Anda di halaman 1dari 1

PERANAN REMAJA

Remaja bermaksud golongan yang berumur antara 15 hingga 25 tahun itu. Biasanya,
golongan ini meliputi pelajar sekolah, pelajar universiti, dan mereka yang baru
menceburi alam pekerjaan. Maka, golongan muda ini mempunyai banyak tugas untuk
pembangunan negara tersebut.

Tugas utama remaja ialah mereka perlulah memiliki jati diri yang tinggi dalam
kehidupan. Jati diri ini melibatkan akhlak yang mulia, pegangan agama, dan nilai diri
yang positif. Sebenarnya, jati diri yang lengkap ini akan menjadikan remaja kita bebas
daripada sebarang gejala sosial yang boleh memusnahkan kehidupan remaja itu.

Selain itu, peranan remaja juga melibatkan usaha mencari ilmu pengetahuan yang
banyak untuk masa depan mereka. Ilmu ini boleh diperoleh menerusi pendidikan di
sekolah, kolej, dan universiti yang harus dihadiri oleh remaja tersebut. Jelaslah, remaja
yang berilmu tinggi akan membantu menjalankan pelbagai aktiviti pembangunan untuk
negara Malaysia.

Tambahan pula, remaja yang bertanggungjawab akan menyumbangkan pelbagai idea


dan pendapat yang mampu memajukan Malaysia. Golongan muda ini mempunyai
pelbagai idea yang kreatif dan inovatif untuk memajukan negara terutama menerusi
penggunaan internet. Jadi, idea yang baru ini akan memudahkan aktiviti
membangunkan negara daripada aspek politik, sosial, dan ekonomi.

Remaja juga boleh membantu negara dalam bidang pembangunan apabila golongan ini
menjaga imej negara dan masyarakatnya. Mereka bukan sahaja tidak terlibat dalam
aktiviti negatif tetapi turut mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih
sesuatu kejayaan seperti dalam acara sukan. Akibatnya, semua pihak terutama negara
asing akan mengenali Malaysia setelah melihat kejayaan remaja kita di persada dunia
tersebut.

Kesimpulannya, semua remaja harus memahami tugas mereka amat penting dalam
pembangunan negara itu. Mereka perlulah sanggup berkorban jiwa dan masa untuk
memastikan negara ini terus maju dan moden dalam tempoh yang terdekat itu.
Peribahasa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung membuktikan bahawa remaja
memiliki tugas berat dalam merealisasikan wawasan negara ini.

Anda mungkin juga menyukai