Anda di halaman 1dari 2

Pekerjaan 3D

Adakah imej dan reputasi kerajaan benar-benar terjejas dek isu pengambilan 1.5 juta pekerja
Bangladesh yang dimanipulasikan dalam media sosial baharu dan desakan pelbagai pihak yang
amat bimbang masa depan rakyat tempatan dalam pelbagai sektor? Sebaik diumumkan
penangguhan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi yang berkuat kuasa serta-merta, sekali gus memperlihatkan pengambilan
pekerja asing dari semua negara sumber dihentikan, membuatkan juga pelbagai pihak senyap
secara tiba-tiba. Agaknya semua terkejut dengan langkah itu dan ada yang melihat imej dan
reputasi kerajaan tercalar sebaik membuat pusingan U. Apakah benar? Renungkan sejenak ikon
negara seperti Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Kuala Lumpur, Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2
(klia2). Ikon lain seperti bangunan Sultan Abdul Samad, Bangunan Parlimen Malaysia, Jambatan
Pulau Pinang, Stadium Merdeka, Stadium Nasional Bukit Jalil, di samping pengangkutan awam
yang hebat seperti projek Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorail. Ini semua adalah
kebanggaan rakyat. Kita berasa cukup megah kerana mempunyai aset atau khazanah negara yang
tidak ternilai. Khazanah negara ini adalah hasil titik peluh anak tempatan dan gabungan pekerja
asing pelbagai negara. Daripada hasil gabungan itu, 60 peratus adalah anak tempatan dan 40
peratus adalah pekerja asing. Beri penjelasan ikut fakta Adakah kita masih menidakkan
sumbangan dan pengorbanan pekerja asing dalam membangunkan negara selama ini? Sedangkan
isu 1.5 juta pekerja Bangladesh yang dimomokkan untuk masuk, sekali gus ke negara ini bagi
menambah kegawatan sektor pekerjaan dan menidakkan rakyat tempatan dalam media sosial
baharu mencetuskan fenomena yang tidak ada asasnya, walaupun kerajaan sudah
memperjelaskan secara berfakta. Janganlah kita jadi orang berpelajaran tetapi tidak bijak.
Sebenarnya kerajaan selama ini sudah bina imej dan reputasi demi kesejahteraan rakyat dan
negara merentas zaman. Bermula dengan Tunku Abdul Rahman Putra sehingga Datuk Seri Najib
Razak, pembinaan itu terjalin hebat. Memang diakui, imej dilihat sebagai satu elemen yang
diberikan keutamaan di mana-manapun di dunia. Khalayak atau rakyat melihat sesuatu perkara
bergantung kepada cara bagaimana imej itu ditonjolkan atau dipinggirkan. Selama ini pun,
kerajaan sentiasa menekan betapa imej bukan sahaja perlu di projeksi tetapi juga perlu
dilindungi supaya imej yang wujud tidak tercemar dalam sesuatu organisasi itu. Ahmad Zahid
sejak dari awal konsisten dalam hal pengambilan pekerja asing, termasuk soal levi dan program
penggajian semula. Ia juga dipengaruhi kuat oleh sifat profesional, kejayaan dalam pengurusan
kewangan dan beretika dalam tindakan meliputi aspek merancang, mengorganisasi, memimpin
dan mengawal sumber secara cekap serta berkesan ke arah mencapai matlamat. Kata sarjana
Barat, pengurusan adalah . the process of working with people and resources to accomplish
organizational goal. Tidak salah kerajaan memutuskan untuk langkah yang dikatakan seolah-
olah membuat pusingan U kerana setiap tindak tanduk itu ada justifikasinya. Pada waktu sama,
ini memberi peluang kepada semua majikan membuka ruang pekerjaan, terutama membabitkan
sektor 3D (Dangerous, Dirty, Difficult) kepada rakyat tempatan. Anjur kempen kerja sektor 3D
Berikutan penangguhan mengenai kemasukan pekerja asing, adalah disyorkan majikan
melaksanakan kempen besar-besaran menerusi Pesta Kerja Sektor 3D di seluruh negara
bermula bulan depan. Inilah masanya majikan ambil peluang ini. Bagi menarik minat rakyat
tempatan, pembayaran levi pekerja asing boleh diserapkan dalam penawaran upah melebihi gaji
minimum kepada pekerja tempatan dalam Sektor 3D. Mungkin dalam sektor perladangan,
pekerja tempatan boleh diberi upah RM1,600 atau RM1,800 sebulan. Sudah tentu ramai
penganggur yang memiliki kemahiran tertentu memberi sambutan hangat kepada Pesta Kerja
Sektor 3D. Penulis pernah terserempak seorang wanita lengkap dengan pakaian seragam
membawa lori pembersih jalan di Victoria Market, Melbourne. Dia asalnya dari Darwin dan
dibayar gaji A$3,000 (RM9,000) sebulan, upah tinggi bagi pekerjaan dalam kategori 3D. Yang
penting pada waktu sama, kerajaan menumpukan kepada soal mengenal pasti pekerja asing
dalam Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin serta
melipatgandakan usaha penguatkuasaan. Semua ini memberi faedah tertentu kepada majikan.
Menerusi program ini, tindakan tidak diambil terhadap majikan dan pekerja terbabit, sebaliknya
hanya membayar kira-kira RM4,000 untuk proses mendaftarkan pekerja ini secara sah. Langkah
berhemah kerajaan wajar memberi kesan positif kepada imej dan reputasi semua pihak terbabit.
Penulis ialah Ketua Penyelidik di Pusat Penyelidikan Strategik (PPS), badan pemikir sosio media-politik

Anda mungkin juga menyukai