Anda di halaman 1dari 4

Tips Bekerja Sambil Belajar

Oleh
Nurul Akmar Mehat
Perpustakaan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
NIAT
Setiap apa yang ingin kita lakukan mestilah dimulai dengan niat. Sentiasalah mempunyai niat di
dalam hati yang kita mahu belajar dan Allah Maha Besar yang akan memudahkan jalan bagi
setiap niat yang baik. Selain itu, tujuan untuk belajar juga mestilah ada sebagai contoh, untuk
kemajuan kerjaya, untuk bertukar suasana, masih belum puas dengan kelulusan yang ada atau
sebagainya. Niat perlu ada supaya kita tidak tersasar di pertengahannya nanti.
SEMANGAT
Apabila bertanya kepada kebanyakkan pelajar yang mengambil Sarjana, pada mula-mula
menapakkan diri di dalam kelas yang pertama bagi mata pelajaran yang pertama, semua
mempunyai target untuk mendapatkan CGPA 4.00 atau mendapat Anugerah Dekan sekurangkurangnya. Berbekalkan semangat itulah yang kita akan pegang sehingga kita selesai ke
penghujung sarjana kita. Sekiranya kita tidak memperolehi apa yang kita target, sekurangkurangnya kita berjaya menggenggam segulung Ijazah Sarjana. Sekiranya tiada semangat,
bagaimana kita akan teruskan sehingga penghujungnya? Ini kerana banyak yang terjadi di
mana, di awal pendaftaran pelajar terdapat lebih kurang 35orang pelajar Sarjana bagi mod FLP
(Flexible Learning Program), namun pada penghujung setiap semester pasti ada yang
kecundang dengan pelbagai masalah. Pada dasarnya, setiap orang mempunyai masalah yang
tersendiri, namun sekiranya semangat dan niat kita ada, InsyaAllah, ini akan membuatkan kita
untuk terus berjuang hingga sampai ke penghujungnya.
MOTIVASI
Jadikan apa yang ada di sekeliling kita sebagai motivasi untuk kita. Kawan-kawan, keluarga, ibu
ayah, suami atau anak-anak sebagai pencetus kepada motivasi kita. Ini adalah kerana orangorang di sekeliling kita sebenarnya adalah orang yang paling dekat untuk membakar semangat
kita. Mereka sebenarnya menjadi pencabar kita untuk terus maju kehadapan. Sebagai contoh,
apabila seorang ibu dan isteri itu datang ke kelas dari pagi hingga ke malam, meninggalkan
anak-anak di hujung minggu yang mana sebelum ini adalah waktu untuk menghabiskan masa
bersama mereka adalah satu motivasi yang baik sebagai pencabar kepada kita. Anak-anak

boleh bersabar menunggu kita pulang ke rumah untuk bersama mereka, kenapa kita perlu siasiakan masa yang telah kita habiskan di dalam kelas itu? Kita yang telah mencuri masa tersebut
daripada mereka, maka buktikanlah yang masa tersebut adalah untuk masa hadapan mereka
juga.

SOKONGAN
Sokongan dan dorongan yang kuat daripada seseorang perlu bagi mengekalkan kita untuk
menjadi seorang pelajar semasa kita bekerja. Sesiapa saja boleh dijadikan sebagai pendorong
kita termasuklah ketua di tempat kerja kita atau rakan seperjuangan kita. Keluarga juga
memainkan peranan penting dalam member sokongan kepada kita. Suami yang setia
menghantar dan mengambil kita untuk ke kelas juga boleh dijadikan pendorong dan pemberi
sokongan yang paling baik. Ibu dan ayah yang semestinya tidak pernah melarang anaknya
untuk belajar dan belajar juga adalah pendorong yang baik. Tugas pemberi sokongan adalah
untuk sentiasa mengingati kita dan meniupkan semangat kita apabila kita merasa letih, penat
dan kecewa semasa belajar.
KOMITED
Sentiasa menghantar semua assignment dalam masa yang ditetapkan. Jangan sesekali lambat
kerana ini akan menjejaskan markah dan kepercayaan pensyarah kepada kita. Bagi mod FLP,
kenalah sentiasa komited dengan online forum yang harus dipenuhi dan dikunjungi setiap
minggu. Ini adalah kerana, setiap komen dalam forum tersebut mempengaruhi markah kita bagi
semester tersebut. Sentiasa menjadi orang yang terawal untuk masuk di dalam online forum
tersebut kerana sekiranya kita menjadi di antara orang yang terakhir, kemungkinan banyak idea
kita telah diambil oleh orang lain. Dan akhirnya kita terpaksa mencari idea lain yang tentunya
akan mengambil masa.
BAHAGI MASA
Antara kerjaya, keluarga dan belajar semuanya menjadi keutamaan apabila kita menjadi
pekerja, ibu/ayah/anak dan pelajar. Dalam sesuatu masa kita tidak boleh mementingkan salah
satu daripada tiga perkara ini selagi kita belajar. Ini adalah kerana, sekiranya kita terlalu
menumpukan perhatian kepada pelajaran shinggakan lupa tanggungjawab kepada tugas hakiki
kita sebagai pekerja dan juga tugas kita di rumah, ini akan hanya merugikan kita. Berikut adalah
contoh jadual pembahagian tugas seorang ibu, pekerja dan pelajar.

