Anda di halaman 1dari 5

Pada 2 Jun yang lalu masayarakat tempatan Temerloh telah dikejutkan dengan

berita kemalangan jalan raya yang melibatkan tiga sekeluarga termasuk seorang

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Soi maut apabila kenderaan mereka

terbabas di Lebuh Raya Timur Barat. Dalam kemalangan maut berkenaan, 2 orang

penumpang maut, manakala anaknya yang berumur 14 tahun cedera parah yang

sedang dirawat di hospital. Antara punca yang menjadi perbualan sosial termasuklah

kecuaian pemandu, keadaan permukaan jalan dan sifat fizikal kereta berkenaan yang

dikatakan uzur. Walaupun dikatakan malang tidak berbau, kita masih boleh mengambil

beberapa langkah yang proaktif dalam memastikan angka kemalangan maut tidak terus

meningkat.

Langkah utama yang boleh diambil untuk mengurangkan angka kemalangan

jalan raya di negara kita sudah pastilah dengan mendidik para pemandu khususnya

pemandu pengangkutan awam supaya lebih berdisiplin ketika memandu.Ini kerana

peratusan tinggi kemalangan dikatakan berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri

yang dikatakan cuai ketika berada di atas jalan raya dan memandang rendah terhadap

peraturan-peraturan jalan raya yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai

contohnya, banyak pemandu yang masih menggunakan telefon bimbit ketika memandu

yang secara tidak langsung menyebabkan mereka kehilangan fokus. Terdapat juga

pemandu yang tidak mematuhi had laju terutamanya di lebuh raya yang juga boleh

meragut nyawa sendiri malah ahli-ahli keluarga yang tersayang. Di sisi itu,risiko untuk

kecelakaan jalan raya juga lebih tinggi bagi mereka yang membawa kenderaan mereka

dalam keadaan mengantuk dan mabuk. Apabila kita membawa kereta dalam keadaan

tersebut, kita akan terlelap dan secara lojiknya kereta tersebut akan dibawa secara
sendiri yang akhirnya akan meyebabkan kemalangan. Di samping itu, terdapat

segelintir pemandu yang suka menelefon atau berbual dengan rakan sebelah yang juga

akan menyebabkan kemalangan jalan raya. Oleh itu, kesedaran tentang kepentingan

mengikut peraturan jalan raya perlu hadir dari dalam diri kerana tanpa kesedaran dalam

diri, peraturan yang digubal umpama “melepasakan batok di tangga”.

Kemalangan jalan raya juga dapat boleh dikaitkan melalui pendidikan di

sekolah. Ini kerana jika murid tidak mendapat pendidikan yang betul, mereka akan

terpengaruh dengan rakan sebaya. Contohnya merempit yang kini semakin berleluasa

di negara kita khususnya di Bandar dan lebuh raya. Mereka akan membuat aksi-aksi

bahaya seperti gaya ‘aerospace’ dan ‘superman’ untuk menunjukkan kehebatan

mereka bersama motor di depan khalayak yang ramai. Aktiviti-aktiviti yang tidak

bermoral ini bukan sahaja motor malah kereta juga boleh dibuat lumba haram dan aksi-

aksi bahaya. Cuba kita bayangkan kenderaan yang sedang memecut 210 kilometer

sejam yang kemungkinan hilang kawalan dan menimpa keluarga yang tidak bersalah.

Adakah pesalah akan dikenakan hukuman yang adil akibat kematian keluarga tersebut

jika beliau sudah mati? sudah tentu tidak. Ini menunjukkan betapa pentingnya

pendidikan sekolah untuk mengajar murid tentang peraturan dan isu-isu keselamatan di

jalan raya.

Bak kata pepatah Melayu, “ada angin, ada pokok” kerana setiap perkara yang

berlaku pasti ada sebabnya. Selain daripada lumba haram, keadaan jalan raya juga

faktor-faktor kemalangan jalan raya akan menyebabkan tayar kereta tidak dapat

mencengkam permukaan jalan raya. Di samping struktur jalan yang berlekak-lekuk

serta mempunyai permukaan yang tidak rata, penggunaan awam jalan yang turut gagal
berfungsi juga boleh membahayakan pengguna jalan raya khususnya bagi mereka

yang memandu pada waktu malam. kebiasaannya, rakyat Malaysia gemar memulakan

perjalanan mereka pada waktu malam khususnya pada musim perayaan bagi

mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas. Namun, ketiadaan lampu jalan di

sepanjang jalan raya menyebabkan keadaan sekeliling menjadi gelap gelita dan

seterusnya mengurangkan penglihatan para pemandu terhadap objek di sekeliling

kenderaan mereka. Perkara sebegini bukan sahaja mengganggu tumpuan pemandu

malah secara tidak langsung menyebabkan pemandu tidak sedar akan kedudukan

sebenar kenderaan mereka. Tambahan pula, ketiadaan penghadang jalan raya

terutamanya di kawasan-kawasan yang berbukit meningkatkan lagi risiko untuk

sesebuah kenderaan terbabas jatuh ke dalam lembah yang curam. Oleh itu, keadaan

atau faktor jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik turut menyebabkan

kemalangan maut berlaku.

Dalam pada itu, Pihak-pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan masing-

masing dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita.

Antara contoh pihak-pihak bertanggungjawab kemalangan jalan raya ialah Jabatan

Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Perkhidmatan

Awam Darat Malaysia (SPAD). Ini kerana organisasi-organisasi tersebut perlu

berganding bahu untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang kini

meningkat dengan mendadak. Antara perkara yang boleh diambil ialah kerapkan

rondaan polis di sekeliling taman. Ini perlu dibuat untuk menahan pemandu yang tidak

mematuhi undang-undang seperti memandu lebih had dan merempit. Oleh itu, perkara

ini perlu diteruskan bukan mengikut perayaan kerana malang tidak berbau. Terdapat
juga pihak berkuasa yang tidak jujur seperti kes yang mengemparkan negara kita iaitu

seorang polis yang sanggup menggambil rasuah dari seorang pemandu bas kerana

masalah brek. Dimanakah letaknya kejujuran dan keunggulan undang-undang negara

sehingga perkara sebegini boleh berlaku? Tuntasnya, kelemahan penguatkuasaan

undang-undang turut menjadi dalang dalam masalah kemalangan jalan raya.

Kamalangan jalan raya yang kini meningkat juga boleh dielak dengan

menganjurkan kempen-kempen keselamatan jalan raya dan mempaparkan iklan di tepi

jalan mahupun lebuh raya. Radio, televisyen dan internet juga boleh digunakan sebagai

sumber untuk menyampaikan info dan tip-tip untuk merancangkan perjalanan yang

selamat dan efektif. Ini berpunca daripada sikap pemandu yang gagal merancang

perjalanan dengan teliti dan bersikap terburu-buru untuk bertolak ke kampung supaya

tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang sangat menyeksakan.   Selain itu

merka juga boleh mempaparkan situasi akibat tidak memakai tali pinggang dan topi

keledar Kempen-kempen ini perlu diteruskan dan bukan seperti hangat-hangat tahi

ayam. Kempen dan iklan seperti ini dirasakan berkesan kerana para pemandu jalan

raya dapat melihat iklan tersebut dengan mudah. Secara tidak langsung masyarakat

tempatan di negara kita akan tahu bahawa pihak berkuasa mahupun penganjur

kempen tersebut bersungguh-sungguh dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan

raya di negara kita

Konklusinya, kemalangan maut di jalan raya berlaku daripada pelbagai factor.

pengguna jalan raya haruslah lebih berwaspada dan berhati-hati ketika hendak

memulakan perjalanan. Pada hakikatnya, kemalangan jalan raya bukan sahaja

mengakibatkan kecederaan serta menyebabkan banyak nyawa yang tersayang


terkorban. Dengan itu, pandulah kenderaan dengan cermat kerana “pandu cermat jiwa

selamat”. Sekiranya masyarakat tidak mematuhi cara pemanduan yang betul maka

kemalangan maut ini boleh berlaku tanpa mengira masa dan tempat. Mereka perlu

ingat akan orang yang tersayang yang sedang menanti kepulangan mereka di rumah

atau di kampung. Oleh itu, kita patut berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana

telah meyumbang beribu malah berjuta ringgit untuk memastikan keselamatan kita

terjamin. Dengan cara itu kita berharap agar masyarakat di Malaysia dapat hidup

sejahtera tanpa dibelenggu oleh masalah yang berpunca daripada kemalangan jalan

raya.

-TAMAT-

(1,034 PATAH PERKATAAN)

Anda mungkin juga menyukai