Anda di halaman 1dari 1

KESALAHAN TATABAHASA DALAM KARANGAN

Kesalahan serius yang kerap dilakukan murid semasa menulis karangan adalah seperti berikut :
1. Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana : Namun, Tetapi, Malah, Manakala Sepatutnya :
Akan tetapi, Namun begitu, (Penanda wacana) ..manakala, malah. (ditulis untuk menghubungkan dua
ayat)
2. Ayat tergantung. ( Bak kata pepatah..) ditulis pada awal ayat. Sepatutnya ..bak kata pepatah.(ditulis di dalam
ayat)
3. Kesalahan ejaanbah kata peribahasa.sepatutnya bak kata peribahasa. bah membawa maksud banjir.
4. memberi kasih sayang sepatutnya memberikan kasih sayang. Umumnya, kata kerja memberikan perlu diikuti
oleh objek tidak bernyawa manakala memberi diikuti objek bernyawa.
5. Ayat tergantung kerana tiada subjek. Ini menunjukkan.. sepatutnya Hal/ Perkara ini menunjukkan
6. Ini kerana sepatutnya Hal ini demikian kerana
7. Justeru itu, digunakan sebagai penanda wacana. justeru ialah kata hubung yang membawa maksud malahan atau
bahkan.
8. Tidak menyelitkan objek selepas kata kerja transitif. mempunyai banyak pilihan.. banyak bukannya objek.
banyak ialah kata bilangan tidak tentu. Objek mesti kata nama. Sepatutnya : .. mempunyai pilihan yang banyak/
banyak mempunyai pilihan
9. Kata pemeri ialah dan adalah digunakan sesuka hati. ialah perlu diikuti kata nama nama. adalah perlu diikuti kata
adjektif atau kata sendi nama.
10. Kata kerja tidak menerima kata pemeri. Anda perlu tambah kata sendi nama pada kata pemeri adalah. Sebagai
contoh: Langkah-langkah yang perlu diambil adalah menguatkuasakan undang-undangsepatutnya .adalah dengan
menguatkuasakan/ adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan antara kata sendiri nama yang dapat
digunakan ( adalah untuk/adalah dengan/adalah melalui, adalah seperti)
11. Bentuk lewah. Sebagai contoh : Antara faktor-faktor sepatutnya Antara faktor. Pelbagai langkah-langkah ..
sepatutnya . Pelbagai langkah
12. Bentuk lewah bagi pengimbuhan kata adjektif. Hanya dua imbuhan sahaja digunakan. Sebagai contoh:
memperbaiki..sepatutnya membaiki atau memperbaik.
13. Kesalahan Hukum D-M. Sebagai contoh: dan lain-lain lagi. Sepatutnya. aktiviti-aktiviti lain. (berdasarkan
perkara yang dibincangkan).
14. Penggunaan kata ganti nama diri ketiga ia untuk benda atau perkara. Sebagai contoh: Salah satu langkah untuk
mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar adalah dengan menjalankan kempen. Ia perlu diadakan secara besar-
besaran. ia sepatutnya digantikan dengan subjek perbincangan iaitu, kempen. Pembetulan: Kempen ini perlu diadakan

15. Masih terdapat murid yang masih menulis di kalangan..sepatutnya dalam kalangan. Kata sendi di berfungsi
untuk menyatakan arah.
16. Pada masa kini.sepatutnya Pada masa ini, atau Kini,.
17. Kesalahan penanda wacana. Sebagai contoh : Selain daripada itu/ Selain dari itu , sepatutnya Selain itu,
Sehubungan itu sepatutnya. Sehubungan dengan itu,
18. oleh kerana.. sepatutnya oleh sebab
19. Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sebagai contoh : di mana, yang mana, bagaimana, siapa, apa ..
sepatutnya kata-kata tersebut digantikan dengan kata-kata lain yang sesuai. Sebagai contoh : apa (perkara/hal),
bagaimana (cara/langkah), siapa (orang/individu).di mana (tempat) /yang mana perlu digantikan dengan kata hubung
yang sesuai.Jika anda menulis ayat tanya, pastikan anda meletakkan tanda soal (?).
20. Kesalahan pengejaan kata majmuk. Ibubapa sepatutnya ibu bapa, semulajadi sepatutnya semula jadi.
21. Penggunaan kata hubung tambahan pula pada pangkal perenggan. tambahan pula tidak digunakan untuk isi
baharu.

Kesimpulannya:Anda perlu berhati-hati semasa menulis. Sila buat semakan tatabahasa apabila selesai menulis karangan.
Ketelitian anda amat dihargai. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Penulisan karangan memerlukan kemahiran.
Kemahiran perlu diasah dengan latihan yang mencukupi. Ingatlah, penulisan karangan tidak boleh dipelajari secara
IMAGINASI.

Anda mungkin juga menyukai