Anda di halaman 1dari 6

Dadah pemusnah bangsa

Bersama menghindari najis dadah dalam kalangan masyarakat.

Isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat bukanlah satu isu yang baru di
negara kita hari ini. Bertanya pada diri sendiri apakah nilai sebuah bangsa andai rakyatnya
merupakan penagih najis dadah sehinggakan lambakan penagih yang menghuni pusat
pemulihan mahupun dikaki-kaki lima?.
Terpampang didada akhbar mahupun kedengaran dicorong-corong radio tempatan
mengenai isu penyalahgunaan dadah yang makin berleluasa tanpa mengenal usia, agama dan
bangsa. Layakkah negara merdeka seperti kita hari ini, mempunyai isu berkaitan penagihan
dadah dalam khalayak yang didambarkan bersifat produktif, sihat dan proaktif?.
Apa itu dadah?
Dadah atau drug adalah bahan atau
kimia yang amat merbahaya kepada individu
yang menggunakannya kerana ia mengubah
cara minda dan tubuh manusia berfungsi.
Dadah merupakan satu istilah khas
yang merujuk kepada sejenis bahan yang
mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan
seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi
Keratan akhbar mengenai penyalahgunaan dadah

serta

tingkah

digunakan.

laku

Akibat

pengguna
daripada

apabila

kesan

ini,

seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung
hidup kepadanya. Tanpa disedari, kita sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis
dadah dalam hidup kita.
Dadah dan tamadun manusia.
Menyingkap sejarah peradaban manusia, kewujudan dadah dalam organisasi sistem
tamadun manusia adalah sejak lebih kurang 5000 tahun dahulu di mana dadah yang dibawa
masuk ke negara Arab oleh orang-orang Parsi yang tidak beragama seperti yang dinyat akan
oleh Al-Muqrisi dalam kitabnya yang bertajuk Al-Hitat.
1

Sejarah pergunaan dadah di Malaysia bermula pada awal kurun ke-19, apabila orang
Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu membawa bersama-sama budaya mereka iaitu
menghisap candu. Kebanyakkan orang Cina menghisap candu untuk melupakan segala
permasalahan yang dihadapi oleh mereka kerana dengan menghisap candu ianya boleh
mengkhayalkan dan seterusnya boleh melupakan masalah untuk seketika nanti.
Permulanya pada abad ke 19, ketika ini ramai buruh dari China dan India Selatan datang
beramai-ramai ke tanah melayu dan tujuan mereka adalah bekerja. Seperti yang kita ketahui
golongan pendatang bekrja sebagai buruh di lombong timah, ladang getah dan juga lada hitam.
Pengguanan dadah oleh mereka pada ketika itu meningkatkan produktiviti kerja mereka seaya
memberi kesan kepada ekonomi negara pada ketika itu.
Dadah hari ini.
Negara kita melalui arus pengbangunan dan berkembang mengikut arus peredaran
masa. Masyarakat kita hari ini tidak perlu lagi bersusah payah dalam mencari rezeki kerana
zaman globalisasi hari ini semuanya di hujung jari. Persoalannya kini, wajarkah penggunaan
dadah dalam kehidupan masyarakat kita hari ini?. Penagihan dadah seolah-olah menjadi satu
budaya disesetengah tempat di Malaysia dan kajian menunjukkan bangsa melayu merupakan
penghuni tangga teratas dalam masalah penagihan dadah.

Peratusan penagihan dadah mengikut kaum di Malaysia.

Penyalahgunaan dadah pada masa kini tidak mengira umur, status, jantina, bangsa dan
agama. Dadah seolah-olah menjadi keperluan asas kepada kehidupan mereka sehingga ada
segelintir dari mereka bertindak agresif dan melakukan jenayah untuk memperoleh dadah.
Apa kesistimewaan dadah dan apa kandungan yang menyebabkan ketagihan sehingga
mereka yang menagih hilang pertimbangan sebagai manusia. Begitu banyak persoalan yang
timbul sehingga wujud penyelidikan mengenai isi kandungan dadah mengikut jenis dan cara
digunakan. Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat kita hari ini andai ditanya mengenai
jenis dadah mereka akan menjawab dua jenis dadah iaitu ganja dan syabu sedangkan dadah
memiliki lebih beribu-ribu jenis serta digunakan lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai
tujuan.
Pengelasan dadah dan sebab penggunaan

Opiat dan Opiat sintetik

Stimulan

Ganja

Halusinogen

Depresen

Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang

Contoh dadah jenis pil yang dikenali sebagai Ecstacy

disalah guna
Secara am nya dadah diketegorikan kepada enam jenis dan pengelasan ini dibuat
mengikut cara dadah tersebut digunakan. Penggunaan dadah terbahagi kepada beberapa cara
antaranya ialah menelan, menyuntik, menghisap dan menghidu.
Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar
daripada penagih dadah adalah dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun. Sebahagiannya
adalah belia-belia yang masih bersekolah atau pengajian tinggi. Apakah punca yang
menyebabkan mereka terjebak dengan permasalahan ini?. Antara faktor yang mendorong
mereka menyalahgunakan adalah kerana keseronakkan dan ingin mengetahui seterusnya
menjadi ketagihan.
Selain itu, pengaruh rakan-rakan juga menjadi punca mengapa mereka terjebak dengan
najis dadah disamping ingin mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah
kehidupan. Kurangnya didikan agama serta perhatian keluarga juga menjadi dorongan

