Anda di halaman 1dari 6

LAMAN SOSIAL

Karangan : Kebaikan & Keburukan Laman Sosial


Pendahuluan
Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat
popular di Malaysia. Laman sosial seperti Facebook, My Space,
Friendster, Twitter dan sebagainya mendapat perhatian
masyarakat di negara ini terutamanya golongan remaja. Laman
sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi satu trend dalam
kehidupan masyarakat masa kini. Remaja kini telah menjadikan
penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi
kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang
terdapat di laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian
masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung, penggunaan laman
sosial ini telah memberikan kesan positif dan negatif terhadap gaya
hidup para remaja.
Sebagaimana yang kita ketahui,penggunaan laman sosial
dapat menambah kenalan yang baru di samping hubungan yang telah
lama terputus dapat dieratkan semula. Apabila seseorang itu telah
menamatkan sesuatu pengajian di sekolah menyebabkan mereka telah
terputus hubungan antara satu sama lain. Laman sosial ini digunakan
sebagai suatu medium utama untuk mencari kenalan lama yang telah
terputus. Mereka dapat mengetahui kerjaya yang telah diceburi oleh
rakan dan dapat berinterasi antara satu sama lain. Gambar yang telah
diletakkan di dalam profil juga boleh dilihat dan dikomen oleh semua
rakan. Mereka juga dapat menyampaikan maklumat seperti
mengadakan satu perjumpaan di sesuatu tempat dengan
mengumpulkan guru-guru dan rakan-rakan. Perkara ini menjadi mudah
kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan cara menggunakan
kemudahan yang sedia ada. Jadi jelaslah bahawa penggunaan laman
sesawang sosial boleh menambahkan kenalan yang baru.
Selain itu,ramai remaja juga menghabiskan masa mereka dengan laman sosial.
Dengan adanya laman sesawang sosial, mereka dapat mengisi masa lapang
mereka dengan melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping
mengisi masa lapang ada antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi
melalui laman sesawang sosial seperti Facebook dan Twitter. Mereka juga dapat
menjadikan laman sesawang sosial tersebut sebagai alternatif untuk
menambahkan pendapatan bulanan mereka. Orang ramai boleh membeli
dengan mengklik di laman sesawang dan barangan tersebut akan dihantar
melalui pos laju. Siapa sahaja yang berminat untuk membeli barangan tersebut
hanya membayar dengan memasukan wang ke dalam bank yang telah
ditetapkan oleh penjual. Oleh itu, medium ini dapat menjimatkan masa dan tidak
perlu bersesak-sesak di pusat membeli belah untuk membeli sesuatu barangan.
Penggunaan laman sosial bukan sahaja mendatangkan kesan yang positif malah
mendatangkan kesan negatif iaitu penggunaan laman sosial melalui internet
menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau pemalsuan. Hal ini
demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya
dalam kalangan remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang

baru dikenalinya melalui laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua
kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut. Sebagai
contohnya, perkara ini berlaku apabila pasangan dalam laman sosial menghantar
sistem pesanan ringkas(sms) untuk membuat temu janji dengan menyatakan
tempat dan masanya. Seterusnya, remaja perempuan tersebut akan pergi ke
tempat yang telah dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun demikian,
setibanya di tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman sosial itu, mereka
mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi mangsa rogol.

Selain itu,penggunaan laman sosial menyebabkan golongan remaja menjadi


lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang
menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik
minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan
berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka.
Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada
prestasi pelajaran dalam kalangan remaja. Hal ini akan menyebabkan mereka
mengabaikan pelajaran kerana tiada masa yang diperuntuk untuk mengulang
kaji pelajaran.Apabila berlangsungnya sesuatu peperiksaan markah yang
diperolehi merosot dari peperiksaan sebelum ini menyebabkan mereka tercaricari kesilapan yang telah dilakukan untuk diperbetulkan. Golongan pelajar yang
menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran
penggunaannya yang melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman
menyebabkan seseorang itu membazir masa.
Kesimpulannya, penggunaan laman sosial ini mendatangkan pelbagai kebaikan
dan keburukan kepada golongan remaja. Namun impak negatif yang wujud harus
diberi perhatian yang serius oleh pihak berkuasa untuk mengambil tindakan
yang sewajarnya terhadap laman sesawang sosial yang tidak bertanggungjawab.
Sebagai manusia yang berakal pastinya kita perlu menangkis setiap perkara
yang buruk. Pepatah ada mengatakan bahawa mencegah itu lebih baik
daripada mengubati".

Laman sosial mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya ialah :-

1. Berkomunikasi: Boleh menghubungi teman lama yang terpisah.


Mempertemukan sahabat lama terpisah. Kita boleh mencari kembali rakan-rakan
sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh
mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan
sebagainya. Talian hubungan dapat dikekalkan. Mengeratkan tali silatulrahim,
mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin seperti Twitter PM Dato Sri Najib,
bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat
menasihati, berkongsi pengalaman dan petua.

2. Boleh membantu mempromosi sesuatu.

Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di


laman sosial. Barangan dan perkhidmatan yang baik dapat disebarkan. Misalnya
masakan restoran yang enak dan murah dapat diketahui dengan meluas. Jenis
kamera yang terbaik untuk nilai wang ringgit dapat dibincangkan.

3. Mudah menyebarkan maklumat.


Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin
perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan
laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada
rakan-rakan. Mudah dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah
jens tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-kes
penipuan dan wajah penjenayah dapat disebarkan dalam usaha membanteras
jenayah.

4. Perkongsian maklumat/ilmu.
Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat
terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat
untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv
untuk mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengn
serta merta melalui twitter dan laman web tertentu. Peristiwa terkini dapat
diketahui serta merta. Imlu dalam bidang perubatan, teknologi dan sebagainya
juga dapat disebarkan.

