Anda di halaman 1dari 8

KELEBIHAN PENDIDIKAN MAYA

Apakah itu pendidikan maya? Pendidikan maya bermaksud pendidikan yang dijalankan
dalam talian yang memerlukan murid melihat skrin, mendengar serta memberikan respons. Baru-
baru ini, kerajaan telah memperkenalkan pendidikan maya di negara kita dalam usaha untuk
meneruskan pembelajaran semasa pandemik Covid-19 yang amat meruncing. Namun begitu, ramai
murid tidak mengetahui kebaikan pendidikan maya serta tidak menunjukkan minat terhadap
pendidikan maya. Hal ini dikatakan demikian kerana tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, marilah
kita mengetahui kelebihan pendidikan maya.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kelebihan pendidikan maya paling utama ialah
penyampaian ilmu cepat dan mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana maklumat berada di hujung
jari. Misalnya, murid dapat melayari Internet untuk mencari maklumat dengan menggunakan enjin
pencari seperti Google dan Yahoo. Natijahnya, murid tidak akan menjadi seperti katak di bawah
tempurung. Tegasnya, ilmu dapat disampaikan dengan cepat dan mudah.

Seterusnya, murid boleh memanfaatkan penggunaan e-buku. E-buku ini bukan sekadar
mudah digunakan tetapi juga menjimatkan kos. Tamsilnya, murid boleh menggunakannya melalui
peranti seperti telefon pintar, gajet dan komputer riba. Tambahan pula, kebanyakan e-buku juga
percuma dan lebih murah berbanding buku fizikal kerana tiada pencetakan kertas yang dilakukan.
Tuntasnya, penggunaan e-buku dapat dimanfaatkan.

Di samping itu, pendidikan maya dapat menjimatkan kos. Hal ini dikatakan demikian kerana
segala urusan pembelajaran dapat dilakukan daripada keselesaan rumah sendiri. Sebagaimana yang
kita sedia maklum, murid dapat menyertai kelas dalam talian menggunakan aplikasi seperti Meet
dan Zoom. Justifikasinya, tiada keperluan untuk kita keluar dari rumah, maka tiada kos
pengangkutan. Secara tuntasnya, pelbagai kos dapat dijimatkan.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa banyak kelebihan yang dapat kita
peroleh daripada pendidikan maya. Murid-murid mestilah memanfaatkan pendidikan maya agar
dapat menjadi golongan yang berilmu pengetahuan dan berminda kelas pertama serta dapat
bersaing dengan murid di negara maju. Hal ini membolehkan masyarakat kita berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dan sudah tentunya dapat memajukan bidang pendidikan negara.

