Anda di halaman 1dari 2

USAHA-USAHA MENGATASI MASALAH PENAGIHAN NAJIS DADAH DALAM

KALANGAN REMAJA

Sekiranya tirai sejarah disingkap, dadah pada mulanya sebagai ubat untuk
menyembuhkan atau mengurangkan kesan-kesan panyakit kronik. Penemuan dadah sebagai
penawar mujarab kepada penyakit telah membuka lembaran baru dalam sejarah perubatan
kerana penyakit seperti batuk dapat disembuhkan hanya dengan penggunaan dadah.
Kendatipun demikian, dadah, sekiranya diambil dalam kuantiti yang berlebihan dan tidak
terkawal, pasti akan menghadirkan kebinasaan kepada bangsa dan negara.

Selaras dengan isu yang diutarakan, ibu bapa harus memainkan peranan yang dominan.
Mereka seharusnya tidak bersikap materialistic dan patut meluangkan masa untuk anak-anak.
Mereka perlu menunjukkan teladan yang baik untuk anak-anak mereka dan tidak bersikap bagai
ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Tindakan ibu bapa meluangkan masa bersama-sama dengan
anak akan menyebabkan anak berasa selamat dan tidak akan menbcuba atau terjerumus ke lembah
dadah. Mereka akan berasa gembira di samping keluarga tersayang dan tidak akan keluar mencari
keseronokan lalu terjebak dalam pergaulan yang tidak senonoh. Selain itu, ibu bapa juga boleh
memainkan peranan dengan memantau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa harus memastikan
anak mereka bergaul dengan rakan-rakan yang berfikiran positif dan bukannya dengan rakan yang
telah menjaddi hamba dadah. Jika mereka bergaul dengan rakan yang negative, sudah tentu mereka
akan terpengaruh bak kata pepatah, ‘ibarat masuk ke kedai arak, jika tidak meminumnya sekalipun
baunya tetap terpalit’. Oleh hal yang demikian ibu bapa harus mendidik anak mereka sejak kecil lagi
agar bijak menilai antara kaca dan permata supaya anak mereka tahu akan bahana penagihan dadah
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan yang
dominan dan mengambil langkah proaktif untuk mengatasi masalah penagihan dadah dalam
kalangan remaja.

Jika ditinjau dari skop yang lain, masyarakat juga memikul tanggungjawab mencegah
masakah dadah dalam kalangan remaja. Pengawasan terhadap aktiviti-aktiviti remaja terutamanya
lelaki harus dilakukan pada setiap masa. Walaupun terdapat pepatah Melayu mengatakan ‘ jangan
menjaga tepi kain orang’ tetapi pengcualian harus dibenarkan jika berurusan dengan masalah social
terutama dengan musuh nombor satu negara. Kebiasaannya, remaja yang menagih dadah akan
mencari tempat yang sunyi untuk dijadikan kubu bagi melampiaskan keinginan mereka. Jika kelibat
remaja seperti ini dikesan masyarakat di kawasan tersebut wajar bertindak segera agar nasi tidak
menjadi bubur. Oleh sebab itu, masyarakat harus berganding bahu dengan pihak polis dan badan-
badan pertubuhan antidadah seperti PEMADAM bagi menangani masalah ini. Sokongan moral dan
juga sumbangan kudrat amat digalakkan bagi menjayakan kempen-kempen yang dilaksanakan oleh
kerajaaan. Izharnya, usaha masyarakat dalam memberi kerjasama terhadap pihak penguatkuasa
merupakan penawar yang mujarab bagi memerangi penagihan dadah dalam kalangan remaja.

Sejajar dengan persoalan yang dibangkitkan, pihak kerajaan turut memainkan peranan
dominana dalam usaha mengatasi masalah penagihan najis dadah dalam kalangan remaja. Kempen
Antidadah dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia sayugia dianjurkan secara holistic di
seluruh negara. Semua sekolah khususnya sekolah menengah wajar menganjurkan pelbagai aktiviti
seperti melukis poster, ceramah serta kuiz bersempena dengan kempen tersebut. Kesedaran
bahawa dadah itu musuh nombor satu negara haruslah disuntik dalam sanubari setiap pelajar.
Pelajar harus dididik tentang kesan buruk akibat ketagihan dadah dan cara untuk mengelakkan diri
daripada terjerumus dalam kancah dadah. Selain itu, pihak sekolah harus mengetatkan peraturan
sekolah. Pelajar yang ditangkap menagih dadah tidak wajar dipandang enteng dan perlu dikenakan
hukuman yang berat seperti dibuang sekolah dan didakwa oleh pihak polis. Khidmat kaunseling juga
perlu disediakan untuk remaja yang disyaki menagih dadah untuk membimbing mereka semua ke
arah jalan yang sebenar. Hal ini demikian kerana kebanyakan penagih dadah berasal daripada
keluarga yayyng porak peranda. Izharnya, peranan pihak kerajaan khususnya pihak sekolah jelas
diperlihatkan dalam usaha untuk membendung gejala najis dadah yang menular dalam kalangan
muda mudi.

Secara tuntasnya, semua pihak seperti masyarakat, ibu bapa dan pihak kerajaan patut
bergerak sederap, senada dan setempo mengalun rentak tari mengikut gendang yang dipalu untuk
membasmi kemelut ini hingga ke akar umbinya. Sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing patut dihindari dalam sanubari semua lapisan masyarakat . Seperkara lagi,
masyarakat haruslah menggembleng tenaga bagi meminimumkan impak penagihan najis dadah
dalam kalangan remaja yang disifatkan sebagai pelapis generasi dan pemimpin warisan pada masa
yang akan dating. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara akan menjadi omongan hambar
semata-mata dan sinomin dengan peribahasa indah khabar dari rupa. Kita perlu ingat bahawa dadah
merupakan musuh utama di negara kita. Dengan dadah, remaja tidak dapat merealisasikan
Wawasan 2020 dan modal insane berkualiti tidak dapat dihasilkan. Untuk membentuk sebuah
masyarakat yang kukuh moral dan etikanya seiringan dengan cabaran keempat Wawasan 2020,
dadah haruslah dibasmi agar Malaysia dapat menghasilkan pemimpin yang bakal membanggakan
seluruh komuniti Malaysia dan seterusnya bergemerlapan di pentas sarwajagat.

Anda mungkin juga menyukai