Anda di halaman 1dari 3

Contoh Jawapan KBKK Langkah Malaysia untuk memajukan ekonomi

negara

Langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia dalam .4


usaha untuk memajukan ekonomi negara
Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh
Malaysia dalam usaha untuk memajukan ekonomi
negara ialah dengan menguasai pelbagai
kemahiran. Selain itu, masyarakat juga
sepatutnya melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan supaya lebih mahir dalam melakukan
sesuatu perkara. Seterusnya, pihak
berkuasa bertanggungjawab menjaga keamanan negara
.dan mengekalkan kedaulatan negara
Rakyat mestilah bersatu padu untuk mengukuhkan
perpaduan kaum. Rakyat juga perlu bersikap kreatif dan
inovatif untuk menghasilkan produktif yang
cemerlang. Kerajaan perlu menggalakkan pelaburan
asing di negara kita untuk menambahkan bilangan
tenaga mahir yang terdiri dari rakyat Malaysia.
Penduduk Malaysia harus mengurangkan kerenah
biokrasi kerana hal ini akan mencemarkan nama baik
negara. Dengan ini kerajaan dapat meluaskan
pasaran ke peringkat antarabangsa dari segi eksport
.dan import
Di samping itu, melakukan penyelidikan dan
pembangunan juga boleh diambil dalam usaha
menjadikan negara hub halal. Justeru kerajaan
dapat memperatkan hubungan diplomatik antara
negara-negara yang maju seperti Korea, Jepun dan
Britain. Kerajaan juga perlulah menambah institusi
pengajian tinggi untuk melahirkan generasi yang
.cemerlang, gemilang dan terbilang
Selanjutnya, kawasan-kawasan yang strategik yang dapat menarik
minat pelancong asing, bolehlah dimajukan untuk tujuan pelancongan. Hal ini dapat

membantu negara dalam mempromosikan negara kita kepada negara lain. Pusatpusat pendidikan perlulah dimajukan dan pendidikan haruslah dijadikan sebagai
keutamaan kerana ilmu itu pelita hidup. Para pelajar yang mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan SPM, bolehlah dihantar belajar ke luar negara supaya
mereka mendapat pengetahuan yang lebih mendalam dan lebih terperinci
seterusnya dapat memberi serba sedikit ilmu yang diperoleh ketika berkhidmat
.kepada negara
Sektor pengangkutan dan perhubungan perlulah dimajukan seiring
dengan kemajuan ekonomi yang dicapai untuk memudahkan lagi perjalanan kita ke
sesuatu destinasi. Selain itu, sekolah-sekolah yang menawarkan bidang teknikal
perlulah ditambah supaya dapat melahirkan lebih ramai lagi tenaga mahir di dalam
negara kita. Seperti yang kita ketahui, teknologi negara asing seperti negara Jepun
lebih canggih daripada negara kita. Oleh itu, kita boleh juga membuat pertukaran
teknologi agar negara kita juga setanding dengan negara mereka.Selanjutnya,
seperti yang diketahui umum, zaman sekarang merupakan zaman kemunculan
teknologi-teknologi canggih. Oleh itu, negara kita perlulah meningkatkan teknologi
.ICT agar negara kita juga maju seperti negara mereka
Pihak kerajaan juga bolehlah membantu pengusaha-pengusaha kecil
dan usahawan-usahawan muda dengan memberi wang insentif kepada mereka
supaya mereka dapat menggunakan wang tersebut untuk memajukan perusahaan
mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Program-program yang berkaitan
seperti program cara menjadi pengusaha atau usahawan yang berjaya boleh
diadakan untuk memberi panduan kepada para pengusaha dan usahawan untuk
.memajukan perusahaan masing-masing

Anda mungkin juga menyukai