mengapa mereka boleh terpengaruh. Individu yang terjebak berkemungkinan menganggap diri
mereka tidak lagi disayangai atau dieendah oleh masyarakat sekeliling.
Kebergantungan terhadap dadah
Penggunaan dadah adalah dilarang sama sekali sama ada dalam negara Malaysia ini
malah dalam segenap agama juga dadah diharamkan hukumnya andai penggunaannya bukan
bertujuan kebaikan.
Firman Allah S.W.T
..Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..
(al-Baqarah : 195)
Melihat dari potongan ayat al-Quran ini jelaslah bahawa hukum penyalahgunaan dadah
adalah haram disisi agama apatah lagi sehingga menyebabkan kebergantungan terhadap najis
ini. Kebergantungan terhadap dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi
atau kedua-duannya yang wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada
waktu-waktu tertentu.
Kebergantungan individu terhadap dadah terbahagi kepada dua iaitu kebergantungan
secara fizikal dan secara psikologi. Kebergantiungan secara fizikal ialah satiu keadaaan di
mana badan penagih memerlukan dadah untuk proses fisiologi yang biasa dan jika penggunaan
dadah dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tertentu dan negatif.
Tanda-tanda tertentu dari segi tingkah laku dan fizikal seseorang penagih dadah yang
ditunjukkan ketika tidak menggunakan dadah dalam masa tertentu dan antara tandanya ialah
sakit perut, cirit-birit, menggeletar dan sebagainya.
Manakala, kebergantungan secara psikologi pula merupakan satu keadaan di mana
penagih mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi
secara normal serta mencapai ketenangan jiwa. Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada
dadah apabila penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian
mengatasi keperluan-keperluan hidup yang lain seperti makanan dan minuman.
Selain itu, kita dapat melihat individu akan mengalami gejala tarikan dan berasa
terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba mengurangkan atau
berhenti menggunakan dadah dan tidak lagi dapat mengawal jumlah serta kekerapan

penggunaan. Kebergantungan terhadap dadah yang dialami oleh individu ini akan memberi
kesan kepada individu itu sendiri, keluarga, masyarakat dan juga negara.
Kesan penggunaan dadah
Kesan kepada individu adalah penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat
umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah. Kesan dari segi
fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.
Penagih juga akan menjadi lemah dan daya tahan penyakit amat rendah lantas mudah dijangkiti
penyakit.
Penyalahgunaan

dadah

turut

memberi kesan kepada institusi keluarga


di mana akan menjatuhkan maruah dan
nama baik keluarga serta membebankan
keluarga kerana terpaksa menghabiskan
wang,

masa

dan

tenaga

untuk

merawatnya. Selain itu, rumah tangga juga


akan mengalami porak peranda dan
mungkin berlaku penceraian disebabkan
keganasan

dalam

kalangan

anggota

Kesan penyalahgunaan dadah terhadap individu

keluarga.
Seterusnya, penyalahgunaan dadah akan memberi kesan kepada masyarakat dengan
mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah dan perpaduan, pembangunan dan
kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah. Selain
itu, persengketaan dan perselisihan antara masyarakat akan berlaku akibat penglibatan anggota
masyarakat dengan dadah.
Rentetan dari permasalahan yang wujud dalam kalangan masyarakat akan memberi
kesan kepada negara di mana negara terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada
masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan. Negara juga akan mengalami kehilangan dan
ketandusan generasi muda bagi menggantikan pemerintahan mereka disamping negara kadar
jenayah negara akan meningkat. Penyalahgunaan dadah banyak memberi kesan negatif kepada
individu, keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu, sebagai langkah untuk mengatasi kerajaan
telah meminda dan menetapkan beberapa perundangan berkaitan dengan permasalahan
penyalahgunaan dadah di negara ini.
5

Undang-undang dan langkah mengatasi


Kerajaan

telah

menetapkan

beberapa undang-undang berkaitan isu


dadah seperti Akta Dadah Berbahaya
1952, Akta Penagih Dadah (rawatan dan
pemulihan) 1983-pindaan 1998 dan
Akta Racun 1952 adalah bertujuan untuk
mengawal kadar penyalahgunaan dadah
di negara ini.
Selain

itu,

tujuan

kerajaan

mewujudkan perundangan ini adalah


untuk menakutkan para penagih agar
berubah di samping membantu mereka
yang terjebak untuk kembali ke pangkal
jalan.
Untuk

mengatasi

masalah

penyalahgunaan dadah ini, semua pihak


perlu bijak memainkan peranan agar
musuh numbor satu negara ini dapat
dihapuskan

dan

berjaya

mengelak

budaya ketagihan dadah dalam kalangan


Akta-akta berkaitan penyalahgunaan dadah

masyarakat di Malaysia. Sesungguhnya


dadah

merupakan

perosak

dan

pemusnah negara serta bangsa oleh itu, penghapusan serta pengharaman terhadap penggunaan
dadah harus diperketatkan lagi. Konklusinya untuk merubah sesuatu pekara yang besar kita
memerlukan satu titik kecil, titik kecil yang menjadi permulaan kepada perubahan yang besar.
Oleh itu, untuk membendung permaslahan ini perlulah di mulakan di peringkat institusi
keluarga dahulu kerana ibu bapa memainkan peranan penting dalam kehidupan anak-anak.
Bersama-samalah kita menentang musuh negara ini disamping membantu mereka yang
terjebak dengan najis dadah ini untuk kembali ke pangkal jalan dan bukannya menghidari
mereka sambil melabelkan mereka sebagai sampah.

Anda mungkin juga menyukai