran yang ia boleh lihat semakin rendah tarap kemanusiaannya. Maka melatih diri berfikir dengan cekap dan lanjut sedemikian ini menjadikan seseorang itu mulia kedudukannya.

Beliau juga berbicara berkenaan dengan falsafah menulis. Bila seseorang itu terlibat dalam menulis maka ia terlibat dalam satu kegiatan yang membabitkan tangannya yang bergerak, daya khiyalnya yang membentuk huruf sesuai dengan maksudnya, dan nafs al-natikahnya iaitu segi dirinya yang memahami makna dan ilmu, aspek akalnya, memahami makna yang hendak diungkapkan. Dengan seseorang itu menulis maka ia berpindah dari satu kepada paras lainnya dari tangan ke khiyal ke nafs natikahnya, dari nafs natikahnya ke khiyalnya kemudian ke tangannya yang bergerak untuk mencatit lambang makna bagi ilmu. Orang yang terlibat dalam penulisan begini dengan berfikir dan memahami makna yang ada dalam nafs natikahnya kemanusiannya menjadi tinggi lagi mulia. Dengan huraiannya tentang falsafah menulis begini kita fahamilah bagaimana pentingnya menulis dan membaca serta kegiatan yang terlibat dengannya sebagaimana yang dimaksudkan dalam surah yang mula-mula diwahyukan dalam Islam. Ertinya surah itu adalah surah yanhg berbicara berkenaan dengan proses yang pokok dan asasi dalam meninggikan martabat dan darjah manusia dan juga itu adalah kegiatan yang pokok dalam perkembangan tamadun manusia.

Dalam hubungan dengan ilmu juga ibn Khaldun menyebut bagaimana ilmu perlu menjadi sebagai malakah atau kemahiran dan kecekapan yang sedemikian mendalam dalam seseorang dalam sesuatu ilmu sampai menjadi tabiat kedua baginya. Beliau menyatakan bahawa malakah ini berlaku dalam ilmu dengan manusis me,mbuat latihan menggunakan fikiran dan percakapan dalam ilmu dengan perbincangan dan pertukaran pendapat dan maklumat. Beliau menyatakan demikian: Cara yang paling mudah untuk memperoleh malakah ini ialah dengan jalan melalui latihan lidah guna mengungkapkan fikiran-fikiran dengan jelas dalam diskusi dan perdebatan dalam masalah-masalah ilmiah. Inilah cara yang mampu menjernihkan persoalan

Kemudian beliau membezakan mereka yang mendengar sahaja pengajian dan mengamalkan hafalan tanpa menggunakan kecekapan berfikir dalamunazarah dan juga tanpa menggunakan kemahiran dalam bahasa.

Kesabaran dan ketekunan merupakan sifat yang menguatkan da menjayakan umat dan tamadun, dan ini dihuraikan oleh Ibn Khaldun tentang bagaimana pada tahap-tahap awal dalam perkembangan bangsa-bangsa sifat-sifat sabar dan tekun dalam perjuangan itu kuat, dan itu menjadikan bangsa atau daulah itu kuat. Tetapi bila perkembangan berlaku dalam tahap-tahap yang kemudian selepas kejayaan yang awal itu timbul cara hidup mewah yan melalaikan dan sifat sabar dan tekun dalam perjuangan itu beranmsur-ansur hilang dan manusia kebanyakannya menjadi manja. Sebab itu maka sesuatu daulah atau dinasti itu kalah kemudiannya kerana sifat perjuangan itu luntur dengan adanya cara hidup yag manja dan senang. Ulasan Ibn Khaldun yang demikian memberi pengajaran yang penting kepada kita supaya kita berjaga-jaga dalam hidup supaya tidak menjadi lemah dan tidak bermaya dalam perjuangan kerana perkembangan tamaddun yang berlaku sedemikian itu. Sifat berjaga-jaga sedemikian ini sangat dianjur dalam Islam; sebab itu dalam huraian tentang kesabaran kita berhadapan dengan hakikat bagaimana kesabaran itu diperlukan oleh manusia dalam masa senang, susah, masa taat, masa derhaka (untuk kembali kepada taat), demikian seterusnya.

