Anda di halaman 1dari 2

PUNCA BERLAKUNYA KEMALANGAN JALAN RAYA

Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa kecederaan dan juga kematian. Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian akibat kemalangan yang tinggi. Oleh itu ada banyak punca yang harus kita kaji untuk memahami masalah ini. Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika menggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk atau tidak sedarkan diri. Ada juga yang tidak suka menjaga kenderaan mereka lalu kemalangan boleh berlaku kerana masalah brek, tayar dan sebagainya. Mereka tidak menghiraukan keselamatan orang lain ketika memandu kerana menganggap mereka cekap mengawal stering kenderaan. Jadi, kemalangan mudah berlaku akibat kecuaian mereka ini. Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik. Biasanya jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan menyebabkan jalanraya menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak berhati-hati. Begitu juga dengan keadaan jalan raya yang tidak lurus dan turun naik yang menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini. Maka, keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan raya. Malah, ada pihak yang menyalahkan pemandu baru yang menyebabkan kemalangan terus menerus berlaku di negara ini. Mereka dikatakan tidak mahir untuk mengawal kenderaan terutama ketika dalam keadaan kecemasan yang menyebabkan banyak yang panik. Golongan muda juga diselar kerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya dan laju. Sesungguhnya, satu alat mekanisme baru harus dicari untuk memastikan tahap pemanduan pemandu baru mencapai piawaian yang baik. Jumlah kemalangan bertambah juga berkaitan dengan jumlah kenderaan yang bertambah setiap tahun. Pertambahan bilangan kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan penuh dengan kenderaan. Sudah pasti keadaan ini meningkatkan peratusan untuk sesuatu kemalangan itu berlaku di jalan raya. Jelaslah, semakin banyak kenderaan di jalan raya risiko untuk kemalangan berlaku amat tinggi. Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita semua. Satu usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang masalah ini menular lagi. Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga. Pandu cermat jika selamat.

KESAN-KESAN BURUK PENGGUNAAN INTENET


Selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat pada masa kini internet merupakan saluran utama untuk mendapatkan sebarang maklumat secari cepat dan mudah. Internet merupakan satu rangkaian maklumat yang bolel diperoleh melalui komputer. Kempen kerajaan "satu rumah, satu komputer" adalal sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini. Namun, di sebalik kebaikan yang diperoleh daripada internet, terdapat kesan buruk yang timbul tanpa dapat disangkal lagi. Internet secara tidak langsung dapat meracuni pemikiran remaja hari ini. Remaja bebas melayari laman web yang tidak sesuai dengan usia mereka seperti lamal web lucah. Bahan yang berbentuk pornografi ini boleh membawa kepada jenayah seks seperti kes ragol, cabul kehormatan, dan sebagainya. Selain itu, internet juga dapat melekakan seseorang pelajar. Pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web yang berbentuk hiburan semata mata. Masa yang sepatutnya diperuntukkan dengan mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja. Kesannya, pelajar akan ketinggalan dari segi akademik Penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkan remaja menjadi malas untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan berpersatuan dapat menyihatkan badan tidal mendapat sambutan daripada pelajar. Remaja lebih suka menghabiskan masa d hadapan komputer . Di samping menjadikan remaja malas mengikuti aktiviti kokurikulum, timbu juga masalah sosial yang turut menjadi bebanan kepada masyarakat. Remaja yang mengunjungi kafe siber akan lebih terdedah dengan masalah sosial sepert melepak atau gengsterisme. Selain itu, remaja juga mudah terpengaruh dengan budaya kuning yang diperaleh dari Barat. Kesimpulannya, pihak ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka semasa, melayari laman web di internet. Kerjasama daripada semua pihak adalah perlu agar kesan baik penggunaan internet tidak ditutupi oleh keburukan internet tersebut. Remaja perlu dibimbing kerana remaja hari ini merupakan tonggak negara masa depan.

Anda mungkin juga menyukai