Anda di halaman 1dari 5

Karangan Bahasa Melayu SPM

Jumaat, 29 April 2011 PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM KARANGAN


Penanda Wacana Penanda Akibat Penanda Contoh Atau Ilustrasi Penanda Keterangan Atau Penjelasan Penanda Kesimpulan Penanda Masa / Turutan Penanda Perbandingan / Penanda Tambahan Contoh Selain itu,.. / Tambahan pula,.. Lagipun,.. / Lebih-lebih lagi,.. Sekali lagi,.. / Dalam hal ini juga,.. Bertitik tolak dari situ,.. Oleh hal yang demikian,.. / Oleh itu,.. Sebagai akibatnya,.. Implikasinya,.. / Kesan daripada itu,.. Misalnya,.. / Contohnya,.. / umpamanya,.. Khususnya,.. / Tamsilanya,.. Terutamanya,.. Biar kita mengambil contoh,.. Yang dimaksudkan ialah.. Hal ini dapat dilihat melalui.. Dengan kata lain,.. / Ringkasnya,.. Tegasnya,.. / Sebenarnya,.. Hal ini demikian kerana,.. Secara empirikalnya,.. Menurut kajian.. Akhirnya,.. / Kesimpulannya,.. Pada keseluruhannya,.. Intihanya,.. / Konklusinya,.. Pendek kata,.. / Sesungguhnya,.. Jelaslah bahawa.. Pertamanya,.. / Keduanya,.. Berikutnya,.. / Kemudian,.. / Kini,.. Keesokannya,.. / Pada masa itu, .. Selepas itu,.. / Seterusnya,.. Pada ketika itu,.. / Pada masa ini,.. Selaras dengan itu,.. / Seiring dengan itu,.. Dewasa ini,.. / Marcapada ini,.. Sebagai perbandingan,.. / Ironinya,.. Sebaliknya,.. / Berbeza dengan.. Penggunaannya Perenggan isi Ayat huraian Ayat huraian Kesan sesuatu

Ayat contoh

Ayat huraian Menegaskan sesuatu

Perenggan penutup

Perenggan Isi Ayat huraian

Perenggan Isi

Alternatif

Penanda Umum

Walau bagaimanapun,.. / Namun demikian,.. Sehubungan dengan itu,.. Dalam nada yang berbeza,.. Dengan ini,.. / Lazimnya,.. / Kebiasaannya,.. Ramai berpendapat bahawa.. Pada hemat saya,.. / Pada pandangan saya,..

Ayat Huraian Membandingkan sesuatu

Ayat Huraian Ayat Akhir perenggan Isi

CONTOH PENGGUNAAN PENANDA WACANA


Pendahuluan Isi Huraian Isi (sebab) Hal ini demikian kerana.. Hal ini berlaku kerana.. Hal ini terjadi disebabkan oleh.. Peristiwa ini terjadi kerana.. Kejadian tidak diundang ini berlaku lantaran.. Penularan H5N1, iaitu virus berbahaya selsema burung terjadi akibat.. Huraian Isi (Contoh) Penegasan Isi Penutup

Pada masa ini,..

Seterusnya,..

Sebagai contohnya,..

Seharusnya,..

Konklusinya,..

Kini,..

Selanjutnya,.. Antara sebab yang dapat dijelaskan ialah.. Di sisi itu,..

Sebagai misalannya,..

Oleh itu,..

Tegasnya,..

Baru-baru ini,..

Sebagai buktinya,..

Natijahnya,..

Akhir kata,..

Pada zaman muasir ini,.. Sejak akhir-akhir ini,.. Mutakhir ini,..

Antara kes terbaru wabak.. Umpamanya,.. Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia,kempen penghayatan Rukun Negara..

Sebagai kesannya,.. Jelaslah bahawa..

Sebagai intihanya,..

Di samping itu,..

Sebagai akhir bicara,..

Selain itu,..

Sebagai impaknya,..

Kesimpulannya,.

Dicatat oleh Kyoju_93 di 4:36 PG 0 ulasan

PENANDA WACANA PELITA BAHASA (JUN 2004) Dewan Bahasa dan Pustaka

Dalam sesebuah hasil penulisan, penggunaan penanda wacana atau dikenal juga sebagai perangkai ayat dapat memastikan wujud kesinambungan dan pertautan antara satu idea dengan idea yang lain. Kewujudannya dalam sesuatu wacana secara berkesan akan memantapkan hasil penulisan tersebut selain dapat membuat perkaitan antara ayat dengan ayat, mahupun antara perenggan dengan perenggan. Beberapa contoh penggunaan wacana dapat diperhatikan di bawah : 1. Kerajaan amat menggalakkan rakyat mempelajari penggunaan komputer. Oleh hal yang demikian, berbagai-bagai usaha telah dilakukan untuk memastikan segenap lapisan masyarakat dapat mempelajarinya dengan berkesan. 2. Para pelajar diseru agar menitikberatkan pencapaian akademik. Di samping itu, kegiatan kokurikulum perlu diberikan perhatian juga. 3. Dia terpaksa bekerja keras untuk menampung perbelanjaan keluarganya. Tambahan pula, bapanya telah meninggal dunia.

