Anda di halaman 1dari 8

Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi .

Ia membuka suatu
dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan
kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan .
Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas
samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti France '98
mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun terdapat beberapa kebaikan lain seperti :
Pendidikan dalam Internet
Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para
pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan
tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan
tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan
pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video
membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan
perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan
dengan perpustakaan tersebut.
Perniagaan dalam Internet
Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan
perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua cara : (1) memasar dan menjual
barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.(2) mewujudkan rangkaian korporat persendirian
yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan.
Perubatan dalam Internet
Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian
maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. 'Hospital
maya' sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi
capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam Internet. Pengguna biasa sebagai
contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada
permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa
yang dinamai sebagai 'teleperubatan'. Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh
seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu dari bilik pembedahan.
Keburukan Internet
Disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan Internet. Ia ibarat sebilah pisau
yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi menjadi satu kesalahan pula jika ia
digunakan untuk membunuh.
Terdapat beberapa keburukan Internet seperti :
Medium penyebaran dakyah jahat
Menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh golongan anti Islam

khasnya daripada kalangan Yahudi dan Nasrani yang memalsukan ajaran islam dan memburukkan-burukkan agam
islam. Memberi maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu. Malah terdapat juga laman web yang mengajar
cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'. Medium penyebaran virus
Terutama penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH
yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesan daripada serangan virus hinggalah
merosakkan sistem sesebuah PC. Pecah-masuk ke sistem lain Iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain
tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank.
Pornografi
Carian menggunakan enjin carian Google dengan menggunakan perkataan "porn" pada 1 Januari 2010 mendapati
sebanyak 180,000,000 laman web yang berkaitan pornografi. Ia telah menjadi satu isu yang sensitif dan boleh
mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat terutama kepada remaja belasan tahun kerana Internet membenarkan
access tanpa had. Ia sudah tentu boleh melekakan masyarakat Islam dari kehidupan yang sihat.
Kesimpulan:
Internet merupakan senjata era globalisasi. Seperti pisau, ia boleh digunakan untuk kebaikan dan juga untuk
keburukan. Apa yang penting, para pengguna internet, sejak kecil lagi mereka perlu dilengkapi dengan kekuatan
dalaman atau kekuatan dalaman agar merek amempunyai asas yang kuat untuk mendidiplinkan diri mereka agar
tidak terpengaruh dengan keburukan internet.

ENDEDAHAN kepada komputer dan teknologi

maklumat (IT) mewujudkan budaya celik komputer


di kalangan masyarakat terutama belia. Sektor awam
dan swasta telah memanfaatkan penggunaan komputer
dan IT dalam memantapkan operasi mereka. Penggunaan
komputer dan rangkaian yang diwujudkan memudahkan
perdagangan bebas merentasi sempadan negara.
Kalau komputer boleh diibaratkan sebagai sebilah
pisau, ia boleh memotong dan juga membunuh. Kita
khuatir terhadap kecenderungan sesetengah golongan
masyarakat terutama belia yang membuang masa di
depan komputer dan tidak memanfaatkan maklumat yang
boleh ditimba. Ada belia yang duduk sepanjang hari di
depan komputer untuk melayari talian chat, pornografi ,
dan permainan video.
Technology changes every second. Berdasarkan
pengertian ini, setiap penduduk dunia, jika boleh, tidak
mahu ketinggalan dalam mengejar arus perkembangan
teknologi yang begitu pesat. Bahkan, anak-anak kecil juga
sudah mula mengenali apa itu Internet kerana pendedahan
awal ibu bapa dan sekolah yang mahu generasi muda
tidak ketinggalan dalam mengenali teknologi maklumat
dan komunikasi.
Dalam kita mengejar arus kemodenan, Internet telah
banyak memberi input dan merupakan salah satu penyalur
maklumat penting dan terkini. Banyak faedah yang boleh
didapati menerusi penggunaan Internet, cuma manusia