Ibn Khaldun menyebut dalam hubungan dengan perkembangan tamadun pada peringkat kemudian bila ianya akan musnah maka ditandai dengan beberapa perkara: banyaknya kemewahan, kehidupan penuh dengan hiburan dan perhiasan, kehidupan cara homoseks di kota-kota, politik wang, kerana mereka yan memimpin tidak mampu lagi mendapat kesetiaan dengan sifat-sifat utama yang dibuktikan dan mengajak orang lain kepada perjuanganh, maka berlakulah politik wang. Dengan itu moral masyarakat merosot. Inilah antara pengajaran yang patut diambil ingat dari penerangan ibn Khaldun.

Antaranya beliau juga menyebut bagaimana pentingnya adat-adat kebiasaan yang baik dan kuat yang perlu diterapkan dalam masyarakat dan kehidupan untuk menjadi bahan penguat masyarakat dan tamadun supaya tidak runtuh, bi izniLlah.

Dalam hubungan dengan adat kebiasaan hidup dan kemahiran-kemahiran yang menguatkan tamadun beliau menyatakan.

Orang-Orang Timur secara umumnya jauh lebih mantap dan teguh berbanding dengan masyarakat Maghribi dalam keahlian memberi pengajaran ilmudan dalam keahlian-keahlian lainnya. Bahkan ramai orang-orang Maghribi yang pergi ke Timur dalam mencari ilmu pengetahuan mempunyai anggapan bahawa secara umumnya akal fikiran orang-orang Timur adalah lebih sempurna daripada orang-orang Maghribi. Mereka beranggapan bahawa nafsu natikah (atau bahagian jiwa yang berfikir dan menerima ilmu) (orang-orang Timur) adalah lebih sempurna pada tabiat kejadiannya daripada apa yang ada pada orang-orang Maghribi. Mereka mendakwa ada terdapat perbezaan pada hakikat kemanusiaan antara kami (orang-orang Maghribi) dan mereka itu, kerana kemahiran mereka dalam ilmu-ilmu dan kemahiran dan pertukangan kelihatan luar biasa kepada mereka. Tetapi hal yang sebenar bukanlah demikian. Tidak ada perbezaan antara Timur dan Barat yang sedemikian besar (sehingga dianggapkan) ianya perbezaan dalam hakikat (tabiat kejadian manusia) yang memang (hakikat kemanusiaan itu) adalah satu (dan sama di manamana juga). (Kelainan yang sedemikian itu) sebenarnya ada dalam kawasan-kawasan yang beriklim tidak sederhana seperti iklim yang pertama dan ketujuh. Sikap jiwa di sana tidak sederhana, dan jiwa juga tidak sederhana sesuai dengan keadaan yang ada, sebagaimana yang telah disebutkan.(Sebenarnya) kelebihan para penduduk Timur dengan penduduk Barat terletak pada akal tambahan (aqlul-mazid) yang ada pada jiwa yan datang hasil daripada pengaruh-pengaruh kebudayaan (hadharah) sebagaimana yang telah disebutkan dalam hubungan dengan keahlian-keahlian. Selanjutnya sekarang kami akan membicarakannya secara lebih lanjut dan, mengesahkannya; ianya seperti berikut: Orang-orang yang hidup dalam berbudaya secara menetap memiliki peraturanperaturan dalam segala perkara yang mereka lakukan dan yang akan mereka kerjakan ataun yang mereka tidak akan kerjakan, dan dengan demikian merekapun mendapati cara-cara tertentu dalam mengusahakan penghidupan, mencari tempattempat tinggal, mendirikan bangunan-bangunan, menangani masalah-masalah keagamaan dan keduniaan mereka, termasuk masalah-maalah adat-adat kebiasaan pada adat istiadat mereka, serta kira bicara mereka dengan orang lain, dan kegiatan-kegiatan lain mereka. Cara-cara bertindak yang menjadi kebiasaan tetap ini

merupakan batasan yang tidak dilanggar oleh mereka, dan pada masa yang sama (di dalamnya ada terdapat kebiasaan-kebiasaan yang bersifat sebagai-p) kepandaian-kepandaian (atau cara-cara pertukangan) yang diterima oleh generasi kemudian daripada generasi yang awalnya. Tidak syak lagi setiap kemahiran itu ada kedudukan yang baik dalam susunan tertib kemahiran-kemahiran yang ada, dan ianya mempengaruhi jiwa manusia dan menjadikannya mendapat akal tambahan (aql al-mazid) (additional intelligence) yang menyiapsediakan jiwa itu untuk menerima kemahiran-kemahiran lainh selanjutnya pula (dengan itu ia menjadi semakin lama semakin bijak dan cekap-p). Dengan itu maka akal manusia itu disediakan untuk mencapai ilmu secara cepat dan segera. Kebiasaan-kebiasaan yang baik dalam pengajaran ilmu (scientific instruction), dalam kemahiran-kemahiran pertukangan, dan dalam semua kegiatan-kegiatan yang dilakukan manusia, itu menambahkan lagi pencerahan dalaman pada akalnya dan juga memberi pencahayaan (enlightenment) pula pada pemikirannya, kerana dengan itu jiwanya itu mencapai banyak kebiasaan-kebiasaan padanya. Kita telah nyatakan dahulu bahawa jiwa manusia itu berkembang di bawah pengaruh pengesanan pancaindera yang diterimanya dan kemahiran-kemahiran (malakah) yang timbul daripadanya. Dengan itu maka orang-orang Timur menjadi lebih pandan kerana jiwa-jiwa mereka terpengaruh dengan kegiatan ilmiah. Orang awam menyangka bahawa itu adalah kelainan dalam hakikat kemanusiaan. Ini bukan yang sebenarnya. Apabila seseorang membandingkan orang-orang dalam masyarakat berbudaya dengan orang-orang Badui, maka boleh diperhatikan bagaimana lebih banyaknya kecerahan pemikiran dan kepandaian yang ada pada orang yang berbudaya tetap itu. Dengan itu maka seseorang itu mungkin terfikir bahawa mereka itu berbeza daripada orang-orang Badui itu dalam hakikat kemanusiaan dan akalnya. Ini bukan demikian. Sebabnya hanyalah kelainan ada kerana orang yang berbudaya menetap itu mempunyai kebiasan-kebiasaan dalam bidang teknikal dan juga adat kebiasaan budi pekerti yang halus dalam hubungan dengan kegiatan-kegiatan yang sudah menjadi kebiasaan hidup dan juga suasana-suasana hidup budaya menetap, yang semua itu tidak diketahui oleh orang-orang Badui itu. Orang-orang yang hidup berbudaya menetap memiliki banyak kemahiran-kemahiran dan juga kebiasaankebiasaan yang berjalan bersekali dengan semua itu, juga mereka mempunyai

(cara) yang baik untuk mengajar kemahiran-kemahiran itu. Oleh itu mereka yang tidak mempunyai kebiasaan-kebiasaan itu berfikir bahawa itu semua menunjukkan kesempurnaan akal yang dimiliki oleh mereka yang hidup dalam budaya menetap itu, dan bahawa kecekapan tabiI orang-orang Badui itu adalah lebih rendah daripada yang ada pada orang-orang yang berbudaya menetap itu. Ini bukan demikian. Kita boleh dapati ada sebahagian daripada orang-orang Badui yang memiliki kefahaman, dan kesempurnaan akal serta kecekaan semula jadi yang paling tinggi sekali. Nampaknya apa yang kelihatan secara lahir (sebagai kelebihan) orang-orang berbudaya menetap adalah hanya hasil daripada penghalusan dan penggilapan kemahiran-kemahiran serta pengajaran ilmu-ilmu yang diterima oleh mereka. Itu semua mempengaruhi jiwa sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini. Sekarang, para penduduk Timur lebih teguh dan lebih terkedepan kedudukan mereka dalam pengajaran ilmu dan kemahiran-kemahiran (daripada orang-orang Maghribi) dan orang-orang Maghribi pula adalah lebih dekat kepada kehidupan padang pasir, sebagaimanan yang kami nyatakan dalam bahagian yang terdahulu. Ini menyebabkan orang-orang yang dangkal akalnya memikirkan bahawa para penduduk Timur mengatasi kelebihannya daripada orang-orang Maghribi dengan sebab kesempurnaan (yang tertentu) yang ada pada mereka yang menyangkut hakikat kemanusiaan.Ini tidak benar, sebagaimana yang sepatutnya difahami. (Terjemahan penulis dengan mengambil kira terjemahan Rosenthal). Dalam hubungan dengan kebiasaan yang baik yang menguatkan peradaban juga, kita lihat ibn Khaldun menyebut tentang budaya ilmu dan pengetahuan berkembang dalam kebudayaan dan peradaban yang berkembang pesat. Kata beliau: (Ilmu pengetahuan menjadi banyak cabangnya bilamana tamadun itu besar dan budaya hidup menetap dikota menjadi terbentuk dengan tingginya). Ini kerana pengajaran ilmu, sebagaimana yang kami nyatakan berupa satu daripada kemahiran-kemahiran. Kami telah nyatakan bahawa kemahiran-kemahiran banyak terdapa hanya di kota-kota. Kualiti dan bilangan kemahiran-kemahiran atau pertukangan-pertukangan itu terletak pada lebih besar atau kecilnya peradaban (umran) (civilization) dalam kota-kota itu dan pada budaya menetap dan hidup mewah yang dinikmati di kota-kota itu, kerana (kemahiran-kemahiran dan

pertukangan-pertukangan yang terbentuk dengan baik itu) adalah sesuatu yang berupa tambahan kepada mencari penghidupan semata-mata. Bila orang-orang yang berperadaban ada mempunyai tenaga buruh yang lebih daripada apa yang mereka perlukan setakat untuk mencari penghidupan sahaja, maka (tenaga buruh) demikian yang berlebih itu digunakan untuk kegiatan-kegiatan yang lebih lagi dan mengatasi apa yang digunakan hanya untuk mencari penghidupan sahaja. Kegiatankegiatan sedemikian ini adalah hak istimewa manusia. Ianya terdiri daripada ilmuilmu dan kemahiran-kemahiran serta pertukangan-pertukangan . Ini diikuti dengan kenyataan beliau berkenaan dengan kebiasan-kebiasan bertaraf tinggi yang melibatkan perkembangan budaya ilmu di pusat-pussat tamadun Islam yang terkenal. Kata beliau: Ini boleh ditunjukkan contohnya dengan kenyataan-kenyataan kami yang terdahulu berkenaan dengan Baghdad, Qurtubah, Qairawan, Basrah dan Kufah.Pada masa permulaan Islam, peradaban-peradaban (para penduduk kota) adalah ramai, dan budayan hidup menetap wujud di kalangan mereka. Maka ilmu-ilmu melimpah di sana dan penduduk-penduduknya tampail sebagai ahli dalam pelbagai jenis peristilahan teknikal dalam pengajaran ilmu-ilmu dalam pelbagai cawangan ilmu pengetahuan, dan ahli dalam menimbulkan persoalan-persoalan dan (menciptakan) disiplin-disiplin ilmu (yang baharu). Mereka itu (semua) mengatasi para ahli ilmu yang datang sebelum mereka dan mengatasi semua yang datang kemudian daripada mereka. Tetapi bila tamadun merusut dan penduduknya berkurang, gambarannya menjadi terbalik pula daripada apa yang terdahulunya. Ilmu pengetahuan dan pengajarannya tidak ada lagi dalam kota-kota tersebut tetapi dipindah dan ditanam di kota-kota Islam lainnya. Kita pada masa ini melihat bahawa ilmu pengetahuan dan pengajaran ilmu ada di Kahirah pula iaitu di Mesir, kerana tamadun di sana (Mesir) terbentuk dengan tingginya dan budaya menetapnya telah menjadi tetap teguh beribu-ribu tahun lamanya. Oleh itu maka kemahiran-kemahiran terdiri tetap teguh di sana dalam banyak jenisnya. Satu daripadanya ialah pengajaran ilmu di sana. (Keadaan yang sedemikian) ini diperteguhkan lagi dan dijaga di Mesir oleh beberapa peristiwa dalam dua ratusan tahun lalu di bawah dinasti Turki, semenjak masa pemerintahan Salahud-Din al-Ayyubi dan seterusnya.

