Anda di halaman 1dari 6

SITUASI 3: MELANGGAR PERATURAN JALAN RAYA

Kumpulan: 3
Ahli Kumpulan: Thejaswini (4B), Keerthiga (4B), Prithikhaa (4C), Ravenesh (4E)
Penggunaan highlighter:
Situasi / Kehendak soalan
Nilai-nilai universal
Watak

Gambar berikut berkaitan dengan sikap segelintir pemandu yang suka melanggar
peraturan jalan raya.

Sikap pemandu yang sengaja mengabaikan peraturan jalan raya merupakan


antara penyebab utama kes kemalangan maut di negara kita. Tindakan mereka ini
didorong oleh sikap kurang sabar dan suka mementingkan diri sendiri hingga
merasakan diri mereka kebal di sisi undang-undang.

a) Jelaskan perasaan anda apabila melihat sikap pemandu seperti di atas.


Bincangkan sikap yang harus diamalkan oleh semua pemandu
berdasarkan nilai universal yang dipelajari. [10 markah]

b) Jelaskan peranan pelbagai pihak untuk membentuk sikap mematuhi


peraturan dan undang-undang di jalan raya dalam usaha mengurangkan
kadar kemalangan. [10 markah]
Soalan a
Saya berasa marah apabila melihat sikap pemandu yang
Pendahuluan
mengabaikan peraturan jalan raya dengan sengaja.
Nilai yang perlu diamalkan oleh semua pemandu adalah nilai
3 Nilai bertanggungjawab, nilai rasional, nilai toleransi dan nilai
kejujuran.
Isi 1
Semua pemandu haruslah sabar ketika memandu
Fakta kenderaan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan jalan
raya.
Dengan ini,pemandu tidak akan merebut pergi ke tempat
Huraian
yang dikehendaki dengan halaju yang tinggi.
Huraian Bukan itu sahaja, sikap ini secara tidak langsung dapat
Lanjutan mengelakkan kesesakan jalan raya.
Sebagai contoh, pemandu mestilah memandu kereta
Contoh dengan halaju yang telah ditetapkan dan tidak berebut-
rebut untuk pergi ke destinasi yang dikehendaki.
Pemandu mestilah mengambil berat tentang nyawa
Kesimpulan
pengguna jalan raya yang lain.
Isi 2
Seterusnya, semua pemandu haruslah mematuhi undang-
Fakta
undang jalan raya yang telah ditetapkan.
Sikap melanggar undang-undang jalan raya dengan
Huraian
sengaja adalah amat berbahaya.
Huraian Hal ini juga merupakan penyebab utama berlakunya
Lanjutan kemalangan jalan raya dan kehilangan nyawa.
Sebagai misalan, sikap pemandu yang tidak mematuhi lampu
Contoh isyarat akan melanggar kenderaan yang bergerak pada
arah yang berserenjang dengannya.
Pemandu sepatutnya mematuhi segala undang-undang
Kesimpulan
jalan raya demi keselamatan semua pengguna jalan raya.
Isi 3
Selanjutnya, semua pemandu haruslah bertolak ansur antara
Fakta
satu sama lain di jalan raya.
Setiap pemandu tidak seharusnya bersikap individualistik
Huraian
dengan menjadikan jalan raya sebagai tapak perlumbaan.
Sekiranya pemandu tidak perlu bergegas ke destinasi yang
Huraian dituju, mereka tidak perlu menggunakan lorong kecemasan,
Lanjutan malah memberi ruang kepada kenderaan yang ingin
menggunakan lorong tersebut.
Sebagai analoginya, pemandu kereta tidak seharusnya
Contoh memotong dan berlumba-lumba dengan ambulans yang
sedang bergerak di lorong kecemasan.
Kesimpulannya, semua pemandu haruslah bertolak ansur dan
Kesimpulan tidak mementingkan diri sendiri sewenang-wenangnya di jalan
raya.

Jawapan:
Saya berasa marah apabila melihat sikap pemandu yang mengabaikan
peraturan jalan raya dengan sengaja.

Nilai yang perlu diamalkan oleh semua pemandu adalah nilai


bertanggungjawab, nilai rasional, nilai toleransi dan nilai kejujuran.

Semua pemandu haruslah sabar ketika memandu kenderaan bagi


mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya. Dengan ini,pemandu tidak akan
merebut pergi ke tempat yang dikehendaki dengan halaju yang tinggi.Bukan itu
sahaja, sikap ini secara tidak langsung dapat mengelakkan kesesakan jalan raya.
Sebagai contoh, pemandu mestilah memandu kereta dengan halaju yang telah
ditetapkan dan tidak berebut-rebut untuk pergi ke destinasi yang dikehendaki.
Pemandu mestilah mengambil berat tentang nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Seterusnya, semua pemandu haruslah mematuhi undang-undang jalan raya


yang telah ditetapkan. Sikap melanggar undang-undang jalan raya dengan sengaja
adalah amat berbahaya. Hal ini juga merupakan penyebab utama berlakunya
kemalangan jalan raya dan kehilangan nyawa. Sebagai misalan, sikap pemandu
yang tidak mematuhi lampu isyarat akan melanggar kenderaan yang bergerak pada
arah yang berserenjang dengannya. Pemandu sepatutnya mematuhi segala
undang-undang jalan raya demi keselamatan semua pengguna jalan raya.
Selanjutnya, semua pemandu haruslah bertolak ansur antara satu sama lain
di jalan raya. Setiap pemandu tidak seharusnya bersikap individualistik dengan
menjadikan jalan raya sebagai tapak perlumbaan. Sekiranya pemandu tidak perlu
bergegas ke destinasi yang dituju, mereka tidak perlu menggunakan lorong
kecemasan, malah memberi ruang kepada kenderaan yang ingin menggunakan
lorong tersebut. Sebagai analoginya, pemandu kereta tidak seharusnya memotong
dan berlumba-lumba dengan ambulans yang sedang bergerak di lorong kecemasan.
Kesimpulannya, semua pemandu haruslah bertolak ansur dan tidak mementingkan
diri sendiri sewenang-wenangnya di jalan raya.
Soalan b
Setiap pihak haruslah mengambil inisiatif untuk berusaha
Pendahuluan
mengurangkan kes kemalangan jalan raya.
Isi 1
Pihak kerajaan perlulah memperkasa penguatkuasaan
Fakta
undang-undang di jalan raya.
Undang-undang yang ketat memberi ketakutan kepada
Huraian pemandu supaya tidak mengulangi kesalahan melanggar
undang-undang jalan raya.
Hal ini dapat meminimumkan kes kemalangan jalan raya
Huraian
kerana ramai pemandu yang kebal di sisi undang-undang akan
Lanjutan
insaf atas kesalahan mereka.
Contohnya, pihak polis harus menarik semula lesen memandu
Contoh
bagi pemandu yang telah disaman sebanyak tiga kali.
Isi 2
Pihak bukan kerajaan mestilah mengadakan kempen
Fakta
keselamatan jalan raya.
Kempen ini harus dianjurkan di tempat tumpuan masyarakat
Huraian
seperti pusat beli-belah.
Huraian Dengan ini, kesedaran pemandu terhadap kepentingan
Lanjutan keselamatan di jalan raya dapat dipupuk.
Isi 3
Pihak sekolah wajib menyelitkan maklumat tentang
Fakta
keselamatan jalan raya dalam silibus pembelajaran.
Kesedaran mengenai kepentingan keselamatan di jalan raya
Huraian dapat diterapkan dalam kalangan pelajar sejak di bangku
sekolah.
Huraian Lebih-lebih lagi, pengawal keselamatan sekolah sepatutnya
Lanjutan memastikan keselamatan pelajar sekolah di jalan raya.
Sebagai tamsilan, pengawal keselamatan sekolah harus
menjaga pelajar semasa melintas jalan raya dan memastikan
Contoh
pelajar supaya memakai topi keledar sekiranya menaiki
motorsikal ke sekolah.
Isi 4
Pihak ibu bapa haruslah mengajar anak-anak mereka tentang
Fakta
keselamtan di jalan raya.
Ibu bapa mesti sentiasa memimpin tangan anak ketika
Huraian
melintas jalan raya.
Huraian
Kesannya, keselamatan anak-anak di jalan raya dapat dijamin.
Lanjutan
Setiap pihak haruslah memainkan peranan masing-masing
Kesimpulan
untuk mengelakkan kes kemalangan jalan raya.

Jawapan:
Setiap pihak haruslah mengambil inisiatif untuk berusaha mengurangkan kes
kemalangan jalan raya.

Pihak kerajaan perlulah memperkasa penguatkuasaan undang-undang di


jalan raya. Undang-undang yang ketat memberi ketakutan kepada pemandu supaya
tidak mengulangi kesalahan melanggar undang-undang jalan raya. Hal ini dapat
meminimumkan kes kemalangan jalan raya kerana ramai pemandu yang kebal di
sisi undang-undang akan insaf atas kesalahan mereka. Contohnya, pihak polis
harus menarik semula lesen memandu bagi pemandu yang telah disaman sebanyak
tiga kali.

Pihak bukan kerajaan mestilah mengadakan kempen keselamatan jalan raya.


Kempen ini harus dianjurkan di tempat tumpuan masyarakat seperti pusat beli-belah.
Dengan ini, kesedaran pemandu terhadap kepentingan keselamatan di jalan raya
dapat dipupuk.

Pihak sekolah wajib menyelitkan maklumat tentang keselamatan jalan raya


dalam silibus pembelajaran. Kesedaran mengenai kepentingan keselamatan di jalan
raya dapat diterapkan dalam kalangan pelajar sejak di bangku sekolah. Lebih-lebih
lagi, pengawal keselamatan sekolah sepatutnya memastikan keselamatan pelajar
sekolah di jalan raya. Sebagai tamsilan, pengawal keselamatan sekolah harus
menjaga pelajar semasa melintas jalan raya dan memastikan pelajar supaya
memakai topi keledar sekiranya menaiki motorsikal ke sekolah.

Pihak ibu bapa haruslah mengajar anak-anak mereka tentang keselamtan di


jalan raya. Ibu bapa mesti sentiasa memimpin tangan anak ketika melintas jalan
raya. Kesannya, keselamatan anak-anak di jalan raya dapat dijamin.

Setiap pihak haruslah memainkan peranan masing-masing untuk


mengelakkan kes kemalangan jalan raya.

Anda mungkin juga menyukai