saja yang menyalahgunakan Internet ke arah kerosakan


moral dan etika. Adalah lebih baik jika kita kupaskan serba
sedikit kebaikan serta keburukan Internet di negara ini.
Antara kebaikan Internet adalah maklumat begitu
mudah dan cepat disalurkan untuk digunakan dalam
pelbagai urusan, seperti dalam bidang penyelidikan dan
pengumpulan data. Selain itu komunikasi antara negara
di dunia menjadi semakin mudah dan ringkas dengan
wujudnya e-mel dan chat, di mana kos perhubungan begitu
murah jika dibandingkan dengan penggunaan telefon dan
juga begitu cepat jika kita membuat perbandingan dengan
penghantaran surat biasa melalui pos.
Urusan perniagaan dan perbankan semakin mudah
dengan pengenalan e-banking. Kini, pelanggan bank
tidak perlu bersusah payah beratur di kaunter-kaunter
bank kerana urusan perbankan boleh dilakukan menerusi
Internet. Pembayaran bil juga kini dilakukan menerusi
Internet dan ini merupakan kemudahan yang paling
mendapat sambutan ramai kerana kemudahan ini nyata
menjimatkan masa pengguna.
Antara penyalahgunaan Internet pula ialah Internet
digunakan untuk melayari laman-laman web lucah dan
tidak berfaedah. Pembaziran waktu bekerja kerana
sering berada di chat room untuk berbual sesama rakan.
Kemudahan yang ada membolehkan pelbagai jenis laman
web baru ditubuhkan untuk tujuan tidak sihat, seperti
laman-laman web politik yang tidak memberi maklumat
sebenar kepada rakyat.
Selain itu penyalahgunaan yang sering kita dengar
adalah pengiriman spam dikategorikan sebagai sampah
Internet merupakan salah guna yang terbesar. Tidak
kurang juga dengan kes pemalsuan yang antara lain
melibatkan pengubahsuaian laporan dan data sesebuah
organisasi swasta dan awam. Wujud juga kes penyebaran
virus dan ugutan menggodam.
Sesetengah pihak yang membuat kajian terhadap isu
jenayah dan keselamatan komputer sebelum ini pernah
mendedahkan bahawa sebahagian respondan yang
terlibat dalam tinjauan tersebut melaporkan kerugian
dari segi kewangan akibat serangan penceroboh. Jika
ditafsirkan, nilai kerugian terkumpul dari segi kewangan
tidak mustahil boleh mencecah jutaan ringgit.
Sejauh manakah kesan buruk ini akan merosakkan
generasi muda negara? Adakah kita akan membiarkan
saja, kerana berpendapat ini adalah akibat daripada
impak globalisasi seperti yang diwar-warkan Kerajaan?
Adakah masih menjadi tugas ibu bapa semata-mata
untuk memastikan anak-anak mereka tidak terdedah
kepada budaya negatif ini? Atau perlukah penapisan
laman Internet dikuatkuasakan demi menjaga budaya dan
tatasusila timur?
Masyarakat perlu sedar Internet bertujuan
mempermudah urusan dan untuk memperkaya ilmu,
serta menjadi medan pertukaran pendapat dan idea.
Akan tetapi, pengaruh budaya luar, terutama dari barat,

telah merosakkan minda masyarakat kita, yang selama ini


terkenal dengan adab ketimuran dan penuh dengan sopan
santun. Kita perlu ingat, dalam mengejar arus globalisasi
yang semakin pantas, dan untuk melengkapkan diri
seiring dengan negara maju yang lain, kita tidak perlu
menggadaikan maruah dan jati diri kita sebagai orang timur.
Sebagai rakyat Malaysia yang bijak, kita hendaklah cuba
mewujudkan satu budaya Internet yang sihat dalam usaha
kita memperlengkapkan diri sebagai seorang yang berilmu
dan berpengetahuan. Ini membolehkan kita terus bersaing
dalam dunia yang dikuasai dan dimonopoli oleh pelbagai
teknologi terkini yang menggerak pembangunan dan
kemajuan sesebuah negara. Mampukah kita?

Bagi pelajar-pelajar yang malas mereka akan terus menetap halaman internet secara
berterusan. Fenomena ini akan menyebabkan kita malas mengulangkaji pelajaran.
Kesannya kita boleh gagal dalam pelajaran.
Walaupun terdapat kebaikan dan keburukan, internet memang penting kepada kita.
Teknologi moden ini perlu dipelajari oleh setiap murid. Jadi, marilah kita berusaha
mempelajari cara meggunakan komputer terlebih dahulu.

Ringkasnya, ibu bapa harus mendidik anak mereka sejak kecil lagi kerana mereka akan
mengikut sepaip inci sikap ibu bapa
Unsure-unsur negative seperti bahan lucah dan aksi ganas dipaparkan melalui skrin komp.
Member impak negative yang besar pada anak watan Negara ini dan mampu membawa
padah.

alau apa pun kebaikan atau keburukan Internet ini, terpulanglah kepada individu itu
sendiri untuk memilih atau menilaikannya. Sebagai contoh, dalam rumah kita sendiri
ada pisau. Pisau tersebut biasanya kita gunakan untuk memotong buah, daging dan
sebagainya, dengan kata lain kita gunakan untuk kebaikan. Kita juga boleh
menggunakan pisau tadi untuk memotong sesiapa sahaja didalam rumah kita dengan
kata lain kita gunakan untuk keburukan. Pilihlah yang mana baik dan yang mana buruk.
Pada saya ia bukan sahaja baik dan buruk tetapi ia telah mengajar saya lebih dewasa.