Ini diikuti dengan beberapa perkembangan tentang kemunculan ilmu-ilmu dalam Islam samaada ilmu-ilmu Syariah atau juga ilmu-ilmu akliah.

Perkara-Perkara Yang Perlu dielakkan Untuk Menguatkan Bangsa dan Tamadun: Nampaknya ada beberapa perkara yang kita boleh renungkan sebagai perkaraperkara yang melemahkan tamaddun yang perlu dielakkan.Antaranya adalah seperti berikut:

perpecahan yang melemahkan umat samaada kerana ideologi siasah atau kerana lain-lain kecenderungan budaya dan kelainan pendapat perlu tanhgani dengan mengamalkan budaya beradab dalam berbeza pendapat

kerusakan pegangan dan nilai-nilai melalui unsur-unsur fahaman yang salah dan menyeleweng dalam agama dan penafsiran yang tidak sebenar serta penhgaruh budaya hiburan yang berlebihan (entertainment culture) yang boleh mengatasi budaya ilmu dan intelektuil yang akan melemahkan bangsa da umat dari segi jangka panjang walaupun ada faedah-faedah komersial jangka pendek.

kemerusutan budaya intelektuil yang didominasi oleh budaya komersial tanpa mengecil-ngecilkan bidang komersial yang sedemikian penting dalam Islam yang kalau dibiarkan akan membawa padah kepada umat dalam perkembangan ilmu dan kepakaran yang diperlukan untuk kepentingan pembentukan peribadi yang sepadu dan juga msyarakat madani yang dikehendaki.(gambaran masyarakat Ibn Khaldun dalamal-Muqaddimah adalah masyarakat madani. Dan yang dikehendaki oleh OIC dalam sidangnya baru-baru ini ialah masyarakat madani Islam seluruh dunia).

kerusakan nilai yang disebabkan oleh pendedahan kepada nilai-nilai yang negatif melalui media dan lainnya yang menghakis nilai-nilai Islam dan nilai-nilai Asia dalam hubungan dengan mereka yang selain daripada Muslimin, akibat negatif dari globalisasi yang disalah terima.

kerosakan nilai peribadi contoh yang didominasi dalam anggapan popular oleh budaya pemujaan celebrity (celebrity cult) yang sepatutnya diambil alih oleh

budaya mengikut contoh yang baik dan sempurna (uswatun hasanah) - terdiri daripada para nabi dan rasul a.s.s. dan mereka yang utama dalam sejarah Islam dan juga sejarah dunia.

pengaruh budaya politik yang mungkin berlaku melebihi kewajarannya dilihat dari segi perkembangan budaya dan hidup intelektuil umat yang perlu ditangani dengan segera.