8.00 pg 5.00 ptg

: Bekerja dan menjalankan tugas-tugas hakiki seperti yang termaktub di

dalam senarai tugas.


5.00 ptg 7.00 mlm

: Pulang ke rumah ( rutin harian di rumah)

7.00 mlm 12.00 mlm : Melayan anak-anak


12.00 mlm 2.00 pg

: Tidur

2.00 pg 4.00 pg

: Buat assignment/ Belajar

4.00 pg 5.00 pg

: Tidur sekejap

5.00 pg 5.30 pg

: Semak online forum

Selain itu, tidak perlulah terlalu taksub untuk belajar sehingga terlalu menumpukan perhatian
dan masa kepada belajar. Sebagai contoh, hari minggu perlu juga diberikan untuk aktiviti
bersama keluarga kerana jangan sesekali mengabaikan anak-anak dan orang tersayang
sepanjang kita bergelar pelajar. Pergilah bercuti atau bersiar-siar dengan keluarga kerana
mereka memerlukan kita. Sekiranya pergi bercuti, jangannlah lupa membawa bersama
Notebook kerana apabila ada waktu terluang, gunakanlah masa tersebut untuk mengakses
online forum yang sudah semestinya menjadi satu kewajipan laman web yang patut dikunjungi
setiap minggu.
SABAR
Sifat yang paling penting yang perlu ditanamkan sepanjang kita belajar adalah sabar.
Sentiasalah bersabar dengan apa jua cabaran, rintangan, halangan serta kepayahan sepanjang
tempoh pengajian kita kerana apabila kita berjaya mengharungi segala halangan ini, kita akan
merasai kepuasan dan kemanisan di penghujung pengorbanan kita nanti. Setiap semester
cabaran yang datang kian hebat memandangkan dari semester ke semester, topik dan silibus
pembelajaran makin mencabar. Tambahan pulak dengan Independent Study yang merupakan
satu kewajipan bagi setiap pelajar untuk membuat kajian terhadap sesuatu topik yang dipilih
bersama dengan supervisor masing-masing. Tekanan daripada supervisor yang menginginkan
kesempurnaan dalam laporan kita sedikit sebanyak memberikan tekanan dan untuk
menyiapkan laporan itu sendiri juga memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Ini adalah kerana
hasil bagi laporan daripada hasil kajian ini haruslah memenuhi kurang daripada 30% plagiat.
Melalui software Turnitin, pensyarah akan dapat mengetahui berapa peratus maklumat yang
diambil daripada kajian orang lain. Justeru, tumpuan yang lebih perlu diberikan dalam membuat
Independent Study ini. Maka dengan itu, SABAR adalah tunggak utama sepanjang kita bergelar
pekerja dan pelajar.

KESIMPULAN
Benarlah seperti dialog Labu dan Labi di dalam filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, selagi
belum tutup mata, kerja, kerja, kerja. Pada dasarnya kita bekerja untuk kita belajar dan kita
belajar untuk kita bekerja. Relevannya adalah, kita bekerja untuk mencari duit bagi membiayai
yuran semasa kita belajar dan kita belajar bagi mendapat ilmu untuk menambah kualiti dalam
bekerja dan juga menjadi dan mendapatkan apa yang lebih baik daripada sekarang.

Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, adalah pepatah yang sering kita ungkapkan namun
untuk mencapai matlamat sebenar falsafah itu adalah ilmu itu sentiasa ada untuk dicari, dan
untuk mencari ilmu itu, kita perlu belajar dan belajar daripada orang yang lebih pakar daripada
kita agar kita mendapat panduan yang betul.

Tidak perlulah memberikan pelbagai alasan sekiranya kita tidak berminat untuk sambung
belajar kerana setiap alasan yang kita berikan itu sebenarnya menunjukkan ketidaksungguhan
kita. Ada yang berkata tidak cukup duit untuk sambung belajar, namun pernahkah orang yang
berkata itu bertanya bagaimana orang yang belajar itu bersusah payah untuk mencari duit untuk
belajar? Ada juga yang memberikan alasan tidak ada masa, namun pernahkah orang yang
berkata itu berusaha untuk mencukupkan waktu yang diperuntukkan dalam sehari?

Apa yang penting sebenarnya adalah niat dan minat. Bila kita mempunyai niat dan minat untuk
belajar atau untuk mendapatkan sesuatu, tidak mustahil untuk kita berusaha bersungguhsungguh untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. Apa yang tertulis di sini, hanyalah sedikit
pengalaman yang boleh dijadikan panduan dan sedikit pendorong untuk sesiapa yang bergelar
pekerja, ibu/ayah dan pelajar. Bukan senang untuk jadi senang, bukan susah untuk jadi
susah.

Semoga berjaya menyambung pelajaran ke peringkat yang seterusnya. Amin.

Anda mungkin juga menyukai