Antara contoh penanda wacana yang lazimnya ditemukan dalam sesebuah penulisan ialah selain itu, di samping itu, walau bagaimanapun, apatah lagi, lebih-lebih lagi, jika demikian, oleh sebab itu, oleh itu, justeru, lantaran itu dan namun begitu. Para guru sering mengingatkan para pelajar agar tidak melupakan penanda wacana semasa menulis karangan kerana selain dapat membantu mereka menghasilkan pertautan idea, karangan yang dibina dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai akan kelihatan lebih mantap. Penggunaan penanda wacana yang tepat pada tempatnya menunjukkan kematangan para pelajar ataupun seseorang penulis menggunakan bahasa dengan baik.

Namun begitu, kadangkala berlaku kesalahan penggunaan penanda wacana yang berpunca daripada kurangnya pengetahuan tentang cara menulis, fungsinya serta aspek tatabahasa yang perlu dipatuhi. Misalnya, tidak meletakkan tanda koma ( , ) selepas penanda wacana yang berfungsi sebagai frasa. Contohnya, 1. Pihak kerajaan akan memastikan pendapatan para petani dapat ditingkatkan. Oleh itu pelbagai langkah yang difikirkan sesuai sedang direncanakan. ( Sepatutnya : Oleh itu, pelbagai langkah )

Para pengguna bahasa kadangkala menulis penanda wacana yang tidak tepat dari segi struktur tatabahasanya. Misalnya, 2. Dia amat gemar akan buah manggis. Selain daripada itu, dia juga menggemari buah nangka. ( Sepatutnya : Selain itu, ) 3. Pihak berkuasa akan memperhebat gerakan memburu penjenayah itu. Ini kerana dia sangat berbahaya. ( Sepatutnya : Hal ini demikian kerana ) 4. Suria sangat aktif dalam kegiatan kokurikulum dan pencapaiannya dalam akademik amat baik. Oleh kerana itu, dia dipilih sebagai Ketua Murid. (Sepatutnya : Oleh sebab itu, ) 5. Dia berlatih di padang setiap petang. Walaubagaimanapun, dia tidak mengabaikan pelajarannya. ( Sepatutnya : Walau bagaimanapun, ) 6. Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Justeru itu, kerajaan mengambil pelbagai pendekatan untuk mengatasinya. (Sepatutnya : Oleh itu, )

Kebanyakan pengguna bahasa menganggap justeru itu bermaksud oleh itu. Sebenarnya, jika dirujuki Kamus Dewan edisi ketiga pada halaman 551, kita akan mendapati makna justeru yang diberikan ialah : 1. kebetulan, tepat, kena benar. 2. malahan, bahkan.

Maksud yang kedua, iaitu malahan dan bahkan yang bersinonim dengan justeru. Sebab itulah tidak tepat penggunaan justeru itu kerana tidak wujud bentuk malahan itu ataupun bahkan itu. Penggunaan justeru dalam ayat yang gramatis seperti yang berikut : 7. Saya tidak pernah mengkhianatinya, justeru saya sering membantunya ketika dia dalam kesusahan. 8. Tindakan mereka bukan sahaja melanggar kemahuan orang tua mereka, justeru melanggar adab susila orang-orang timur.

Demikianlah serba ringkas penerangan yang dapat dikongsi bersama-sama dalam usaha kita menggunakan dan menggalakkan penggunaan bahasa yang betul, berkesan, dan menepati hukum bahasa. Semoga bahasa kita dapat dimartabatkan dengan keazaman untuk membetulkan kebiasaan yang salah dan membiasakan penggunaan yang betul.

Kepentingan Penanda Wacana


1) aspek penanda wacana akan mempengaruhi pengolahan,struktur ayat,pemerenggan ,kosa kata, dan bahasa secara keseluruhannya yang sangat diperlukan dalam usaha menghasilkan sebuah karangan atau ucapan yang baik. 2) Dalam huraian isi, penanda wacana dan pola perlu diberikan perhatian juga.Penggunaan kata yang sesuai penting supaya huraian pada isi pokok itu tidak kelihatan terpisah antara satu sama lain. 3) Tegasnya, penanda wacana menyempurnakan tautan isi-isi di dalam ucapan atau esei.
Abdullah Hassan.(1993). Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.Abdullah Hassan.(2003). Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis. Pahang:PST Publication & Distributors Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai