Anda di halaman 1dari 1

PERIBAHASA DALAM KARANGAN

1. menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap
dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

2. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang
mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.

3. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang
lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing.

4. Masalahnya kini, ibu bapa bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
kerana sibuk mengejar kebendaan dan kedudukan dalam masyarakat.

5. Oleh sebab bagaimana acuan, begitulah kuihnya; ibu bapa berperanan penting mempamerkan
disiplin yang tinggi di depan anak-anak.

6. Maka, di mana ada gula, di situ ada semut.

7. Cendekiawan berpendapat bahawa, konsep ingat sebelum kena, jimat sebelum habis gagal
diaplikasikan dalam kalangan

8. Oleh itu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

9. Dengan itu, tepuk dada, tanya selera.

10. Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijagakan melalui kempen kesedaran sivik supaya
rakyat dapat menjaga alam sekitar sejak kecil kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

11. Jika dipandang enteng, nyawa modal insan negara bagai telur di hujung tanduk.

11. Oleh hal yang demikian, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

12. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjauhi sikap ketam yang mengajar anaknya
berjalan betul tetapi diri sendiri berjalan senget.

13. Kebobrokan sikap anak-anak mestilah dikekang daripada menjadi duri dalam daging masyarakat
kerana nusa tercinta ini memerlukan tenaga mereka untuk menggapai impian Wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai