Anda di halaman 1dari 3

CARA-CARA MENGATASI KEMALANGAN JALAN RAYA

PENDAHULUAN

Topik Kemalangan jalan raya menjadi isu yang tidak engsot daripada bibir
masyarakat pada dewasa ini.

Kenapa Senario ini berlaku kerana kes kemalangan jalan raya semakin meningkat
saban tahun di negara kita.

Soalan Persoalannya, apakah cara-cara mengatasi kemalangan jalan raya di negara


kita?

ISI

Isi 1 Antaranya, kita haruslah mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

Contoh Tamsilannya, pengguna jalan raya haruslah mematuhi lampu isyarat dan
memandu mengikuti had laju yang ditetapkan ketika berada di jalan raya.

Kesan Amalan ini bukan sahaja dapat menjamin keselamatan diri sendiri malahan
keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Ungkapan Dengan ini, jelaslah bahawa kita perlu mematuhi peraturan jalan raya kerana
Menarik pandu cermat jiwa selamat.

Selain itu/Di samping itu/Sementara itu/Lain daripada itu

Isi 2 Kita juga haruslah menyelenggarakan kenderaan kita.

Contoh Misalannya, kita harus memeriksa tayar,brek dan lampu isyarat kenderaan dari
masa ke masa dan menghantar kenderaan ke pusat servis secara berkala.

Kesan Penyelenggaraan kenderaan ini dapat memastikan kenderaan kita tidak


mengalami kerosakan ketika dalam perjalanan ke sesuatu destinasi.

Ungkapan Sudah terang lagi bersuluh bahawa penyelenggaraan kenderaan dapat


menghindari kemalangan jalan raya.
Menarik

Selain itu/Di samping itu/Sementara itu/Lain daripada itu

Isi 3 Pengguna jalan raya juga harus mengawal emosi ketika berada di jalan raya.

Contoh Sebagai contohnya, pemandu tidak harus menjadikan jalan raya sebagai
medan perlumbaan atau tempat melampiaskan tekanan kerja mereka.

Kesan Keupayaan mengawal emosi ketika berada di jalan raya dapat mewujudkan
keselesaan kepada para pengguna jalan raya.

Ungkapan Teranglah bahawa keupayaan mengawal emosi dapat mengelakkan kemalangan


jalan raya kerana malang tidak berbau.

Selain itu/Di samping itu/Sementara itu/Lain daripada itu

Isi 4 Pengguna jalan raya juga perlu mengatur jadual perjalanan mereka dengan
bijaknya.

Contoh Misalannya, pengguna jalan raya haruslah cakna tentang pergerakan trafik di
sesuatu lebuh raya terutamanya pada musim perayaan ataupun waktu puncak.

Kesan Pengaturan jadual perjalanan ini bukan sahaja dapat mengelakkan pengguna
jalan raya daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas tetapi juga
mengelakkan kemalangan akibat pertambahan kenderaan di jalan raya.

Ungkapan Dengan ini, jelaslah bahawa pengguna jalan raya perlu mengatur jadual
Menarik perjalanan mereka menuju ke sesuatu destinasi supaya dapat mengelakkan
kemalangan jalan raya umpama sediakan payung, sebelum hujan.

PENUTUP

Sebagai konklusinya/Secara tuntasnya/Secara komprehensifnya


Tajuk Kes kemalangan jalan raya yang semakin meningkat ini perlu diatasi
dengan segeranya sebelum nasi menjadi bubur..

Siapa + tindakan Pihak kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang demi


keselataman dan keharmonian masyarakat.

Harapan Jalan raya sebagai medium perhubungan haruslah digunakan dengan


sebaik-baiknya dan tidak menjadi lembah tragis dalam kehidupan
seseorang.

Disediakan:Cikgu Theeban Anbalagan


016-7729490

Anda mungkin juga menyukai