Anda di halaman 1dari 2

Baca petikan dan sajak di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang

panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya


menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 – Petikan
Secara umumnya, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan kemalangan
jalan raya berlaku pada masa ini. Faktor yang utama ialah kecuaian manusia itu
sendiri. Sikap yang terlalu memandang ringan isu keselamatan diri mengakibatkan
kemalangan jalan raya. Selain itu, keganasan atau samseng jalan raya juga sering
menyebabkan kemalangan. Pemandu yang memandu secara terburu-buru dan
mempunyai sikap ingin menunjuk-nunjuk kehebatan memandu juga menjadi punca
berlakunya kemalangan.
Oleh itu, semua pihak perlulah meningkatkan keselamatan jalan raya di
negara kita.Terdapat beberapa cara yang efektif untuk meningkatkan keselamatan
jalan raya. Keselamatan jalanraya boleh ditingkatkan dengan pihak kerajaan
memasang lebih banyak kamera pengesan had laju di jalan yang sering berlakunya
kemalangan. Dalam pada itu, pengguna jalan raya perlulah mematuhi had laju yang
telah ditetapkan di sesuatu kawasan itu. Hal ini penting bagi memastikan
keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain terjamin. Selain itu, para
pengguna jalan raya perlulah memastikan kenderaan mereka dapat berfungsi dan
berada dalam keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan.
Seterusnya, Jabatan Kerja Raya (JKR) perlulah membuat lebih banyak
rondaan di semua jalan untuk mengenal pasti jalan yang mengalami kerosakan dan
kawasan yang berisiko tinggi. Dengan berbuat demikian, jalan yang rosak dapat
dibaiki dengan kadar segera sekali gus dapat mempertingkatkan keselamatan jalan
raya serta mengurangkan risiko kemalangan. JKR juga perlu meletakkan lebih
banyak papan tanda khas di kawasan berbahaya, seperti gaung dan curam. Hal ini
penting memastikan pengguna sedar tentang peringatan yang diberi.
Sesungguhnya keselamatan ketika berada di atas jalan raya tidak boleh sama
sekali diambil ringan kerana perkara ini melibatkan nyawa. Jangan bersikap sudah
terhantuk baru tengadah. Kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa
dan di mana-mana sahaja.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Lebuh Raya Berdarah, Bagaimanakah Mengatasinya’
oleh Nur Dinie Md Isa, Dewan Siswa, Mei 2015
Bahan 2 – Grafik

Anda mungkin juga menyukai