Anda di halaman 1dari 13

Channel PA 900 STPM @CNM

Pelancongan Kesihatan Di Malaysia

Pelancongan kesihatan didefinasikan sebagai lawatan atau melancong ke sesebuah negara


sambil menjalani rawatan atau untuk mendapatkan rawatan. Di samping itu, pelancongan kesihatan
atau Health Tourism telah memberikan beberapa definisi oleh pakar bidang pelancongan. Menurut World
Tourism Organization (WTO) pelancongan kesihatan adalah memasukkan golongan pelancong yang
mengadakan health treatment (Theobald, 1994). Menurut Mantan Menteri Pelancongan Datuk Dr. Leo
Michael Toyad telah menyatakan bahawa kerajaan telah menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan
kesihatan sejak tahun 1998 lagi.

Hal ini terbukti berdasarkan Laporan Ekonomi dan Belanjawan 2003, pada tahun 2001 sahaja,
seramai 75 ribu pelancongan telah mendapat kemudahan rawatan di negara ini. Konsep Pelancongan
Kesihatan di Malaysia semakin mendapat perhatian kerana kemudahan pusat perubatan yang canggih,
peralatan yang berteknologi tinggi, kadar yuran perubatan yang rendah dan doktor yang mahir.

Pelancongan kesihatan terbahagi kepada dua iaitu yang pertama Pelancongan perubatan
hospital dan rawatan yang diperlukan untuk mengubati sesuatu penyakit dan yang kedua adalah
pelancongan penjagaan kesihatan spa (Solus Per Aqua) dan sauna. Pelancongan kesihatan di Malaysia
telah bermula sejak tahun 1998 lagi.sasaran utama pelancongan perubatan ialah negara Asean terutama
Indonesia, Vietnam, Kemboja, Brunei dan juga Singapura. Terdapat 35 hospital swasta berdaftar sebagai
Ahli Lembaga Persatuan Hospital Swasta (APHM) yang terbabit dalam pelancongan kesihatan.

Menurut laporan statistik dari Kementerian Kesihatan, sebanyak 13 buah hospital swasta yang
terletak di Melaka, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur, pesakit luar negara datang untuk rawatan meningkat
sebanyak sekali ganda dari 3,3000 orang pada tahun 1998 meningkat kepada 7,7000 pada tahun 1999, (
The Star & Nanyang siang Pau, mei dan jun 2001). Manakala di Pulau Pinang kini mempunyai 7 hospital
swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan bagi tujuan menggalakkan ‘pelancongan kesihatan’.
Antara hospital yang menawarkan pakej pelancongan kesihatan adalah Pusat Perubatan Ampang Puteri,
Hospital Assunta, Pusat Perubatan Columbia Asia, Hospital Damansara, Hospital Pantai Puteri, Hospital
Pakar Ipoh, hospital Island dan banyak lagi. Kemudahan rawatan yang disediakan di hospital-hospital ini
juga diberikan oleh pakar profesional dan terlatih. Antara rawatan yang ditawarkan adalah memutihkan
gigi, penbedahan jantung, membuang lemak dan banyak lagi.

Di Pulau Pinang, sebuah laporan menyatakan bahawa kemudahan yang paling tinggi
permintaannya di kalangan pesakit luar negara adalah rawatan kardiologi, pembedahan kardiotoraksik,
pembedahan am, ortopedik, mata dan perkhidmatan perbidanan dan sakit puan, juga pemeriksaan
perubatan am2. Di antara tahun 2001 hingga 2003, pembedahan kosmetik menyumbang sebanyak 23%
daripada rawatan perubatan yang dipinta oleh pesakit luar negara, menjadikan Pulau Pinang satu
destinasi popular untuk tujuan tersebut3. Buat masa ini, kebanyakan pesakit luar negara di Malaysia
datang dari negara-negara membangun. Sebagai contoh, pada tahun 2003, 72% daripada pesakit luar
negara berasal dari Indonesia. Ini berbeza berbanding Thailand yang mensasarkan para pesakit luar
negaranya dari negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah. Pada tahun 2003, Thailand
berjaya menarik 800,000 pesakit luar negara, dengan jumlah perbelanjaan penjagaan kesihatan melebihi
USD465.5 juta. Jumlah tersebut jauh lebih tinggi berbanding dengan anggaran untuk Malaysia, iaitu
sebanyak USD39.8 juta4.
Channel PA 900 STPM @CNM

Selain itu, terdapat juga pelbagai pilihan pusat-pusat spa mewah dan terkemuka yang
menyediakan rawatan tradisional dan terapi alternatif yang kebanyakkan mengunakan herba semakin
mendapat tempat di kalangan pelancong- pelancong Barat. Antaranya ialah Andaman, Datai dan Four
Seasons Resort di Pulau Langkawi, dan Shangri-La Rasa Sayang serta Mutiara Beach Resort di Pulau Pinang.
Antara jenis rawatan yang terdapat di spa adalah mengunakan kaedah air seperti rawatan, mandian wap,
jakuzi mandian air galian, mandian air sejuk dan panas secara bergilir-gilir dan pancutan air dengan kuasa
yang amat deras untuk urutan badan.

Namun begitu, terdapat banyak lagi kaedah rawatan yang terdapat di spa antaranya ialah
akupuntur, gerai-gerai herba cina, pusat kesihatan herba cina, dan juga mengunakan pelbagai terapi.
Terdapat pelbagai kebaikan dari rawatan spa, antaranya adalah berupaya menyembuh penyakit dalaman,
menyegarkan tubuh badan selain memberi tenaga dan oksigen serta menegangkan otot. Manakala bagi
wanita pula, kebanyakkan mereka pergi ke spa adalah untuk mendapatkan kulit yang halus dan
mengurangkan ketegangan dan menenangkan fikiran. Selain itu, dengan rawatan spa juga seseorang itu
dapat meningkatkan daya tahan tubuh dalam melawan penyakit dan meningkatkan metabolisma tubuh
di samping itu juga, Malaysia juga kaya dengan sumber hutan yang cukup besar untuk diteroka dan
dikomersialkan.

Tumbuh-tumbuhan dan herba seperti hempedu bumi, selaseh hitam, ulam raja, dukung anak,
tongkat ali, misai kucing dan sebagainya. Herba-herba kita mempunyai khasiat yang cukup tinggi dalam
penjagaan kesihatan dan melawan penyakit serta menjadikan herba sebagai simbolik dan keutamaan
dalam pelancongan di Malaysia. Oleh itu, Ladang Herba Haruman Hajat merupakan salah satu ladang yang
ada di Malaysia untuk dijadikan tarikan pelancong asing untuk datang melancong ke Malaysia sambil
berubat.

Pelancongan kesihatan pada masa kini semakin popular dan mendapat sambutan yang
mengalakkan kerana kepakaran perubatan di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia dan
kebanyakan hospital persendirian di negara ini mempunyai taraf dan kualiti yang diiktiraf antarabangsa.
Ini termasuk standard MS ISO9002 dan pengiktirafan Kualiti Kesihatan dari Persatuan Perubatan Malaysia
(MSQH). Manakala, menurut Menteri Kesihatan, berbanding dengan wilayah di rantau ASEAN, Malaysia
menpunyai teknologi the latest state-of-the-art dalam bidang perubatan dan penjagaan kesihatan (New
Straits Times, ogos 1998). Di samping itu juga, Hubungan Kesihatan Sedunia (WTO) juga mengakui
Malaysia mempunyai salah satu rangkaian sistem perkhidmatan yang terbaik di rantau ASEAN (Utusan,
Malaysia jan 2000).

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, mengatakan bahawa sistem kesihatan keseluruhan


Malaysia memduduki tempat ke-49 daripada 191 negara di dunia. Laporan dipetik daripada (The Star
ogos,2001). Terdapat pelbagai pilihan pusat perubatan persendirian yang lengkap dengan peralatan
canggih dan pegawai perubatan yang berpengetahuan tinggi. Kesemua pusat perubatan ini dilengkapi
kemudahan mengenalpasti dan merawat penyakit, antara lain termasuk bilik endoskopik, pusat
haemodialisis, pengkateteran jantung dan MRI.

Oleh itu, jelaslah bahawa Malaysia mempunyai kepakaran dan teknologi dalam bidang perubatan.
Di samping itu juga, kos perubatan dan kos penginapan hospital yang ditawarkan di Malaysia jauh lebih
rendah dan amat kompetitif berbanding di negara maju, contonhya kos perubatan di Malaysia lebih
rendah berbanding Singapura sebanyak 50% sehingga 70% menyebabkan ramai pesakit lebih tertarik
untuk datang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan sambil melancong. Menurut Ketua Eksekutif
Health Management International (HMI), Alan Neoh mendapati rawatan yang baik dan murah yang
Channel PA 900 STPM @CNM

diberikan oleh hospital swasta di Malaysia adalah antara sebab utama mengapa ramai penduduk
Singapura datang ke Malaysia. Keyakinan pelancong asing ini membuktikan Malaysia merupakan sebuah
negara yang mempunyai khidmat kesihatan yang terbaik di Asia Tenggara.

Di samping kos yang lebih rendah, Pembedahan terhadap pelancong perubatan ini akan
dijalankan oleh pakar-pakar bedah yang terlatih dengan menggunakan kemudahan perubatan moden dan
canggih serta menjalani proses pemulihan selepas pembedahan dalam suasana tenang dan aman di pusat-
pusat peranginan dan spa kesihatan bertaraf dunia. Terdapat sembilan puluh peratus daripada doktor-
doktor ini memperoleh latihan pasca ijazah mereka di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan
Kanada. Di samping itu juga, Kebanyakan hospital di Malaysia menawarkan pelbagai jenis pilihan
penginapan dari yang selesa hingga yang mewah, termasuk bilik persendirian dan bilik serangkai.
Hidangan makanan disertakan dan kos penginapan hospital adalah berdasarkan tahap perkhidmatan yang
diperlukan kerana ada pusat perubatan yang menawarkan khidmat pelayan persendirian dan jururawat
sepenuh masa.

Kemudahan bermalam juga disediakan untuk pasangan atau teman pesakit. Tambahan lagi,
dengan kos perkhidmatan yang rendah serta taraf kehidupan yang tinggi di sini, lawatan jangka masa yang
panjang menjadi faktor tarikan kepada pelancong asing. Namun demikian, perkara yang paling menarik
bagi pelawat yang menerima rawatan perubatan di Malaysia ialah tempoh rehat dan penyembuhan yang
dihabiskan di sini. Pesakit berpeluang bersiar-siar dan menikmati aktiviti pelancongan sambil mereka
menunggu tempuh untuk sembuh. Lawatan ke tepi pantai boleh diatur, lebih-lebih lagi kerana terdapat
beberapa pusat perubatan di sini yang terletak berhampiran pantai atau kawasan pelancongan yang
terkenal. Kemungkinan sesetengah pesakit lebih cepat sembuh jika mereka bersiar-siar atau mengambil
masa untuk pergi membeli-belah. Oleh itu, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan hal ini berlaku.

Faktor- Faktor

Seperti bentuk-bentuk pelancongan yang lain, pelancongan kesihatan juga mempunyai impak-
impak yang tersendiri. Di Malaysia, pelancongan kesihatan semakin menjadi perhatian dan telah menarik
lebih ramai pelancong dan pelawat dari semasa ke semasa. Malah menjelang tahun 2010, pelancong
kesihatan dijangkakan telah menghasilkan pendapatan berjumlah RM2.0 billion setelah mencatat
pendapatan pertukaran asing yang dianggar telah mencapai RM925 juta pada tahun 2005. Sebuah laporan
dari Straits Times melaporkan bahawa peningkatan mendadak kedatangan pesakit warga asing
kebanyakkanya di Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, sejak kerajaan mula mempromosikan
pelancongan kesihatan pada tahun 1998 semasa krisis ekonomi Asia.

Mantan Menteri Kesihatan Malaysia menyatakan terdapat 35 buah hospital swasta dinegara ini
yang menawarkan pakej pelancongan kesihatan dengan mengekalkan standard antarabangsa. Antaranya
Pusat Perubatan Gleneagles, Hospital Island, Hospital Lam Wah Ee, Pusat Perubatan Loh Guan Lye dan
institut serta pusat perubatan swasta yang lain yang kebanyakkannya terletak disekitar Pulau Pinang,
Kuala Lumpu dan juga Melaka. Oleh yang demikian, antara faktor-faktor penarik yang menyebabkan
sektor pelancongan kesihatan semakin berkembang ialah disebabkan oleh di Malaysia memiliki kepakaran
perupatan antara yang terbaik di dunia dan boleh di katakan kebanyakkan hospital di negara ini
mempunyai taraf serta kualiti yang telah diiktiraf antarabangsa. Ini termasuklah stardard MS ISO9002 dan
pengiktirafan kualiti. Kesihatan dan Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH). Menurut Ketua Pegawai
Eksekutif Kumpulan Medilink Global (Asia) Sdn. Bhd, Shia Kok Fat, menyatakan kemudahan dan
Channel PA 900 STPM @CNM

perkhidmatan kesihatan di rantau asia kini mempunyai staf perubatan yang yang cekap, kemudahan yang
canggih serta memenuhi spesifikasi serta piawaian di peringkat antarabangsa.

Selain itu, terdapat pelbagai pilihan pusat perubatan persendirian serta hospital-hospital swasta
yang lengkap dengan peralatan yang canggih dan memiliki pegawai perubatan yang berpengetahuan
tinggi. Kesemua pusat-pusat perubatan ini dilengkapi kemudahan untuk mengenalpasti dan merawat
penyakit seperti bilik endoskopik, pusat haemodialisis, pengkateteran jantung, MRI dan banyak lagi
kemudahan-kemudahan lain. Seperti yang dimiliki oleh sebuah hospital swasta di Pulau Pinang
umpamanya, memilik mesin makmal berintegrasi penuh yang berharga RM1 juta dan merupakan yang
pertama di Asia dan kedua di dunia. Alat ini dikatakan mampu memproses lebih 70 jenis ujian biokimia
dan imunologi secara serentak dengan keupayaan menyempurnakan 1400 ujian sejam.

Selain itu, sebuah lagi pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur yang mempunyai sebuah alat
pengimbas CT multi-slice yang merupakan alat pertama sedemikian dipasang di Asia Tenggara. Alat ini
berfungsi untuk memudahkan pendiagnosan serta rawatan awal penyakit jantung, strok dan kanser.
Dalam bidang perubatan reproduktif, sebuah pusat kesuburan swasta yang terletak di Lembah Klang telah
mencatatkan sejarah antaranya merupakan pusat perubatan yang terbaik di dunia. Dengan menggunakan
pelbagai teknik percantuman benih yang dibantu (assisted reproduction techniques), pusat perubatan ini
telah Berjaya mencapai kadar kelahiran di sekitar 40.3% berbanding 38.8% bagi pusat yang terbaik di
United Kingdom. Contoh-contoh ini menggambarkan kecanggihan dan kehandalan di hospital swasta
Malaysia.

Tetapi bagi rakyat Malaysia yang tidak mampu untuk menggunakan perkhidmatan di hospital-
hospital swata yang menelan belanja tinggi, perkhidmatan di hospital-hospital kerajaan diseluruh
Malaysia tidak kurang hebatnya. Berdasarkan statistik pada tahun 2002, seramai 17 juta pesakit dalam
negara dan lebih 48 juta pesakit luar Negara telah menggunakan fasiliti yang disediakan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia. Misalnya, pada tanggal 15 Mei 2000, sekumpulan pakar di Hospital Selayang telah
mencatat sejarah apabila berjaya menjalankan pembedahan seluruh lengan kiri keatas seorang bayi
berusia 28 hari. Bayi ini telah dilahirkan dengan lengan kiri yang tidak normal, manakala kembarnya yang
menderma lengan itu telah meninggal akibat kecacatan otak yang serius. Pembedahan ini telah
mengambil masa selama 15 jam dan merupakan kes pemindahan seluruh lengan yang pertama di dunia.

Manakala, satu lagi kejayaan yang menunjukkan hospital di Malaysia standing dengan hospital
luar Negara ialah pada tanggal 16 September 2003 apabila Institut Jantung Negara (IJN) dengan kerjasama
Hospital Kuala Lumpur dan Universiti Perubatan Konsai Osaka telah Berjaya menjalankan pembedahan
pemindahan sel stem yang pertama di rantau ini iaitu telah dilakukan keatas seorang pesakit yang
menghidap sakit jantung koronari yang serius. Pemindahan sel stem ini membabitkan pengekstrakkan
sum-sum tulang dari tulang pinggul pesakit kemudian disuntik ke dalam otot jantungnya di mana ia
menggalakkan pertumbuhan saluran darah yang baru dalam dua hingga tiga minggu. Prosedur ini
menggambil masa selama 6 jam dan telah membabitkan sepasukan pakar bedah seramai 20 orang. Ini
menunjukkan bahawa Institut Jantung Negara (IJN) memiliki peralatan serta kepakaran yang mampu
merawat penyakit-penyakit kronik dan tidak hairanlah iannya merupakan destinasi pelancongan
kesihatan yang popular di rantau Asia Tenggara ini.

Dengan yang demikian, segala kejayaan-kejayaan tersebut semuanya menunjukkan bahawa


Malaysia kini telah memiliki pelbagai peralatan yang canggih serta memiliki kepakaran-kepakaran yang
cekap dan standing dengan negara maju yang lain. Hasil daripada perkembangan prasarana dan teknologi
kesihatan di Malaysia ianya telah menyumbang sebanyak RM56 juta melalui 1,000,000 orang pelancong
Channel PA 900 STPM @CNM

yang datang dari luar negara untuk menerima rawatan di negara ini. Meskipun teknologi perubatan kita
maasih muda jika dibandingkan dengan teknologi perubatan di negara maju, namun tahap kemajuannya
setaraf dengan negara lain malah lebih baik lagi.

Selain itu, Malaysia juga telah menjadi pendahulu global dalam perkembangan , penggunaan dan
operasi jaringan kad pintar kesihatan elektronik yang selamat dan dipercayai pertama seumpamanya di
Asia. Dengan adanya teknologi maklumat ini ianya dapat ewujudkan satu Jaringan Kad Pintar Elektronik
serantau untuk melancarkan perkhidmatan dalam industri insurans dan perkhidmatan kesihatan.
Penggunaan kad pintar ini dicipta berasaskan cip bagi memenuhi permintaan untuk keselamatan
maklumat dan kebolehkepercayaan proses tuntutan insurans dari pesakit. Untuk makluman kad pintar ini
telah diasaskan oleh Medilink-Global(Asia) Sdn. Bhd. Dan usaha ini telah bermula sejak tahun 2001.

Sehingga kini, Medilink mengeluarkan sejumlah 1.8 juta kad kesihatan elektronik kepada organisasi
korporat dan insurans di Malaysia dan China. Infrastruktur ini telah memberi perkhidmatan kepada
pelanggan, yang termasuk syarikat insurans antarabangsa seperti ING, AXA, AIA, Aviva, Ping An, Generali
dan Great Eastern Life. Dengan adanya jaringan kad kesihatan elektronik tersebut ianya berpotensi
memainkan peranan penting dalam mempromosikan dan memudahkan khidmat kesihatan antara benua.
Ini dapat memberi satu platform elektonik bagi memudahkan pelancong kesihatan dalam menguruskan
pengesahan kelayakan segera, mengesahkan maklumat kewangan dan membuat pengesahan
pembayaran.

Selain itu, masalah logostik dan kerumitan dalam perjalanan antara dua negara untuk
mendapatkan rawatan dapat dipermudahkan dengan adanya jaringan elektronik ini bersama
perkhidmatan kesihatan di rantau Asia terutamanya Malaysia. Sesetengah pelanggan yang kerap
mengembara, menjalankan tugas rasmi di Negara luar atau sedang melancong, dapat menikmati
kemudahan dan pilihan jaringan khidmat kesihatan yang selamat dan boleh dipercayai. Oleh itu, melalui
jaringan tersebut diharap dapat memudahkan rawatan pelanggan terutamanya pelancong kesihatan yang
datang ke Malaysia.

Faktor seterusnya yang menyebabkan pelancong kesihatan lebih berminat untuk mendapatkan
rawatan di negara ini ialah disebabkan caj perubatan serta kos penginapan hospital amat kompetitif
berbanding Negara-negara maju yang lain. Contohnya, dalam pakej pelancongan kesihatan yang
disediakan oleh Persatuan Hospital Swasta Malaysia, bayaran sebanyak RM1,150 sahaja dikenakan
kepada wanita yang mendapatkan rawatan pemeriksaan fizikal sepenuhnya, merangkumi perundingan
oleh pakar O&G, x-ray dada, elektrodiogram (ECG), pemeriksaan mata, “comprehensive blood profile”,
ujian paru-paru, “treadmill”, pemeriksaan payu dara, “pap smear” dan “mamogram”.

Tetapi yang menjadi pilihan paling popular pelancong asing ialah pembedahan jantung,
penggantian pinggul dan lutut, rawatan barah serta pembedahan plastik. Bagi kebanyakkan prosedur ini,
pembedahan jantung setakat ini banyak dilakukan oleh pesakit dari Indonesia. Manakala penngantian
pinggul dan lutut dilakukan oleh pesakit dari Timur Tengah begitu juga untuk rawtan pergigian. Manakala
untuk pembedahan kosmetik ia menjadi pilihan utama dikalangan pelancong dari Australia dan England
walaupun Thailand sebuah Negara yang cukup terkenal dengan pembedahan plasti terutamanya
Bumrungrad Medical Centre, Bangkok yang memiliki pakar dalam bidang ini pada suatu masa dahulu. Hal
ini berlaku disebabkan kos perubatan yang tinggi disana berbanding kos perubatan yang ditawarkan di
Malaysia.
Channel PA 900 STPM @CNM

Kementerian Kesihatan Malaysia menganggarkan kos perubatan bagi seorang pelancong


kesihatan yang mendapatkan rawatan di negara ini adalah di antara RM20,000 hingga RM50,000 seorang.
Kajian yang dijalankan pada tahun 2001 mendapati pesakit asing yang mendapat rawatan di negara ini
telah menyumbang RM150 juta dari segi tukaran mata wang asing. Secara perbandingannya, kos
perubatan di Malaysia adalah 65% lebih rendah dari negara jiran. Oleh itu, tidak hairanlah Malaysia
terutamanya di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka yang terdapat banyak hospital swasta yang
memiliki kemudahan-kemudahan perubatan yangcanggih dan caj perubatan yang murah menjadi
destinasi pelancongan kesihatan utama di Asean.

Pelancongan perubatan merupakan sektor yang kini muncul sebagai fenomena baru dan
berkembang dengan pantas di mana pesakit-pesakit mendapatkan rawatan di luar negara walaupun
rawatan serupa ditawarkan di negara sendiri. Keadaan tersebut berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor,
antaranya kos perubatan yang lebih murah sedangkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan standing
dengan perubatan negara maju. Keadaan ini berlaku apabila rakyat negara maju mendapatkan rawatan
di negara membangun. Sebagai contoh, pesakit negara maju tidak mempunyai insurans atau tidak
ditanggung sepenuhnya oleh agensi insurans dan mengambil altentif lain dengan mendapatkan rawatan
perubatan di luar negara yang memberi perlindungan insurans terhadap pesakit yang menjalankan
rawatan di tempat mereka.

Ini disebabkan perkhidmtan yang di tawarkan sama taraf berbanding negara mereka, kos yang
lebih jauh disamping membolehkan mereka yang datang dapat melancong sambil mendapatkan rawatan
atau menjalankan terapi. Kini terdapat banyak negara yang menawarkan perkhidmatan pelancongan
kesihatan kepada pesakit dari seluruh dunia seperti India, Brunei, Cuba, Colombia, Hong Kong, Hungary,
Sepanyol, Tunisia dan New Zealand. Antara rawatan yang ditawarkan dalam sektor ini ialah termasuklah
pembedahan jantung, pemindahan organ dan pembedahan plastik. Malaysia juga berkembang menjadi
salah satu destinasi pelancongan perubatan yang popular di mata dunia.

Negara bukan sahaja memiliki kemahiran perubatan yang standing dengan negara maju malahan
pada harga yang lebih rendah sehingga mendapat sambutan baik dari rakyat luar negara untuk
menjalankan rawatan kesihatan di negara ini. Terdapat banyak hospital tempatan menawarkan pelbagai
perkhidmatan perubatan termasuk perkhidmatan kesihatan kritikal dan juga rawatan pemulihan. Salah
satu faktor yang menggalakan perkembangan sector prlancongan kesihatan ini adalah penjimatan kos dan
pengurangan waktu pesakit menunggu untuk mendapatkan rawatan.

Rawatan perubatan di negara barat biasanya melibatkan kos yang tinggi. Ini menyebabkan ramai
di antara mereka suka mendapatkan rawatan di destinasi pelancongan perubatan yang menawarkan kos
yang lebih rendah seperti Malaysia. Menurut Presiden Medical Insights International, Michael D.
Horowitz, di sesetengan negara misalnya negara barat, penduduknya perlu membayar kos yang tinggi
untuk mendapatkan rawatan.Kos yang dikenakan jauh lebih tinggi daripada kos yang perlu ditanggung
untuk mendapatkan rawatan di Malaysia.

Struktur muka bumi Malaysia yang diliputi dengan hutan hujan tropika yang kaya dengan flora
dan fauna di samping amalan tradisi, mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kronik seperti penyakit
kencing manis dan darah tinggi. Misalnya rumput boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan darah
dan penyakit paru-paru. Namum, klinik perubatan tradisional jarang terdapat di negara Eropah. Pelancong
yang datang untuk mendapatkan rawatan bukan sahaja dapat berubat malah mereka dapat mempelajari
bahan perubatan di negara ini.
Channel PA 900 STPM @CNM

Disamping itu, mereka juga dapat menikmati pemandangan yang indah semasa mendapatkan
rawatan kerana Malaysia memang banyak tempat-tempat yang menarik dan dijadikan sebagai tempat
pelancongan. Meskipun teknologi perubatan di Malaysia masih rendah jika dibandingkan dengan
teknologi perubatan di negara maju, namun tahap kemajuannya setaraf dengan banyak negara lain.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia pernah memuji kemodenan Malaysia sebagai antara yang terbaik di
rantau ini dan dapat dijadikan teladan kepada negara membangun. Tahap ini tercapai hasil daripada
keberkesanan dasar dan strategi kerajaan yang proaktif yang menekan perkhidmatan kesihatan yang
berkualiti,menyeluruh dan murah. Bilangan hospital dan pusat perubatan kesihatan swasta di Malaysia
juga telah meningkat. Ini menyebabkan banyak pusat perubatan yang boleh di jadikan sebagai tempat
pesakit dari luar negara untuk mendapatkan rawatan.

Perkhidmatan yang disediakan juga pelbagai, termasuklah menyediakan perkhidmatan


kepakaran sekunder sepeti pembedahan am, obstetric dan sakit puan, pediatrik dan bius, selain
menyediakan beberapa perkhidmatan kepakaran tertier seperti kardiologi, neurologi, urologi dan
nefrologi.

Dengan memiliki kepakaran dan peralatan yang canggih selain kos perubatan yang rendah
mengikut tukaran mata wang asing. Malaysia merupakan destinasi utama yang pelancongan kesihatan.
Pesakit dari Indonesia misalnya yang mengunjungi hospital di Melaka adalah 57% daripada 14,747 pesakit
asing pada tahun 2001. Pesakit dari Indonesia, singapura dan Thailand adalah antara yang dijangka
menerima rawatan kardiologi, haematologi, gastoentologi dan neurologi di Malaysia.

Selain daripada itu, menjalankan rawatan di Malaysia juga dapat mengurangkan masa yang perlu
ditunggu oleh pesakit untuk mendapatkan rawatan disebabkan oleh prosedur yang telah ditetapkan oleh
negara masing-masing. Oleh itu,sesetengah pesakit lebih cenderung memilih untuk mendapatkan
rawatan di negara lain. Kerajaan Britain juga kini mula menggalakkan rakyatnya mendapatkan rawatan di
luar negara supaya mereka tidak perlu menunggu masa yang lama dan juga atas dasar kos rawatan yang
lebih rendah berbanding dengan negara sendiri.

Di samping itu, promosi pelancongan kesihatan menampakkan kesan yang memberangsangkan


apabila pada Jun 2005 di laporkan bahawa lebih ramai rakyat asing terutamanya Indonesia yang selama
ini mendapatkan rawatan kesihatan di singapura beralih ke Malaysia yang menawarkan kos rawatan yang
lebih murah. Kementerian kesihatan Malaysia melaporkan peningkatan mendadak kedatangan pesakit
warga asing, kebanyakan di Melaka, Pulau Pinang dan juga Kuala Lumpur sejak kerajaan mula
mempromosikan pelancongan kesihatan pada tahun 1998.

Jumlah pesakit warga asing yang mendapatkan rawatan di hospital swasta di Malaysia meningkat
sekali ganda kepada 77,000 pada tahun 1999 daripada 33,000 pada tahun sebelumnya. Oleh sebab yang
demikian, dalam laporan akhbar Straits Times (singapura) menyatakan bahawa doktor swasta di republik
itu kehilangan pesakit warga asing dengan perangkaan Kementerian Kesihatan negara itu menunjukkan
bilangan warga asing yang mendapatkan rawatan di sana menurun hamper satu per empat kepada 12,746
pesakit pada tahun 2004 berbanding dengan 16,418 pada tahun 1997. Ini menunjukkan bahawa kos
rawatan kesihatan di Malaysia adalah antara 50 hingga 70 peratus lebih murah berbanding dengan
Singapura.
Channel PA 900 STPM @CNM

Faktor yang dapat menarik pelancong datang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan antara
salah satunya ialah kerana Malaysia adalah salah sebuah negara yang tercantik di dunia. Dimana
kebudayaan, alam semulajadi dan persekitarannya yang sungguh indah dan unik membuatkan pelancong
mengaguminya. Hutan tropika, kejernihan air laut dengan pantainya yang landai dan sungainya yang
sangat bersih jauh dari sebarang pencemaran. Terdapat juga banyak tempat yang menarik di Malaysia
untuk dilawati antaranya seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Taman Negara dimana terdapat alam
semulajadi yang indah contohnya, Pulau Sipadan, Taman Pertanian dan banyak lagi.

Malaysia juga terkenal dengan banyak tempat bersejarah antaranya Melaka, Pulau Pinang, Kuala
Lumpur dan sebagainya,. Faktor inilah yang menyebabkan ramai pelancong asing datang ke Malaysia,
Bukan sekadar untuk bercuti malah untuk mendapatkan rawatan.

Ramai pelancong asing yang gemar datang ke Malaysia kerana keunikan Malaysia yang tersendiri
antara salah satunya ialah struktur muka buminya yang diliputi hutan hujan tropika yang kaya dengan
flora dan fauna di samping amalan tradisi mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kronik seperti
kencing manis dan darah tinggi. Rumput juga boleh digunakan untuk perubatan contohnya rumput
digunakan untuk mengurangkan tekanan darah dan penyakit paru-paru.

Lebih kurang 70% daripada Malaysia adalah dalam zon hijau. Malaysia adalah sebuah negara
yang begitu mengambil berat tentang persekitaran dan alam semulajadinya. Ini membuatkan Flora dan
Fauna tumbuh sumbur dialam persekitaran Malaysia. Kini Malaysia telah meningkatkan lagi penjagaan
mereka tentang pencemaran dan kualiti alam sekitarnya untuk memastikan alam semulajadinya yang
tulen dan alam sekitarnya yang bersih tidak dimusnahkan. Tempat yang terkenal dengan Flora dan
Faunanya di Malaysia adalah seperti Taman Negara dimana kecantikan Flora dan keindahan Fauna boleh
didapati di sini, hutan simpan Endau rompin dimana hutan hujan tropika tumbuh subur di sini, hutan
tropika Sepilok Sabah yang terkenal di dunia dengan spesies Orang Utan, Hutan Tropika Sarawak,
Cameron Highland pula terkenal dengan keindahan bunga-bungaan, buah-buahan, sayur- sayuran dan
ladang teh, Rantau Abang yang terkenal dengan tempat penyu bertelur, Pulau Sibu, Pulau Rawa, Pulau
Tioman dan pulau Langkawi yang mana keindahan dan ketulenan batu karangnya dijaga rapi.

Faktor yang seterusnya ialah kepelbagaian jenis herba yang terdapat di Malaysia. Herba-herba
ini dapat digunakan dalam produk ubat-ubatan, produk penjagaan kesihatan, produk tambahan makanan
dan juga industri Spa. Spa adalah singkatan dari perkataan “ solus per Aqua” daripada bahasa Latin yang
beerti penyembuhan dengan air iaitu konsep rawatan yang diperkenalkan sejak tahun 400 SM di Rom.
Pada zaman itu, pancutan air panas semulajadi digunakan oleh askar untuk berehat dan merawat badan
daripada keletihan dan luka selepas perang.Spa tertua Romawi masih wujud di Merano, Itali hingga kini
yang membuktikan kemujaraban dan popularity mata air panas semulajadi itu sebagai bahan terapi.

