Anda di halaman 1dari 8

Bahasa Malaysia (Ulasan 1)

Cara-cara mengeratkan hubungan kekeluargaan

Anggota keluarga ialah orang yang penting dalam hidup kita. Terdapat pelbagai cara
untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Antaranya, setiap anggota keluarga perlu saling menyanyangi supaya dapat menjalinkan
hubungan kekeluargaan. Selain itu, anggota keluarga harus kerap berkomunikasi agar dapat
mengukuhkan hubungan kekeluargaan. Seterusnya, hubungan kekeluargaan juga dapat
ditingkatkan melalui aktiviti beriadah bersama-sama ahli keluarga. Di samping itu, anggota
keluarga hendaklah saling berhubung apabila berjauhan kerana dapat membentuk keluarga
yang bahagia.

Kesimpulannya, hubungan kekeluargaan yang erat dapat mewujudkan suasana yang


harmoni.
Bahasa Malaysia (Karangan 1)

Cara-cara berbakti kepada nenek (ibu, bapa, datuk)

Nenek ialah insan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Beliau banyak berjasa
kepada keluarga kita. Oleh itu, kita mesti berbakti kepada nenek.

Terdapat pelbagai cara untuk berbakti kepada nenek kita. Antaranya, kita perlu
meluangkan masa bersama dengannya. Misalnya, kita boleh menemani nenek bersiar-siar di
taman yang berdekatan. Sesungguhnya dengan pengalaman ini, nenek akan berasa lebih
dihargai.

Selain itu, kita harus menyayangi nenek kita dengan memberi penghargaan kepadanya.
Contohnya, kita boleh selalu menelefon atau SMS apabila tinggal berjauhan dengan nenek.
Tambahan pula, kita juga boleh memberikan hadiah kepada nenek pada hari-hari penting. Oleh
hal yang demikian, kita dapat menggembirakan nenek kita.

Di samping itu, kita hendaklah menghormati nenek kita. Sebagai contoh, kita boleh
merendahkan suara semasa bercakap dengan nenek kita dan menggunakan bahasa atau kata
yang sopan. Oleh sebab itu, nenek akan berasa dihormati.

Akhir sekali, kita patut membalas jasa nenek kita. Hal ini demikian kerana nenek telah
menjaga kita sejak kecil lagi jika ibu bapa kita pergi bekerja. Tamsilnya, janganlah
menghantar nenek kita ke rumah orang-orang tua. Hal ini akan menyebabkan nenek berasa
sedih.

Kesimpulannya, amalan berbakti kepada nenek perlu diamalkan. Justeru, kita


sewajarlah menghormati, mentaati dan menyayangi nenek kita.

Semasa cuti persekolahan yang lalu, kamu telah bercuti di tempat menarik bersama-sama
ahli keluarga kamu.

Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah bercuti bersama keluarga saya di Pulau Pinang.
Kami bercuti di sana selama empat hari.

Saya dan keluarga saya telah menaiki kapal terbang ke Pulau Pinang. Selepas tiba, kami
sekeluarga pergi ke hotel yang kami tempah di internet awal-awal lagi. Setibanya kami di bilik
hotel, kami pun meletak bagasi-bagasi kami, mandi lalu keluar membeli-belah. Kami balik ke
hotel pada lewat petang selepas makan malam.

Pada hari kedua, kami menaiki teksi ke Batu Feringghi untuk bermandi-manda di laut.
Perjalanan kami mengambil masa 1 jam. Selepas mengeluarkan barang yang dibawa di atas
tikar, kami segera menukar baju renang kami lalu bermandi-manda di dalam laut. Kami juga
menyewa sebuah bot laju untuk bermain di laut. Selepas puas bermain dan bersantai, kami
pun balik ke hotel .

Pada hari ketiga, kami berjalan kaki ke sebuah kompleks membeli-belah yang
berdekatan hotel kami. Kompleks itu sungguh besar dan cantik .

Pada hari keempat, kami sekeluarga bangun awal pagi dan bersiap-siap untuk
pulang. Ayah memujuk adik dan saya yang kelihatan sungguh berat hati untuk meninggalkan
Pulau Pinang. Ayah berjanji untuk membawa kami sekeluarga untuk datang ke sini lagi pada
cuti yang akan datang.

Penanda wacana digunakan untuk menulis ringkasan dan pemahaman, karangan.

i) Penanda wacana untuk memulakan karangan

1. Pada era globalisasi ini,


2. Dalam meniti arus kemodenan ini,
3. Dewasa ini,
4. Pada masa ini,
5. Kini,
6. Dasawarsa ini,
7. Sejak sedekad yang lalu,
8. Kebelakangan ini,
9. Belakangan ini,
10. Sejak akhir-akhir ini,
11. Baru-baru ini,
12. Umum mengetahui bahawa,
13. Sejak zaman-berzaman
14. Sejak dahulu lagi
15. Pada tahun-tahun belakangan ini,

ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan

1. Antara, (untuk perenggan kedua)


2. Selain itu,
3. Di samping itu,
4. Sementara itu,
5. Dalam pada itu,
6. Lain daripada itu
7. Dalam pada itu,
8. Seterusnya,
9. Begitu juga dengan
10. Ahkir sekali,

iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan


1. Saya berpendapat demikian kerana
2. Hal ini demikian kerana
3. Hal ini berlaku kerana
4. Hal ini terjadi kerana
5. Hal ini disebabkan oleh
6. Hal ini wujud akibat daripada
7. Hal ini bersangkut-paut dengan
8. Hal ini berpunca daripada
9. Hal ini tercetus apabila
10. Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya……………..

iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan

1. Misalnya,
2. Contohnya,
3. Sebagai contoh,
4. Tamsilnya,
5. Seperti yang kita sedia maklum,
6. Antaranya adalah seperti
7. Satu contoh
8. Satu cara
9. Antara contoh
v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh

1. Hal ini mengakibatkan


2. Hal ini menyebabkan
3. Oleh itu,
4. Maka,
5. Oleh hal yang demikian,
6. Oleh sebab itu,
7. Jelaslah bahawa
8. Justifikasinya,

vi)Penanda menutup isi

1. Kesannya,
2. Natijahnya,
3. Akibatnya,
4. Akhirnya,
5. Dengan itu,
6. Kesudahannya,
7. Dengan berbuat demikian,
8. Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

1. justeru
2. juga
3. malah
4. malahan
5. tambahan pula
6. sementelahan
7. bahkan juga
8. sekali gus
9. di samping
10. bahkan
11. malar-malar

viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup

1. Kesimpulannya,
2. Intihanya,
3. Secara tuntas,
4. Tuntasnya,………….
5. Konklusinya,
6. Sebagai penutup wacana,
7. Sebagai penghias bicara akhir,
8. Sebelum mengakhiri wacana ini,
9. Secara keseluruhan,
10. Secara total,
11. Akhir kata,

ix) Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

1. Walau bagaimanapun,
2. Namun demikian,
3. Namun begitu,
4. Meskipun,
5. Daripada perspektif yang berbeza,
6. Jika dilihat dari sudut lain,
7. Dengan kata lain,
8. Kontradiksinya,
9. Di sebalik itu,
10. Dalam pada itu,
11. Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik termasuk peribahasa, slogan dan
kata-kata hikmat
1. ___bak /seperti kata peribahasa,
2. ___bak kata peribahasa Melayu,
3. ___bak kata pepatah Melayu,
4. ___bak kata pepatah Cina/Inggeris/dll
5. ___bak kata mutiara,
6. ___bak peribahasa,
7. ___bak pepatah,
8. ___bak kata cendekiawan,
9. ___persis kata peribahasa,
10. ___persis kata peribahasa Melayu,
11. ___persis kata orang tua-tua,
12. ___persis kata mutiara,
13. ___persis peribahasa,
14. ___persis kata cendekiawan,
15. Hal ini sama dengan peribahasa
16. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni
17. Fenomena ini dikatakan
18. Masalah ini sama dengan peribahasa
19. Saya yakin kalau slogan _________ diamalkan
20. Saya berharap agar slogan _________ dijadikan pegangan oleh semua

PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM KARANGAN


Penanda Wacana Contoh Penggunaannya
- Selain itu,.. / Tambahan pula,..
Penanda - Lagipun,.. / Lebih-lebih lagi,.. - Perenggan isi
Tambahan - Sekali lagi,.. / Dalam hal ini juga,.. - Ayat huraian
- Bertitik tolak dari situ,..
- Oleh hal yang demikian,.. / Oleh itu,.. - Ayat huraian
Penanda Akibat - Sebagai akibatnya,.. - Kesan sesuatu
- Implikasinya,.. / Kesan daripada itu,..
- Misalnya,.. / Contohnya,.. / umpamanya,..
Penanda Contoh - Khususnya,.. / Tamsilanya,..
Atau Ilustrasi - Terutamanya,.. - Ayat contoh
- Biar kita mengambil contoh,..
- Yang dimaksudkan ialah..
- Hal ini dapat dilihat melalui..
- Dengan kata lain,.. / Ringkasnya,..
Penanda - Tegasnya,.. / Sebenarnya,.. - Ayat huraian
Keterangan Atau - Hal ini demikian kerana,.. - Menegaskan
Penjelasan - Secara empirikalnya,.. sesuatu
- Menurut kajian..
- Akhirnya,.. / Kesimpulannya,..
- Pada keseluruhannya,.. - Perenggan penutup
Penanda - Intihanya,.. / Konklusinya,..
Kesimpulan - Pendek kata,.. / Sesungguhnya,..
- Jelaslah bahawa..
- Pertamanya,.. / Keduanya,..
- Berikutnya,.. / Kemudian,.. / Kini,..
Penanda Masa / - Keesokannya,.. / Pada masa itu, .. - Perenggan Isi
Turutan - Selepas itu,.. / Seterusnya,.. - Ayat huraian
- Pada ketika itu,.. / Pada masa ini,..
- Selaras dengan itu,.. / Seiring dengan itu,..
- Dewasa ini,.. / Marcapada ini,..
- Sebagai perbandingan,.. / Ironinya,..
Penanda - Sebaliknya,.. / Berbeza dengan.. - Perenggan Isi
Perbandingan / - Walau bagaimanapun,.. / Namun demikian,..- Ayat Huraian
Alternatif - Sehubungan dengan itu,.. - Membandingkan
- Dalam nada yang berbeza,.. sesuatu
- Dengan ini,.. / Lazimnya,.. / Kebiasaannya,..
Penanda Umum - Ramai berpendapat bahawa.. - Ayat Huraian
- Pada hemat saya,.. / Pada pandangan saya,.. - Ayat Akhir
perenggan Isi

CONTOH PENGGUNAAN PENANDA WACANA

Pendahuluan Isi Huraian Huraian Isi Penegasan Penutup


Isi (sebab) (Contoh) Isi

Pada masa Seterusnya,.. Hal ini Sebagai Seharusnya,.. Konklusinya,..


ini,.. demikian contohnya,..
kerana..

Kini,.. Selanjutnya,.. Hal ini Sebagai Oleh itu,.. Tegasnya,..


berlaku misalannya,..
kerana..
Antara sebab
Baru-baru yang dapat Hal ini Sebagai Natijahnya,.. Akhir kata,..
ini,.. dijelaskan terjadi buktinya,..
ialah.. disebabkan
oleh..

Pada zaman Di sisi itu,.. Peristiwa Antara kes Sebagai Sebagai


muasir ini,.. ini terjadi terbaru wabak.. kesannya,.. intihanya,..
kerana..
Kejadian
Sejak akhir- Di samping tidak Umpamanya,.. Jelaslah Sebagai akhir
akhir ini,.. itu,.. diundang bahawa.. bicara,..
ini berlaku
lantaran..
Menurut
Mutakhir Selain itu,.. Penularan Timbalan Sebagai Kesimpulannya,.
ini,.. H5N1, Perdana Menteri impaknya,..
iaitu virus Malaysia,kempen
berbahaya penghayatan
selsema Rukun Negara..
burung
terjadi
akibat..

Anda mungkin juga menyukai