Anda di halaman 1dari 6

Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat.

Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung dunia yang telah mengecilkan dunia. Dunia tanpa sempadan dimungkinkan dengan adanya jaringan internet ini. Walau bagaimanapun, teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh membawa kemudaratan. Internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna. Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet. Internet merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan. Tugas guru juga dipermudah melalui penggunaan internet yang membekalkan pelbagai ilmu terkini dan mudah. Perkembangan sains dan teknologi serta ilmu canggih dipaparkan dalam internet. Ia juga membantu dalam proses penyelidikan dan pembangunan. Selain itu, internet merupakan saluran komunikasi antarabangsa. Teleperubatan dimungkinkan dengan adanya internet. Pakar-pakar perubatan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan adanya internet. Pelbagai pembedahan dan diagnosis dimungkinkan melalui internet. Komunikasi dalam aspek ekonomi dan politik pula dapat dimungkinkan dengan telekonferens. Ini memudahkan sesuatu urusan komunikasi dalam usaha membuat keputusan tanpa pergi ke sesuatu tempat. Di samping itu, pendidikan jarak jauh juga dapat dijalankan dengan adanya kemudahan internet. Internet ini memberi faedah kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk melanjutkan pengajian mereka tanpa menjejakkan kaki ke menara gading. Internet juga memudahkan urusan harian manusia di mana pembayaran bil elektrik, air, kad kredit dan bil-bil lain dapat dilakukan dengan mudah. Hubungan dengan agensiagensi kerajaan dan badan-badan pendidikan antarabangsa untuk memohon kemasukan ke kursus pengajian atau peluang kerja dapat dibuat melalui internet. Urusan menerusi internet bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga dapat memastikan kesesakan lalu lintas dan tekanan kerja dapat diuruskan dengan mudah. Walau bagaimanapun, internet juga memudaratkan manusia jika disalahgunakan. Kemudahan ini boleh digunakan untuk menceroboh dan mengganggu seperti `hacking yang kini banyak berlaku. Laman-laman web kerajaan mudah diceroboh untuk tujuan mengganggu. Keselamatan negara juga sukar dikawal kerana segalanya dihubungkan melalui rangkaian antarabangsa. Beberapa tahun kebelakangan inn, pusat keselamatan negara Amerika Syarikat, Pentagon diceroboh oleh seorang kanak-kanak berusia dua belas tahun. Ini memudaratkan aspek keselamatan negara dan dunia. Selain itu, virus komputer yang menjadi bahan bualan sejak kebelakangan ini juga

disebarkan melalui internet. Kini, banyak virus komputer yang dicipta boleh mengakibatkan data-data dalam komputer hilang dan ada juga virus yang mengakibatkan kerosakan komputer. Ini akan mengakibatkan sesebuah syarikat atau agensi kerajaan lumpuh kerana sistem dan data-data mereka terganggu. Aspek kesihatan juga dikaitkan dengan penggunaan internet. Seseorang yang menggunakan komputer akan duduk di hadapan skrin komputer untuk tempoh masa yang lama. Ini akan membawa masalah kesihatan seperti penyakit mata, sakit tulang belakang dan sebagainya. Kesimpulannya, internet mempunyai banyak kebaikan dan keburukan. Para pengguna perlu memahami kegunaan internet dan memastikan is digunakan untuk kebaikan sahaja. Kawalan dan pengawasan ibu bapa dan guru adalah penting agar generasi muda memanfaatkan internet demi melahirkan masyarakat berilmu di negara ini.

INTERNET membuatkan kita lebih mengenali dunia luar, memahami apa itu globalisasi dan membuatkan proses penerimaan maklumat lebih pantas. Penerimaannya semakin hari semakin dirasai di kalangan masyarakat. Apa yang dapat ditakrifkan ialah pengaruh Internet dalam masyarakat Malaysia amnya, sememangnya sudah tidak dapat disekat. Ia seperti kuman penyakit yang tidak mempunyai vaksin yang membolehkannya disekat daripada terus merebak dengan pantas. Oleh itu ada segelintir bijak pandai berpendapat bahawa Internet adalah lapang sasar yang boleh dikategorikan sebagai yang paling berbahaya masa kini. Sejak akhir-akhir ini, terdapat banyak isu-isu yang timbul ekoran kecanggihan internet. Dan yang terbaru, terdapat beberapa laman web yang memaparkan pelbagai isu yang berniat untuk memburukkan imej pemimpin dan mewujudkan suasana kurang senang sekali gus merenggangkan hubungan antara pemimpin tertinggi kerajaan. Jika suatu masa dahulu, isu yang popular berkaitan Internet ini ialah penglibatan pelajar dalam kegiatan plagiat bahan rujukan. Suatu keadaan yang membimbangkan kebanyakan ahli akademik terhadap kepintaran dan kecekapan pelajar mencedok ideaidea yang bersepah di dalam Internet. Budaya copy and paste yang tidak patut wujud telah menyebabkan tahap ketulenan dan kegigihan pelajar diragui. Tanggapan ini sememangnya berasas kerana Internet adalah perpustakaan terbesar yang menyediakan pelbagai maklumat tanpa dapat ditafsirkan. Tetapi itu mungkin cerita lama kerana kini jatuh bangunnya seseorang itu juga adalah disebabkan oleh Internet. Suatu yang tidak pernah diduga akan berlaku, telah pun berlaku di negara ini. Terdapat banyak cara yang telah diguna pakai oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan kredibiliti dan harga diri seseorang melalui Internet. Ia merupakan satu bentuk serangan peribadi bagi menjatuh dan mengaibkan seseorang. Berita palsu, khabar angin, tulisan berbentuk hasutan telah menguasai kepenggunaannya. Keadaan ini sememangnya berada di luar jangkauan manusia kerana segala apa yang tersiar, bakal mempengaruhi pembentukan minda dan sikap masyarakat. Laporan bahan yang cenderung kepada bahan palsu dalam Internet akan memberi kesan buruk kepada patriotisme, sosial, ekonomi, politik dan hubungan diplomatik serta antarabangsa. Inilah yang disebut sebagai baik, buruk Internet. Kata-kata ini mempunyai kebenarannya iaitu jika anda melakukan perayauan menerusi Internet, terdapat pelbagai jenis maklumat yang akan ditemui tetapi bersandarkan kepada tiga status iaitu benar, separuh benar dan palsu.

Ketika ini sesiapa sahaja yang memiliki komputer, mampu untuk menerbitkan idea mereka tidak kira di laman web dan blog. Ini menyebabkan perolehan mesej yang tidak terhad dan tidak ditapis memudahkan maklumat itu mengalir ke dalam masyarakat. Berbeza dengan media lain seperti surat khabar dan televisyen, kedua-dua jenis media ini ditapis kandungannya oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab misalnya kerajaan. Kepalsuan dalam Internet hampir mustahil dibanteras. Hanya cara terbaik memerangi kemungkaran Internet ialah masyarakat perlu bijak untuk memilih dan menggunakan kemudahan ini secara bertauliah iaitu tidak merujuk apa sahaja maklumat dalam Internet sebagai fakta yang betul kecuali melalui laman-laman web rasmi sesebuah institusi yang sememangnya sah kewujudannya. Jadilah pengguna yang bertanggungjawab dan beretika. Apa yang terjadi ini amat bertentangan dengan konsep komunikasi Islam yang mementingkan penyampaian sesuatu mesej itu mestilah tepat dan benar serta terang agar tidak berlakunya salah faham. Internet sebenarnya lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan. Timbulnya penyelewengan adalah disebabkan oleh pengguna Internet yang tidak bertanggungjawab. Teknologi itu sendiri tidak memberi masalah.

