BENCANA PEMIKIRAN
“GOLONGAN ISLAM LIBERAL”
Motto:
خ َفوْ نَ َعلَ ْينَا َأفَمَن ُي ْلقَى فِي النّارِ خَ ْيرٌ أَم مّن َي ْأتِي آمِنًا
ْ َحدُو نَ فِي آيَاتِنَا لَا ي
ِ ْإِنّ اّلذِي َن ُيل
ي
ٌ َِي ْومَ اْلقِيَا َمةِ اعْ َملُوا مَا شِ ْئُتمْ إِّنهُ بِمَا َتعْ َملُونَ َبص
"Sesungguhnya orang-orang yang ingkar (serta menyimpang ) dalam
memahami ayat-ayat Kami mereka tidaklah tersembunyi dari pengamatan
Kami. Apakah orang yang dicampak ke neraka lebih baik ataukah orang
yang datang dengan rasa aman pada hari kiamat kelak. Buatlah apa yang
kamu suka namun Allah maha melihat apa yang kamu kerjakan.”
Pendahuluan
Sejarah pertembungan Islam dan kufr di bumi Allah ini begitu lama dan
berlanjutan. Sejak Rasulullah diutus; Iblis, kafir, Syaitan, dan golongan yang murtad
dan munafiq tidak jemu-jemu berperanan untuk menumpaskan ajaran ini
keseluruhannya atau sebahagiannya. Selain dari Iblis maka tiga serangkai puaka
yang terus menghantui umat ialah Imprealisme, Orientalisme dan Zionisme. Dari tiga
puaka ini muncul puaka-puaka baru berupa golongan dan fahaman yang
menyimpang dan mencemari akidah dan budaya umat. Fahaman seperti
sekularisme, materialisme, komunisme, liberalisme dan berbagai isme-isme baru
yang umumnya membawa keherotan dalam manhaj berfikir dan membuat
pertimbangan.
Di antara fahaman dan amalan baru tersebut ialah apa yang dipanggil sebagai
golongan Muslim atau Islam Liberal. Golongan ini secara umum menjadikan
perjuangan mereka beredar sekitar pemisahan agama dari negara, hak asasi
manusia, hak dan kebebasan wanita, demokrasi kebebasan berfikir dan
pembangunan atau kemajuan manusia. Isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka
sering ditangani dari perspektif yang menyimpang dari pengertian dan norma-norma
Islam yang sah atau melampaui batas-batas syara’.
____________________________________________________________________________________________
Muka 1
Wacana Semasa : Di Sebalik Islam Liberal
Bencana Pemikiran “Golongan Islam Liberal”
Menurut pengamatan penulis golongan ini muncul - antara lain - adalah hasil:
____________________________________________________________________________________________
Muka 2
Wacana Semasa : Di Sebalik Islam Liberal
Bencana Pemikiran “Golongan Islam Liberal”
Pemangkin Khusus
“The terrorist threat against the United States is now defined as “Islamist
extremism" - not just al-Qaeda. The Pentagon document identifies the
"primary enemy" as "extremist Sunni and Shia movements that exploit Islam
for political ends" and that form part of a "global web of enemy networks.”
Recognizing that al Qaeda's influence has spread, the United States is now
targeting some two dozen groups--a significant change from the early focus
on just al Qaeda and its leadership.”
____________________________________________________________________________________________
Muka 3
Wacana Semasa : Di Sebalik Islam Liberal
Bencana Pemikiran “Golongan Islam Liberal”
Sebenarnya untuk lebih mengenal Islam Liberal secara lebih dekat kita perlu
mengamati corak dan jalur pemikiran Islam Liberal ini secara terperinci. Menurut
beberapa penulis tempatan aliran pemikiran golongan ini ditandai oleh beberapa
perkara berikut:
____________________________________________________________________________________________
Muka 4
Wacana Semasa : Di Sebalik Islam Liberal
Bencana Pemikiran “Golongan Islam Liberal”
Walaupun gerakan Muslim Liberal ini rata-rata asalnya adalah terdiri dari
segelintir kalangan orang Islam sendiri tapi pendokong aliran ini terdiri dari berbagai
kalangan antara bangsa dan non muslim. Individu dan institusi asing ini ikut
menyemarakkan perjuangan kumpulan ini dengan sokongan informasi, bantuan
kewangan dan kemudahan bergerak; samada secara individu mahupun institusi.
Antara penatar dan penyokong aliran ini ialah Charles Kurzman. Beliau banyak
menulis dan mendokong fahaman ini di persada antarabangsa dan di Amerika
khasnya. Beliau juga cenderung mengutip petikan tulisan golongn Islam Liberal
dalam tulisannya sebagai hujjah. Antara petikan beliau yang terbaru ialah:
Selain beliau ialah Leonard Binder's yang pernah menulis sebuah buku
bertajuk Islamic Liberalism: A Critique of Development Ideologies. Beliau
menegaskan betapa Islam Liberal adalah kumpulan harapan yang boleh membawa
penyelesaian kepada masalah dunia ketiga termasuk dunia Islam.10
____________________________________________________________________________________________
Muka 5
Wacana Semasa : Di Sebalik Islam Liberal
Bencana Pemikiran “Golongan Islam Liberal”
Juga Olivier Roy. Beliau pernah menulis sebuah buku yang bertajuk The Failure
of Political Islam, Harvard University Press (1994), dengan garang beliau
menegaskan kebenciannya terhadap golongan Islamis:
JIL Indonesia
Ketika menyesali keputusan muktamar Muhammadiyah baru-baru ini kerana tidak
memilih pemimpin perempuan maka seorang penulis dalam web JIL Indonesia
menulis dengan penuh sinis dan kesal:
“Batalnya kuota perempuan dalam Muktamar ke-45 ini merupakan satu dari
sekian tanda-tanda dari kekalahan kelompok atau gagasan liberal dalam
organisasi modernis ini. Kekalahan ini akan semakin komplit jika nanti
Muhammadiyah betul-betul mendukung penerapan syariat Islam di
Indonesia.”12
Golongan Islam Liberal ini bukan hanya bergerak dalam lapangan pemikiran dan
budaya tetapi juga dalam lapangan politik. Kombinasi usaha Islam Liberal dalam
berbagai lapangan ini mengukuhkan kuasa politik golongan ini. Umumnya
pemerintahan golongan liberal dalam masyarakat Islam banyak membibitkan
kerosakan dalam struktur sistem politik, penipuan rasuah, kezaliman dan
kekecewaan dunia dan akhirat. Mereka mewakili bentuk pemerintahan yang buruk
dan korup seperti yang yang dikupas oleh seorang penulis muslim berdasarkan
hadith-hadith Rasulullah.
Ustaz Ahmad al-Khatib dari Quds menerangkan lapan kategori pemerintah yang
buruk berdasarkan hadith nabi:
____________________________________________________________________________________________
Muka 6
Wacana Semasa : Di Sebalik Islam Liberal
Bencana Pemikiran “Golongan Islam Liberal”
bimbang apa-apa terhadap umatku kecuali bimbang terhadap para pemerintah yang
menyesatkan (mereka). Penggunaan perkataan “kecuali” di sini membawa makna
yang tersendiri.
Thauban meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Apa yang aku
bimbangkan ialah (bimbang) terhadap para pemerintah yang menyesatkan (umat).”
Di sini Rasulullah gunakan gaya ungkapan pengukuhan dan umum untuk
menyedarkan (umat) tentang bahaya mereka.
Kalau kita amati isu ini dan kaji telatah para pemerintah yang menyesatkan umat
ini ternyata mereka lebih bahaya dari mana-mana regim pemerintah yang buruk. Ini
kerana mereka mengamalkan pendekatan mengeliru dan menyesatkan. Perbuatan
tersebut mungkin menjebak umat dalam kekufuran.
2) Umara’ al-Safahah atau Para Pemerintah yang Berfikiran Cetek. Mereka tidak
mengikut jejak-langkah Rasul, tidak mengamalkan sunnah, suka berdusta dan
menganiaya orang lain.
