Anda di halaman 1dari 1

Internet merupakan rangkaian perhubungan yang banyak digunakan dalam era globalisasi ini.

Kebaikan
internet banyak tidak terperi, namun internet juga mendatangkan keburukan kepada kita juga
disalahgunakan. Oleh itu, para pengguna perlu sedar akan keburukan internet supaya tidak terjerumus
ke dalam lembah yang mampu merugikan diri sendiri.

Pertama, tatkala pelajar asyik melayari laman web yang kurang berfaedah dan bermain permainan
video, mereka membazirkan masa yang berharga dan turut mengabaikan pelajaran. Pelajar akan
menghabiskan masa di depan komputer dan akhirnya gagal dalam pelajaran. Misalnya, remaja pada
masa kini terlalu leka dalam dunia siber dan tidak sanggup membesar menjadi modal insan yang
bermutu. Fenomena ini akan menjejaskan pembangunan negara kerana remaja yang bakal menentukan
kesejahteraan serta kemakmuran negara kita pada masa hadapan. Imam Al-Bukhari pernah
mengungkapkan "Jika anda ingin melihat masa hadapan negara, lihatlah golongan remaja yang ada
sekarang."

Selain itu, internet menjadikan kita kurang bersabar. Hal ini disebabkan pengguna telah biasa
memperoleh maklumat yang diingini dan menyiapkan sesuatu melalui internet dengan pantas. Namun,
tatkala maklumat tidak dapat diproseskan dengan cepat, kita akan mudah mengalami kegusaran dan
emosi kebosanan yang menggelegak. Lantas, kita akan menjadi insan yang kurang bersabar dalam
pergaulan seharian dan tidak digemari orang kerana senantiasa menginginkan kepantasan proses dalam
kehidupan.

Seterusnya, remaja yang kurang berfikiran matang senang dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif yang
dipaparkan dalam laman web internet. Misalnya, paparan budaya kuning, aksi-aksi keganasan dan lain-
lain. Maka, remaja akan meniru aksi-aksi yang menjejaskan nilai murni yang telah dipupuk dalam
sanubari mereka sejak bangku sekolah. Lagipun, ada juga yang terikut-ikut dengan budaya hegemoni
Barat dalam hidup dan mengalami keruntuhan akhlak.

Keburukan lain termasuklah kesahihan maklumat yang boleh diragui. Bukan semua maklumat yang
diperoleh dari internet adalah benar. Maklumat itu mungkin ditokok tambah dan sengaja menimbulkan
kekeliruan dalam kalangan pengguna internet. Bahkan terdapat khabar angin yang disebarkan melalui
internet mampu menjejaskan imej orang lain. Lebih parah lagi seandainya maklumat tersebut mampu
menghancurkan keharmonian sesebuah negara.

Akhir sekali, keselamatan kita diugut kerana "hacker" akan menggunakan internet untuk mendapatkan
maklumat peribadi seseorang dan berbuat jenayah yang membahayakan keselamatan kita. Tambahan
pula, kita mungkin terpedaya oleh tipu helah mereka kerana hanya mengenali mereka melalui gambar
yang dipaparkan dalam internet. Selalunya kes-kes penipuan yang terpapar dalam dada akhbar sering
dikaitkan dengan penipu yang menyalahgunakan internet.

Tuntasnya, internet merupakan media massa berteknologi yang mendatangkan keburukan sekiranya
disalahgunakan. Ibu bapa harus berganding usaha dan menggembleng tenaga dengan pihak berkuasa
untuk memantau anak-anak mereka yang sering melayari internet. Lantas, anak-anak mereka tidak
mudah terjerumus ke dalam lembah kejahatan. Sekiranya internet dapat digunakan dengan sebaik-
baiknya, pastilah masyarakat kita dapat berfikir secara saintifik dan berminda kelas pertama seperti
mana yang diungkapkan oleh Imam Al-Bukhari "Ilmu itu ibarat benih yang tumbuh mekar jika dibajai
dengan baik." Internet ibarat madu, maka janganlah tukarkan menjadi hempedu.

Anda mungkin juga menyukai