Dalam meniti arus kemodenan ini, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai
keunikan dan keindahan alam yang terkenal sebagai destinasi pelancongan. Malaysia
memang terkenal dengan banyak keistimewaan yang menjadi pilihan utama pelancong.
Walaupun jarak Malaysia jauh dari Eropah, pelancong tetap memilih Malaysia sebagai
destinasi ideal percutian utama sekeluarga. Walau betapa sukar sekalipun, keadaan ini bukan
penghalang kepada pelancong bak peribahasa Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih. Persoalannya, apakah keistimewaan yang ada di Malaysia sebagai destinasi
pelancongan?
Sebagai mukadimah perbincangan, sememangnya Malaysia sangat istimewa sekali
kerana memiliki beberapa pantai yang bersih, cantik dengan cuaca yang panas dan lembap.
Hal ini dikatakan demikian kerana kedudukan Geografi Malaysia terletak pada Garisan
Khatulistiwa dengan Iklim Tropika sepanjang tahun. Sebagai contohnya, Pantai Cenang di
Langkawi dan pasir putih yang berkilauan di Pulau Redang merupakan antara destinasi
pelancongan yang kerap dibanjiri oleh pelancong. Para pelancong teruja dan berpuas hati
setelah melihat keindahan pantai tersebut dan bukanlah indah khabar daripada rupa. Bukan
itu sahaja, terdapat juga beberapa perniagaan kecil seperti menjual makanan dan buah tangan
di persisiran pantai. Kesannya, keadaan ini dapat memberikan peluang pekerjaan dan
perniagaan kepada penduduk Negara kita. Tegasnya, pantai yang bersih dan cantik serta
dengan udara yang nyaman merupakan keistimewaan di Negara Malaysia.
Selain itu, Malaysia dikurniakan dengan pelbagai jenis makanan tempatan yang sangat
unik dan sajian istimewa tersebut dibuat daripada pelbagai air tangan bangsa dan
kebudayaan. Para pelancong boleh menikmati pelbagai jenis juadah yang kaya dengan
rempah-ratus bak kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta. Dengan itu para pelancong
dapat mengenali dan menikmati makanan di Malaysia. Contohnya, nasi lemak, kuetiau
goreng, sate, lemang dan sebagainya menjadi produk pelancongan yang utama, Bukan itu
sahaja, media massa boleh menghiasi promo video pelancongan dengan pelbagai juadah yang
lazat bagi menarik perhatian para pelancongan dan mencubainya. Izharnya, pelbagai jenis
makanan tempatan menjadikan Malaysia sangat istimewa.
Di samping itu, keistimewaan Malaysia yang seterusnya ialah kemudahan
pengangkutan awam termoden dan kondusif. Kemudahan awam memang sangat penting bagi
memudahkan perjalanan mereka ketika melancong ke mana-mana destinasi. Sebagai contoh,
Malaysia mempunyai system tren komuter, sistem tren elektronik, bas percuma, kemudahan
e-panggilan “Grab Car” dan lain-lain lagi. Jika para pelancong ingin menjimatkan kos
perbelanjaan mereka, kemudahan awam merupakan pilihan yang bijak kerana dapat
menyenangkan pergerakan para pelancong persis kata orang tua-tua, ukur baju di badan
sendiri, sewaktu memilih pengangkutan awam. Saya ingin menegaskan bahawa kemudahan
awam yang berkualiti dan selesa makin istimewa di hati pelancong.
Kesimpulannya, bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa terdapat banyak daya
tarikan di Malaysia sebagai destinasi pelancongan, Industri pelancongan perlu dimajukan
dengan semua keistimewaan yang dirungkaikan seperti di atas kerana mampu memberikan
pulangan yang lumayan terhadap ekonomi negara. Lantaran ini, semua pihak harus
memberikan kerjasama menjaga kebersihan kawasan sekeliling, memelihara kebudayaan
bangsa Malaysia dan menjaga kesopanan diri sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab.
Semoga dengan adanya usaha sederap ini, Malaysia mampu menjadi pusat pelancongan
utama di persada dunia agar dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara
jiran kita. Jelaslah bahawa kita harus mengetahui semua keistimewaan Malaysia sebagai
destinasi pelancongan.
Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 15:56 No comments:

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN SPM - PRODUK PELANCONGAN


ISTIMEWA DI MALAYSIA
Berdasarkan sumber berita daripada Pejabat Perdana Menteri Malaysia pada 5 *Jun*
2020, ucapan yang bertajuk Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah
disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji
Mohd Yassin. Beliau mengatakan bahawa empat langkah untuk *mengaktifkan kegiatan
industri pelancongan semula*. Sektor pelancongan dianggap sebagai satu industri yang
menguntungkan negara dan bidang ini telah merupakan pendapatan utama kepada
rakyat dan negara Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur kerana kita ada
banyak produk pelancongan untuk menarik minat pelancong yang dari seluruh dunia.
Walau bagaimanapun, sesetengah rakyat Malaysia tidak bersyukur dengan produk
pelancongan negara kita, mereka sentiasa melancong ke luar negara. Hal ini dikatakan
demikian kerana mereka tidak sedar bahawa hujan emas di negeri orang, hujan batu di
negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Negara kita mempunyai banyak produk
pelancongan istimewa. Persoalannya, apakah produk pelancongan di Malaysia yang
perlu diketahui oleh semua?

