Anda di halaman 1dari 9

Industri pelancongan membawa sumber pendapatan negara.

Huraikan usaha-usaha yang


mampu dilakukan untuk meningkatkan industri pelancongan negara.

............Tahun 2007 telah diumumkan sebagai Tahun Melawat Malaysia oleh kerajaan
memandangkan industri pelancongan berpotensi untuk dimajukan di negara kita. Sektor
pelancongan juga perlu dimantapkan kerana sektor ini mampu memantapkan ekonomi negara
kita. Banyak tempat menarik yang terdapat di negara kita boleh dikunjungi oleh pelancong-
pelancong asing dan tempatan seperti di Cameron Highland, Genting Highland, bandar raya
Melaka, Desaru dan sebagainya. Oleh itu pelbagai usaha boleh dilaksanakan untuk memajukan
industri pelancongan tersebut sama ada oleh pihak kerajaan sendiri mahupun agensi yang
berkaitan.

............Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah usaha menambah
kemudahan pengangutan dan perhubungan ke destinasi-destinasi yang menarik di negara kita.
Kemudahan pengangkutan ini dapat memberi peluang yang lebih banyak kepada pelancong
untuk pergi ke destinasi yang mereka sukai. Sebagai contohnya, kerajaan telah membina
kemudahan lebuh raya baru ke Cameron Highland agar pusat pelancongan ini mudah
dikunjungi pelancong. Jadual penerbangan ke Malaysia juga perlu ditambah terutama dengan
mengadakan promosi tambang murah kepada pelancong asing yang ingin melawat ke
Malaysia. Dengan cara ini, para pelancong akan berasa selesa apabila berkunjung ke Malaysia.

............Selain itu, usaha untuk meningkatkan jumlah tempat-tempat penginapan seperti hotel
dan chalet perlu ditingkatkan. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan memperbanyakan
pembinaan hotel lima bintang yang mengenakan kadar bayaran berpatutan diiringi dengan bilik
yang selesa untuk menarik minat pelancong. Sebagai contohnya, usaha yang dijalankan oleh
Hotel Seri Malaysia memperkenalkan pakej penginapan murah berserta makanan tradisional
tempatan telah berjaya meningkatkan jumlah pelancong menginap di hotel tersebut.Justeru,
sekiranya usaha seperti ini dilaksanakan secara berterusan, jumlah pelancong asing yang akan
kembali semula ke Malaysia akan bertambah di samping menggalakkan kedatangan pelancong
baru.

............Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu mengadakan lebih banyak promosi untuk
menjelaskan aktiviti pelancongan yang diadakan di negara kita. Promosi tentang destinasi
pelancongan yang menarik, kebudayaan dan karnival jualan boleh di laksanakan dengan giat
sama ada di dalam mahupun di luar negara. Sebagai contohnya, kementerian Pelancongan
telah mengadakan promosi kebudayaan bagi menarik pelancong dari Asia Barat seperti di
Dubai dan Arab Saudi. Usaha mempromosikan negara ini juga boleh dijalankan melalui
penggunaan teknologi maklumat seperti internet bagi menyebarkan maklumat tentang
pelancongan di negara ini. Penggunaan internet dapat memastikan semua pelancong
memperoleh maklumat berguna mengenai destinasi pelancongan menarik dan aktiviti
pelancongan di Malaysia. Jelasnya, promosi yang giat dapat memastikan semua maklumat
pelancongan disebarkan secara berkesan bagi menarik kunjungan pelancong.

............Salah satu aspek penting yang ditekankan oleh pelancong terutama pelancong asing
ialah aspek kebersihan dan kemudahan prasaranakl. Kawasan pelancongan mestilah sentiasa
bersih dan diselenggarakan dengan baik. Petugas- petugas di kawasan pelancongan perlu
ditambah bagi memastikan kebersihan sentiasa terkawal. Begitu juga halnya dengan
kemudahan prasarana bagi membolehkan pelancong membeli-belah dengan selesa. Sebagai
contohnya, kemudahan seperti bank, insuran serta pusat membeli belah perlu dibina di
kawasan pelancongan. Langkah-langkah seperti ini mampu menjadi daya tarikan pelancong
untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang diminati.

............Selain usaha tersebut, usaha menarik pelancong ini turut dipikul oleh rakyat negara ini.
sikap ramah dan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat Malaysia.
Keramahan rakyat negara ini harus dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan tetamu kita itu.
Umpamanya, pemandu teksi yang dianggap “duta pelancongan negara” haruslah bersikap
ramah, mesra dan menjauhi amalan ingin mengambil kesempatan atas kehadiran pelancong
asing bagi mengaut keuntungan mudah. Rakyat perlulah menunjukkan nilai sopan santun dan
lembut bahasa kerana “bahasa menunjukkan bangsa”. Jadi, rakyat negara ini harus mengubah
sikap mereka dengan melayan pelancong tempatan atau asing ini dengan lebih baik agar
kunjungan mereka ke Malaysia sentiasa memberi kenangan manis di sepanjang hidup mereka.

............Memandangkan persaingan dalam industri pelancongan semakin sengit, agensi-agensi


pelancongan perlu bersikap lebih kreatif bagi menerokai bidang pelancongan baru. Konsep
pelancongan perlu diperluaskan dengan memperkenalkan pelbagai jenis pelancongan seperti
“ekopelancongan”, pelancongan alam sekitar, pelancongan pendidikan, pelancongan perubatan
dan sebagainya. Hal ini sesuai dengan pepatah Melayu, “tak kenal maka tak cinta”. Jika
pelancongan versi baru ini tidak dicuba di negara kita, kita tidak akan mengetahui potensi yang
dapat diperoleh daripada industri pelancongan tersebut. Pada masa yang sama, pelbagai
aktiviti sukan seperti Le Tour De Langkawi serta persidangan antarabangsa seperti
Persidangan APEC yang diadakan di Kuala Lumpur, mampu menarik jumlah pelancong
berkunjung ke Malaysia.

.
............Tuntasnya, “jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”, jika usaha yang
dilakukan amat kurang dan terbatas, bagaimanakah hasrat untuk melihat sektor pelancongan di
negara kita merentasi benua dan dunia menjadi nyata? Segala tindakan yang dirancang dan
direncana memerlukan bantuan dan kerjasama daripada semua pihak. Semoga melalui
keprihatianan dan rasa bertanggungjawab dan cinta akan negara, nama Malaysia akan menjadi
sebutan dan tumpuan utama seluruh penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan
minda mereka. .

........................

Isi Penting Esei Pelancongan

— mindabahasa

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan
mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di
mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong
domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk
RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut melebihi
jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga
merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur – selepas China dan
Hong Kong.
* Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang
bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan.
· Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan
industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam
pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.

· Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat
direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi
penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan
lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong,
semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat
Malaysia.

· Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi
galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan
luar negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita’ (pengalaman-
pengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang
mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan
juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik.

· Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong ditipu
oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam,
pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak
menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para pelancong.

· Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk memajukan
industri pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik
kepada pelancong.

· Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua kementerian, jabatan,
agensi dan sektor swasta bagi merangka perancangan dan program bersepadu bagi
memajukan industri pelancongan tempatan. Usaha-usaha menggalakkan pelancongan tidak
akan membuahkan hasil jika setiap pihak di dalam industri berkenaan tidak menjalankan
peranan mereka dengan sebaik-baiknya.

· Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan di negara ini
dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh besar
dalam industri pelancongan di rantau ini telah mengadakan persidangan tahunannya di sini.
Forum Pelancongan Majlis Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan. Begitu juga
dengan Pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa Malaysia
(MATTA) 2001 telah dianjurkan di sini.

· Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk memajukan
industri pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepada usaha pacuan sektor swasta
dengan sokongan sektor awam. Usaha sektor awam atau kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa
digerakkan dan didorong oleh sektor swasta. Sektor swastalah yang menggerakkan perniagaan
pelancongan sama ada daripada kalangan ejen pelancongan, pengangkutan, perhotelan,
rekreasi, penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah.

· Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti mengadakan


pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur.

· Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri
pelancongan memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak
kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga harus
bersedia untuk memiliki sikap menyumbang kepada industri ini.

· Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-tempat awam


hinggalah kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang
keputusan semasa menjalankan kerja-kerja seharian.Untuk lebih memahami keperluan
pelancong, rakyat negara ini juga harus sendiri menjadi pelancong dalam negeri.

· Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidup diri
sendiri dan keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkan kekuatan
ekonomi industri itu.

· Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh, maka ini dapat
mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akan memudahkannya menerima pelancong
luar negara. Selain itu, dengan sering kali melakukan perjalanan, seseorang itu akan
memperoleh idea-idea baru bagaimana hendak meningkatkan industri pelancongan di negara
ini.

· Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini
dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan
berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada pengguna merasai hidup kampung
dan merasai nikmat alam semula jadi melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran,
ternakan ikan dan sebagainya.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN SESUATU KAWASAN BERPOTENSI SEBAGAI


KAWASAN PELANCONGAN

Bentuk muka bumi:


Bergunung ganang; Aktiviti mendaki gunung / tracking+cth gunung.
Udara yang nyaman dengan suhu yang rendah dan tumbuhan semulajadi yang menghijau.
Jeram dan air terjun untuk mandi manda + cth lokasi.
Gizar / kawah gunung berapi + cth gunung berapi.
Pantai yang berpasir sesuai untuk bersantai + cth lokasi.
Pulau / Laut yang jernih dan mempunyai terumbu karang sesuai untuk selam skuba +cth lokasi.
Kawasan paya yang kaya dengan reptilia spt buaya.
Tasik buatan manusia / semula jadi sesuai untuk memancing/ berperahu+ cth tasik.
Sungai yang sesuai untuk berkayak / memancing + cth sungai.

Iklim:
Suhu 27 0C dan panas sepanjang tahun sesuai untuk mandi-manda +cth nama pantai.
Suhu bawah 0° C pada musim dingin menyebabkan salji turun dan sesuai untuk ski.

Pemandangan yang menarik:


Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan spt terdapat bunga reflesia.
Pandangan batu kapur spt stalaktit dan stalakmit.
Gua yang menarik + cth gua.
Kesan sejarah + cth lokasi.
Haiwan spt penyu bertelur +cth pantai.
Zoo yang menarik minat pelajar sekolah; muzium + cth.
Pusat Sains spt roket ke angkasa, astronomi + ctli lokasi.

Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi spt hotel bertaraf


lima bintang + cth, padang golf,pusat membeli-belah + cth; penukar wang asing.

Ketersampaian – kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya keretapi /


jalan laut:, feri / lapangan terbang +cth lapangan terbang / pelabuhan.

Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong.


Peranan agensi + (nama agensi + peranan).

Peranan kerajaan spt intensif cukai dari kerajaan, persidangan antarabangsa.

Kerjasama serantau spt Tahun Melawat ASEAN .

Kedudukan yang strategik / laluan perdagangan timur-barat.

Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet dari pelabur tempatan / swasta +

Kebudayaan tempatan / seni, budaya,perayaan+cth.

Harga barangan yang murah/ dikecualikan cukai menarik pelancong.

Keselamatan terjamin/ pelancong merasa selamat/keselamatan pelancong.

KEPENTINGAN PELANCONGAN
Pendapatan negara + RM? .
Memajukan bandar-bandar pelancongan spt Melaka, Kuala Kangsar.
Peluang pekerjaan bagi penduduk sekitar +cth.
Pemangkin kepada pembangunan kawasan pelancongan spt infrastruktur / kemudahan asas.
Memajukan / menaikkan taraf jalan raya / keretapi / pelabuhan / lapangan terbang.
Menggalakkan industri kraftangan / desa.
Memajukan bekas lombong spt dijadikan padang golf, rekreasi +cth.
Hubungan dua hala dengan negara asal pelancong.

KESAN PELANCONGAN TERHADAP ALAM SEKITAR


Penebangan hutan untuk membuka kawasan pelancongan spt membina hotel, jalan raya,
taman rekreasi    padang golf telah mengakibatkan pelbagai.
Kepupusan pokok berharga + cth pokok.
Peningkatan kadar suhu kerana kurangnya proses fotosintesis yang menyebabkan
bertambahnya kandungan karbon dioksida, kurangnya proses sejat peluhan; muka bumi
terdedah kepada sinaran matahari.
Habitat haiwan terganggu rantaian makanan haiwan terganggu -haiwan pupus + cth haiwan.
Kemusnahan kawasan tadahan hujan.
Tanah terdedah kepada hakisan hujan dan matahari; berlaku tanah runtuh gelangsar tanah.
Bahan terhakis dialirkan ke sungai menyebabkan sungai keruh, sungai cetek, banjir kilat mudah
berlaku.
Sungai/pantai tercemar kerana pembuangan sampah oleh pelancong / hotel + cth sungai /
pantai.
Pembinaan hotel di tepi pantai telah menyebabkan laut tercemar dengan bahan hakisan.
Kumbahan dari hotel dan chalet yang dialirkan ke sungai dan laut telah mencemarkan sungai
dan laut berkenaan + cth lokasi / sungai.
Terumbu karang pupus kerana diambil sebagai cenderamata.
Kenderaan yang membawa pelancong mengeluarkan karbon monoksida yang mencemarkan
udara; menyumbang kepada kesan rumah hijau; bunyi bising.
Pelancongan di kawasan gua / kawasan batu kapur telah mengganggu hidupan spt kelawar.

USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN


Membanyakkan kawasan pelancongan spt pulau-pulau yang airnya jernih dan berbatu karang +
cth.
Membina banyak hotel yang bertaraf lima bintang, padang golf + cth.
Menambah lesen agensi pelancongan.
Pemuliharaan kawasan-kawasan bEsejarah, kawasan pelancongan sedia ada+cth.
Membuka kawasan hutan simpan untuk trekking + cth
Membuka kawasan tasik untuk aktiviti memancing,bermain bot + cth tasik.
Membina chalet yang sewanya rendah untuk menarik pelancong.
Promosi oleh agensi kerajaan (agensi + usaha).
Mengadakan persidangan / pameran antarabangsa + cth.
Membaiki jalan raya / keretapi / lapangan terbang / pelabuhan supaya kawasan pelanconan
mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi spt keretapi Express Langkawi penerbangan
MAS ke destinasi antarabangsa.
Memberi pengurangan cukai kepada syarikat pelancongan untuk memajukan kawasan baru /
membina hotel kos sederhana.
Mengadakan kedai bebas cukai + cth lokasi, polis pelancong untuk menjamin keselamatan
pelancong.

MENTERI Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menegaskan misi galakan pelancongan ke
beberapa bandar utama dunia bukan sekadar lawatan biasa, sebaliknya misi promosi yang
bertujuan meneroka pasaran baru bagi menarik pelancong ke negara ini.

Beliau berkata, ia sebagai komitmen berterusan kementerian dalam usaha mencapai sasaran
38 juta pelancong asing ke Malaysia menjelang 2020, sekali gus mampu menjana pendapatan
bernilai RM168 bilion.

Katanya, Malaysia yang menduduki tangga kesembilan destinasi yang dilawati pelancong di
dunia tahun lalu akan terus meneroka pasaran daripada negara berpotensi seperti Arab Saudi,
Australia, Russia dan New Zealand.

“Misi galakan ke tujuh bandar utama di Australia dan New Zealand seperti Auckland,
Christchurch, Queenstown, Sydney, Melbourne dan Adelaide dilakukan dalam tempoh 11 hari.
Jika nak berjalan ke tujuh bandar dalam masa 11 hari itu bukan melancong, itu gila kerja.

“Apa yang penting ialah produktiviti dan apa yang kita dapat daripada misi galakan itu ialah
bersama-sama mempromosi untuk membuka peluang pelancongan ke negara ini.

“Ketika berada di tujuh bandar, saya terbabit secara langsung dalam majlis resepsi, seminar
dan sidang media, berjumpa dengan ejen pelancongan, syarikat penerbangan dan media. Misi
ini bertujuan bagi meningkatkan promosi pelancongan di bandar utama dunia sekali gus
mencatatkan pertumbuhan positif pelancongan di negara ini,” katanya menggulung perbahasan
Rang Undang-Undang Perbekalan peringkat Jawatankuasa bagi kementerian itu.

Sementara itu berhubung isu pembinaan Pavilion Malaysia di Shanghai, China, Dr Ng


mempertahankan kos pembinaan projek itu tidak melebihi RM20 juta seperti mana yang
didakwa oleh Wee Choo Keong (BEBAS-Wangsa Maju) dan menegaskan projek itu bukan satu
pembaziran sebaliknya berjaya mempromosi Malaysia di mata dunia. Terdahulu Dewan Rakyat
menolak usul memotong RM100 daripada gaji Menteri Pelancongan dikemukakan Tian Chua
(PKR-Batu).

Anda mungkin juga menyukai