Anda di halaman 1dari 4

AKTIVITI PENGUKUHAN

SISTEM BAHASA : KERTAS 1 : BAHAGIAN B


Latihan 1

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa

tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu

menyalin ayat itu semula.

1. Hasil kraf tangan yang dibawa daripada kampung orang asli itu dipamerkan di Festival

Seni Antarabangsa.

_____________________________________

2. Kebanyakan peserta-peserta pertandingan sudah bersedia di tempat permulaan acara 100

meter.

_____________________________________

3. Encik Tan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan

Kota Bestari Jaya sejak sepuluh tahun yang lalu.

_____________________________________

4. Rakyat jelata sangat sukacita apabila menonton istiadat pelantikan sultan di televisyen.

_____________________________________

5. Perkhidmatan bas Alma Ekspres yang telah beroperasi lebih daripada 20 tahun adalah

antara perkhidmatan yang terbaik di negara kita.

_____________________________________

6. Makanan yang terhidang itu tidak mampu adik habiskan kerana banyak sungguh.

_____________________________________

7. “Murid nakal itu selalu mengganggu kamu,” kata Sharifah dan rakan-rakannya kepada

guru disiplin.

_____________________________________

8. Dari masa ke semasa, pihak majikan yang prihatin akan sentiasa berusaha untuk

menyediakan pelbagai kemudahan kepada para pekerjanya.

_____________________________________

9. Semua borang permohonan ke Universiti Malaya telah dihantar oleh saya melalui Intenet

petang semalam.

_____________________________________
10. Sikap saling membantu antara satu sama lain kita patut amalkan kerana dapat

mengeratkan hubungan silaturahim.

_____________________________________

[10 markah]

Latihan 2

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut

dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin

ayat itu semula.

1. Syarikat yang diisytiharkan bankrap itu mengalami defisit berdasarkan analisa yang

dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

_____________________________________

2. Anggota pasukan kadet polis sekolah itu menghentakkan kaki dengan kuat semasa

berkawat dalam pertandingan peringkat negeri.

_____________________________________

3. Ulasan tentang perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia oleh juru ulas itu sangat

menarik sekali.

_____________________________________

4. Pak Abu mencangkul tanah di tepi bendang itu untuk ditanam nenas.

_____________________________________

5. Encik Samat meminta kontraktor yang berpengalaman luas itu membina landskap di

halaman rumahnya mengikut plan yang ditetapkan.

_____________________________________

6. Kemudahan di stesen keretapi di negara kita sedang dinaik taraf untuk memberikan

keselesaan kepada pelancong domestik dan luar negara.

_____________________________________

7. Dengan menggunakan resepi yang diwarisi sejak turun-temurun, martabak yang dijual di

Restoran Tajmahal itu enak amat.

_____________________________________
8. Guru mata pelajaran Geografi menyuruh murid-muridnya menyediakan alat tulis yang

sesuai untuk memudahkan mereka melukis gambarajah proses pembentukan tasik ladam.

_____________________________________

9. Beberapa orang kontingen berbasikal yang terdiri daripada golongan belia dari negara

ASEAN akan merentasi kampung-kampung yang telah ditetapkan.

_____________________________________

10. Perdana Menteri telah mengadap Yang Dipertuan Agung bagi mendapatkan perkenan

baginda tentang cadangan pelantikan senator yang baharu.

_____________________________________

Latihan 3

Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal. Tulis jawapan anda pada ruang
jawapan yang disediakan.

1. Pemindahan mangsa banjir telah dapat dilakukan dengan sempurna kerana persediaan
awal telah dibuat.

i. ________________________________________________________________

ii. ________________________________________________________________

2. Datuk Osman banyak pengalaman lagi besar pengaruhnya.

i. ________________________________________________________________

ii. ________________________________________________________________

3. Semua murid perlu sedar bahawa mereka mesti sentiasa mengulang kaji pelajaran untuk
berjaya dalam peperiksaan.

i. ________________________________________________________________

ii. ________________________________________________________________

4. Mereka berteduh di dalam pondok usang itu apabila hujan turun.

i. ________________________________________________________________

ii. ________________________________________________________________
5. Puan Sharifah ialah guru mata pelajaran Sains dan Matematik di SMK Kota Mutiara.

i. ________________________________________________________________

ii. ________________________________________________________________

[10 markah]

Latihan 4
Tukarkan ayat tunggal di bawah kepada ayat majmuk dengan mengekalkan maksud
asalnya.
Tulis jawapan anda pada ruang jawapan yang disediakan.

1. a. Murid itu berjalan ke hadapan dewan.


b. Murid itu bertanyakan soalan kepada penceramah.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

2. a. Mereka berdiri di tepi padang.


b. Mereka memerhatikan kanak-kanak yang sedang bermain bola sepak.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

3. a. Abang memikirkan perkara itu semasak-masaknya.


b. Abang mengambil keputusan untuk berhijrah ke kota.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

4. a. Kawasan rekreasi di hutan lipur itu sangat cantik.


b. Kawasan rekreasi di hutan lipur itu tidak diselenggarakan dengan baik.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

5. a. Saya diminta mendaftarkan diri di kaunter.


b. Saya disuruh duduk di ruang menunggu.
c. Saya dibawa masuk untuk sesi temu duga.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________
[10 markah]

Anda mungkin juga menyukai