Internet lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan.


Bersetujukah anda dengan pernyataan di atas dan berikan alasan-alasan yang munasabah
bagi menyokong hujah anda.

Kita harus mengikut arus semasa yakni internet merupakan satu budaya baharu dalam
masyarakat kini. Lantaran itu, internet tidak boleh dipandang sebagai sesuatu yang berunsur
negatif tetapi sebaliknya untuk memastikan rakyat dan negara ini standing dengan negara yang
lain dalam mengejar arus pembangunan semasa. Maka, ada pelbagai impak positif yang dibawa
oleh internet.
Internet merupakan satu budaya baharu yang memudahkan kehidupan manusia terutama dalam
aspek komunikasi atau berhubung secara langsung dengan orang lain. Hubungan antara saudara
mara yang tinggal jauh daripada kita termasuklah di luar negara maka internet boleh digunakan.
Internet menjadikan komunikasi lebih cepat dan berkesan lalu mengeratkan hubungan antara
manusia pula.
Manakala buat pelajar pula, internet pula boleh menjadi satu perpustakaan besar atau maya yang
memberikan manfaat kepada pelajar. Semua maklumat atau informasi ini seolah-olah berada
dihujung jari pelajar sahaja untuk memperolehnya. Maklumat yang diperoleh ini menjadikan
minda pelajar lebih terbuka dan kreatif dalam menghadapi cabaran kehidupan zaman moden ini.

Pada masa yang sama kemudahan internet kini menjadikan banyak urusan harian dilaksanakan
terutama aspek pembayaran bil-bil semasa. Kita sudah boleh membayar bil-bil elektrik, air dan
telefon serta membuat pindahan kewangan lalu menjimatkan masa dan tenaga manusia.
Kemudahan sebeginilah yang mampu menjadikan kehidupan manusia lebih bermakna akibat
penggunaan teknologi moden ini.
Selain itu, internet juga membolehkan pelajar membuat permohonan secara terus atau ?on-line?
untuk memohon kerja, biasiswa atau memasuki universiti. Semua kemudahan ini mampu untuk
diperluaskan dalam aspek lain pula seperti urusan dengan pihak kerajaan dan mungkin juga
bidang lain. Kehidupan manusia sudah pasti akan berubah dengan adanya kemudahan internet
yang sebegini.

Kesimpulannya, kita sebagai ahli masyarakat tidak boleh berfikiran sempit dan beranggapan
bahawa sesuatu yang baharu itu membawa kesan negatif sahaja. Sebenarnya kesan baik atau
buruk sesuatu perkara itu banyak ditentukan oleh manusia yang menggunakannya. Namun,
dalam aspek internet lebih banyak impak positif yang dibawanya daripada negative kepada
kehidupan manusia.
Kelebihan
1. Maklumat
Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan tanpa
had masa. Maklumat yang di perolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar. Enjin
carian seperti google.com, search.com, yahoo.com dan sebagainya digunakan sebagai platform untuk
mendapatkan maklumat. Pelayar internet hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat
yang mereka ingin sama ada ianya digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
2. Alat komunikasi
Internet telah dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi.Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang
tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara
pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks,
penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video di mana kita boleh berkomunikasi
dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing.hanya dengan internet. Di samping itu ianya
amat berguna kepada syarikat-syarikat yang mempunyai cawangan di merata dunia. Komunikasi dapat digunakan
di antara setiap cawangan dengan hanya menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-conference.
3. Jimatkan Kos dan Masa
Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan juga koskos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke
antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang
ternyata tiada caj dikenakan. Disamping itu penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang
dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Penjimatan kos pengangkutan ketara dapat dilihat di
syarikat-syarikat besar yang mempunyai cawangan di seluruh dunia. Mesyuarat ataupun perbincangan dapat
dilakukan hanya dengan menggunakan video conference ataupun tele-conference. Mereka tidak perlu lagi travel ke
merata tempat untuk bermesyuarat. Ianya malah menjimatkan masa.
4. Berita Terkini
Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat. Kebanyakan suratkhabar
mempunyai laman web mereka sendiri seperti The Star dan CNN. Laman web ini akan dikemaskini dan ianya
memapar berita terkini yang berlaku di seluruh dunia.
5. Pengiklanan
Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk sesebuah syarikat itu. Ianya bukan sahaja murah malah
ianya lebih berkesan kerana ianya boleh di lihat di seluruh pelusuk dunia. Terdapat syarikat yang menawarkan
program Affiliate dimana ianya cara yang amat berkesan untuk mengiklankan produk sesebuah syarikat atau orang
perseorangan.
6. Hiburan
Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton
drama/movie secara atas talian dengan hanya melayari laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan
tersebut seperti http://www.youtube.com dan http://www.mysoju.com. Selain daripada itu terdapat juga
permainan games yang boleh di main secara atas talian bersama-sama dengan gamers dari pelbagai pelusuk
dunia. Hiburan-hiburan lain adalah seperti mendengar muzik dan juga berkenalan dengan kawan-kawan baru di
alam maya.
7. Pendidikan Secara Atas Talian
Pada masa kini terdapat banyak Universiti yang telah menawarkan pendidikan secara jarak jauh dimana

penggunaan internet amat diperlukan. Ini kerana pembelajaran di lakukan secara atas talian di mana video
conference digunakan. Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah dilakuakan secara atas
talian dan pelajar hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat
turun secara atas talian dan kuliah boleh direkodkan dan pelajar boleh mendengar kuliah tersebut secara
berulangkali. Di samping itu keputusan peperiksaan juga boleh di perolehi secara atas talian.
8. Servis Perkhidmatan
Pada masa kini syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi pelancongan
menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan pengguna. Maybank2u menawarkan
perkhidmatan perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank boleh menggunakan servis yang
ditawarkan tanpa memerlukan caj yang berlebihan. Begitu juga dengan syarikat penerbangan seperti AirAsia, yang
mana para pengguna boleh menempah tiket penerbangan secara atas talian pada bila-bila masa.

Keburukan
1. Ketidaktepatan maklumat
Terdapat banyak maklumat yang boleh kita perolehi dari internet namun demikian adakah semua maklumat
tersebut tepat? Bagaimana kita nak pastikan sama ada maklumat yang kita terima itu tepat ataupun tidak? Ini
memang boleh mengelirukan malah memberi impak yang besar kepada sesetengah pihak. Terdapat pelbagai
golongan yang menggunakan internet dan menyebarkan maklumat mengikut kepentingan diri masing-masing. Ada
yang menggunakan internet untuk membuat fitnah ke atas orang lain bagi tujuan menjatuhkan orang/golongan
tertentu. Oleh yang demikian kita mesti lah pandai untuk menilai kesahihan sesuatu maklumat tersebut.
2. Virus/Malware/Worm/Trojan
Internet merupakan salah satu sumber yang digunakan untuk menyebarkan segala virus/malware dan
sebagainya.Pengguna internet semestinya mempunyai sedikit ilmu pengetahuan tentang serangan virus, malware
dan sewaktu dengannya. Ini untuk memastikan komputer kita selamat dari serangan tersebut dan data selamat
dari dicerobohi. Kekurangan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menghindari komputer kita dari serangan
tersebut akan memudahkan komputer tersebut diceroboh. Ianya bukan sahaja menyerang sebuah komputer malah
boleh menyerang komputer yang terdapat dalam rangkaian yang sama. Serangan ini bukan sahaja menyebabkan
kerosakan kepada sistem komputer malah akan menganggu performance komputer dan juga network.
3. Bahan-bahan yang tidak bermoral
Pada masa kini terdapat banyak bahan-bahan yang bermoral seperti gambar-gambar dan video-video yang tidak
sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Ianya memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat
secara umumnya. Bahan-bahan begitu mudah di dapati di internet. Ibu bapa hendaklah memantau lama-laman
web yang di access oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu, Internet filtering Software perlulah di install di
komputer yang digunakan oleh anak-anak mereka. Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau laman-laman
web yang di access oleh anak-anak mereka.
4. Isu Keselamatan
Pernahkah kita terfikir maklumat peribadi kita yang terdapat di bank, sekolah, university, jabatan-jabatan kerajaan
selamat dari di akses oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab? Bagaimanakah tahap keselamatan yang
terdapat di dalam server2 yang menyimpan data-data kita? Server-server yang mudah di hack oleh para hacker
boleh menyebabkan segala maklumat peribadi dan data-data sulit jatuh ke tangan pihak yang tidak
bertanggungjawab. Tahap keselamatan di dalam mengakses ke server, network harus lah dipertingkatkan dari
semasa ke semasa.
5. Pembaziran masa
Pembaziran masa berlaku sekiranya terlampau lama bermain games, berchatting dan melayari laman-laman yang
tidak berfaedah. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan tetapi masa yang diperuntukkan mesti lah terhad. Paling terkini
laman sosial facebook, terdapat pelbagai applikasi dalam laman tersebut yang boleh diguna dan juga terdapat
fungsi untuk berchatting. Sesetengah syarikat menyekat access ke laman tersebut kerana ianya boleh
mengurangkan produktiviti pekerja terhadap kerja mereka.
Read more: http://alyadina.blogspot.com/2010/08/kebaikan-dan-keburukan-internet.html#ixzz1DT9nkYRI

Anda mungkin juga menyukai