Spa biasanya menawarkan gabungan beberapa jenis kaedah perawatan termasuk terapi
gelombang air (hydoterapy), terapi panas (thermotherapy), terapi elektrik (electrotherapy) terapi urutan
(refleksologi) terapi warna, terapi muzik, terapi ramuan tumbuhan atau jamu, terapi zat makanan,
meditasi dan rawatan mengikut pendekatan agama.Semua kaedah rawatan di Spa dapat memberikan
kesan positif jika dilakukan dengan kaedah yang betul. Spa berupaya menyembuhkan penyakit dalaman,
menyegarkan tubuh badan selain memberi tenaga dan oksigen serta menegangkan otot, menghaluskan
kulit, dan menenangkan fikiran.
Channel PA 900 STPM @CNM

Industri Spa juga adalah salah satu faktor yang meningkatkan Pelancongan kesihatan di Malaysia
contohnya di Kuala Lumpur telah dianjurkan satu “ Festival Spa dan kesejahteraan Asia 2007”. Festival
seperti ini sedikit sebanyak dapat meransang perkembangan industri Spa. Kini masyarakat umum di
Malaysia menyedari pentingnya hidroterapi dalam meningkatkan tahap kesihatan dan mula menjadikan
spa sebagai salah satu tempat kunjungan utama bagi rawatan kesihatan. Daripada segi jantina pula, lebih
ramai wanita mengunjungi spa berbanding lelaki.

Malaysia juga mempunyai potensi menjadi destinasi pelancongan kesihatan yang kompetitif.
Jumlah kedatangan pelancongan kesihatan dari Indonesia, Brunei, dan Singapura untuk rawatan Spa di
Malaysia pada tahun 2000 adalah sebanyak 175 000. Spa juga adalah antara komponen industri
pelancongan yang turut mewujudkan peluang pekerjaan dan memberi pulangan pendapatan kepada
Negara melalui nilai tukaran asing. Ia dapat mempromosikan kepelbagaian budaya Malaysia yang unik
terutama dalam rawatan kesihatan. Contohnya Kuala lumpur adalah sebuah ibu kota yang pesat dan disini
juga penduduk berkumpul untuk mencari peluang pekerjaan dan tempat-tempat kesihatan yang dapat
memberikan kepuasan dan di sini juga terdapat banyak hotel dan rata-rata hotel menawarkan
perkhidmatan spa dan selalunya pelancong akan menginap di hotel dan seterusnya menggunakan
perkhidmatan spa yang telah disediakan.

Faktor Media massa juga tidak kurang pentingnya dalam meningkatkan jumlah pelancong yang
dating ke Malaysia. Contonhnya, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3), telah menerbitkan sebuah
program “Medik TV” dengan kerjasama Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan beberapa
hospital lain, bagi membincang dan mengupas kemajuan bidang kesihatan dan perubatan.

Fokus utama program ini adalah untuk memberi informasi dan pendedahan kepada bidang
perubatan moden masa kini serta jenis-jenis penyakit yang sering dihidapi masyarakat . Program ini amat
tepat pada masanya kerana masih ramai warga masyarakat tidak tahu bahawa di Malaysia bidang
perubatan tidak kurang hebatnya jika dibanding dengan banyak negara luar. Walaupun system kesihatan
di Malaysia masih muda jika dibandingkan dengan negara-negara maju, namun tahap kemajuan yang
telah Malaysia capai boleh menandingi pencapaian banyak negara yang lebih lama merdeka dan maju.
Sesungguhnya, Pertubuhan kesihatan Sedunia pernah memuji dan mengiktirafkan system kesihatan
Malaysia sebagai antara yang terbaik di rantau ini dan boleh dijadikan teladan kepada negara-negara
membangun. Kemajuan ini bukan berlaku dengan sendirinya, tetapi hasil daripada keberkesanan dasar
dan strategi Kerajaan yang menekankan kesaksamaan (ekuiti), kesampaian (aksesibiliti) dan kemampuan
(affordability) dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan.

Laman web juga adalah salah satu cara yang dapat memastikan sector pelancongan kesihatan
dapat diterima daripada penduduk tempatan dan penduduk dari Negara lain. Oleh itu satu laman web
telah dilancarkan iaitu www.malaysiahealthcare.com . Laman web ini adalah satu langkah untuk
mendekatkan masyarakat tempatan atau masyarakat luar mengetahui tentang perkembangan aktiviti
pelancongan di Malaysia. Laman ini juga menjadi pelengkap bagi pelancongan kesihatan iaitu destinasi
pusat bagi semua keperluan perubatan dan pelancongan.

Ia juga bertindak sebagai satu saluran mudah yang akan memudahkan kesemua aspek
pelancongan kesihatan ke negara Malaysia sendiri yang akan menghubungkan bakal pelancong dengan
kesemua agensi di Malaysia. Maklumat mengenai pembekal perkhidmatan iaitu hospital, pembekal
perkhidmatan, kesihatan, ejen pelancongan, ejen insurans,pusat penerbangan, hotel dan lain-lain boleh
diperoleh di laman web ini. Web ini juga dapat memudahkan kesemua aktiviti pelancongan kesihatan di
Malaysia mahupun secara globalisasi iaitu dengan menghubungkan bakal pelancong dengan kesemua
Channel PA 900 STPM @CNM

agensi yang berkaitan secara langsung ataupun tidak dengan pelancongan kesihatan ini. Ia bukan sahaja
tertumpu kepada rawatan dan perkhidmatan yang disediakan tetapi para pelancong juga boleh
menghubungi terus doctor tersebut untuk mendapatkan rundingan mengenai prosedur dan nasihat
tentang pemilihan rawatan yang boleh disediakan kepada mereka.

Dengan wujudya laman web ini, pelancongan kesihatan boleh merancang keselur uhan
perjalanan daripada keselesaan rumah mereka dengan membuat tempahan secara terus atas talian bagi
kesemua perkhidmatan iaitu dari rumah ke lapangan terbang ke hospital ke hotel sehingga ke percutian
pilihan mereka.
Oleh itu dengan wujudnya laman web rasmi pelancongan kesihatan di Malaysia iaitu melalui
www.malaysiahealthcare.com para pelancong boleh membuat persiapan awal dengan merancang,
mengatur, dan menguruskan hal-hal berkaitan rawatan dan percutian lengkap mereka di Malaysia dengan
mudah dan cepat.

Cadangan Untuk Meningkatkan Pelancongan Kesihatan

Malaysia merupakan antara sebuah negara yang terkenal sebagai destinasi palancongan
kesihatan yang terbaik. Untuk meningkatkan jumlah kedatangan pelancong kesitan pelbagai cara di
usahakan oleh kerajaan dan agensi-agensi yang terlibat supaya negara mendapat faedahnya. Contohnya
pada tahun 2006, 17.5 juta pelancong yang mengunjungi Malaysia meningkat kepada 20.97 juta pada
tahun 2007. Peningkatan ini menyebabkan pendapatan negara bertambah.

Kerajaan akan melaksanakan beberapa strategi tambahan untuk memastikan berlakunya


peningkatan dalam sektor pelancongan kesihatan di Malaysia pada tahun 2009 walaupun dunia diancam
ketidaktentuan ekonomi. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata langkah
menubuhkan Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCeb) supaya dapat menyelaraskan aktiviti
dalam pelancongan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi yang terbaik. Melalui My Ceb kerajaan
telah memberikan geran permulaan sebanyak RM5 juta kepada biro yang menawarkan insentif terbaik.
Kerajaan juga boleh meningkatkan geran permulaan untuk mencari agensi yang mampu untuk menarik
pelancong dengan labih banyak. Program Malaysia My Second Home juga dikaji semula supaya lebih
menarik dengan mengatasi masalah yang sedia ada seperti masalah pelaburan, dana dan pekerjaan
peserta dalam program tersebut. Untuk menarik lebih ramai pelancong tumpuan kepada pelancongan
kesihatan dan pelancongan-eko.

Selain itu, pelancongan kesihatan dapat diperkasakan lagi dengan menerusi kerjasama yang erat
antara kerajaan dengan hospital swasta yang memberikan perkhidmatan kepada pelancong asing. Kita
dapat lihat teknologo perubatan yang canggih dan kepakaran yang terdapat di Malaysia diiktiraf
diperingkat antarabangsa. Oleh itu, kerjasama yang baik amat diperlukan kerana kerajaan boleh
memudahkan urusan hospital. Presiden persatuan Oftalmalogi Malaysia, Dr. muhaiyah Haji Mohamed
berkata “ Dari segi teknologi Malaysia memang termaju, sama macam negara lain, kerana sekarang kita
perhatikan hospital swasta yang dibina, yang baru, memang mempunyai fasiliti yang mat baik sekali, kita
terkehadapan.

Dari segi kerajaan saya rasa, untuk hospital swasta dapat kerajaan lakukan ialah
memudahcarakan, macam mana pesakit itu dari segi imegresen dan juga koordinasi di antara
Kementerian Pelancongan, agensi pelancongan dan sebagainya. Jadi saya rasa tahun ini paling baik untuk
kita tingkatkan pelancongan kesihatan, dan juga pemasaran kita mungkin dari segi website, dan MoU
dengan pihak atasan.” Berdasarkan kata-kata ini, terbukti bahawa kerjasama yang erat mampu menjulang
Channel PA 900 STPM @CNM

nama Malaysia sebagai pusat pelancongan kesitan yang terbaik di dunia kerana Malaysia mempunyai
kelebihan berbanding negara lain.

Pakej pelancongan yang terdapat di Malaysia juga dapat dikaji semula sebagai langkah
meningkatkan jumlah pelancong. Dengan cara ini kita dapat melihat semula kekurangan yang terdapat
dalam pakej pelancongan yang sedia ada di Malaysia. Contohnya di Johor, kerajaan negeri ingin merangka
semula pekej pelancongan yang sedia ada di johor dengan cara mengemaskini harga, destinasi serta
kandunagn yang terdapat dalam pakej pelancongan supaya menjadi lebih menarik. Selain itu kerajaan
negeri juga akan memastikan produk pelancongan yang terdapat di Johor tidak akan disia-siakan supaya
dapat menarik lebih banyak pelancong kesihatan dalam negerinya dengan memastikan perkhidmatan dan
rawatan yang disediakan oleh pihak hospital berkualiti dan murah.

Cara lain yang boleh meningkatkan jumlah kedatangan pelancong kesihatan di Malaysia dengan
cara Malaysia menceburi industri herba dengan lebih meluas kerana Malaysia antara Negara yang kaya
dengan keunikan tumbuhan yang kebanyakan tumbuh meliar. Kebanyakan tumbuhan yang terdapat di
Malaysia merupakan tumbuhan herba yang boleh merawat pelbagai penyakit. Penasihat Herbal Asia dan
Kempen Celik Herba SeMalaysia, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik menyatakan masyarakat perlu diberi
kesedaran tentang kepentingan industri tanaman herba kerana tanaman herba mudah ditanam dan
dijaga.

Masyrakat boleh menanam dikawasan rumah untuk memastikan industri ini berkembang. Kerajaan
hendaklah memberikan peruntukan dan sokongan kepada usahawan yang berminat dalam industri
tanaman herba supaya Malaysia menjadi tumpuan negara lain untuk mendapatkan herba yang boleh
digunakan dalam perubatan. Apabila negara kita sendiri mempunyai industri herba yang kukuh, kajian
tentang kebaikan herba dapat dilakukan untuk meyakitkan pengguna tentang kehebatan tanaman herba.
Kajian yang dilakukan akan memberi kesan yang positif kepada sektor pelancongan kesihatan kerana
mereka boleh menggunakan tanaman herba sebagai alternative perkhidmatan rawatan. Spa-spa yang
menggunakan herba juga dapat diperbanyakan untuk pelancong mendapatkan rawatan.

Untuk merealisasikan hasrat ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlu memberi
komitmen yang tinggi dalam melaksanakannya. Abdul Rahim, Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi
Melayu (Gabem), menyatakan sekiranya kerajaan dapat melaksanakan pelan tindakan mengikut Dasar
Pertanian Negara dengan kerjasama semua pihak, industri herba akan menjadi penyumbang terbesar
kepada ekonomi negara kerana dijangka meningkat sehingga RM10 juta pada tahun 2010 dan menjadi
hab perdagangan herba.

Selain itu, kerjasama dengan negara luar juga dapat meningkatkan jumlah pelancong kesihatan
dalam negara. Contohnya Melaka dan Syria akan menjalinkan hubungan yang erat dalam beberapa bidang
seperti pendidikan, pelancongan kesihatan dan Bandar raya berkembar. Pertukaran pelajar antara Melaka
dan Syria membolehkan pelajar kita mendapat pengetahuan yang belum Malaysia perolehi. Dalam bidang
pelancongan kesihatan pula, rundingan yang lebih lanjut akan diadakan kerana Melaka berminat
menjalinkan kerjasama yang lebih erat. Bandar Lipo di Syria sebagai Bandar berkembar dapat dijadikan
sebagai panduan kerana Lipo telah menjadi Bandar Warisan Dunia 15 tahun yang dahulu berbanding
Melaka pada Julai 2008.

