Anda di halaman 1dari 2

1. Penagihan dadah dalam kalangan masyarakat semakin membimbangkan.

Pada
pandangan anda, apakah punca masalah penagihan ini dan kesan-kesan yang
timbul akibat penagihan dadah ini?

Pengenalan:
Masalah penagihan dadah dalam kalangan remaja semakin parah dan
membimbangkan masyarakat dan negara. Setiap minit, ada penagih baru yang
dikesan, walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan dalam
membanteras penyalahgunaan dadah. Ironinya, semakin giat usaha untuk
mengekang dadah, semakin ramai generasi muda yang terbabit dalam najis dadah
ini.

Isi-isi: Punca penagihan dadah ini.

 Peranan ibu bapa mendidik dan membimbing anak-anak kurang berkesan.


 Tidak mengawasi pergaulan anak sesama rakan dan memberi kepercayaan
sepenuhnya.
 Pergaulan anak-anak yang melampaui batas hingga menikmati keseronokan dengan
cara salah.
 Amalan nilai-nilai murni dan agama tidak diterapkan ke dalam jiwa anak-anak.
 Jiwa anak-anak kosong dan tidak berupaya menangkis pengaruh luar yang hebat.
 Sikap dan penerimaan negatif masyarakat serta keluarga terhadap bekas penagih
menyebabkan remaja tertekan dan kembali menagih.
 Penagih dadah tidak serik dengan hukuman yang sedia ada. Undang-undang yang
lebih ketat perlu dikenakan terhadap penagih seperti sebatan rotan dan penjara agar
mereka insaf dan tidak berani mengulanginya semula.
 Pengedar dadah masih tidak takut hukuman gantung sampai mati hingga sanggup
menjual dadah kepada anak bangsa bagi mengaut keuntungan haram.
 Mudahnya dadah dibawa masuk ke negara ini dan berupaya membolosi perairan
negara daripada pengawasan pihak berkuasa.

Isi-isi: Kesannya terhadap masyarakat dan negara.

 Keluarga menjadi porak-peranda. Akibat ketagihan dadah, penagih sanggup


menggadai maruah diri semata-mata untuk membeli dadah. Bahkan ada yang
sanggup mencuri, mencederakan ahli keluarga bagi mendapat duit membeli dadah
Ada juga penagih sanggup bertindak di luar batasan dengan membunuh hanya kerana
dadah.
 Masyarakat tidak dapat menerima penagih dadah yang dianggap sebagai sampah
masyarakat. Malahan ada keluarga yang disisihkan oleh masyarakat dan
menanggung malu kerana ada ahli keluarga yang terlibat dengan dadah.
 Kehadiran penagih dadah akan menjejaskan pembangunan sesebuah negara.
Peningkatan masalah sosial seperti perompakan, jenayah, penculikan dan
pembunuhan.
 Keharmonian negara terjejas kerana rakyatnya yang menagih dan tidak berupaya
bekerja untuk meningkatkan pembangunan negara.
 Keselamatan negara tergugat kerana rakyatnya lemah dan tidak ada keupayaan
menentang musuh.
 Masyarakat dan negara akan mudah dijajah oleh pihak luar yang mengambil
kesempatan.

Anda mungkin juga menyukai