INTERNET kini menjadi medium perhubungan komunikasi yang popular di kalangan rakyat Malaysia malahan ia turut menjadi medium pilihan rakyat Dunia sebagai satu cara baru dalam berkomunikasi dan juga bakal menjadi medium komunikasi utama dunia tambahan pula talian telefon internet berasaskan IP semakin popular dewasa ini. Kewujudan internet banyak juga pro dan kontranya terhadap masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia khasnya. Kini di Malaysia Internet menjadi medium penyampaian baru apabila kebanyakkan pemimpin menggunakan platform blog untuk menyampaikan maklumat termasuklah Perdana Menteri Malaysia sendiri yang juga turut menggunakan blog sebagai medium penyampaian.

Pelajar Sekolah Di Kafe Siber Penulis tidak nafikan memang banyak kebaikkan penggunaan internet tetapi adalah tidak adil jika kita sekadar membincangkan kebaikkan tetapi tidak membincangkan keburukanya. Terlebih dahulu penulis bukanlah anti internet tetapi penulis lebih kepada untuk membimbing ibu-bapa agar dapat membimbing anak-anak mereka menggunakan internet untuk jalan-jalan yang lurus. Pelajar sekolah hari ini adalah antara pengguna internet di Malaysia. Sekiranya di rumah mereka tidak ada kemudahan internet mereka akan ke kafe siber untuk mendapatkan kemudahan internet jadi kebanyakkan mereka sudah terdedah kepada penggunaan internet. Portal-portal sosial seperti Myspace, Friendster, Hi-5, Tagged, Facebook dan bermacam-macam lagi yang wujud umpama cendawan tumbuh selepas hujan telah menjadi kegilaan pelajar-pelajar zaman sekarang maklumlah dunia sudah serubah zaman sudah maju. Selain daripada portal-portal sosial, permainan komputer atas talian (Online Games) turut menjadi kegilaan pelajar sekolah masa kini. Antara permainan komputer atas talian yang popular adalah Risk Your Life 2 Incomplete Union, Cabal SEA, FiFa Online dan bermacam-macam lagi. Penyalahgunaan internet dikalangan pelajar sekolah semakin membinbangkan dewasa ini terutamanya membabitkan pelayaran laman web berunsur lucah yang turut menjadi kegilaan pelajar masakini. Paling mengejutkan apabila penulis membuat tinjauan di Kafe Siber sekitar Kota Bharu, Kelantan Pelajar Sekolah seawal darjah empat sudah terdedah dengan laman web lucah apabila penulis secara tidak sengaja terlihat kumpulan pelajar sekolah terbabit melayari laman web lucah di sebuah Kafe Siber berdekatan dengan bangunan PKINK. Mungkin menyedari tindak-tanduk mereka diperhatikan penulis cepat-cepat mereka menutup laman web tersebut. Pada mulanya penulis membiarkan sahaja mereka tetapi atas dasar ingin tahu, penulis cuba bertanya mereka tentang umur mereka kesemua mereka adalah pelajar darjah empat sebuah sekolah rendah yang berdekatan.

Di samping itu, semasa mahu pulang penulis terserempak dengan dua kumpulan pelajar sekolah yang bertengkar dan saling memarahi antara satu sama lain. Penulis cuba memasang telingga untuk mengetahui sebab mereka bertengkar, akhirnya tahulah penulis bahawa mereka bertengkar mengenai item permainan atas talian Risk Your Life Incomplete Union yang hilang dan mereka menuduh satu kumpulan lagi yang bertanggungjawab mencuri item tersebut. Nampaknya, permainan atas talian itu menjadi punca pergaduhan mereka ini bermakna permainan atas talian itu secara tidak langsung mengajar pelajar-pelajar bertindak ganas. Selain daripada itu, bahasa-bahasa yang digunakan semasa permainan itu dijalankan juga tidak sesuai dengan kedudukan mereka sebagai pelajar kerana ada yang mencarut, ada yang menyumpah dan ada juga yang mengungut. Penulis tidak nafikan kebanyakaan perkataan lucah telah disekat oleh penyedia permainan atas talian tersebut, namun mereka tetap mencarut dengan menggunakan perkataan yang tidak mampu dikesan oleh pengesan perkataan buruk permainan itu dengan menambahkan aksara-akasara tertentu

Anda mungkin juga menyukai