Anda di halaman 1dari 16

Fakulti Pengajian Pendidikan

43400 UPM, Serdang


Selangor Darul Ehsan.

REFLEKSI KENDIRI LMI

NAMA NUR AINI FATIHAH BINTI HELMIN

NO. MATRIK 198187

NAMA PENYELIA DR RAHIMAH BINTI JAMALUDDIN


DR NOORMI BINTI ALIAS

NO. H/P 010-8350872

PROGRAM BACELOR PENDIDIKAN SAINS


RUMAHTANGGA

SEMESTER & TAHUN 8 (2022)

NAMA SEKOLAH SMK SERI PAGI

TEL. SEKOLAH 06-6789785

1
ISI KANDUNGAN

No. Isi Kandungan Muka Surat


1. Minggu 1 – Minggu 13 3-15
2. Lampiran 16

2
MINGGU : 1

1. Pengajaran & Pembelajaran

Setelah mendaftarkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi, saya telah diberikan

jadual kelas yang akan diajar.

Saya diberikan 6 waktu untuk mengajar Sains Rumah Tangga Tingkatan 4 dan 8 waktu untuk

mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1 dan 2.

Sebaik sahaja jadual diberi, guru bimbingan, Puan Hazirah memberi sukatan pelajaran

tahunan dan takwim sekolah untuk rujukan.

Kelas bagi Tingkatan 4 masih belum dijalankan atas sebab masih dalam minggu orientasi

untuk aliran baru manakala kelas bagi Tingkatan 1 dan 2 dijalankan secara atas talian. Bahan

pengajaran diberi secara atas talian melalui ‘Telegram’.

2. Ko-Kurikulum

Pada minggu ini aktiviti ko-kurikulum dijalankan secara atas talian. Namun, saya masih
belum diberi aktiviti kokurikulum yang terlibat.

3. Interaksi Sosial

Kami berjumpa dengan Penolong Kanan 1, Puan Hajjah Norsiah pada hari pertama. Beliau

memberi beberapa nasihat dan dorongan kepada saya sebagai guru baru. Kemudian, saya

berjumpa ketua bidang Teknik dan Vokasional, Puan Faidah untuk mendapatkan masa

pengajaran.

Saya telah bertemu dengan guru pembimbing iaitu Puan Hazirah untuk Sains Rumah Tangga

dan Puan Farah untuk Reka Bentuk dan Teknologi.

Saya telah berbincang dan meminta pendapat dan pandangan beliau tentang bagaimana untuk

mengajar Reka Bentuk dan Teknologi pada minggu tersebut atas sebab pembelajaran

dilakukan secara atas talian.

3
MINGGU : 2

1. Pengajaran & Pembelajaran

Pada minggu kedua ini, sekolah mula dijalankan secara bersemuka. Kelas Tingkatan 4 masih

dalam minggu orientasi manakala kelas Tingkatan 1 dan 2 dijalankan seperti biasa. Sesi

pengenalan diadakan pada awal kelas. Saya menerangkan sukatan pelajaran yang akan

dipelajari dan aktiviti amali yang terlibat.

2. Ko-Kurikulum

Pada minggu ini aktiviti ko-kurikulum tidak diadakan atas sebab bulan puasa.

3. Interaksi Sosial

Saya merujuk guru pembimbing, Puan Farah untuk aktiviti secara bersemuka pada hari
pertama dan berkaitan sukatan pembelajaran untuk Tingkatan 1 dan 2.

4. Lain-Lain

Saya berkenalan dengan rakan – rakan guru praktikal yang lain. Saya juga berjumpa dengan
guru – guru lain dalam bilik Reka Bentuk dan Teknologi dan memperkenalkan diri
sebaiknya.

4
MINGGU : 3

1. Pengajaran & Pembelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar mengikut jadual yang telah diberikan.

Saya memperkenalkan subjek Sains Rumah Tangga kepada Tingkatan 4 memandangkan

subjek ini merupakan subjek baru kepada mereka. Sesi suai kenal serta sukatan pelajaran

didedahkan kepada murid.

Bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi, saya perlu banyak memebri contoh berkaitan situasi

sebenar kepada murid agar mereka lebih boleh memahami seterusnya mengaitkan isi

pembelajaran dengan kehidupan seharian.

2. Ko-Kurikulum

Pada minggu ini aktiviti ko-kurikulum tidak dijalankan atas sebab tatacara operasi standard
berkaitan Covid – 19.

3. Interaksi Sosial

Perbincangan bersama guru pembimbing diteruskan terutama dalam subjek Reka Bentuk dan
Teknologi. Saya bertanya berkaitan beberapa isi pengajaran yang mengelirukan sebelum
menyediakan bahan pembelajaran.

5
MINGGU : 4

1. Pengajaran & Pembelajaran

Saya mendapati bahawa terdapat banyak teori dalam subjek Sains Rumah Tangga. Oleh itu,

saya cuba untuk mempelbagaikan bahan pengajaran dengan menyediakan beberapa video dan

iklan tertentu dan mengaitkan denga nisi pembelajaran untuk menarik minat murid.

Bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi, saya cuba untuk menerangkan beberapa perkara

yang rumit dalam bentuk yang lebih ringkas dan mudah difahami. Saya cuba untuk

meringkaskan penjelasan supaya murid tidak keliru dengan isi pembelajaran

2. Ko-Kurikulum

Pada minggu ini aktiviti ko-kurikulum tidak dijalankan atas sebab tatacara operasi standard
berkaitan Covid – 19.

3. Interaksi Sosial
Perbincangan dengan guru pembimbing terutama subjek Reka Bentuk dan Teknologi. Saya
meminta pendapat Puan Farah berkaitan bagaimana untuk menjelaskan kepada murid dalam
bentuk yang lebih mudah difahami agar isi pengajaran dapat disampaikan dengan baik.

4. Lain-Lain
Bacaan 10 minit diadakan pada hari Rabu waktu pengajaran subjek Reka Bentuk dan
Teknologi. Semua murid dan guru diminta untuk membawa satu bahan bacaan dan membaca
pada waktu tersebut selama 10 minit.

6
MINGGU : 5

1. Pengajaran & Pembelajaran

Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang berjalan baik. Pada minggu ini

perancangan saya melibatakan aktiviti berkumpulan. Saya dapati murid-murid gembira dan

seronok menjalankan aktiviti berkumpulan. Walaupun suasana agak riuh namun semua

dalam keadaan yang terkawal. Murid-murid berebut-rebut untuk menjadi kumpulan pertama

yang selesai menjawab ke semua soalan.

Saya juga telah dapat mengawal murid-murid semasa di padang dengan lebih baik

berbanding sebelum ini.

2. Ko-Kurikulum

Pada minggu ini aktiviti ko-kurikulum tidak dijalankan atas sebab tatacara operasi standard

berkaitan Covid – 19.

3. Interaksi Sosial

Saya telah berbincang dengan rakan sejawat mengenai aktiviti-aktiviti pengajaran atau

kaedah pengajaran yang boleh menarik minat murid untuk lebih memberikan tumpuan

terhadap pngajaran saya. Banyak idea yang dapat membantu saya memperbaiki mutu

pengajaran.

7
MINGGU : 6

1. Pengajaran & Pembelajaran

Aktiviti pembentangan berkumpulan dilakukan dalam subjek Sains Rumahtangga. Saya

mendapati bahawa murid Tingkatan 4 tidak begitu yakin untuk menyampaikan isi

perbincangan bersama rakan sekelas. Saya cuba untuk meyakinkan murid dengan dorongan

supaya murid lebih bersemangat.

2. Ko-Kurikulum

Minggu ini aktiviti kokurikulum melibatkan kelab persatuan dan rumah sukan. Aktiviti

kokurikulum dijalankan secara atas talian. Saya terlibat dengan Kelab Pengguna dan Rumah

Ungu. Lantikan ahli jawatankuasa diadakan pada minggu pertama.

3. Interaksi Sosial

Saya telah berbincang dengan guru pembimbing, Puan Farah berkaitan topik lakaran

Tingkatan 1 memandangkan saya tidak begitu mahir dalam isi pengajaran topik tersebut.

Puan Farah memberi Langkah tertentu dalam mengajar topik tersebut kepada saya.

4. Lain-Lain

Perjumpaan dengan Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mohad berkaitan penglibatan


dalam aktiviti kokurikulum. Seterusnya, perjumpaan dengan Puan Rozaimah berkaitan
penglibatan untuk persiapan pentas kerana saya terlibat sebagai ahli jawatankuasa persiapan
pentas bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri.

8
MINGGU : 7

1. Pengajaran & Pembelajaran

Bagi subjek Sains Rumah Tangga, saya cuba melakukan aktivit berkumpulan dalam

kumpulan kecil seterusnya menjalankan pembentangan dalam kumpulan kecil juga untuk

menambah keyakinan murid dalam menyampaikan isi perbincangan.

Bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi, murid Tingkatan 1 mengalami kesukaran untuk

fokus semasa aktiviti melakar. Saya cuba untuk membuat kawalan yang baik kepada murid

supaya murid memberi tumpuan yang baik semasa sesi pembelajaran.

2. Ko-Kurikulum

Minggu ini aktiviti kokurikulum melibatkan kelab permainan dan unit beruniform. Aktiviti

kokurikulum dijalankan secara atas talian. Saya terlibat dengan Kelab Memanah dan Kelab

Bomba dan Penyelamat. Lantikan ahli jawatankuasa diadakan pada minggu pertama.

3. Interaksi Sosial

Saya telah berbincang dengan rakan sejawat mengenai aktiviti-aktiviti pengajaran atau

kaedah pengajaran yang boleh menarik minat murid Tingkatan 1 untuk lebih memberikan

tumpuan terhadap pngajaran saya. Banyak idea yang dapat membantu saya memperbaiki

mutu pengajaran.

4. Lain-Lain

Perbincangan dengan rakan guru praktikal yang lain berkaitan idea untuk persiapan pentas
bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri.

9
MINGGU : 8

1. Pengajaran & Pembelajaran

Murid Tingkatan 2 mengalami kesukaran untuk mengaitkan isi pembelajaran subjek Reka
Bentuk dan Teknologi dengan kehidupan sebenar. Saya menunjukkan beberapa video tertentu
untuk memudahkan fahaman murid berkaitan beberapa situasi.

Saya mencuba menggunakan teknik pengajaran yang pelbagai dalam subjek Sains Rumah
Tangga untuk menarik minat murid. Saya mengajar murid menggunakan teknik y=hafalan
yang mana saya meminta murid menghafal isi pembelajaran selama 10 kminit dam menampal
mana – mana maklumat yang berkaitan denga isi yang betul.

2. Ko-Kurikulum

Minggu ini aktiviti kokurikulum melibatkan perjumpaan kelab dan persatuan kali kedua.

Perjumpaan kokurikulum diadakan secara beremuka secara pertama kalinya kerana kerajaan

telah mengumumkan fasa endemik. Bagi kelab Pengguna, saya sebagai guru penasihat telah

menjalankan aktiviti membina logo mengikut kumpulan bersama guru penasihat yang lain.

3. Interaksi Sosial

Saya telah berbincang dengan rakan dan guru yang lain mengenai kaedah kawalan kelas yang

baik terutama murid Tingkatan 1 yang gemar untuk membuat bising dalam kelas. Pelbagai

idea dan dorongan yang saya peroleh untuk memperbaiki mutu pengajaran kelak.

4. Lain-Lain

Perbincangan dengan rakan guru praktikal yang lain dan murid – murid yang terlibat dengan
persiapan pentas Hari Raya Aidilfitri. Perbincangan telah diakan secara atas talian dan
bersemuka berkaitan pembahagian tugas dan idea tertentu.

10
MINGGU : 9

1. Pengajaran & Pembelajaran

Saya menggunakan teknik penceritaan dalam subjek Sains Rumahtangga pada topik minggu
ini. Saya mendapati murid lebih banyak memberi pendapat dan pandangan apabila saya
bercerita berkenaan situasi tertentu yang berkaitan dengan isi pengajaran. Ini membuatkan
kelas lebih meriah dan ramai pelajar yang melibatkan diri degan aktiviti kelas.

2. Ko-Kurikulum

Minggu ini aktiviti kokurikulum melibatkan aktiviti 1 Murid 1 Sukan (1M1S). taklimat telah

diadakan pada perjumpaan pertama secara kali pertama. Taklimat berkaitan pemakaian

kokurikulum serta penerangan tertentu diadakan kepada semua murid dan guru.

3. Interaksi Sosial

Saya telah berjumpa dengan beberapa guru yang lain di bilik guru untuk mengambil bahan

pengajaran tertentu. Saya mendapat beberapa teknik pengajaran yang baharu serta

pengalaman yang dapat membantu sesi pengajaran kelak.

4. Lain-Lain

Sambutan Hari Raya dan Hari Guru diadakan melibatkan semua guru dan murid. Saya dapat
mengenali guru – guru lain dengan lebih rapat di samping dapat belajar untuk menjalankan
tugas sebagai ahli jawatankuasa persiapan pentas dengan baik.

11
MINGGU : 10

1. Pengajaran & Pembelajaran

Aktiviti berkumpulan dijalankan kepada murid Tingkatan 4. Murid lebih yakin untuk
menyuarakan pendapat walaupon masih nampak murid tidak yakin dengan pendapat tersebut.

Murid Tingkatan 2 mengalami kesukaran menghasilkan idea untuk membuat lakaran


berkaitan projek amali pembuatan rantai kunci bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi.
Murid lebih suka mengikut lakaran sedia ada atau lakaran rakan sekelas.

2. Ko-Kurikulum

Minggu ini aktiviti kokurikulum melibatkan aktiviti latihan merentas desa. Semua murid dan

diberi taklimat berkaitan laluan dan kategori merentas desa. guru terlibat menunjukkan laluan

merentas desa kepada murid semasa aktiviti kokurikulum.

3. Interaksi Sosial

Saya membuat rujukan dengan guru subjek Reka Bentuk dan Teknologi yang lain untuk

bertanya lebih lanjut berkaitan aktiviti amali yang bakal dijalankan kepada murid Tingkatan

2. Saya mencari dan meminta bahan berkaitan amali daripada guru – guru yang lain.

4. Lain-Lain

Saya dan rakan guru praktikal yang lain membuat rujukan dengan guru yang lain berkaitan
tugas yang bakal dijalankan untuk Hari Merentas Desa. Saya dikehendaki menjaga laluan
tertentu untuk tinjauan keselamatan murid.

12
MINGGU : 11

1. Pengajaran & Pembelajaran

Terdapat segelintir murid Tingkatan 1 yang sukar untuk menumpukan perhatian kepada topik
pembelajaran dengan mengacau rakan yang lain kerana tidak membawa buku lakaran. Saya
memberi kertas lain untuk membuatkan murid Kembali menumpukan perhatian dalam masa
yang sama saya meminta murid meninggalkan buku lakaran dalam makmal Reka Bentuk
untuk mengelakkan masalah yang sama berlaku.

2. Ko-Kurikulum

Minggu ini aktiviti kokurikulum melibatkan aktiviti latihan merentas desa. Semua murid dan

guru menjalankan Latihan merentas desa mengikut laluan tertentu berdasarkan kategori. Guru

terlibat menunjukkan laluan merentas desa kepada murid semasa aktiviti kokurikulum.

3. Interaksi Sosial

Saya meminta rujukan dan pandangan dengan guru subjek Reka Bentuk dan Teknologi yang

lain untuk kawalan kelas murid Tingkatan 1 yang gemar membuat bising dan sukar untuk

menumpukan perhatian kepada sesi pembelajaran. Beberapa tips dan tunjukan telah diperoleh

sepanjang perbincangan diadakan.

4. Lain-Lain

Saya berinteraksi dengan guru – guru yang lain semasa menjalankan Latihan merentas desa.
pelbagai tunjuk ajar dapat saya perhatikan sepanjang Latihan merentas desa diadakan Saya
dikehendaki menjaga laluan tertentu untuk tinjauan keselamatan murid.

13
MINGGU : 12

1. Pengajaran & Pembelajaran

Semua murid terlibat dengan Ujian 1. Semua guru masuk ke dalam kelas mengikut waktu
pengajaran untuk menjaga waktu peperiksaan murid sepanjang Ujian 1 diajalankan.

2. Ko-Kurikulum

Aktiviti kokurikulum ditangguhkan untuk memberi laluan kepada Ujian 1.

3. Interaksi Sosial

Saya meminta rujukan guru pembimbing berkaitan kaedah menjawab serta tips dan

pembahagian markah untuk diberikan kepada murid bagi subjek Sains Rumah Tangga dan

Reka Bentuk dan Teknologi untuk rujukan murid menjawab Ujian 1.

14
MINGGU : 13

1. Pengajaran & Pembelajaran

Murid Tingkatan 1 menjalankan amali bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi dalam
kumpulan kecil. Terdapat beberapa orang murid yang tidak menjalankan tugas yang telah
dibahagikan dalam kumpulan. Saya membuat tinjauan berterusan sepanjang aktiviti amali
diadakan mengikut kumpulan secara berurutan.

Bagi murid Tingkatan 2 dan 4, saya membuat ulasan berkaitan markah Ujian 1 dan aspek
yang perlu dibaiki kepada semua murid. Saya memberi dorongan dan kata semangat supaya
murid lebih maju dalam ujian seterusnya dan kekal bersemangat untuk meneruskan
pembelajaran.

2. Ko-Kurikulum

Minggu ini aktiviti kokurikulum melibatkan aktiviti 1M1S yang mana Latihan rumah sukan

dijalankan. Semua guru dan murid berkumpul mengikut rumah sukan masing – masing. Saya

bertanggungjawab untuk Rumah Ungu. Seterusnya, aktiviti kokurikulum melibatkan

perjumpaan Kelab Pengguna. Sesi pembentangan logo kelab diadakan pada minggu tersebut.

3. Interaksi Sosial

Saya meminta rujukan guru pembimbing, Puan Farah dan Puan Hazirah untuk menada kertas

Ujian 1 bagi subjek Sains Rumah Tangga dan Reka Bentuk dan Teknologi.

4. Lain-Lain

Saya berinteraksi dengan guru – guru yang lain semasa menjalankan aktiviti latihan rumah
sukan. Saya dapat mempelajari pelbagai teknik kawalan murid terutama dalam mengawal
aktiviti murid dalam kumpulan besar. Saya juga dapat mempelajari Kerjasama antara guru
dalam membahagi tugas tertentu seperti pemilihan atlet, sesi Latihan dan sesi taklimat.

15
LAMPIRAN

Sesi Taklimat 1 Latihan Merentas Desa


Murid 1 Sukan
(1M1S)

AJK Persiapan Pentas Aktiviti Gotong - Royong


Sambutan Hari Raya

16

Anda mungkin juga menyukai