Anda di halaman 1dari 7

BAJET 2008

Memudahkan Kemasukan Pekerja Berkemahiran Tinggi

18. Mutu modal insan, terutamanya golongan profesional dan berkemahiran, adalah faktor
kritikal bagi menarik pelaburan yang berkualiti. Dengan itu, di samping memperkasa modal
insan tempatan, Kerajaan akan menggalak dan memudahkan kemasukan pekerja asing
berkemahiran yang akan menambah nilai kepada ekonomi negara. Untuk ini, Jabatan Imigresen
akan memendekkan tempoh memproses permit kerja kepada tujuh hari untuk pekerja
berkemahiran berbanding dengan 14 hari sebelum ini.

19. Jabatan Imigresen juga akan memperkenalkan satu kategori visa baru bagi ahli perniagaan
dan profesional asing yang mempunyai tempoh sah lebih panjang. Di samping itu, ciri-ciri lain
bagi memudahkan proses kemasukan akan diperkenalkan. Semua langkah ini akan berkuatkuasa
1 Januari 2008.

20. Bilangan syarikat multinasional yang menubuhkan pejabat serantau di Malaysia kian
meningkat. Mereka memerlukan kakitangan yang berkemahiran tinggi untuk kerap berulang alik
ke negara ini. Adalah penting kemasukan mereka ke negara ini dipermudahkan. Oleh yang
demikian, mulai 1 januari 2008, proses mendapatkan pas lawatan profesional bagi pekerja
berpengetahuan akan dipercepatkan dengan membolehkan permohonan dibuat di pejabat
kedutaan dan konsulat Malaysia di luar negara.

21. Kerajaan telah pun memperkenalkan multiple entry visa (MEV) bagi warganegara China dan
India. Pada masa ini, visa tersebut hanya boleh dipohon di negara asal mereka. Kerajaan telah
membuat keputusan supaya warganegara China dan India dibenarkan memohon MEV dari
mana-mana tempat mereka bermastautin atau bekerja. Sebagai permulaan, kemudahan ini akan
diperkenalkan di pusat kewangan antarabangsa, seperti New York, London, Hong Kong dan
Singapura, berkuatkuasa 1 Januari 2008.

Meningkatkan Daya Saing Pasaran Modal

22. Pasaran modal negara telah berkembang pesat dan merupakan antara sumber modal yang
penting bagi sektor korporat. Perkembangan pesat ini telah menyumbang kepada peningkatan
keyakinan pelabur, terutamanya pelabur asing. Keyakinan ini jelas dicerminkan oleh prestasi
Bursa Malaysia. Indeks Komposit Kuala Lumpur melonjak semenjak awal tahun ini, dan
mencecah 1,299 mata pada 6 September 2007. Nilai pasaran modal juga telah mencapai satu
trilion ringgit. Kini, pasaran modal negara merupakan antara pasaran modal yang terbesar dan
aktif di Asia Tenggara.

23. Antara faktor yang menyumbang kepada prestasi pasaran saham ialah kejayaan Program
Transformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Modal pasaran 45 syarikat GLC telah
meningkat sebanyak 129 bilion ringgit iaitu peningkatan sebanyak 61 peratus semenjak Program
Transformasi GLC yang telah saya lancarkan pada Mei 2004. Transformasi GLC menghasilkan
faedah kepada pelbagai pihak, termasuk pelanggan, pekerja, pembekal, komuniti perniagaan
Bumiputera serta Kerajaan. Syarikat sektor swasta lain juga telah berjaya melalui proses
transformasi masing-masing. Dalam melangkah ke tahun 2020, saya yakin beberapa syarikat
swasta, termasuk GLC, akan muncul sebagai juara serantau, setanding dengan syarikat bertaraf
dunia.
Saturday, August 7, 2010

MEMBEKALKAN TENAGA BURUH

Kebanjiran pendatang asing ke malaysia merupakan satu daya penggerak kepada


menjana pembangunan negara yang kian berkembang. Memang tidak dapat
dinafikan, kedatangan buruh asing ke negara kita hanya untuk mengisi
kekosongan pekerjaan dalam sektor perladangan, pembinaan, pembantu rumah
dan sektor perkhidmatan. Namun akhir-akhir ini mereka mula memonopoli
keseluruhan perkerjaan tempatan. Pendatang asing di Malaysian di katogerikan
kepada dua katogeri iaitu katogeri secara sah dan secara haram

Tenaga buruh merupakan aset kepada menjayakan projek pembangunan


daripada perkembangan ekonomi Negara yang pesat dan kemasukan para
pelabur untuk melabur bagi sesuatu projek pembangunan. Keadaan ini
meningkatkan kadar pemperatusan peluang pekerjaan yang luas. Namun masalah
timbul apabila Negara kita kekurangan sumber tenaga manusia daripada buruh
tempatan. Bagi menampung masalah ini para majikan mengunakan agensi
kerajaan dalam memenuhi pemintaan ini dengan mengaji para pendatang asing
sebagai suatu alternatif menanggani kekurangan buruh projek di sesebuah
syarikat yang dikendalikan.

Selain itu, kebanjiran pendatang asing berkerja di Malaysia telah memula mereka
dalam melibatkan diri dalam persaingan perkerjaan yang berkreativiti dengan
para buruh tempatan. Kewujudan persaingan dikalangan buruh ini meningkatkan
buruh mahir dalam pelbagai kretiviti dan inovasi dalam perkerjaan mereka dalam
menghasilkan pekerjaan yang lebih bermutu. Oleh itu, masing-masing mencari
ilmu dalam menghasil mutu kerja yang lebih berkesan dalam melahirkan diri
mereka dalam sesuatu bidang kerja yang mahir dan mempunyai daya
kemantapan pekerja di pertingkatkan. Manakala pada pandangan makro oleh
masyarakat antarabangsa melalui stastistik kemasukan buruh asing ke Malaysia
yang meningkat memberikan mengambarkan ekonomi sesebuah negara maju,
berkembang dan mantap. Oleh hal demikian, negara kita ditafsirkan sebagai
sebuah negara yang mampu berdaya saing dan dapat memenuhi permintaan
terhadap sumber tenaga manusia.
Penyumbangan pembangunan hasil daripada kebanjiran pendatang asing dapat
memberi nilai tambah kepada keadaan politik di negara kita. Penyaluran
perkerjaan untuk bekerja dinegara kita melalui agensi badan kerajaan dan bukan
badan berkerajaan (NGO). Keterjalinan hubungan diplomatik di antara kedua
belah pihak dengan Negara yang terlibat contahnya Negara Malaysia mendapat
bekalan sumber tenaga buruh daripada Indonesia melalui kementerian sumber
tenaga dan manusia di kedua – dua belah pihak. Keadaan ini melibatkan
pembangunan politik dalam mendapat perkhidmatan terhadap sektor yang
terlibat. Hubungan perjanjian dua hala ini dapat mewujudkan keeratan dalam
memenuhi permintaan masing-masing.

Kesimpulannya, kebanjiran pendatang asing ke negara kita bukanlah fenomena


yang tidak dapat disangkakan lagi.Hal ini kerana kita sendiri mengetahuai faktor
penolak dan penarik yang mewujudkan kebanjiran pendatang asing untuk
merebut peluang pekerjaan yang luas. Perkembangan dalam semua bidang dan
projek terutama dalam pembangunan memerlukan tenaga buruh mahir yang
menjadikan satu landasan pengiat terhadap sesebuah syarikat pelaburan
pembangunan. Kehadiran mereka iaitu para buruh asing dapat membantu
melancarkan perancangan projek besar dapat dilaksanakan mengikut
perancangan. Oleh itu tidak dapat dinafikan kehadiran para buruh asing dapat
membantu dalam pelbagai pembangunan ekonomi ,sosial dan politik di negara
kita.
PENGALIRAN WANG KE LUAR NEGARA

Kebanjiran buruh asing di negara kita juga bermakna pengaliran wang ke luar
negara turut meningkat. Pekerja asing terutamanya yang berasal dari Indonesia,
Filipina, dan Myanmar yang bekerja di negara kita akan mengirimkan sebahagian
besar gaji yang diterimanya ke kampung halaman untuk menampung kehidupan
keluarga mereka yang hidup dalam serba kekurangan. Hal ini demikian kerana jika
mata wang Ringgit Malaysia (RM) ditukarkan kepada mata wang negara mereka,
nilainya adalah berlipat ganda.

Tahukah anda bahawa pekerja asing di Malaysia telah menghantar pulang


sebanyak RM9.124 billion ke negara asal mereka sejak Januari 2008 hingga akhir
Jun 2008. Nilai ini jika deperhatikan bukanlah satu angka yang kecil dan tidak
boleh dipandang remeh. Selain itu sehingga 31 Julai 2008, jumlah pekerja asing di
negara kita adalah seramai 2.1 juta orang dan selepas ditolak bahagi secara
puratanya setiap pekerja asing telah menghantar pulang sebanyak RM720
sebulan. Turut dilaporkan hampir 20% tenaga kerja di malaysia terdiri daripada
warga asing dan nisbah pekerja di negara ini ialah seorang warga asing bagi setiap
4 orang pekerja tempatan.

Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan merugikan negara. Hal ini demikian
kerana jika nilai pendapatan faktor ke luar negara adalah lebih besar daripada
nilai pendapatan faktor dari luar negara akan menyebabkan pendapatan faktor
bersih luar negara(PFBLN) bernilai negatif. PFBLN yang bernilai negatif seterusnya
akan membawa kepada berlakunya kurangan dalam imbangan pembayaran.
Kurangan yang berlaku dalam imbangan pembayaran akan menyebabkan
berlakunya kemerosotan dalam tingkat pendapatan negara secara
keseluruhannya.

Kesimpulannya kebanjiran pekerja asing dalam negara kita akan memberi kesan
kepada tingkat pendapatan negara secara umumnya.
BUDAYA NEGATIF YANG MENGHANTUI MASYARAKAT SETEMPAT.

Masalah sosial dalam negara kita merupakan satu isu yang hangat sering
diperkatakan.Apatah lagi, ini dapat menjejaskan banyak perkara termasuklah
keadaan budaya masyarakat setempat.Malaysia merupakan negara yang pesat
membangun dengan kerjasama semua penduduknya.Namun hari
ini,pembangunan Malaysia adalah satu hasil tangan buruh asing.

Bilangan mereka dianggap bagai "cendawan yang tumbuh selepas hujan".Hal ini
sebenarnya banyak memberi impak negatif kepada penduduk setempat
berbanding kesan positif.Pada hari ini,kita dapat menyaksikan pelbagai karenah
budaya yang ditonjolkan oleh masyarakat kita.Terutamanya,remaja-remaja yang
akan menjadi pembimbing negara kelak.Contohnya ialah mempengaruhi
masyarakat dalam etika pemakaian,pertuturan dan juga pergaulan.Dalam konteks
pemakaian,dapat disimpulkan bahawa cara mereka iaitu orang asing adalah amat
berbeza dengan kita di Malaysia.Ini secara tidak langsung dapat menangkis adat
dan budaya pemakaian di negara kita.

Kebanyakan buruh asing ataupun pendatang asing adalah dari pelbagai latar
belakang keluarga,cara hidup dan agama.Ianya adalah berbeza dengan gaya hidup
di tempat kita.
Seperti yang kita tahu,persekitaran negara kita dengan mereka adalah
berbeza,begitu juga amalan pergaulan yang berlainan jantina.Kemungkinan
pergaulan mereka adalah amat bebas dan amalan ini seterusnya dibawa ke
negara kita.Hasilnya, dapat disimpulkan bahawa amalan pergaulan bebasw itu
sudah pun bertapak di negara kita.Dari hari ke hari ade saja berita tentang
pembuangan bayi.

Dapat dilihat juga,ini telah meruntuhkan moral dan akhlak masyarakat


kita.Haruslah kita sedar bahawa kemasukan manusia asing yang melampau
banyak akan memberi kesan negatif kepada kita semua.
PERKONGSIAN DAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI

Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dari segi pemban gunan namun, sedarkah
kita bahawa daripada mana pembangunan ini pesat membangun?Disini kita akan
menjelaskan tentang bagaimana kebanjiran buruh asing ini boleh membantu
negara kita semakin membangun. Menurut sumber rujukan daripada Surat
Khabar Berita Harian 10/02/2010 telah menwarwarkan tentang kepentingan
buruh asing dalam negara kita .Hal ini kerana warga Malaysia masih ramai yang
kurang berminat dalam kerja - kerja daripada sektor pembinaan , justeru sebagai
langkah mengatasi negara Malaysia ketinggalan dalam dunia pembangunan maka
buruh asing diperlukan dalam negara menyebabkan wujudnya impak iaitu
lambakan atau kebanjiran buruh asing . Namun , kebanjiran buruh asing dalam
negara bukan hanya mendatangkan impak negatif tetapi ia juga membantu
negara dari segi perkongsian dan pemindahan teknologi di mana tenaga
kepakaran dalam sektor pembinaan walaupun mereka yang bekerja dalam sektor
tersebut bukan terdiri daripada pekerja- k namun , kemahiran yang diperoleh
dapat membantu Malaysia semakin membangun dalam era pembangunan.

selain daripada itu juga , dalam konteks kemasukan pekerja asing , strategi negara
tidak jelas. Malahan , peningkatan jumlah buruh asing yang begitu mendadak
telah menjadikan pelbagai sektor dipenuhi oleh buruh asing. Mengapa dikatakan
begini , ialah disebabkan oleh peralihan dari ekonomi -p kepada ekonomi - k .
Pada masa ekonomi -p , kos buruh yang rendah menjadi tawaran kepada negara
namun setelah beralih kepada ekonomi -p buruh yang berpengetahuan
diperlukan sejajar dengan wawasan 2020.setelah diteliti buruh asing memberi
impak positif , ia juga mendatangkan implikasi yang negatif kerana untuk negara
beralih kepada ekonomi -k memerlukan tenaga profesional yang berasaskan
pengetahuan , daya inovasi , dan kemampuan untuk mengaplikasikan teknologi
moden, namun apabila berlakunya kebanjiran buruh asing menyebabkan tenaga
profesional tidak mahu berhijrah ke Malaysia. Sekaligus ini akan menimbulkan
pelbagai masalah dalam pembangunan negara walaupun perkara ini memberi
kesan yang lebih kepada kesan negatif .

Anda mungkin juga menyukai