Anda di halaman 1dari 3

Soalan.

Hampir setiap hari media massa membuat liputan tentang peningkatan kadar kemalangan jalan raya.
Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi menanganinya.
Rangka karangan.
Pendahuluan.

Media massa banyak memaparkan berita tentang peningkatan kadar kemalangan jalanraya.

Isu ini sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat, terutamanya di musim perayaan.
Isi

Peranan pihak polis - Ops Sikap - menjalankan pemeriksaan di jalanraya - musim perayaan.

Peranan Jabatan Pengangkutan Jalan - lesen memandu

Servis Kenderaan

Sikap pemandu

Keadaan jalanraya
Penutup

Berpadu tenaga - mengurangkan kadar kemalangan jalanraya

Contoh karangan. (Siti Munirah Kamarudin, Tingkatan 3I, SMK Tun Mutahir, 2011)
Media massa sering memaparkan berita mengenai peningkatan kadar kemalangan
jalanraya. Isu ini sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat terutamanya pada musim
perayaan.
Terdapat beberapa langkah yang bole diambil bagi mengurangkan kadar kemalangan yang
sentiasa meningkat dari tahun ke tahun ini. Antara langkah-langkah bagi menangani
peningkatan kadar kemalangan jalanraya ialah peranan pihak polis. Peranan polis amat penting
dalam memastikan peningkatan kadar kemalangan dapat dikurangkan terutamanya pada
musim perayaan iaitu dengan mengadakan Ops Sikap atau sekarang dikenali pula dengan Ops
Selamat. Ops Sikap ialah satu operasi keselamatan jalan raya yang dijalankan oleh Polis Diraja
Malaysia bagi memastikan keselamatan pengguna jalan di Malaysia semasa musim-musim
perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Natal dan Tahun Baru Cina.
Selain itu, pihak media massa juga sering mengiklankan di kaca-kaca tv dan radio supaya
pemilik kenderaan menghantar kenderaan mereka untuk penyelenggaraan sebelum
memulakan perjalanan balik ke kampung. Penyelenggaraan enjin dan tayar amat penting untuk
memastikan kenderaan anda berada pada tahap terbaik agar perjalanan anda menjadi lancar.
Sikap pemandu yang lalai dan terburu-buru seringkali menjadi faktor utama berlakunya
kemalangan jalanraya. Sikap pemandu yang lalai dapat dilihat apabila seorang pemandu bas
tertidur kerana letih mencari nafkah untuk diberi kepada anak dan isteri. Dalam hal seperti ini,
pemandu bas sepatutnya berhenti sebentar di hentian rehat dan rawat yang banyak disediakan
di sepanjang lebuhraya. Akibat sikap pemandu tersebut yang lalai dan terburu-buru untuk
meneruskan perjalanan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan hingga menyebabkan
kecederaan parah atau kematian. Sehubungan itu, pemandu-pemandu amat digalakan untuk
memastikan diri sentiasa cergas dan tidak mengantuk semasa memandu. Janganlah diikutkan
sangat perasaan bak kata pepatah, 'ikut hati mati, ikut rasa binasa'.
Seterusnya keadaan jalanraya yang berlubang-lubang dan tidak rata juga sering
menyebabkan berlakunya kemalangan. Dalam hal ini, Jabatan Kerja Raya atau lain-lain jabatan
yang terlibat dalam penyelenggaraan jalanraya perlulah menjalankan peranan masing-masing
dengan membaikpulih jalanraya yang rosak. Janganlah tunggu sehingga berlaku kemalangan
baru hendak dibaikpulih.

Konklusinya, semua pihak harus memerah keringat dalam mencapai matlamat kita yang
satu iaitu mengurangkan kadar kemalangan jalanraya terutamanya di musim perayaan. Oleh
itu, kita semua hendaklah berusaha dan berganding bahu dalam membendung kemalangan
jalanraya yang semakin berleluasa.

Anda mungkin juga menyukai