pengaruh yang tidak seimbang yang berlaku kerana tidak tunduk kepada epistemologi Sunni yang seimbang, sebagaimana yanhg ditunjukkan dalam alMuqaddimah oleh Ibn Khaldun. Ibn Khaldun menyatakan bahawa peranan agama ialah menyatupadukan Bangsa Arab dan membawa kemajuan kepada mereka dan masyarakat mereka.Ia menunjukkan bahawa ketidakadilan, sifat kuasa raja bermahrajalela, dan penindasan adalah tanda-tanda yang menunjukkan kejatuhan dalam sesebuah negara. Beliau menunjukkan bahawa falsafah yang berbentuk metafisika mendatangkan faedah mempertajamkan akal fikiran seseorang. Beliau menyatakan juga bahawa pengetahuan tentang perkara-perkara metafiska terutama dalam hubungan dengan keimanan boleh didapati hanya daripada wahyu. Beliau juga seorang yang terkemuka dalam pendidikan. Beliau menyatakan bahawa paksaan adalah seteru kepada pendidikan, membawa kepada timbulnya sifat malas, berbohong dan sifat bermuka dua. Beliau juga menunjukkan kepada pentingnya contoh tauladan yang baik untuk ditiru.serta juga penguasaan yang baik dalam penggunaan bahasa. Beliau menyanjung ilmu yang sampai menjadi malakah dalam seseorang. Oleh kerana beliau hidup dalam zaman permulaan menurunnya peradaban Islam maka apa yang dialami itu menyebabkan beliau mengumpulkan dan membuat ringkasan serta menghafal himpunan ilmu yang ditinggal oleh nenek moyangnya.Beliau menyerang amalan-amalan yang tidak sihat yang menimbulkan kebekuan dalam kalangan Muslimin dan mengurangkan kreativiti di kalangan para ahli ilmu.

Kesimpulan Tentang Usaha Menguatkan Budaya Dan Tamadun Bangsa:

Dalam hubungan dengan berfikir tentang menguatkan budaya dan umat, maka ada beberapa pengajarann yang kita boleh ambil dari ibn Khaldun dengan "alMuqaddimah"nya. Antaranya adalah seperti berikut:

Antaranya perrpaduan Muslim Melayu yang kuat di negara ini sebagai nukleus untuk perpaduan yang lebih luas dengan Melayu Muslim sebagai contoh tauladannya. Perpaduan Melayu sebagai teras ini adalah selari dengan penonjolan kepada prinsip 'asabiyah yang positif yang diberikan pembelaannya oleh Ibn Khaldun dalam huraiannya tentang 'asabiyah yang disebutkan olehnya sebagai prinsip kekuatan yang menjayakan agama dan peradaban yang besar dan teguh. Asabiyah yang ditentang oleh Nabi saw katanya ialah asabiyah yang membawa kepada kejahatan, bukannya yang ditentang zat asabiyah itu sendiri. Beliau menyamakan larangan itu dengan larangan terhadap sifat marah. Yang ditentang bukan sifat marah itu sendiri tetapi sifat marah yang mambawa kepada kejahatan. Kemarahan yang berlaku dalam jihad, itu marah yang terpuji. Perpaduan Melayu mesti diperjuangkan sampai berjaya dengan dimanafaatkan prinsip asabiyah dalam huraian Ibn Khaldun in.

Seperkara lagi asabiyah yang disebut oleh Ibn Khaldun adalah secara kebetulannya menyamai konsep "Melayu" di kalangan kita sebagai orang yang beragama Islam dan berbahasa Melayu serta yang mengamalkan adat istiadat Melayu. Dan adat istiadat itu pula adalah tatatertib yang berkebetulan dan diterima oleh Syara'. Ini sesuai dengan kata-kata dalam bidalan: "Hidup bersendikan adat dan adat bersendikan hukum dan hukum bersendikan Kitab". Ertinya kasih kepada bangsa ini hendaklah diperkasakan dengan apa cara yang boleh yang akan digunakan demi untuk mengekalkan kuasa Muslimin dalam negeri ini untuk kebaikan semua pihak dan demi untuk menjayakan agama Islam beralirah Ahlis-Sunnah waljamaah yang kita yakini.