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa tempat-tempat menarik di


Malaysia mampu menjadi produk pelancongan Malaysia. Hal ini dikatakan demikian
kerana banyak tempat menarik negara kita telah menjadi mercu tanda yang utama
*yang* melabelkan Malaysia di peta dunia. *Sebagai contohnya,* tempat menarik di
Malaysia yang paling popular dan digemari oleh para pelancong termasuklah Menara
Berkembar Petronas KLCC dan tapak-tapak bersejarah di Melaka. Kita mesti melihat
sendiri keistimewaannya kerana tak kenal maka tak cinta. Oleh sebab itu, keistimewaan
Malaysia seperti kemegahan bangunan pencakar langit dan keunikan bangunan
bersejarah dapat diperhatikan oleh para pelancong. Keistimewaan-keistimewaan tempat
menarik tersebut menjadi faktor pendorong kepada kedatangan pelancong ke negara
kita. Seperti yang telah dinyatakan, produk pelancongan utama di negara ini ialah
tempat-tempat menarik.
Pada masa yang sama, kebudayaan pelbagai kaum merupakan produk pelancongan
Malaysia. Sektor pelancongan juga mempromosikan budaya amalan Malaysia yang unik
kepada pelancong luar negara. Hal ini dikatakan demikian kerana rakyat Malaysia terdiri
daripada pelbagai etnik yang unik dan menarik sekali antaranya Melayu, Cina, India,
Kadazan, Murut, Bajau dan Iban. Walau bagaimanapun, kita menyedari hakikat bahawa
rambut sama hitam, hati lain-lain, namun masyarakat yang berbilang kaum ini dapat
hidup bersatu padu dan bertolong-tolongan bagai aur dengan tebing. Setiap kaum
mempunyai adat dan budaya yang berbeza-beza mampu menarik minat pelancong
untuk turut menyertai aktiviti tradisional mereka. Sebagai contohnya, permainan
tradisional , persembahan muzik tradisional, dan seni budaya. Persembahan kesenian
tradisional seperti wayang kulit, dikir barat dan kuda kepang manakala permainan
seperti sepak raga, congkak dan wau yang diamati oleh pelancong mendorong mereka
untuk datang semula. Kesannya, para pelancong akan menghayati kebudayaan yang
unik apabila melancong ke negara Malaysia. Tegasnya, produk pelancongan berasaskan
kebudayaan mestilah kita utamakan.

Sementara itu, Malaysia terkenal sebagai syurga beli-belah juga sebagai produk
pelancongan. *Hal ini terjadi demikian kerana* Malaysia mempunyai banyak pusat beli-
belah dibuka termasuk yang tidak mengenakan cukai. Sebagai contohnya, Malaysia
mempunyai pusat beli-belah yang popular seperti Genting Premium Outlet, Pusat Beli-
belah Pavilion dan Midvalley Megamall selalu dikunjungi oleh pelancong domestik dan
pelancong asing. Berdasarkan sumber daripada laman web Tourism Malaysia pada 15
Mac 2014, statistik menunjukkan Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai Bandar raya
Beli-belah Ke-4 Terbaik dunia selepas New York, Tokyo dan London untuk dua tahun
berturut-turut (2012-2013). Akibatnya, pelancong dapat berbelanja di Malaysia dan
meningkatkan kadar mata wang . Dengan keadaan sedemikian, rakyat kita juga
memperoleh peluang pekerjaan kerana ada gula ada semut. Tuntasnya, pusat beli-belah
ialah produk pelancongan yang penting kepada Malaysia.
Secara keseluruhan, industri pelancongan menjadi satu projek atau program
pembangunan yang menguntungkan negara daripada pelbagai sudut. Industri
pelancongan mampu melestarikan warisan dan memajukan ekonomi negara kita.
Industri ini masih perlu diterokai kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya. Oleh itu, kita haruslah bersikap mesra dengan pelancong dan memberikan
perkhidmatan yang terbaik untuk menjaga imej baik Malaysia. Keseluruhan rakyat jelata
harus menyelaraskan minda sebagai sebuah negara perkhidmatan setimpal dengan
status sebagai sebuah negara maju. Saya berdoa semoga pelancong akan berpuas hati
dan memberikan tanggapan baik kepada Malaysia. Produk pelancongan di Malaysia
pasti menjadi buah mulut seluruh penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan
minda mereka. Kita mesti menjaga dan memelihara produk pelancongan yang ada di
Malaysia.
Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 08:36 1 comment:

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN SPM - KEISTIMEWAAN


MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN
Negara Malaysia terkenal sebagai sebuah destinasi pelancongan yang sering menjadi
pilihan utama pelancong seluruh dunia. Ramai pelancong memilih Malaysia sebagai destinasi
percutian utama sekeluarga. Jarak Malaysia yang agak jauh dari benua Eropah tidak menjadi
penghalang kepada pelancong yang ingin mengunjungi negara kita yang penuh dengan daya
tarikan ini. Selaras dengan peribahasa Melayu hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih,
para pelancong sanggup menempuh penerbangan jauh semata-mata untuk menyaksikan
keunikan Malaysia dengan mata kepala sendiri. Soalnya, apakah keistimewaan-keistimewaan
yang terdapat di negara Malaysia yang begitu menarik sehingga mengundang para
pelancong?
Pertamanya, Malaysia istimewa sekali kerana memiliki pantai yang bersih lagi cantik.
Pemandangan pantai yang indah digabungkan dengan cuaca yang panas dan lembap
merupakan sebab utama pantai negara kita sering disenaraikan dalam katalog Pantai-pantai
Tercantik di dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana Malaysia terletak di garisan
khatulistiwa yang menjamin iklim tropikanya sepanjang tahun. Sebagai contohnya, Pantai
Cenang di Langkawi yang popular dalam kalangan pelancong disebabkan oleh keindahan
pemandangan matahari terbenam dan pasir putih yang berkilauan di Pulau Redang
membuatkan para pelancong berasa teruja dan berpuas hati dengan destinasi pelancongan
mereka kerana keunikannya memang terserlah serta bukanlah indah khabar daripada rupa
sahaja. Kesannya, peningkatan jumlah pelancong yang bercuti di pantai-pantai Malaysia
memberikan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk kita. Tuntasnya, kita
mengetahui bahawa pantai yang bersih dan cantik merupakan keistimewaan di negara
Malaysia.
Seterusnya, Malaysia bertuah kerana dikurniakan pelbagai jenis makanan tempatan yang
sangat unik. Tarikannya terletak pada sajian istimewa daripada pelbagai air tangan bangsa
dan kebudayaan yang diwarisi secara turun-temurun. Kata orang tua-tua, tak kenal maka tak
cinta, maka para pelancong yang menjejakkan kaki di tanah air kita mestilah mengenali
makanan di Malaysia sebagai langkah pertama menghayati budaya negara kita yang
berbilang bangsa. Misalnya, sate, lemang, mi goreng mamak, makanan laut, kuetiau goreng
dan nasi lemak merupakan antara juadah seharian masyarakat tempatan yang digemari oleh
ramai pelancong. Hasilnya, masakan tradisional menjadi produk pelancongan yang utama dan
kerap menghiasi video pelancongan yang ditayangkan di pameran pelancongan pada
peringkat antarabangsa. Pokoknya, jelaslah kepada kita bahawa pelbagai jenis makanan
tempatan menjadikan Malaysia sangat istimewa di mata dunia.
Di samping itu, kemudahan pengangkutan awam termoden ialah keistimewaan Malaysia
yang sering kita terlepas pandang. Kemudahan tersebut memberikan kebebasan kepada
pelancong untuk bergerak ke mana-mana tanpa memerlukan pihak hotel untuk mengaturkan
pengangkutan khas untuk mereka. Sebagai contohnya, sistem tren komuter, sistem tren
elektronik, kapal terbang, teksi dan bas merupakan antara pengangkutan awam yang sentiasa
sedia untuk digunakan oleh para pelancong mahupun penduduk tempatan. Kemudahan
tersebut turut memudahkan jurupandu pelancongan membawa pelancong ke pusat
pelancongan malah menjimatkan perbelanjaan kerana kosnya rendah. Selaras dengan bajet
percutian mereka, para pelancong dapat berbelanja mengikut kemampuan masing-masing
persis kata mutiara ukur baju di badan sendiri sewaktu memilih sistem pengangkutan awam
agar tidak melebihi perancangan perbelanjaan mereka. Sesungguhnya, sudah terbukti bahawa
negara Malaysia makin istimewa di dalam hati pelancong kerana kemudahan pengangkutan
awam yang disediakan ini.
Akhirulkalam, industri pelancongan Malaysia perlu dimajukan dengan semua keistimewaan
di atas agar potensi sektor pelancongan negara mampu dimaksimumkan untuk
menguntungkan ekonomi tempatan. Rakyat negara disarankan agar menjaga kebersihan
watan tercinta terutamanya di lokasi tumpuan pelancong, memelihara kebudayaan yang
diwarisi daripada nenek moyang agar tidak lapuk ditelan zaman serta menjaga kesopanan
antara satu sama lain khususnya apabila berhadapan dengan para pelancong. Dengan
kerjasama antara pihak kerajaan dan para rakyat, diharapkan bahawa Malaysia pasti mampu
menjadi pusat pelancongan utama di peta dunia dan dapat berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan negara jiran kita. Tegasnya, semua pihak wajarlah mengetahui semua
keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan supaya dapat membawa kepada
peningkatan kemajuan dalam sektor pelancongan tempatan.
Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 08:01 No comments:

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN - PRODUK PELANCONGAN DI


MALAYSIA
Malaysia yang kupuja
Di desa juga di kota
Mari nikmati semua
Cuti-cuti Malaysia

Pohon pohon melambai


Terkenang desa nan permai
Keluarga sahabat handai
Mari beramai-ramai

Lirik lagu di atas daripada lagu Cuti-cuti Malaysia, nyanyian Dato’ Seri Siti Nurhaliza
menyeru kita sebagai rakyat Malaysia untuk melancong di watan tercinta. Umum mengetahui
bahawa Malaysia mempunyai pelbagai keistimewaan yang mampu menggamit pelancong
sama ada dari dalam negara ataupun dari luar negara. Suatu hakikat yang tidak dapat
dikesampingkan ialah sektor pelancongan merupakan antara sektor terpenting di negara kita.
Hal ini dikatakan demikian kerana sektor pelancongan merupakan penyumbang utama
kepada pendapatan rakyat dan negara Malaysia. Oleh hal yang demikian, kita sebagai rakyat
Malaysia patutlah bersyukur kerana negara kita ada banyak produk pelancongan. Walau
bagaimanapun, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang tidak bersyukur dengan produk
pelancongan yang istimewa ini. Mereka berpendapat bahawa negara lain semestinya lebih
baik daripada negara kita. Pemikiran sebegini telah menyebabkan mereka asyik melancong
ke luar negara kerana mereka tidak sedar bahawa hujan emas di negeri orang, hujan batu di
negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Sebenarnya, produk pelancongan di tanah air yang
tercinta ini mampu bersaing dengan negara lain. Persoalan yang telah menerjah dan
menerawang dalam minda kita ialah apakah produk pelancongan di Malaysia yang perlu
diketahui oleh semua?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa tempat-tempat menarik di Malaysia mampu


menjadi produk pelancongan. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat sesetengah lokasi
yang terkenal boleh menjadi mercu tanda utama Malaysia. Lokasi-lokasi yang terkenal ini
dapat melabelkan Malaysia di peta dunia dan menjadikan nama negara kita terkenal di
seluruh pelosok dunia. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan
ialah Menara Berkembar Petronas KLCC yang merupakan menara berkembar yang tertinggi
di dunia dan tapak-tapak bersejarah di Melaka. Apabila nama Menara Berkembar Petronas
disebut, sudah pasti rakan-rakan kita dari negara luar akan mengenalinya. Situasi ini telah
membuktikan bahawa lokasi-lokasi yang terdapat di ibu pertiwi mampu menarik pelancong
asing kerana negara kita sudah mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
negara maju yang lain. Oleh itu, pelancong asing mesti melihat sendiri keistimewaan tempat-
tempat ini kerana tak kenal maka tak cinta. Natijahnya, kemegahan bangunan pencakar langit
dan keunikan bangunan bersejarah patutlah kita hargai sebagai rakyat Malaysia. Jelaslah
bahawa produk pelancongan utama di negara ini ialah tempat-tempat menarik.

