Anda di halaman 1dari 2

Pelancongan di Malaysia

Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia.


Saban tahun, jumlah pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan
sahaja pelancong dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia
malah turut menjadi tumpuan pelancong asing dari Asia Barat, Eropah dan
Amerika Syarikat. Industri pelancongan ini juga mempunyai potensi besar dan
mampu dijadikan sumber ekonomi baharu yang menguntungkan.
Antara faktor tersebut adalah kerana Malaysia mempunyai banyak
tempat menarik untuk dilawati. Tempat menarik tersebut lazimnya menjadi
tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke negara kita. Sebagai
contohnya, Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang
mempunyai suhu sejuk seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands. Di
kawasan ini, para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi
yang unik di samping melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu sayur-
sayuran serta buah-buahan tropika.
Selain itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga
disebabkan oleh keadaan iklim semula jadinya yang panas sepanjang tahun.
Corak iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing khususnya
pelancong dari negara-negara barat seperti negara Eropah dan Amerika
Syarikat. Di kawasan pantai ini juga disediakan pelbagai aktiviti untuk para
pelancong seperti berkayak, berperahu layar mahupun mandi-manda. Oleh
itu, keistimewaan tersebut berjaya menambat hati para pelancong untuk terus
berkunjung ke negara kita.
Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air
dibantu oleh wujudnya keunikan budaya di negara kita. Memandangkan
Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk maka
pelbagai budaya menarik terdapat di sini. Gabungan budaya masyarakat
Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong
asing ke Malaysia. Kaum Melayu umpamanya terkenal dengan tarian inang
dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal dengan tarian naga.
Sektor pelancongan merupakan sektor baru yang berpotensi untuk
menyumbang pada ekonomi negara. Industri ini masih perlu diterokai kerana
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Justeru, peranan
kerajaan dan agensi pelancongan berserta dengan kerjasama daripada
semua masyarakat adalah amat diperlukan.

Anda mungkin juga menyukai