Anda di halaman 1dari 1

Dalam meniti evolusi pemodenan ini , salah satu sektor yang menyumbang kepada kerancakan ekonomi di Malaysia

adalah sektor pelancongan. Baru2 ini , jumlah pelancong yang masuk ke dalam negara semakin meningkat dari tahun ke
tahun. Terdpt bbrpa sbab kenapa para pelancong memilih malaysia sebagai tempat atau destinasi pelancongan mereka

Pertamanya, Malaysia mengandungi dengan pelbagai jenis makanan tempatan yang sangat unik dan dibuat daripada
pelbagai bangsa dan kebudayaan. Para pelancong boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang kaya dengan rempah-
ratus. Contohnya, nasi lemak, kuetiau goreng, sate, lemang dan sebagainya menjadi makanan pelancongan yang utama.
Kesudahannya,pelbagai jenis makanan tempatan menjadikan Malaysia sangat istimewa

Seterusnya pelancong-pelancong suka melancong di Malaysia adalah kerana kekayaan budaya dan sejarah masyarakat
berbilang kaum yang kita miliki. Hubungan baik antra masyarakat Melayu, Cina, India dan lain-lain hidup bersama menjadi
satu tarikan kepada para pelancong kerana banyak budaya yang dikongsi bersama. Conthnya, masyarakt Malaysia
mengadakan aktiviti gotong royng , menymbut hari keluarga dan pelbagainya.Lain drpa itu,pelancong juga dapat
mengunjungi muzium dan memorial untuk mengenali dengan lebih dalam tentang sejarah, budaya dan tradisi.Akhibatnya,
Malaysia juga menjadi sebab pelancong gemar untuk berkunjung ke negara kita

Di samping itu, keistimewaan Malaysia yang seterusnya ialah kemudahan pengangkutan awam termoden dan unik.
Kemudahan awam memang sangat penting bagi memudahkan perjalanan mereka ketika melancong ke mana-mana
destinasi. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai tren komuter, bas percuma, kemudahan “Grab Car” dan lain-lain. Jika
para pelancong ingin menjimatkan kos perbelanjaan mereka, kemudahan awam merupakan pilihan yang tepat skali kerana
dapat menyenangkan pergerakan mereka.Natijahnya, kemudahan awam yang berkualiti dan selesa makin istimewa di hati
pelancong.

Akhir skali, Malaysia menjadi pilihan dalam kalangan pelancong adalah kerana kekayaan alam semula jadi yang
terdapat di negara kita.Negara kita terletak di garisan khatulistiwa yang memberikan iklim berbeza berbanding negara-
negara di Eropah. Contoh negara ialah Amerika, Poland dan Rusia. Kebanyakan pelancong suka mengunjungi Malaysia
pada musim sejuk atau panas kerana cuaca di Malaysia memberikan suasana yang disukai oleh mereka.Kesannya,
pelancong menghabiskan masa dikelilingi alam semula jadi menjadi antara tarikan utama pelancong ke Malaysia.

Kesimpulannya,jelas bahawa terdapat banyak daya tarikan di Malaysia sebagai destinasi pelancongan. Industri
pelancongan Malaysia perlu dimajukan dengan semua keistimewaan yang disatukan seperti di atas kerana mampu
memberikan pulangan yang boleh tahan terhadap ekonomi negara.

Anda mungkin juga menyukai