Ibnu Sa’id meriwayatkan dari Nabi bahawa: Akan wujud para pemerintah yang
dikerumuni oleh para penasihat yang korup dan rendah akhlak melakukan
pembohongan dan kezaliman. Ka’ab meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
Selepas era aku akan wujud pemerintah yang engkar dengan perintah Allah. Siapa
yang ikut serta dalam (kerajaan) mereka, menolong mereka melakukan kezaliman
maka dia bukan daari kalangan (umat)ku dan aku bukan dari kalangannya. Tapi
siapa yang tidak bersekongkol dengan mereka dan tidak membantu mereka
melakukan kezaliman maka dia adalah dari kalangan (umat)ku dan aku dari
kalangannya. Omar Ibnu al-Khattab berkata: Aku mendengar Rsulullah berdoa
(dengan doa berikut): Ya Allah aku berlindung kepada Mu dari “A‘Immatu al-Kharj”
yang mengheret umat ke (arena) kezaliman. Jabir Bin Samurah berkata bahawa
Rasulullah bersabda: Tiga gejala yang paling aku takuti melanda umatku: berubat
dengan mengharapkan berkat bintang-bintang, kezaliman pemerintah dan
mendustkan qada’ qadar. Dalam hadith ini Nabi menghubungkaitkan tiga bentuk
kejahatan, kezaliman penguasa dengan amalan khurafat pendukunan jahiliah dan
perbuatan kufur. Salman meriwayatkan sabda Rasulullah: Tiga golongan tidak akan
____________________________________________________________________________________________
Muka 7
Wacana Semasa : Di Sebalik Islam Liberal
Bencana Pemikiran “Golongan Islam Liberal”
masuk syurga, orang tua yang berzina, pemerintah yang berdusta dan pemimpin
keluarga yang bongkak.
____________________________________________________________________________________________
Muka 8
Wacana Semasa : Di Sebalik Islam Liberal
Bencana Pemikiran “Golongan Islam Liberal”
bebanan kepada kalian dan terpaksa dibuat rela atau tidak rela. Layanan yang paling
sesuai untuk mereka ialah kalian tidak perlu mengambil pemberian mereka dan tidak
perlu hadir dalam majlis mereka.
Sikap buruk dan jahat dari kalangan pemerintah dan elit cendekiawan ini adalah
kerana kesan keruntuhan akidah, ibadah, moral dan spiritual. Mereka tidak lagi
mewarisi ciri-ciri Khaira Ummah; sebaliknya telah berubah dan menyerapi faham,
agama dan budaya asing yang serba jakun, tidak bertamadun dan sangat memusuhi
agama dan manusia agamawan. Mereka telah dibentuk oleh kaum kuffar dengan
semangat benci kepada Islam dan mahu merobak-robek ajaran Islam itu menjadi
sederhana kata mereka tetapi sangat janggal dan bertentangan dengan prinsip Islam
yang sederhana dan perdana. Apa yang mereka katakan bebas adalah belenggu.
Apa yang mereka panggil moderat adalah sangat memihak kepada kekufuran. Umat
tertipu dengan ungkapan dan istilah muluk-muluk untuk membangun hidup
berperadaban tetapi justeru itulah cara hidup yang sangat tidak bertamadun dan
dimurkai Allah.
Pandangan dan konsep agama yang dipugar tanpa mengikut kaedah dan disiplin
ilmu syara’ yang ketat menyebabkan lahir tulisan dan gagasan pemikiran pseudo
Islam atau yang dikaitkan dengan Islam; baik yang bernama fiqh baru15, mahupun
nama-nama lain yang isinya menyimpang dari manhaj keilmuan dan aliran ilmu Islam
yang sihat. Golongan ini dengan sengaja atau tidak sengaja mencipta rekahan dan
musibah perpecahan baru dalam tubuh umat. Akhirnya lahirlah wartawan,
sasterawan, cendekiawan dan asatizah yang mendokong fahaman sesat dengan
berjubahkan Islam. Akibat dari merebaknya fahaman seperti ini amat buruk terhadap
____________________________________________________________________________________________
Muka 9
Wacana Semasa : Di Sebalik Islam Liberal
Bencana Pemikiran “Golongan Islam Liberal”
masa depan umat dan kekuatan mereka. Sebab itu Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi
menegaskan bahwa Islam amat mengharamkan perbuatan bid’ah dalam agama,
baik akidah maupun syari’ahnya.
َُأمْ َل ُهمْ ُشرَكَاء َشرَعُوا َلهُم مّنَ الدّي ِن مَا َلمْ َي ْأذَن ِبهِ ال ّله
“Apakah mereka mempunyai sekutu yang boleh mensyari’atkan
(mengeluarkan undang-undang) untuk mereka (mengenai perkara-perkara)
yang tidak dizinkan oleh Allah..”