Usaha lain yang boleh dilakukan ialah menambahkan penerbangan untuk mempromosikan industri
pelancongan kesihatan. Apabila penerbangan yang banyak dan mudah apabila pelancong
memerlukannya, negara akan mendapat faedahnya. Kelewatan waktu berlepas juga hendaklah
Channel PA 900 STPM @CNM

diselesaikan kerana masalah ini akan membuat pelancong terpaksa menunggu masa yang lebih sama
untuk sampai ke destinasi pelancongan. Masalah teknikal mestilah dapat diatasi denagn segera.
Contohnya Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata wujud keperluan menambah kekerapan
operasi Penerbangan Malaysia (MAS) untuk laluan Pulau Pinang-Singapura-Pulau Pinang dan Pulau
Pinang-Thailand-Pulau Pinang untuk memperkembangkan pelancongan kesihatan di Pulau Pinang . Selain
itu, nama Malaysia juga dapat dijulang sebagai sebuah negara yang terbaik dalam menawarkan
perkhidmatan dalam sektor pelancongan kesihatan.

Dalam menambah jumlah penerbagan, lanjutan tempoh sah visa pelancong kesihatan juga dapat
dilakukan untuk menjamin pelancong yang mendapat rawatan berada dalam keadaan yang sihat serta
boleh melawat tempat pelancongan yang lain di Malaysia. Tempoh sah visa pelancong asing untuk
mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta ialah enam bulan sahaja.jikalau di panjangkan lagi
tempoh visa mungkin Malaysia akan mendapat lebih banyak faedahnya. Sepanjang tempoh sah laku visa
tersebut pelancong boleh menikmati kemudahan visa kemasukan kerap (MEV) untuk memudahkan
mereka melakukan aktiviti lain.

Semua pihak boleh bekerjasama untuk melaksanakan cadangan ini supaya dapat meningkatkan
jumlah pelancong kesihatan dalam negara kita malaysia. Apabila berlakunya peningkatan ini pendapatan
negara akan meningkat, penduduk tempatan memperolehi peluang pekejaan, saingan antara agensi
pelancongan akan lebih banyak untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelancong yang
ingin mendapatkan rawatan di hospital swasta ataupun spa yang terbaik dalam negara.

Kesimpulan

Pelancongan kesihatan merupakan sektor yang harus dimajukan dan dipandang serius untuk
dikomersilkan kerana pelancongan kesihatan dapat menjana pendapatan negara dalam pertukaran wang
asing. Manakala perubatan berasaskan herba harus digunakan di spa dan sauna kerana negara kita kaya
dengan tumbuh-tumbuhan herba. Hal ini kerana, menurut definisi Goodrich (1987) selain daripada tarikan
pelancongan lain (aktiviti sosial) kemudahan dan perkhidmatan kesihatan dipromosikan adalah
bertepatan. Namun begitu, agensi utama yang membangunkan pelancongan kesihatan ini adalah
Kementerian Kesihatan Malaysia sementara Kementerian Pelancongan membantu dari aspek promosi. Di
samping itu juga, pelbagai usaha harus dipergiatkan bagi mempromosikan pelancongan kesihatan agar
lebih dikenali di kalangan pelancong asing dan membuktikan bahawa pelancongan kesihatan kita boleh
maju dan diperluaskan lagi.

Jika pelancongan kesihatan dipandang serius oleh pihak kerajaan, tidak mustahil pendapatan
negara akan meningkat dan akan menyebabkan peningkatan secara mendadak kedatangan pelancong
asing ke Malaysia. Kita mempunyai banyak faktor dan cara bagi menarik pelancong asing untuk datang ke
Malaysia melancong sambil berubat. Seterusnya, kita perlu bijak mempromosi dan memasarkan industri
pelancongan perubatan ini keserata dunia. Bidang kepakaran dan jumlah doktor pakar perlu ditambah
bagi memenuhi keperluan dan kehendak para pelancong yang pelbagai dan meningkatkan peratusan
kejayaan perawatan.

Dengan peningkatan yang berterusan dalam produk dan perkhidmatan pelancongan, pemasaran,
promosi, infrastruktur dan sebagainya. Melaysia berada pada landasan yang betul untuk meraih faedah
daripada industri pelancongan. Industri pelancongan akan terus menyumbang bagi menjana perolehan
pertukaran asing, guna tenaga dan pendapatan dalam tempoh rancangan malaysia ke-9 (RMK9).
Channel PA 900 STPM @CNM

Sungguhpun industri ini telah terjejas akibat krisis ekonomi pada tahun 1997 dan 1998, akibat
tindak balas yang cepat telah menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara yang kukuh. Kejayaan
pelaksanaan langkah-langkah yang digariskan dalam pelan pemulihan ekonomi negara (PPEM) yang turut
dibantu oleh sektor swasta dan sektor awam untuk membantu memulihkan keadaan dan merancakkan
pertubuhannya. Selain itu juga pada masa kini Malaysia sedang memberi tumpuan kepada industri
pelancongan kesihatan sebagai satu pemacu ekonomi disebabkan lokasinya yang berdekaan dengan
pasaran Asean dan Timur Tengah. Dalam usaha untuk memastikan keselamatan tenaga bagi negara untuk
jangka panjang, Malaysia juga sedang meninjau untuk mendapatkan sumber tenaga baru untuk kedua-
dua jangka sederhana dan panjang. Kerajaan Malaysia juga sedang meningkatkan usaha dalam
mendapatkan sumber tenaga alternatif yang berdaya maju seperti solar, angin, bio bahan api dan
penerokaan tenaga nuklear. Selain itu Malaysia juga sedang merumuskan satu Pelan Tenaga Nasional
yang komprehensif untuk menangani keperluan ini.

Oleh yang demikian, secara tuntasnya pelancongan kesihatan yang sedang rancak berjalan di
Malaysia merupakan salah satu panyumbang utama kepada ekonomi negara. Ianya disebabkan beberapa
faktor yang diantaranya ialah hospital-hospital di Malaysia terutamanya hospital swasta memiliki
kemudahan yang canggih setaraf dengan pusat perubatan di negara-negara maju selain menyediakan
perkhidmatan kepakaran yang bertaraf dunia. Dengan ini telah memberi kelebihan kepada Malaysia
dalam menarik minat pelancong asing datang untuk membuat rawatan disini. Selain itu kerjasama dari
semua pihak terutamanya dari sektor awam dan juga swasta bagi menigkatkan mutu perkhidmatan
industri ini dengan menaiktaraf peralatan yang sedia ada agar setanding dengan negara maju yang lain.
Seterunya, menerusi pelbagai perancangan yang dirancangkan negara dalam industri ini ianya akan dapat
mencapai hasrat serta aspirasi negara yang sekaligus dapat merealisasikan wawasan 2020 sebagai sebuah
negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang di mata dunia.

Sumber: http://tomorrowiscertain.blogspot.com/2011/06/pelancongan-kesihatan.html

Anda mungkin juga menyukai