Anda di halaman 1dari 3

Sektor pelancongan menjadi sektor utama negara.

Huraikan cara-cara untuk meningkatkan sektor ini.

Pelancongan telah dilihat sebagai satu bidang ekonomi yang


menguntungkan buat mana-mana negara di dunia ini. Contohnya,
pelancongan yang berdasarkan keindahan alam, acara sukan, dan juga
persidangan antarabangsa. Jadi, apakah kaedah-kaedah yang boleh
diambil oleh negara ini untuk memastikan industri pelancongan ini
berkembang?

Tindakan yang paling berkesan melibatkan usaha kerajaan


mencari destinasi pelancongan yang baru pula. Tempat baru itu
perlulah lebih menarik dan memenuhi cita rasa golongan remaja pada
masa ini seperti penuh dengan aksi dan keseronokan pula. Jelaslah,
semakin banyak destinasi baru dihasilkan semakin banyaklah jumlah
pelancong yang akan hadir ke negara ini.

Selain itu, pakej pelancongan yang lebih unik dan praktikal


diperkenalkan kepada pelancong dalam serta luar negara. Tawaran
pakej ini perlulah berharga murah dan memenuhi kehendak pelancong
terutama golongan muda yang berminat untuk meneroka dunia baru.
Sesungguhnya, pengenalan pakej yang tepat boleh menambat jiwa
pelancong di negara ini.

Tambahan pula, aspek kebersihan yang diberi keutamaan boleh


juga menarik lebih banyak kedatangan pelancong asing ke Malaysia.
Banyak komen telah diberikan oleh pelancong yang mengkritik kualiti
kebersihan tandas, bas, teksi, dan beberapa bilik hotel di negara ini
yang begitu memalukan. Lantaran itu, usaha mengutamakan
kebersihan di negara ini terutama di kawasan pelancongan boleh
memberikan imej positif kepada pengusaha industri ini pula.

Kempen mengenai pelancongan boleh dilancarkan oleh pihak


berkuasa di negara ini kerana usaha ini boleh menarik jumlah
kedatangan pelancong. Pelbagai informasi yang berguna tentang
negara ini seperti hari perayaan, destinasi popular, jenis buah-
buahan, dan sebagainya boleh diselitkan dalam kempen itu. Maka,
kempen yang dirancang dengan teliti berupaya memberikan impak
yang besar dalam meninggikan jumlah kedatangan pelancong itu.

Natijahnya, semua usaha yang dipaparkan tadi boleh menarik


pelancong untuk melihat keindahan negara ini. Semua pihak harus
melihat industri ini sebagai penyumbang pendapatan negara yang
utama untuk jangka masa panjang pula. Bak kata pepatah hujan emas
di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri yang menekankan
keindahan negara memang terserlah pada mata masyarakat kita.

Sektor pelancongan di negara kita banyak memberi sumbangan bagi


menggerakkan ekonomi negara. Pelancong asing yang datang dari seantero
dunia menjadi punca pengaliran pertukaran wang asing yang meningkatkan
ekonomi negara. Oleh itu, kita seharusnya berusaha untuk memajukan
sektor pelancongan bagi menjamin kestabilan ekonomi. Terdapat pelbagai
usaha yang boleh kita aplikasikan bagi memajukan sektor pelancongan
negara.
Pihak kerajaan memainkan peranan penting dengan melancarkan
kempen 'Cuti-cuti Malaysia' dan yang terbaru 'Malaysia My Second Home'
bagi mempromosikan negara kita sebagai negara pelancongan. Kerajaan
mengeksploitasi keunikan negara kita melalui kepelbagaian budaya yang
berbeza di samping ekopelancongan yang menampilkan hutan hujan tropika
yang sudah berjuta tahun umurnya bagi menarik pelancong dari negara
luar. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia harus bekerjasama bagai aur
dengan tebing dengan pihak kerajaan bagi menjayakan kempen
pelancongan. Contohnya, kita boleh menawarkan diri untuk menyertai
program 'homestay' iaitu program yang mendedahkan kehidupan tradisional
yang sebenar kepada pelancong asing. Hal ini dapat membantu menarik
lebih ramai pelancong yang berminat untuk merasai kehidupan warga
Malaysia.
Selain itu, kerajaaan juga boleh mengambil inisiatif untuk menganjurkan
program yang bertaraf antarabangsa. Contohnya, Piala Thomas, Le Tour De
Langkawi dan Grand Prix Formula One di Sepang. Peminat acara sukan
bertaraf antarabangsa sudah semestinya tidak mahu ketinggalan melihat
acara seperti ini secara langsung. Bagi menggalakkan acara sukan yang
bertaraf antarabangsa diadakan, pihak kerajaan perlu meningkatkan
infrastruktur yang sedia ada bagi melicinkan lagi acara tersebut
dijalankan. Tamsilnya, Litar Antarabangsa Sepang yang berteknologi tinggi
telah dibina bagi mengadakan pelbagai acara perlumbaan seperti Formula
One dan MotoGP. Kemudahan yang lengkap akan mendapat pujian daripada
peserta mahupun penonton dan hal ini semestinya dapat meningkatkan
ekonomi dan menjulang nama negara di mata dunia.
Masyarakat setempat juga memainkan peranan penting dalam
memajukan sektor pelancongan melalui kebersihan. Pelancong yang datang
dari luar amat mementingkan kebersihan terutamanya pelancong dari
negara-negara Barat. Setiap individu dapat meningkatkan tahap kebersihan
bagi memajukan sektor pelancongan. Contohnya, mengutip sampah-sarap
yang bertaburan di tempat awam. Hal ini juga dapat mengurangkan risiko
penyakit dan virus yang menular. Pihak berkuasa tempatan seperti dewan
bandar raya atau majlis daerah juga turut berperanan dalam menjaga
kebersihan dengan mengadakan kutipan sampah secara berjadual. Dengan
kebersihan yang terjaga, negara kita berpotensi menarik lebih ramai
pelancong asing dan seterusnya memajukan sektor pelancongan negara.
Konklusinya, seluruh warga Malaysia berperanan bagi memajukan sektor
pelancongan negara. Setara dengan cogan kata negara iaitu 'Bersekutu
Bertambah Mutu', kita seharusnya bersatu dengan meningkatkan hospitaliti
dan produktiviti pelancongan negara. Sektor pelancongan yang maju
penting bagi menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi dengan negara-negara
maju yang lain serta dihormati negara-negara serantau.

Anda mungkin juga menyukai