Anda di halaman 1dari 4

Macroeconomis

Kepentingan pelaburan asing

Malaysia merupakan salah sebuah pasaran baru yang menawarkan kelebihan bagi pelaburan
langsung asing. Promosi dan penyelarasan pembangunan perindustrian dikendalikan
oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA). Agensi ini bertindak sebagai titik
permulaan perhubungan untuk para pelabur yang berhasrat mengadakan projek-projek dalam
sektor-sektor perkilangan dan perkhidmatan sokongan yang berkaitan di Malaysia. Demi
menggamit para pelabur cenderung untuk menanam modal di negara kita, kerajaan mengorak
langkah dengan menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan terutama prasarana yang
lengkap. Persoalannya, mengapakah kerajaan bersungguh-sungguh mahu memastikan
pelabur asing memilih Malaysia?

I. Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan


Sebenarnya dengan adanya pelaburan asing, banyak peluang pekerjaan yang dapat
diwujudkan. Demi meningkatkan produktiviti, tenaga kerja rakyat yang mahir dan separuh
mahir amat diperlukan walaupun teknologi moden digunakan. Dalam konteks Malaysia, belia
lepasan sekolah memang mendahagakan pekerjaan untuk membaiki nasib diri dan keluarga.
Golongan ini sedar, peluang bekerja di sektor awam amat terhad, ditambah lagi kelulusan
setakat SPM, lalu kilang-kilang menjadi pilihan. Hal ini bermakna, kehadiran pelabur asing
mampu mewujudkan peluang-peluang pekerjaan sekali gus mengurangkan kadar
pengangguran dan seterusnya mengurangkan gejala sosial yang dicetuskan oleh penganggur.
Misalnya, peragut beraja di mata, bersultan di hati kerana tiada sumber pendapatan yang
halal. Dengan kata-kata lain, dengan hadirnya pelabur-pelabur asing, pekerjaan menanti belia,
bukan belia menanti pekerjaan.Di samping itu juga, kemasukan pelaburan asing juga turut
meningkatkan taraf hidup penduduk. Hal ini demikian kerana kadar upah yang ditetapkan
oleh kerajaan adalah teratur. Selain itu, gaji yang diberikan oleh pihak majikan juga setimpal
dengan pekerjaan yang dilakukan. Sekiranya lebih banyak pendapatan yang diperoleh oleh
penduduk, maka kuasa beli penduduk juga akan meningkat. Perkara ini sekaligus akan
meningkatkan lagi taraf kehidupan penduduk kepada yang lebih baik

II. Nadi penggerak pembangunan dari segi infrastruktur


Dari perspektif pembangunan negara, pelaburan asing merupakan nadi penggerak ke arah
kemajuan negara dalam pelbagai sektor. Kemudahan asas yang sempurna merupakan nadi
utama untuk mempergiat pembangunan perindustrian. Oleh itu, kerajaan telah
memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan kemudahan elektrik dan air, di
samping sistem pengangkutan yang baik demi menarik dan menjayakan projek pelaburan
asing. Hal ini demikian kerana negara kita perlu mempunyai iklim pelaburan yang kondusif
demi menggamit pelabur-pelabur dari seantero dunia. Pelabur-pelabur asing sendiri pula akan
menyediakan kemudahan rekreasi dan tempat kediaman untuk para pekerja. Penyediaan
perhidmatan sosial ini akan meninggikan taraf hidup sosial rakyat negara ini. Contohnya,
Jalan Sultan Azlan Shah telah dibina untuk memudahkan haluan kilang-kilang di Bayan
Lepas dan Bayan Baru di Pulau Pinang. Pendek kata, pelaburan asing merupakan pemangkin
pembangunan negara.

III. Pemindahan teknologi mutakhir dan kepakaran


Bahkan, pelaburan asing membolehkan pemindahan teknologi moden serta kepakaran ke
negara kita yang sedang membangun dengan pesatnya. Tidak dapat dinafikan bahawa
penyelidikan dan pembangunan dalam bidang teknologi canggih menelan ongkos yang
tinggi. Sehubungan dengan ini, Malaysia masih kekurangan sumber kewangan untuk
membiayai projek-projek latihan dan penyelidikan demi mencapai teknologi moden. Masalah
ini merupakan satu penghalang yang mengekang kemajuan sektor perindustrian, pendidikan,
perubatan, pertanian, dan sebagainya. Melalui pelaburan asing, pelabur-pelabur asing akan
membawa bersama teknologi dan sistem pengurusan moden serta tenaga profesional yang
pakar dan produktif. Mereka juga akan melaksanakan pelbagai program untuk melatih buruh
tempatan demi mengembangkan pengetahuan kepakaran agar pekerja-pekerja tempatan dapat
diserapkan dalam projek pelaburan mereka. Contohnya, projek mencari gali minyak di
Terengganu memerlukan teknologi yang canggih dan guna tenaga yang mahir. Tegasnya,
pelabur asing menggalakkan pemindahan teknologi mutakhir dan kepakaran ke negara kita.

IV. Menambah pendapatan negara


Dalam pada itu, pendapatan negara akan bertambah melalui pelaburan asing. Pengaliran
wang ke luar negara akan berkurangan kerana banyak barangan import telah digantikan
dengan barangan tempatan. Sebelum ini, kebanyakan bahan mentah dieksport ke negara-
negara maju dengan harga yang rendah. Kemudian, bahan mentah ini diproses menjadi
barangan siap dan dijual semula ke negara ini dengan harga yang lebih tinggi. Kemasukan
pelaburan asing membolehkan modal yang banyak dan kepakaran disalurkan ke kilang-kilang
perusahaan tempatan. Bahan-bahan tempatan boleh diproses oleh kilang-kilang di negara ini.
Dengan cara ini, harga dan penggunaan bahan mentah tempatan lebih terjamin, di samping
menyumbangkan pendapatan kepada negara dari segi cukai. Malah, sumber kewangan dalam
projek-projek pelaburan asing itu merupakan modal pelaburan yang tidak perlu dibayar balik.
Dalam usaha mengatasi kemelesetan ekonomi dan memajukan taraf kehidupan rakyat, pihak
kerajaan banyak meminjam daripada intitusi kewangan asing sehingga menyebabkan hutang
negara mencapai 45 billion ringgit pada tahun 2009. Maka melalui pelaburan asing, kerajaan
tidak perlu meminjam dan berhutang keliling pinggang.

Disamping itu, pelaburan asing juga sudah semestinya dapat mengukuhkan mata wang
sesebuah negara.Dalam sebuah sesi temubual Berita Harian bersama Ketua Ekonomi Bank
Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, beliau berkata, “Dasar ekonomi yang baik bagi
menarik kemasukan pelaburan asing ke dalam negara boleh membantu mengukuhkan semula
nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)”Beliau menjelaskan, pergerakan mata
wang asing adalah seperti pergerakan saham, dengan naik turun harga saham mencerminkan
fundamental atau kekukuhan sesebuah syarikat dari segi pendapatan, pengurusan atau strategi
perniagaan.Katanya, mata wang pula mencerminkan kekukuhan sesebuah negara dari segi
prospek pertumbuhan, kadar faedah, dasar ekonomi dan pelaksanaan dasar.Justeru, pelaburan
asing yang bagus harus diberi tumpuan yang lebih baik supaya dapat menjamin kesejahteraan
rakyat dan dalam mengukuhkan perniagaan and ekonomi sesebuah negara. Ia secara tidak
langsung dan lama kelamaan akan dapat menarik pelabur masuk ke negara.

Deduksinya, kepentingan dan sumbangan pelabur asing kepada negara kita tidak ternilai.
Jadi, langkah-langkah proaktif, konstruktif dan pragmatik perlulah diambil agar negara kita
menjadi pilihan utama di rantau ini. Dalam hal ini, kita perlu sensitif dan peka akan kehendak
dan cita rasa mereka dengan melonggarkan dasar ekuiti asing untuk sektor perkilangan,
seperti pelabur asing sekarang boleh memegang 100% ekuiti tanpa mengambil kira tahap
eksport. Selain itu, birokrasi dalam pelaburan asing perlulah dipermudah agar tidak
menyusahkan para pelabur asing, di samping membanteras gejala rasuah atau tumbuk
rusuk sehingga akar umbinya. Iklim siasah yang mantap yang kita kecap sekarang juga
haruslah dipelihara. Dengan adanya pengaliran masuk modal, teknologi canggih, pendapatan,
dan sebagainnya tidak mustahil bagi sesebuah negara itu mengembangkan ekonomi mereka
dan menjadi sebuah negara yang membangun