ل َم دِينًا
َ ْالَْي ْومَ أَكْ َم ْلتُ لَ ُك ْم دِينَ ُك ْم وَأَْتمَ ْمتُ َعلَيْ ُك ْم ِنعْمَتِي َو َرضِيتُ لَ ُكمُ الِس
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu, Aku lengkapkan nikmat
Ku kepada kamu dan Aku redha Islam menjadi agama kamu.”
Sebab itu, Ibnu al-Magisyun meriwayat pendapat Imam Malik yang mengatakan:
Siapa yang melakukan bid’ah dalam Islam yang dia anggap baik maka ertinya dia
telah menganggap baginda Rasulullah mengkhianati risalah. Justeru Allah dengan
tegas telah berfirman: “Pada hari ini Aku telah sempurnakan untuk kamu agama
kamu”. Oleh itu sesuatu yang dulunya bukan dari agama ini maka dia tetap bukan
dari agama ini sekarang. Pembid’ah dalam agama seolah menuduh nabi berrkhianat
dan tidak menyampaikan risalah agama yang lengkap. Pada hal Allah telah
berfirman dalam surah al-Maidah, ayat 67:
ُت رِسَالََته
َ ْك وَإِن ّل ْم َتفْعَ ْل فَمَا َب ّلغ
َ يَا َأّيهَا الرّسُولُ َبلّ ْغ مَا أُنزِلَ ِإلَ ْيكَ مِن رّّب
“Hai Rasul sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepada mu dari tuhan
kamu. Seandainya tidak engkau lakukan (suruhan ini) tidaklah engkau
menyampaikan risalahNya.”
Agama Islam ini sudah sempurna ia tidak perlu lagi ditambah. Apa yang telah
sempurna tidak dapat menerima apa-apa tambahan.
____________________________________________________________________________________________
Muka 10
Wacana Semasa : Di Sebalik Islam Liberal
Bencana Pemikiran “Golongan Islam Liberal”
3) Perbuatan Bida’h Menyulitkan lagi Agama dan Mengalihnya dari Sifatnya yang
Serba Mudah.
Dari satu sudut yang lain Allah telah menjadikan syaria’t Islam ini serba mudah.
Ia agama yang Hanif dari sudut akidah, Samhah dalam taklif dan amalan. Allah
menegaskan (al-Baqarah, ayat 183):
َسر
ْ ُسرَ وَلَ ُيرِيدُ بِ ُكمُ اْلع
ْ ُُيرِي ُد ال ّلهُ بِ ُكمُ اْلي
“Allah hendak memudahkan kamu dan tidak hendak menyusahkan kamu”
Dalam Hadith: “Kalian diutus sebagai (umat) yang membawa kemudahan dan
bukan menyulitkan.”
5) Bid’ah Dalam Agama Akan Melemahkan Umat Dari Bersikap Inovatif Dalam
Urusan Dunia.
Sebagaimana telah kita ungkapkan sebelum ini bahawa umat jika sibuk dengan
urusan menambah-nambah agama dengan membawa unsur bid’ah baru maka
tenaga dan masa mereka akan terhad untuk mereka cipta dalam urusan dunia. Para
ulama dan umat silam sibuk merekacipta dalam urusan dunia sehingga
menghasilkan suatu perkara yang tidak ada sebelumnya. Di tangan mereka
terbangun tamadun yang hebat.
____________________________________________________________________________________________
Muka 11
Wacana Semasa : Di Sebalik Islam Liberal
Bencana Pemikiran “Golongan Islam Liberal”
membuat garisan-garisan pada garisan lurus tadi di sebelah kanan dan kiri sambil
berkata: Yang ini adalah simpang-simpang (kesesatan). Di kepala tiap simpang ini
terdapat seekor syaitan yang mengajak orang agar memasukinya. Kemudian
baginda membacakan ayat Allah dalam surah al-An’am, ayat 153:
Selain dari itu mereka gagal mencerap ilmu dan disiplin Islam dari sumber yang
murni dan dalam persekitaran yang baik dan mulia di samping ketiadaan asas-asas
ilmu Bahasa Arab yang baik dan niat yang berpenyakit menyebabkan muncul gejala
berfikir yang menyeleneh dan herot. Syaikh Yusuf al-Qaradhawi dan ramai lagi
ulama-ulama yang muktabar telah menyingkap asas pendalilan dan kaedah berfikir
mereka yang palsu dan berniat serong tersebut.19
Penutup
Untuk mengatasi gejala Muslim Liberal atau kumpulan Islam Liberal ini maka
pendidikan di kalangan umat mesti diperkasa. Pengajaran Islam hendak
disampaikan oleh ilmuan Islam yang terasuh dengan didikan syariat secara teratur
dan dari Institusi yang diketahui ramai melahirkan ulama dan cendekiawan yang jujur
dan benar. Buku-buku dan kitab rujukan perlulah disaring dan dipastikan bersih dari
keherotan berfikir golongan orientalis, sekularis, liberalis dan imperialis.
