Anda di halaman 1dari 2

Sistem Swiss

Dipakai pertama kali di Zurich, Switzrland pada tahun 1895. 


Sistem Swiss merupakan sistem terbaik untuk pertandingan catur
terutamanya yang melibatkan jumlah peserta yang ramai. Ia merupakan
kombinasi Sistem "Round Robin" dan Sistem "Knock-out".  Ia memiliki
ciri-ciri Sistem "Round Robin" di mana setiap pemain akan terus
bermain tidak kira sama ada dia menang, seri atau kalah. Dalam masa
yang sama ia mempunyai ciri-ciri Sistem "Knock-out" di mana
seseorang pemain yang kalah beberapa perlawanan terawal tidak
berpeluang untuk bertemu dengan pemain-pemain teratas.
Ada tiga peraturan utama untuk melaksanakan sistem ini iaitu :
 Seorang pemain tidak akan bertemu dengan pemain lawan yang
sama lebih dari sekali.
 Setiap pemain akan dipasangkan dengan pemain lain yang
mempunyai mata yang sama atau sekurang-kurangnya hamoir sama.
 Seboleh-bolehnya setiap pemain akan diberi jumlah perlawanan
yang sama banyak untuk buah Putih dan Hitam.
 Dalam sistem ini, pemain-pemain akan disenaraikan mengikut
rating. Pemain teratas akan dipadankan atau di"pairing"kan dengan
pemain ditengah-tengah. Pemain akan diberi satu markah jika menang,
setengah (1/2) jika seri dan tiada markah jika kalah.

Keistimewaannya
Membolehkan satu pertandingan catur dijalankan dengan agak cepat
walaupun jumlah peserta yang ramai. Ia adalah satu persetujuan di
antara liga 2 pusingan (keadaan ideal) dan sistem kalah mati.
Batasannya
Jumlah Peserta Jumlah Pusingan yang
diperlukan
5–8 3
9 – 16 4
17 – 32 5
33 – 64 6
65 – 128 7
129 – 256 8
257 – 512 9
513 – 824 10

- untuk mencari johan sahaja


- 2 pusingan tambahan diperlukan untuk menentukan dengan tepat setiap
kedudukan tambahan.
Prinsip Asas
1. Jumlah pusingan mestilah diumumkan sebelum sesuatu
pertandingan dijalankan.
2. Setiap pemain boleh bermain dengan seorang lawan sekali sahaja.
3. Pemain-pemain yang dipasangakan adalah dari kumpulan-mata
(score-group) yang sama, atau mungkin dari kumpulan-mata yang paling
dekat.
4. Selepas dua pusingan atau lebih, jumlah kali seorang pemain diberi
warna putih. harus sama dengan jumlah kali dia diberi warna hitam.
5. Seorang pemain, jika boleh harus diberikan warna yang
bertentangan dengan warna yang dia bermain dipusingan sebelumnya.
6. Seorang pemain tidak boleh dibenarkan bermain dengan warna
yang sama untuk 3 pusingan berturut-turut dan tidak boleh sentiasa
bermain dengan sesuatu jenis warna sehingga perbezaan di antara
jumlah kali dia menggunakan warna putih dengan jumlah kali dia
menggunakan warna hitam adalah sebanyak 3 kali.

Anda mungkin juga menyukai