Seperkara lagi ialah sudahn tentu pengawalan ke atasn ajaran dan amalan Ahlis-Sunnah wal-Jamaah yanhg dihuraikan sistem ilmunya dalam "alMuqaddimah"nya dalam semua bidangnya.Beliau memberi pembelaan terhadap usuluddinnya, fiqhnya, tasawwufnya, sejarahnya, nahu sarafnya, sains, fisik, hisabnya, demikian seterusnya; semua ilmu-ilmu itu beliau lihat dalam perspektif faham ilmu Ahlis-Sunnah wal-Jamaah.

Pemerkasaan budaya ilmu, perkembangan pengetahuan, dan kemahiran hendaklah dijadikan bidang tumpuan dalam polisi mereka yang memerintah supaya dengan itu maka umat islam akan menjadi umat yang mengutamakan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berguna dalam hidup supaya dengan itu hidup umat selamat dalam dunia yang penuh dengan perlumbaan ini, sudah tentu dengan menyempurnakan tugas-tugas kita kepada Allah dan pengabdian kepadaNya. Ini sudah tentu berkaitan dengan polisi pendidikan yang ada dalam negara. Selain daripada penekanan yang diberikan kepada sains dan teknologi hendaklah diberikan penekanan yang memadai terhjadap kefahaman dan keyakinan serta amalan ilmuilmu Islam mengikut tahap masing-masing, dengan tidak mengurangkan fardhu ainnya dalam menyempurnakan fardhu kifayahnya supaya dengan itu berlakulah keseimbangan yang memberi kebaikan untuk individu dan negara serta umat.

Bertalian dengan itu ialah pemerkasaan budaya berfikir dengan baik dan objektif supaya ianhya membantu dalam perkembangan hidup individu dan juga hidu negara dan umat sebab berfikir adalah perkara khusus istimewa untuk umat manusia yang menentukan darjahnya yang sebenarnya. Kecekapan berfikir secara logika yang baik dan mengarah kepada kebaikan serta yang bersifat "purposive" dan teratur perlu disemarakkan dalam pendidikan formal dan tidak formal. Cara-cara berfikir mengikut kaedah Islam antaranya sebagaimana yang ada dalam ibn Khaldun dan juga dalam ajaran Imam al-Ghazali hendaklah diberi perhatian sewajarnya, selain daripada mengambil tahu tentang cara-cara berfikir masakini untuk perbandingan bagi mereka yang sewajarnya.

Sejarah sebagai ilmu pengetahuan akademik hendaklah digandingkan dengan pengajian ilmu itu sebagai sumber pengajaran dan pengenalan hakikat tentang kajian tamadun manusia yang lebih luas. Dengan itu timbullah kesedaran intelektuil yang baik dan luas dalam negara. Ertinya yang diambil kira bukan sahaja peristiwa politik dan para pemimpin serta masalah ekonomi dan ketenteraan tetapi masalah-masalah lain yang menyangkut pemikiran dan nilai-nilai kemanusiaan dalam hidup.

Dalam huraian Ibn Khaldun diambil berat tentang perkembangan ekonomi yang baik dan makmur yang memberi kesenangan hidup kepada umat dengan polisi pemerintah yang baik dengan para ahli perniagaan yang berniaga dengan

berjaya.Beliau juga memberi panduan dalam bidang pencukaian sehingga komenkomennya tentang pencukaian mempengaruhi Presiden Reagan masa pemerintahannya. Sebanyak dua kali Reagan menyebut ibn Khaldun dalam hubungan dengan pencukaian di Amerika Syarikat.

Wallahu a'lam.

_____________________________________________________________________ ____________________

Nota: (1) Riwayat hidup Ibn Khaldun dibicarakan oleh banyak penulis seperti Abdullah

Enan, Muhsin Mahdi, dan di awal jilid I terjemahan al-Muqaddimah oleh F. Rosenthal lainnya. Terjemahan Rosenthal ada 3 jld; terjemahan Melayu oleh DBP satu jilid; demikian juga terjemahan Indonesianya. (2) Laman-laman web (url) berikut:

Anda mungkin juga menyukai