Anda di halaman 1dari 2

Ulang Kaji PT3 Bahasa Malaysia - Kesalahan Ejaan

(Bahagian 6)
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Kategori: Bahasa Malaysia PT3, Eja Tepat, Kesalahan Ejaan, PT3

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Gariskan kesalahan tersebut
dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Elakkan pengambilan makanan yang berkolestrol tinggi demi tahap


kesihatan yang lebih baik. _____________________________
2. Jackson membaca kandungan emel itu berkali-kali sebelum membuat
keputusan yang dirasakan sesuai. _____________________________
3. Hasil kraftangan yang dipamerkan di galeri itu cantik-cantik belaka.
_____________________________
4. Kampung saya dilanda banjir kerana air dari ampangan melimpah.
_____________________________
5. Baju-baju itu perlu disidai semula di ampaian kerana masih lembab.
_____________________________
6. Lauk gulai taugeh yang dimasak oleh Mak Cik Salbiah sangat lazat.
_____________________________
7. Peninju muda dari Sabah berjaya merangkul pingat emas dalam kejohanan
itu. _____________________________
8. Reban ayam itu baru dibena oleh datuk beberapa hari yang lalu.
_____________________________
9. Gerai paling hujung menjual murtabak daging dan ayam.
_____________________________
10. Hidangan belot masak berlada merupakan antara hidangan unik yang dijual
di restoran itu. _____________________________
Ulang Kaji Latihan Kesalahan Ejaan PT3 (Bahagian 7)

Betulkan kesalahan ejaan di bawah.

1. psikiologi -
2. intaraksi -
3. populoriti
4. stress -
5. ajen -
6. cafeteria -
7. ke 29 -
8. spesis -
9. eko-sistem -
10. kontingen -
11. television -
12. antara bangsa -
13. kobis -
14. motorsikal -
15. e-mail -
16. ajenda -
17. pra-sekolah -
18. kaki tangan -
19. baucer -
20. citarasa -

Anda mungkin juga menyukai