Sebagaimana yang kita maklum, kebudayaan pelbagai kaum juga merupakan produk
pelancongan Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana rakyat Malaysia terdiri daripada
pelbagai etnik yang unik dan menarik sekali. Dengan perkataan lain, negara kita berbeza
dengan kebanyakan negara yang lain yang hanya terdiri daripada satu kaum. Dengan ini,
kewujudan masyarakat majmuk membolehkan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan
bertolong-tolongan bagai aur dengan tebing. Semangat perpaduan yang utuh dapat dibentuk
dalam kalangan rakyat yang mampu menjadi senjata yang ampuh untuk menangkis segala
ancaman anasir luar. Pelancong asing akan tertarik untuk melawat negara kita kerana ingin
memahami perbezaan budaya yang terdapat di watan tercinta. Sebagai contohnya, terdapat
permainan tradisional, persembahan muzik tradisional, dan seni budaya yang berbagai-bagai
jenisnya. Kebanyakan pelancong asing yang melancong di negara kita tertarik dengan
keunikan dan kepelbagaian budaya kita. Mereka juga berasa kagum apabila ternampak negara
kita yang berbilang kaum ini dapat menikmati kehidupan yang aman dan damai. Oleh sebab
itu, mereka akan menghayati kebudayaan yang unik apabila melancong ke negara Malaysia.
Deduksinya, produk pelancongan berasaskan kebudayaan mestilah kita utamakan.

Beralih pula pada perspektif yang lain, Malaysia terkenal sebagai syurga beli-belah
sebagai produk pelancongan. Hal ini berlaku demikian kerana terdapat banyak pusat beli-
belah dibuka termasuk yang tidak mengenakan cukai. Biar kita ambil contoh, Genting
Premium Outlet, Pusat Beli-belah Pavilion, Midvalley Megamall dan sebagainya merupakan
antara pusat beli-belah yang sering dikunjungi oleh pelancong asing. Impaknya, pelancong
dapat berbelanja di Malaysia dengan membeli barangan pada harga yang berpatutan. Selain
itu, pelancong juga suka menikmati juadah-juadah dan makanan tradisional yang lazat dan
didapati di pusat beli-belah. Secara tidak langsung, pelancong asing telah membantu negara
kita meningkatkan kadar mata wang. Pengaliran masuk mata wang asing dapat memacu
ekonomi Malaysia sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat ibarat sambil menyelam
minum air. Lebih-lebih lagi, rakyat kita memperoleh peluang pekerjaan akibat kemajuan
dalam sektor pelancongan kerana ada gula ada semut. Tegasnya, pusat beli-belah ialah
produk pelancongan yang penting kepada Malaysia.

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan, industri pelancongan berpotensi


melestarikan warisan dan memajukan ekonomi Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia
patutlah bersikap mesra dengan pelancong dan memberikan perkhidmatan yang terbaik tanpa
mengira status ekonomi mereka. Prakarsa yang diambil ini memerlukan komitmen yang padu
daripada semua pihak, bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam mahupun melepaskan
batuk di tangga sahaja. Saya berharap agar pelancong akan berpuas hati dengan perkhidmatan
yang kita berikan. Dengan ini, pelancong asing akan memberikan tanggapan baik kepada
Malaysia. Apabila kita bersikap mesra, produk pelancongan di Malaysia pasti menjadi buah
mulut penduduk dunia. saya ingin menyatakan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia mesti
menjaga dan memelihara produk pelancongan yang sedia ada supaya industri pelancongan
dapat menggapai lonjakan pada masa depan.
Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 07:48 1 comment:
10 June 2020

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN SPM - KEISTIMEWAAN


MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN
KEISTIMEWAAN MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN

Malaysia merupakan antara destinasi pelancongan yang terkenal di seantero dunia dan
menjadi pilihan utama pelancong asing. Pelancong- pelancong memilih Malaysia kerana tempat ini
ialah destinasi percutian utama sekeluarga. Walaupun Malaysia jauh dari Eropah, tetapi perkara ini
tidak menjadi penghalang kepada pelancong yang hendak makan angin di negara kita. Hal ini
dikatakan demikian kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Pelancong-pelancong
tabah menempuh penerbangan jauh yang mengambil masa berbelas-belas jam. Persoalan yang
berlegar-legar dalam gawang minda kita ialah apakah keistimewaan yang ada di Malaysia sehingga
menjadi destinasi pelancongan yang terkenal di dunia?

