Anda di halaman 1dari 2

Industri pelancongan adalah antara sektor yang

menyumbangkan pendapatan terbesar kepada negara.


Posted on 3 April, 2008 by admin
Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula
jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikan
industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika alam semula jadi itu
dieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke negara
kita sejak kebelakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya tarikannya
yang tersendiri. Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting dalam usaha
negara menarik kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan,
menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi tanggungjawab semua
pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja. Saya berpendapat bahawa masih banyak usaha
yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan lebih ramai pelancong mengunjungi
Malaysia dan tinggal di negara ini.

Antara faktor utama pelancong datang di sesebuah negara ialah adanya kemudahan
prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan. Hal ini kerana pelancong yang berkunjung ke
sesebuah negara inginkan keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar
memperlengkap kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya untuk
memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju. Misalniya, ramai pelancong yang
datang ke negara kita adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu, kerajaan
harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapa buah pulau
di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati keindahan alam semula
jadi. Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih berkesan sekiranya kerajaan sentiasa
mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut.

Kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, dan sebagainya turut menjadi
faktor penting dalam menarik ramai pelancong mengunjungi negara kita. Kemudahan
penginapan penting kerana ini akan menentukan sarna ada seseorang pelancong itu akan tinggal
lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap, ini akan mendorong seseorang
pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini, sekali gus membolehkan negara memperoleh lebih
banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan rumah penginapan yang tumbuh seperti
cendawan di bandar atau desa di seluruh negara membuktikan kesungguhan negara dalam usaha
menarik kedatangan pelancong ke negara ini. Penyediaan kemudahan penginapan harus juga
mengambil kirakadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu.

Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar


menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini,
khususnya di tempat- tempat baru yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang
menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan, sarna ada menerusi media cetak seperti pamflet, buku,
poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Selain itu, dengan
mewujudkan halaman pelancongan dalam nternet juga merupakan cara terbaik untuk
memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong aging.
Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding 60 buah bas
di kota London pada tahun lalu menandakan usaha serius pihak terbabit dalam nenarik lebih
ramai pelancong datang ke negara ini. Jika maklumat yang lengkap sampai ke pengetahuan )
elancong, mereka tentunya akan datang melawat negara kita pada suatu hari kelak.

Kepelbagaian kebudayaan dan adat regaIn penduduk tempatan juga dapat menarik ramai
pelancong iatang ke negara ini. Malaysia yang memang kaya dengan pelbagai jenis kebudayaan
seperti tarian Melayu, India, Cina, dan suku kaum di Sabah serta Sarawak mampu menghiburkan
pelancong, khususnya kepada pelancong yang gemar kepada sesuatu yang baru. Kebanyakan
pelancong memang gemar melihat kehidupan masyarakat di sesuatu tempat. Rumah Budaya di
Kuching, Sarawak menempatkan pelbagai jenis rumah dan kebudayaan suku kaum di negeri
berkenaan dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke sana. Kementerian
terbabit harus menjadikan pelbagai budaya yang unik di negara kita sebagai daya tarikan utama
dalam membangunkan industri pelancongan dengan rnemperkemas persembahan yang sedia ada.

Mengadakan promosi di luar negara juga merupakan langkah yang wajar dilakukan oleh
LPPM dalam usaha menarik lebih ramai pelancong mengunjungi negara ini. Pelbagai aktiviti
seperti rnengadakan Minggu Malaysia di beberapa buah negara di seluruh dunia dan acara
pertukaran delegasi kebudayaan dengan negara tertentu adalah antara usaha berkesan
memperkenalkan Malaysia kepada pelancong asing. Tindakan Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan membuka pusat penerangan di beberapa buah negara membuktikan
bahawa usaha yang berterusan telah dilakukan dalam rnenarik pelancong. Buktinya, program
seperti Tahun Melawat Malaysia (TMM) ternyata berjaya menarik ramai pelancong datang ke
negara ini, sekali gus memberi keuntungan besar melalui tukaran mata wang asing. Promosi pula
perlu dipertingkat bagi menarik kehadiran pelancong walaupun terpaksa rnembelanjakan wang
yang besar, namun pulangannya juga lumayan.

Berdasarkan penerangan di atas, jelas bahawa pelbagai cara boleh dilakukan dalam usaha
menarik pelancong datang ke negara ini. Oleh itu, pihak terbabit harus memikirkan kaedah lain
yang lebih berkesan, mudah, dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar sejajar dengan
keadaan ekonomi negara yang meruncing dewasa ini. Harapan saya, tanggungjawab untuk
mempromosi keunikan dan keindahan alam semula jadi negara kita kepada pelancong harus
dikongsi bersama kerana rakyat juga akan mendapat manfaatnya. Industri pelancongan di negara
ini akan terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara jika
diusahakan secara lebih profesional.

Anda mungkin juga menyukai