Anda di halaman 1dari 1

Ibu bapa berperanan penting dalam usaha membendung masalah penyalahgunaan dadah yang kian

menghambat dalam golongan remaja kini. Mereka haruslah meluangkan masa yang secukupnya dan
menyediakan sebarang keperluan serta pendidikan baik formal mahu tidak formal kepada anak-
anak mereka sejak kecil bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu,
sikap ambil berat dan kasih sayang serta penyayang daripada ibu bapa terhadap anak-anak
mereka juga mampu menghindari para remaja daripada terjerumus dalam penyalahgunaan dadah.
Sehubungan dengan itu, anak-anak juga wajib diberikan pendidikan agama yang secukupan dan
diawasi segala pergerakan dan pergaulan mereka. Jelaslah bahawa pembentukan sahsiah banyak
bergantung terhadap institusi keluarga yang stabil.

Selain itu, pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah merupakan salah satu cara untuk
mengatasi isu ini. Pendidikan berkenaan dilaksanakan dengan tujuan bukan sahaja mendidik tetapi
juga memberikan maklumat mengenai bahayanya penyalahgunaan dadah sebelum terlalu lambat.
Usaha melaksanakan program-program seperti Program Intelek Asuhan Rohani juga boleh
diadakan untuk menyedarkan para remaja mengenai risiko dan kesan buruk penyalahgunaan
dadah dan secara tidak langsung mempengaruhi mereka menjauhi najis dadah. Peranan pihak
sekolah amat penting dalam menerapkan budaya remaja benci dadah dan seterusnya membantu
mereka menjauhi najis dadah sebelum ia menjadi parah. Kita dapat bayangkan bahawa jika isu
tersebut tidak dibendung, masalah ini akan terus mengancam dan menggugat kesejahteraan
negara. Sudah tentu kita tidak ingin para remaja terjerumus dalam jurang kehinaan ini.

Tambahan pula, pihak kerajaan dan pihak berkenaan bertanggungjawab menegaskan dan
mengetatkan hukuman dan undang-undang bagi kesalahan penagih dan pengedar dadah untuk
menghapuskan sindiket dadah dan mengelakkan masalah penggunaan dadah daripada berleluasa.
Hal ini kerana tanpa pengedar dadah, penagih dadah akan sukar untuk memperolehi dadah. Pihak-
pihak berkaitan juga boleh terlibatkan dalam usaha peningkatan kesedaran dengan mengadakan
kem-kem motivasi, ceramah dan forum untuk memberikan informasi dan mewujudkan kefahaman
tentang kebahayaan dadah. Agensi yang ditubuhkan seperti Biro Kawalan Narkotik juga patut
memperkemaskan jentera untuk memantau penagih dadah supaya tidak kembali kehidupan
penyalahgunaan dadah serta mengawal sebarang pegerakan dadah dalam masyarakat.

Akhir sekali, kesedaran diri merupakan langkah yang paling efektif dalam usaha membanteras
masalah ini. Hal ini demikian kesedaran diri penting dalam membentukkan minda yang positif agar
dapat melakukan sesuatu dengan pemikiran yang rasional. Seorang remaja yang mempunyai
kesedaran diri akan sentiasa mengingatkan diri tentang kehidupannya pada masa hadapan.
Remaja kini terlalu terdedah kepada pergaulan sosial yang tidak sihat dan seterusnya
terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah. Mereka perlu mampu membezakan antara
yang baik dan yang buruk serta bijak tidak mengikut telunjuk rakan-rakan kerana ‘ikut hati mati
ikut perasaan binasa’.

Anda mungkin juga menyukai