Sebagai bunga mukadimah, Malaysia sangat istimewa sekali kerana negara kita memiliki
pantai yang bersih dan cantik. Hal ini dikatakan demikian kerana cuaca di Malaysia panas dan
lembap. Bukan itu sahaja, Malaysia terletak di garisan khatulistiwa dengan iklim tropika. Sebagai
contohnya, Pantai Cenang di Langkawi mempunyai pemandangan yang indah nian dan pasir putih
yang berkilauan terdapat di Pulau Redang. Perkara ini menyebabkan pelancong teruja dan berpuas
hati kerana tempat pelancongan di Malaysia bukanlah seperti indah khabar daripada serupa
sebagaimana yang berlaku di negara pelancongan lain apabila ada pelancongnya berasa kecewa
kerana kecantikan di negara tersebut bukanlah seindah khabar yang disampaikan dalam perkongsian
dalam media sosial. Impaknya, lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan yang diberikan
kepada penduduk kita. Dengan usaha ini, kadar pengangguran di negara kita dapat dikurangkan
secara tidak langsung dari masa ke masa. Tegasnya, pantai yang bersih dan cantik merupakan
keistimewaan di negara Malaysia.

Jika ditinjau daripada perspektif lain, Malaysia dikurniakan pelbagai jenis makanan tempatan
yang sangat unik. Hal ini dikatakan demikian kerana sajian istimewa itu muncul daripada pelbagai
air tangan bangsa dan kebudayaan di negara kita. Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa tak
kenal maka tak cinta. Pelancong-pelancong yang melancong ke negara kita akan mengenali
berbagai-bagai jenis makanan di Malaysia. Sebagai contohnya, sate, lemang, mi goreng mamak,
makanan laut, kuetiau goreng, nasi lemak dan sebagainya merupakan antara hidangan yang enak
sekali. Natijahnya, makanan tempatan telah menjadi produk pelancongan yang utama dan
menghiasi video pelancongan Malaysia. Sesungguhnya, pelbagai jenis makanan tempatan di negara
kita telah menjadikan Malaysia sangat istimewa di dunia sejagat.

Sebagai cetusan idea yang seterusnya, kemudahan pengangkutan awam termoden ialah
keistimewaan Malaysia. Kemudahan ini telah memudahkan pelancong-pelancong untuk bergerak ke
mana-mana sahaja tanpa melengah- lengahkan masa yang terharga persis kata mutiara masa itu
emas kerana masa yang dimiliki oleh mereka untuk melancong tidak lama. Sebagai contohnya,
terdapat sistem tren komuter, sistem tren elektronik, kapal terbang, teksi, bas dan sebagainya.
Dengan adanya kemudahan yang sedia ada di negara kita, pelancong dapat menjimatkan
perbelanjaan mereka sekiranya mereka ukur baju di badan sendiri sewaktu memilih sistem
pengangkutan awam agar bersesuaian dengan kemampuan dan perancangan ekonomi mereka. Saya
ingin menegaskan bahawa Malaysia makin istimewa di dalam hati pelancong kerana kemudahan ini
memudahkan pelancong-pelancong di negara kita.

Akhirulkalam, industri pelancongan perlu dimajukan dengan semua keistimewaan yang


dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, kebersihan mesti dijaga oleh semua rakyat Malaysia
kerana tindakan ini merupakan antara elemen penting dalam memikat hati pelancong untuk
melancong di negara kita. Rakyat Malaysia juga perlu memelihara kebudayaan dan menjaga
kesopanan agar nama Malaysia dapat diharumkan. Saya yakin bahawa Malaysia pasti mampu
menjadi pusat pelancongan utama di peta dunia dan dapat setanding dengan negara maju lain
persis kata aforisme, industri pelancongan mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
negara yang sudah kesohor dalam industri ini. Oleh hal yang demikian, semua rakyat patut
mengetahui semua keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan agar industri pelancongan
di negara kita semakin maju pada masa yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai