Anda di halaman 1dari 12

RUMUSAN

BUKU KERJA HALAMAN 5 & 6


ISI TERSURAT
(Ambil dari petikan)

Punca–punca kemalangan jalan raya


berlaku
道路事故的原因
Hampir setiap hari berita – berita kemalangan jalan
raya tersiar pada dada – dada akhbar dan skrin televisyen.
Semakin bertambah lorong, semakin banyak prasarana
ditingkatkan, dan semakin canggih kenderaan yang dicipta
sedikit pun tidak dapat mengekang bilangan kemalangan
jalan raya. Mengapakah fenomena ini masih berlanjutan?
Di manakah akar umbi kejadian ini?
Sikap pengguna jalan raya yang menjadikan jalan raya sebagai
gelanggang perlumbaan menjadikan jalan raya bukannya tempat yang
selamat. Namun demikian, pengguna jalan raya tidak mempunyai
pilihan. Kebiasaannya, pemandu kereta atau penunggang motosikal
berkuasa tinggi kerap terbabit dalam kemalangan jalan raya. Mereka
memandu dengan cara yang tidak selamat dan membahayakan pemandu
– pemandu lain. Perbuatan mereka itu menjadikan pengguna lain berasa
cemas, terutamanya apabila kenderaan mereka dipotong secara tiba –
tiba, dihon ketika memandu kurang daripada had laju atau menekan brek
kecemasan untuk mengelak daripada terbabit dalam kemalangan. Oleh
itu, pengguna jalan raya hendaklah berhemah ketika berada di jalan raya
dan berusaha sebaik mungkin untuk mngelakkan tragedi kemalangan
yang mengorbankan nyawa.
Kemalangan kerap juga berlaku lantaran daripada pengguna jalan
raya yang memandu kenderaan mereka tanpa mematuhi peraturan jalan
raya yang ditetapkan. Kebanyakan pemandu memandu kereta mereka
tanpa memastikan jarak yang selamat. Keadaan ini lebih mencemaskan
apabila salah sebuah kereta yang berada di hadapan menekan brek secara
tiba – tiba. Pemandu yang berada di belakang tidak dapat mengelak dan
akhirnya terlanggar kereta di hadapan itu. Kadangkala kejadian ini
membabitkan beberapa buah kenderaan yang lain. Kesan kerosakan
bergantung pada kuat atau perlahannya daya hentakan kereta semasa
kemalangan itu. Fenomena ini juga akhirnya menyebabkan pemandu –
pemandu lain menerima bahana kemalangan jalan raya. Oleh itu, para
pemandu hendaklah memastikan jarak kenderaan mereka dengan
kenderaan lain berada pada jarak yang selamat.
Satu kerlipan mata mampu meragut nyawa bukan sahaja seorang
tetapi juga sebuah keluarga. Hargailah nyawa anda dan keluarga anda,
serta nyawa orang lain. Kejadian kemalangan jalan raya yang meragut
nyawa lebih 85 orang nyawa pemandu dan penumpang di Lebuh Raya
Pantai Timur 2 (LPT2) pada tahun 2015 sepatutnya menjadi pengajaran.
Cepat sampai ke destinasi tidak berbaloi sekiranya anda dan keluarga
anda terkorban di jalan raya atau di lebuh raya. Biar macam mana cekap
dan berpengalaman sekalipun seorang pemandu itu, mereka perlulah
mempunyai keadaan fizikal dan emosi yang stabil sebelum memulakan
perjalanan sama ada untuk jarak dekat atau untuk jarak yang jauh. Oleh
itu, keadaan fizikal kereta yang baik tidak memadai sekiranya pengguna
jalan raya mengalami ketidakstabilan emosi dan keletihan semasa
memandu.
Selain faktor pengguna jalan raya, bilangan kemalangan juga
berpunca daripada pengabaian pemilik kenderaan yang tidak peka pada
keadaan kenderaan. Mereka tidak menghantar kenderaan mereka untuk
diselia secara berkala. Sesetengah pemandu meremehkan perkara
tersebut terutamanya ketika memulakan perjalanan jauh sama ada balik
ke kampung atau pergi bercuti. Akibatnya, terdapat kenderaan yang
terhenti secara tiba – tiba atau rosak di tengah – tengah jalan yang sibuk.
Hal ini demikian boleh menyebabkan kenderaan lain melanggar mereka
secara berturutan. Oleh itu, pengguna hendaklah menghantar kereta
mereka untuk diselia di bengkel kereta dan jangan mengamalkan sikap
berjimat yang akhirnya merugikan diri dan keluarga.
Keadaan fizikal jalan raya yang tidak selamat boleh menyumbang
kepada kemalangan jalan raya. Contohnya, jalan yang berbonggol,
berliku – liku, berlubang, tidak rata, dan berpasir boleh mengakibatkan
kemalangan berlaku. Keadaan fizikal jalan raya yang daif itu turut
menyumbang malapetaka yang tidak disangka – sangka. Memang
benarlah kata orang tua – tua bahawa malang itu memang tidak berbau.
Walau apapun alasannya, kadar kemalangan masih dapat dielakkan
sekiranya pemandu memandu secara berhemah. Oleh itu, pihak yang
bertanggungjawab mengurus jalan raya perlulah memastikan faktor
kedaifan fizikal jalan raya diatasi bagi mengelakkan kemalangan
daripada berlaku.
Kesimpulannya, pengguna jalan raya hendaklah menghargai
pembangunan pembinaan infrastruktur lebuh raya dan jalan raya sebagai
satu kemudahan dapat memendekkan perjalanan, tempat yang selamat
untuk berulang – alik, dan selesa digunakan pada setiap masa. Lantaran
itu, pengguna jalan raya hendaklah memandu secara berhemah.
1. sikap 态度 pengguna jalan raya yang menjadikan jalan
raya sebagai gelanggang perlumbaan
2. memandu dengan cara yang tidak selamat dan
membahayakan 危害 pemandu – pemandu lain
3. memandu kenderaan mereka tanpa mematuhi peraturan
法则 jalan raya yang ditetapkan
4. pengguna jalan raya mengalami ketidakstabilan emosi
dan keletihan semasa memandu
5. pengabaian 忽视 pemilik kenderaan yang tidak peka
pada keadaan kenderaan
6. keadaan fizikal jalan raya yang tidak selamat
ISI TERSIRAT
(Tiada dalam petikan)

Langkah–langkah mengatasi
kemalangan jalan raya
预防道路事故的方法
1. memasang peranti keselamatan 安全工具
2. mematuhi had laju 速度极限 yang telah ditetapkan
3. menghantar kenderaan untuk pemeriksaan 汽车服务
mengikut jadual

Anda mungkin juga menyukai