Anda di halaman 1dari 5

KARANGAN

Baca soalan dibawah dan bina karangan yang terdiri daripada pendahuluan, 1 isi dan
penutup

Kadar kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat pada setiap tahun.
Huraikan punca-punca yang menyebabkan berlakunya masalah tersebut.

Tema
Tugasa
n

PENDAHULUAN
1
2
3

ISI

Teknik menghuraikan isi karangan.

MBK- mengapa, bagaimana, kesan


Isi 1
mengapa
Bagaiman
a

kesan

PENUTUP

Konklusinya, _____________ (pihak) ______________________


_____________________________________ (cadangan).
_______________________________________________________
______________________________________________ (harapan)
_______________________________________________________
______________________________________________( harapan)
Penutup 2-3 ayat- tidak perlu Panjang. Kalau panjang bukan
penutup. Penutup kita buat dua ayat sahaja. Kalau nak buat 3 ayat, tambah
lagi harapan.

Konklusi
+
Pihak
+
Cadangan
+
Harapan

Kadar kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat


pada setiap tahun.
Huraikan punca-punca yang menyebabkan berlakunya masalah
tersebut.
Belakangan ini,kadar kemalangan jalan raya semakin hari
semakin meningkat bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Secara
puratanya,terdapat satu kemalangan yang berlaku pada setiap
saat.Isu kemalangan jalan raya telah menjadi buah mulut
masyarakat dan turut mendapat perhatian media
massa.Kemalangan jalan raya yang berlaku di Malaysia meningkat
secara mendadak sehingga tiada
penghujungnya.Persoalannya,apakah punca-punca yang
menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita?
Antara punca utama berlakunya kemalangan jalan raya ialah
sikap pemandu sendiri yang tudak tidak sabar.Biasanya,pemandu
lebih suka memandu dengan laju dan cepat tiba di
destinasi.Pemandu juga tidak suka berhenti di lampu isyarat kerana
menganggap akan memperlambat pergerakan
mereka.Kebanyakkan kemalangan jalan raya berlaku di lampu
isyarat terutamanya penunggang motorsikal.Mereka telah
melupakan ungkapan “Pandu Laju Maut Menanti” dan
ketidaksabaran mereka akhirnya telah meragut nyawa.Terdapat
juga pemandu motosikal atau lebih dikenali sebagai “mat rempit”
yang sering melumba motosikal secara haram di jalan raya.Mereka
bukan sahaja mengadaikan nyawa mereka sendiri malah menjadi
salah satu punca kemalangan jalan raya.Oleh itu,pemandu yang
bersikap agresif dan tidak sabar tidak sesuai untuk memandu di
jalan raya.
Selain itu,penggunaan telefon bimbit semasa memandu juga
adalah salah satu punca utama kemalangan jalan raya.Kajian
menunjukkan sebanyak 90 peratus pemandu menggunakan telefon
bimbit semasa memandu.Kebanyakan daripada mereka
menggunakan laman sosial semasa memandu.Perbuatan ini amat
berbahaya kerana pemandu berkemungkinan tinggi akan diganggu
oleh telefon bimbit dan apabila mereka telah tertarik mereka akan
berlupa terlupa bahawa mereka sedang
memandu.Akibatnya,kemalangan akan berlaku.Penggunaan
telefon bimbit semasa memandu adalah salah di sisi undang-
undang jalan raya.Lantaran itu,pemandu perlu mengelakkan diri
daripada menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
Di samping itu,punca kemalangan jalan raya yang seterusnya
ialah pemandu yang mabuk atau letih.Sesetengah orang yang
menghadiri parti atau majlis keraian akan minum arak bersama
rakan atau saudara mara mereka.Apabila balik,mereka akan
memandu kenderaan mereka dengan keadaan mabuk.Keadaan
inilah yang mengundang kemalangan jalan raya dan seterusnya
meragut nyawa pemandu tersebut.Misalnya,berita terkini
memaparkan kemalangan jalan raya yang berpunca daripada
pemandu jalan raya.Selain itu,pemandu yang letih atau tidak cukup
tidur juga akan menjadi mangsa kemalangan jalan raya.Hal ini
demikian,mereka akan mudah tertidur ketika memandu dan akan
melanggar apa-apa sahaja di depan.Oleh yang demikian,jelaslah
bahawa pemandu yang mabuk dan letih perlu mengelakkan diri
daripada memandu.
Tambahan pula, keadaan jalan raya yang kurang sempurna juga
akan mengakibatkan kemalangan jalan raya.Hal ini demikian,jalan
raya yang licin semasa hujan akan mengurangkan kecekapan brek
kenderaan dan boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.Jalan
raya yang berselekoh tajam juga amat berbahaya kerana
kenderaan di sebelah sana tidak dapat melihat kenderaan yang
datang dan mereka akan berlanggar.Terdapat juga jalan raya yang
berlubang-lubang yang boleh menyebabkan tayar sesuatu
kenderaan dan kenderaan yang datang belakang akan melanggar
kenderaan yang tersangkut jika tidak berhati-hati.Keadaan jalan
raya yang dibina di cerun bukit yang curam juga boleh
menyebabkan kemalangan jalan raya.Sebagai contoh,tanah runtuh
yang berlaku di sepanjang jalan Tanah Tinggi Cameron telah
memusnahkan banyak kenderaan dan meragut nyawa ramai orang
di dalamnya.Oleh itu,pemandu sewajarnya berhati-hati semasa
memandu di jalan raya tidak sempurna.
Akhir sekali, kerosakan pada kenderaan juga boleh
mengakibatkan kemalangan jalan raya.Hal ini disebabkan oleh
kenderaan yang lama tidak diservis ataupun telah rosak
berkemungkinan tinggi akan berhenti di tengah-tengah
jalan.Sekiranya situasi ini berlaku,kenderaan yang laju di belakang
tidak sempat menekan brek dan akan akan berlanggar dengan
kenderaan yang rosak di depan.Terdapat juga kenderaan yang
mengalami kerosakan pada brek.Akibatnya,kenderaan tersebut
tidak dapat berhenti mahupun mengurangkan kelajuan dan akan
menjadi punca kemalangan jalan raya.Sebagai contoh,seorang
pemandu yang lalai tidak menyemak kenderaan lalu bertolak dari
rumah tetapi kenderaannya mengalami kerosakan dan berhenti di
jalan raya.Keadaan akan mengakibatkan kemalangan yang ngeri di
tengah jalan.
Konklusinya,setiap pemandu perlu berhati-hati di jalan raya
sebagaimana yang dikatakan dalam ungkapan “Biar lambat asalkan
selamat”.Pemandu perlu memastikan kenderaan dalam keadaan
yang baik sebelum bertolak dari rumah.Jabatan Kerja Raya harus
membuat pemantauan untuk memastikan jalan raya berada dalam
keadaan yang selamat.Selain itu,polis trafik juga harus mengadakan
Op Selamat dan sebagainya untuk mengurangkan kadar
kemalangan terutamanya sepanjang musim perayaan.Oleh yang
demikian,semua pihak harus berganding bahu agar mengurangkan
kadar kemalangan di nusa kita untuk bersatu memajukan negara
kita.

Anda mungkin juga menyukai