Laman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan
kepada remaja sekiranya digunakan dengan betul. Tetapi kebanyakannya tidak
manfaatkan kemudahan seperti ini dengan sebaik-baiknya sehinggakan ada di
antara mereka yang salah guna sehingga mencetuskan kontroversi seperti
ugutan kepada individu tertentu.

Mengapa remaja taksub dengan laman web sosial seperti facebook.

1. Untuk perkongsian ilmu dan maklumat


Pelajar merupakan individu yang menggunakan kemudahan laman web sosial ini
bagi tujuan perkongsian maklumat dan ilmu dengan rakan-rakan. Bagi mereka,
dengan cara ini mereka boleh berbincang bersama rakan-rakan dengan pantas
tentang sesuatu masalah atau isu yang dikemukakan. Ada juga yang
memanfaatkannya dengan perkongsian maklumat tentang perniagaan.

2. Sekadar untuk mengisi masa lapang


Ramai remaja menghabiskan masa mereka dengan facebook. Dengan adanya
laman web sosial seperti ini, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan

melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang
ada antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman web
sosial seperti facebook dan twitter.

3. Untuk mencari pasangan hidup


Tidak dinafikan juga ada antara remaja yang melayari laman web sosial sematamata untuk mencari pasangan hidup. Dalam bahasa mudah, mencari teman
lelaki ataupun teman wanita. Adakah anda salah seorang daripada mereka?
Kepada mereka yang kesunyian dan masih single tu, silalah aktifkan diri anda
dengan laman web sosial.

4. Hendak menonjolkan imej diri/hendak pamer body yang mantap.


Sebab ini saya rasa adalah paling releven kenapa remaja terlalu taksub dengan
laman web sosial terutama facebook dan myspace. Tidak kira perempuan
ataupun lelaki, mereka berlumba-lumba mempamerkan wajah dan imej diri
dengan gaya yang istimewa termasuk kemantapan body masing-masing. Bagi
yang kacak dan cun memang menjadi kegilaan sesetengah individu.

5. Ingin mendapatkan berita terkini dengan cepat


Ada juga remaja yang taksub dengan laman web sosial kerana ingin
mendapatkan sesuatu info terkini dengan cepat dan pantas. Golongan ini
mungkin juga terdiri daripada golongan pelajar dan mereka-mereka yang suka
sesuatu yang baru. Perasaan ingin tahu dalam diri sangat tinggi.

6. Aplikasi menarik dan ketagih game


Laman web sosial seperti facebook menyediakan pelbagai aplikasi dan game
menarik kepada penggunanya. Bagi mereka yang ketagih dengan game,
facebook merupakan tempat atau medium terbaik untuk melepaskan gian
tersebut kerana setakat ini tiada laman web sosial lain yang dapat menandingi
facebook terutama aplikasi yang disediakan. Dengan adanya aplikasi seperti
akan menyebabkan remaja sanggup melayari facebook 24 jam dan sanggup
untuk tidak tidur pada waktu malam.

Keburukan laman sosial


1. Melalaikan/melekakan.
Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa
dengan tanggungjawab. Kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki
mahupun penulisan blog. Ianya mampu mengganggu tumpuan terutamanya jika

anda menyertai games, group provokasi/gossip dan sebagainya. Ketagihan


melayari laman web sosial ini menyebabkan produktiviti menurun dan
pendapatan bulanan sepatutnya diperoleh daripada bekerja disia-siakan dengan
aktiviti melalaikan. Pelajar akan abaikan pelajaran mereka.

2. Obses/ketagihan.
Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang
darinya. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika
bersosial di laman tersebut. Tidak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan
obses terhadap laman sosial. Ada yang mengurung diri dalam bilik berhadapan
dengan komputer buat beberapa hari berterusan kerana melayari web.

3. Terhakis pergaulan secara realiti.


Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online
berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan. Hubungan
sesama ahli keluarga dan jiran semakin renggang.

4. Gangguan kesihatan.
Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun
mental. Hal ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan
impak buruk terhadap tubuh badan. Sakit sendi, pening kepala, terjejasnya
penglihatan, obesiti, malah kanser kerana terdedah kepada radiasi komputer
merupakan fenomena biasa merosotnya kesihatan seseorang yang terlibat
dalam laman web sosial.

5. Gangguan oleh individu yang tidak dikenali.


Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi. Sebab itu
perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda.
Penipuan wang, cinta dan sebagainya sering berlaku. Fitnah dan tohmahan
terhadap seseorang disebarkan. Ini memalukan mangsanya.

6. Boleh meruntuhkan rumah tangga/menjurus ke arah keghairahan maksiat.


Termasuk mempengaruhi remaja berzina. Remaja perempuan terjebak dalam
gejala zina berpunca daripada Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah
dengan kata-kata pujian serta pujaan lelaki menerusi Facebook sehingga
membawa perbuatan zina. Gambar-gambar lucah disebarkan. Seks maya
dijalankan kerana identiti sebenar tidak diketahui. Facebook juga menyebabkan
berlaku kes perceraian kerana suami atau isteri curang selepas berkenalan
dengan kekasih menerusi laman web social

Pada kesimpulannya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)


menerusi sebuah kenyataan sebelum ini berkata, kematangan berfikir penting
bagi setiap individu yang menggunakan media baru seperti laman web sosial
untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya. Pendek kata,
apa yang penting ialah semua pihak perlu berhati-hati, cermat dan
bertanggungjawab ke atas segala maklumat yang ingin disebarkan serta
dikongsi agar ia tidak membawa padah kepada diri dan orang lain

Anda mungkin juga menyukai