Anda di halaman 1dari 3

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah.

Kemudian buat satu rumusan yang


panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

BAHAN 1;PETIKAN

Kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini meningkat dari semasa ke semasa. Terdapat pelbagai
jenis kemalangan sama ada yang melibatkan pemandu kereta, lori, penunggang motosikal, atau pejalan kaki
dilaporkan oleh pihak berkuasa. Negara kita juga dikatakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar
kemalangan jalan raya yang tertinggi. Antara faktor utama peningkatan kes kemalangan di negara kita berpunca
daripada kecuaian pengguna jalan raya sendiri. Sikap yang terlalu memandang ringan isu keselamatan diri
mengakibatkan kemalangan jalan raya. Selain itu, keganasan jalan raya juga sering menyebabkan
kemalangan. Sebagai contoh, pada 9 April 2003 di Gelang Patah seorang pemuda
telah diserang dengan pisau seni lukis kerana beliau nyaris melanggar orang yang
berkenaan. Pemandu yang memandu secara terburu-buru kerana mempunyai sikap
ingin menunjuk-nunjuk kehebatan memandu juga menjadi punca berlakunya
kemalangan.

Oleh itu, semua pihak perlulah meningkatkan keselamatan jalan raya di


negara kita. Terdapat beberapa cara yang efektif untuk meningkatkan keselamatan
jalan raya. Keselamatan jalan raya boleh ditingkatkan dengan pihak kerajaan
memasang lebih banyak kamera pengesan had laju di jalan yang sering berlakunya
kemalangan. Dengan cara ini, para pemandu di Malaysia akan lebih berhati-hati di
jalan raya. Dalam pada itu, pengguna jalan raya perlulah mematuhi had laju yang
telah ditetapkan di sesuatu kawasan itu. Hal ini penting bagi memastikan
keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain terjamin. Selain itu, para
pengguna jalan raya perlulah memastikan kenderaan mereka dapat berfungsi dan
berada dalam keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan. Sebagai contoh,
mereka perlu memastikan lampu kenderaan berfungsi agar tidak berlaku sebarang
masalah semasa dalam perjalanan.

Seterusnya, Jabatan Kerja Raya (JKR) perlulah membuat lebih banyak


rondaan di semua jalan untuk mengenal pasti jalan yang mengalami kerosakan dan
kawasan yang berisiko tinggi. Dengan berbuat demikian, jalan yang rosak dapat
dibaiki dengan kadar segera sekali gus dapat mempertingkatkan keselamatan jalan
raya serta mengurangkan risiko kemalangan. JKR juga perlu meletakkan lebih
banyak papan tanda khas di kawasan berbahaya, seperti gaung dan curam. Hal ini
penting memastikan pengguna sedar tentang peringatan yang diberi.

Para pengguna juga perlu memandu di jalan raya secara berhemah dan
mengelakkan memandu dengan tergesa-gesa. Sesungguhnya keselamatan ketika
berada di atas jalan raya tidak boleh sama sekali diambil ringan kerana perkara ini
melibatkan nyawa. Jangan bersikap sudah terhantuk baru tengadah. Kemalangan
jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Walau
bagaimanapun, kemalangan jalan raya boleh dielakkan dengan wujudnya kerjasama
daripada pelbagai pihak ibarat aur dengan tebing. Setiap pihak bertanggungjawab
melaksanakan usaha-usaha tersebut dengan bersungguh-sungguh.

Dipetik dan diubahsuaikan daripada


‘Lebuh Raya Berdarah, Bagaimanakah Mengatasinya’
oleh Nur Dinie Md Isa, Dewan Siswa, Mei 2015
BAHAN 2;BAHAN GRAFIK
JADUAL MENGENAL PASTI FOKUS DAN ISI TERSURAT

FOKUS 1 FOKUS 1
ISI TERSURAT BAHAN 1 ISI TERSURAT BAHAN 2

FOKUS 2 FOKUS 2
ISI TERSURAT BAHAN 1 ISI TERSURAT BAHAN 2

Anda mungkin juga menyukai