____________________________________________________________________________________________
Muka 12
Wacana Semasa : Di Sebalik Islam Liberal
Bencana Pemikiran “Golongan Islam Liberal”
AGS
Kelang
21 Jamadil Akhir 1426
28 Julai 2005
NOTA KAKI
____________________________________________________________________________________________
Muka 13
1
Charles Kruzman “Liberal Islam: Prospects and Challenges” http://liberalinstitute.com/LiberalIslam.html
2
Ibid
3
Rand Corp.” The Muslim World After 9/11”hal.10 http://www.rand.org/pubs/monographs/2004/RAND_MG246.sum.pdf
4
Ibid
5
Lihat tajuk berita : Plan Of Attack dlm URL http://www.usnews.com/usnews/news/articles/050801/1terror.htm
6
Hj.Saleh Ahmad “Islam dan Cabaran Pemikiran Semasa “ Ucaputama Seminar Islam dan Cabaran Pemikiran Se Masa
Cet. PUM 2005
7
Lihat tulisan Dr Syafie Bakar :” Aminawadudisme dan Hadharisme: Kaitan” dalam Harakah Daily 18/4/05 di URL
berikut : http://www.harakahdaily.net/print.php?sid=12610
8
Ghazali, Mohd Rumaizuddin: Aliran-Aliran Pemikiran Islam di Malaysia
9
Ibid : http://liberalinstitute.com/LiberalIslam.html
10
Lihat ulasan mengenai tulisan beliau dalam URL berikut : http://www.al-islam.org/al-
tawhid/islamicresurgencewritings/4.htm
11
Baca ulasan buku beliau “Neo-Fundamentalism” http://www.ssrc.org/sept11/essays/roy.htm
12
Lihat tulisan Ahmad Najib Burhani “Perempuan dan Liberalisme di Muhammadiyah” dalam URL berikut:
http://islamlib.com/id/index.php?page=article&id=853
13
Ahmad Jaiz, Hartono ;” Bahaya Islam Liberal “ Cet Pustaka al Kautsar, Jakarta 2001, hal. 40
14
Teks Arabnya seperti berikut:
)1الئ مة المضلون :ل قد م يز الر سول الئ مة المضل ين ب صيغ خا صة تدل على فظا عة خطورت هم وعلى مدى الضرر الذي يلحقو نه
برعيتهم .ف عن أ بي الدرداء قال :عهد إلي نا ر سول ال " :إن أخوف ما أخاف على أم تي الئ مة المضلون" فاستخدام صيغة "أخوف ما أخاف"
تدل على المبالغة في بيان خطرهم وضررهم ،وعن أوس قال :قال رسول ال " :إني ل أخاف على أمتي إل الئمة المضلين" استخدم في هذا
الحديث "إل" التي تفيد حصر الخوف فيهم ،وعن ثوبان قال :قال رسول ال " :إنما أخاف على أمتي الئمة المضلين" استعملت صيغة التوكيد
والتعميم هنا في التحذير منهم ،وعن أبي أمامة قال :سمعت رسول ال يقول" :أخوف ما أخاف على أمتي من بعدي أعمال ثلثة :ل جوعا
يقتلهم ول عدوا يجتاحهم ولكني أخاف على أُمتي أئمة مضلين" فقد أضيف في هذا الحديث إلى جانب صيغة "أخوف ما أخاف" صيغة حصر
ثلثة أعمال يُخاف منها أسقط الحديث منها عملين وأبقى واحدا وهو الئمة المضلين.
وبالتدقيق في واقع الئمة المضلين يظهر لنا أنهم أخطر من غيرهم من المراء الفاسدين الخرين لنهم يقومون بعمل الضلل والتضليل،
وبالتالي فإن عملهم هذا قد يوصل إلى الكفر ،وقد وصفهم سفيان الثوري بقوله" :معاملة اليهود والنصارى أحب إلي من معاملة هؤلء المراء"
وقال" :ل تنظروا إلى الئمة المضلين إل بإنكار من قلوبكم عليهم لئل تحبط أعمالكم".
)2أمراء ال سفاهة الذ ين ل يهتدون بهدي الر سول ول ي ستنون ب سنته والذ ين يكذبون ويظلمون :صفات هذا النوع من المراء هي
الكثر استخداما وشيوعا في أحاديث الرسول فعن جابر بن عبد ال أن رسول ال قال لكعب بن عجرة" :أعاذك ال من إمارة السفهاء"
ووصفهم بأنهم" :أمراء يكونون بعدي ل يهتدون بهدي ول يستنون بسنتي فمن صدّقهم بكذبهم وأعانهم على ظلمهم فأولئك ليسوا مني ولست
منهم زل يردون على حوضي ومن لم يصدقهم بكذبهم ولم يعنهم على ظلمهم فهم مني وأنا منهم وسيردون على حوضي" ،وعن ابن سعيد
عنن الننبي " :يكون أمراء يغشاهمم غواش وحواش ممن الناس يكذبون ويظلمون" :وعنن كعنب قال :قال رسنول ال " :يكون بعدي أمراء
يعملون بغ ير طا عة ال فمن شاركهم في عملهم وأعان هم على ظلمهم فليس مني ولست م نه ،ومن لم يشاركهم في عمل هم ولم يعن هم على
ظلمهم فهو مني وأنا منه" ،وعن عمر بن الخطاب قال :سمعت رسول ال يقول" :اللهم إني أعوذ بك من أئمة الخرج الذين يخرجون أمتي
إلى الظلم" ،و عن جابر بن سمرة قال :قال ر سول " :ثل ثة أخاف على أم تي ا ستشفاء بالنواء وح يف ال سلطان وتكذ يب بالقدر" و في هذا
الحد يث قرن الر سول ظلم الحكام بالكها نة والك فر ،و عن سلمان قال :قال ر سول ال " :ثل ثة ل يدخلون الج نة :الش يخ الزا ني والمام
الكذاب والعائل المزهو" فقرن الحديث الشريف هنا الحاكم الكذاب بالعجوز الزاني وبالفقير المتكبر ،وعن عمرو بن عوف قال سمعت رسول ال
يقول" :إني أخاف على أمتي من بعدي من أعمال ثلثة ،قالوا :ما ه نّ يا رسول ال؟ قال :زلة العالم وحكم جائر وهوى متبع" ،حيث قرن
الرسول هنا الحاكم الجائر والحكام الظلمة بزلة العالم وبحكم الكفر والهوى.
)3المراء الذين ينكرون المعاريف ويأمرون بالمنكرات :عن قتادة عن الحسن أن النبي قال" :ستكون عليكم أمراء بعدي فيعملون
أعمالً تعرفون وتنكرون ،فمن أنكر فقد برئ ،ومن كره فقد سلم ،ولكن من رضي وشايع" ،وعن عبادة بن الصامت قال :قال رسول ال :
"سيكون أمراء من بعدي يأمرونكم ب ما ل تعرفون ويعملون ما تنكرون فليس أولئك علي كم بأئمة" ،وعن أبي سعيد قال :خطبنا رسول ال
فقال في خطبته ..." :فيليكم عمال من بعدهم يعملون بما ل تعلمون ويعملون بما ل تعرفون فمن قادهم وناصحهم فأولئك قد هلكوا وأهلكوا".
)4الحكام الذيمن يتحكمون بالرقاب والرزاق :عنن أبني هشام السنلمي قال :قال رسنول ال " :سميكون عليكمم أئممة يملكون رقابكمم
ويحدثونكم فيكذبون ،ويعملون فيسيئون ،ل يرضون منكم حتى تحسنوا قبيحهم ،وتصدقوا كذبهم فأعطوهم من الحق ما رضوا به" ،وواضح
في صفات هؤلء المراء أنهم يحملون الناس حملً على تحسين أعمالهم القبيحة وتصديق أحاديثهم الكاذبة فكأنهم يريدون امتلك الناس ليكونوا
رقيقا عندهم.
)5المراء الذين يتخذون بطانة من الشرار ويؤخرون الصلة :عن أبي سعيد وبي هريرة قال :قال رسول ال " :ليأتين عليكم أمراء
يقربون شرار الناس ويؤخرون الصلة عن مواقيتها فمن أدرك ذلك منكم فل يكونن عريفا ول شرطيا ول جابيا ول خازنا" ،وعن أبي هريرة
قال :قال رسول ال " :يكون في آخر الزمان أمراء ظلمة ووزراء فسقة وقضاة خونة وفقهاء كذبة فمن أدرك ذلك الزمان منكم فل يكونن
لهم جابيا ول عريفا ول شرطيا" وظاهر في هذا النوع من المراء أنهم يقربون منهم بطانة من الفسقة والخونة والكذبة يستعينون بهم في تطبيق
الكفر على الناس ،وكني عن ذلك بتأخير الصلة.
)6الحكام الزنادقة :عن معقل بن يسار عن رسول ال أنه قال" :صنفان من أمتي لن تنالهما شفاعتي :إمام غشوم وآخر غالٍ في
الدين مارق منه" ،وعن ابن عباس قال :قال رسول ال " :يكون عليكم أمراء هم شر من المجوس".
)7حكام الحطمة :عن يروي قال :قال رسول ال " :إن شر الولة الحطمة" والحطمة من التحطيم وهو وصف للرعاة الذين يحطمون
الغنم في رعايتهم السيئة لهم ،ومثلهم الحكام الذين يحطمون الناس في سياستهم لهم ،وعن أبي ليلى الشعري عن رسول ال " :وسيلي أمراء
إن استُرحموا لم يرحموا ،وإن سُئلوا الحق لم يُعطوا ،وإن أُمروا بالمعروف أَنكروا ،وستخافونهم ،ويتفرق ملكم حتى ل يحملوكم على شيء
إل احتملتم عليه طوعا وكرها ،فأدنى الحق أن ل تأخذوا لهم عطاء ول يحضر لهم في المل" .وهذه العمال الواردة في الحديث لهذا النوع من
المراء من الواضح أنها تدل على انتهاجهم لسياسة تحطيم الرعية.
)8الحكام الجبريون المتجبرون المتسلطون :عن عائشة قالت :قال رسول ال ..." :ثم ستة لعنهم ال وكل نبي مجاب ...المتسلط بالجبروت
يذل من أعز ال ويعز من أذل ال ،"...وعن عمرو بن سعواء اليافعي قال :قال رسول ال " :سبعة لعنتهم وكل نبي مجاب ...والمتجبر بسلطانه
ليععز معن أذل ال ويذل معن أععز ال" ،وععن خيثمعة ععن رسعول ال قال" :سعيكون معن بعدي خلفاء ومعن بععد الخلفاء أمراء ومعن بععد المراء ملوك
جبابرة" ،وعن أبي ثعلبة الخشني عن أبي عبيدة ومعاذ قال :حدثنا رسول ال جعل يتذاكرانه قال" :إنه بدأ هذا المر نبوة ورحمة ثم كائن خلفة
ورحمة ثم كائن ملكاً عضوداً ،ثم كائن عتواً وجبرية وفساداً في المة يستحلون الحرير والخمور والفروج والفساد في المة ."...
Lihat tulisan yang bertajuk :
الحكام المذمومون من منظورٍ شرعي وآليات التعامل معهم
Dalam URL berikut: http://www.albasrah.net/ar_articles_2005/0605/khate_250605.htm
15
Umpamanya buku Fiqh Lintas Agama Cet. Yayasan Wakaf Paramadina dan The Asia Foundation.
16
Al-Qaradhawi, Yusuf. “ Al Sunnah Wa al-Bid’ah” Cet. Maktabah Wahbah, Kaherah 1999, halaman
26-39
17
Ibid 39-42
18
Loc. cit hal: 64
19
Lihat tulisan al Qaradhawi :” al Ijtihad al Mu’asir Bainal Indhibat Wa al Infiratd” dan “ al-Islam Wa al-‘Ilmaniah.
”Lihat juga Tulisan sdr Ahmad Jaiz Hartono “ Bahaya Islam Liberal.