Langkah meningkatkan pelaburan asing


Antara langkah utama yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan ialah dengan mengadakan
skim galakan kepada para pemodal. Hal ini demikian kerana, pihak kerajaan perlulah
memberikan taraf perintis bagi membolehkan sesebuah syarikat asing dapat menikmati
kemudahan pengecualian cukai untuk tempoh tertentu. Pihak kerajaan juga perlulah
melonggarkan peraturan pelaburan dengan membenarkan pelabur asing mendapat ekuiti yang
lebih besar dalam sesuatu projek yang dijalankan. Jelaslah bahawa,mengadakan skim galakan
kepada para pemodal merupakan langkah untuk menarik pelabur asing.

Selain itu,langkah yang boleh dilakukan ialah pihak kerajaan perlulah menghantar
rombongan perdagangan bag menari ramai lagi pelabur asing dari luar negara. Hal ini,kita
dapat menedarkan pelabur luar melalui penggunaan media massa mahupun seminar yang
dilakukan tentang potensi pelaburan di sesebuah negara.Maklumat pelaburan but pelabur
asing akan disampaikan melalui peabat Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia di luar
negeri dan kedutaan asing. Perkara in akan dapat menimbulkan lagi minat pelabur asing
untuk menjadikan Malaysia sebagai tempat pelaburan yang menguntungkan.

Seterusnya, menyediakan kawasan perindustrian dan kemudahan infrastruktur yang lengkap


juga merupakan salah satu langkah bagi menarik pelabur asing. Hal ini bagi menarik minat
pelabur asing untuk memajukan perusahaan di tempt strategik yang telah dipilih. Kerajaan
juga perlulah memperuntukkan perbelanjaan yang banyak bagi menyediakan segala
kemudahan ini. Sebagai contoh, dengan adanya kemudahan infrastruktur yang lengkap ini
ianya dapat memudahkan lagi pelabur asing untuk melaksanakan projek mereka di sini
kerana dapat men matkan segala kos asas yang diperlukan. Jelaslah bahawa,menyediakan
kawasan perindustrian dan kemudahan infrastruktur merupakan salah satu langkah untuk
menarik pelabur asing.
Seterusnya, menyediakan kawasan perindustrian dan kemudahan infrastruktur yang lengkap
juga merupakan salah satu langkah bagi menarik pelabur asing. Hal ini bagi menarik minat
pelabur asing untuk memajukan perusahaan di tempt strategik yang telah dipilih. Kerajaan
juga perlulah memperuntukkan perbelanjaan yang banyak bagi menyediakan segala
kemudahan ini. Sebagai contoh, dengan adanya kemudahan infrastruktur yang lengkap ini
ianya dapat memudahkan lagi pelabur asing untuk melaksanakan projek mereka di sini
kerana dapat men matkan segala kos asas yang diperlukan. Jelaslah bahawa,menyediakan
kawasan perindustrian dan kemudahan infrastruktur merupakan salah satu langkah untuk
menarik pelabur asing.

Langkah terakhir ialah kerajaan mestilah memberikan keyakinan kepada pelabur asing
bahawa menanam modal di sebuah negara dapat memastikan pelaburan mereka lebih
terjamin . Oleh it, kestabilan politik merupakan faktor utama untuk menggalakkan lagi sektor
ini. Sekiranya keadaan politik tidak stabil dan berlaku krisis perkauman, perkara ini sudah
tentu akan menjejaskan keyakinan para pelabur dan mendorong mereka beralih ke negara
lain. Kerajaan Malaysia juga telah menandatangani Perjanjian Jaminan Pelaburan dengan
negara-negara asing yang bermatlamat untuk member jaminan bahawa kerajaan tidak akan
memiliknegarakan mana-mana syarikat asing di negara ini. Perjanjian ini dapat
menambahkan keyakinan pelabur asing dan menggalakkan kemasukan modal asing ke negara
ini.

Anda mungkin juga menyukai