Anda di halaman 1dari 4

TAHUN 4 Latihan BM (PDPR) MEI 2021

NAMA : ___________________________________________________ KELAS : ___________

TOPIK : SISTEM BAHASA (KATA BERIMBUHAN AKHIRAN)

Gariskan penggunaan kata berimbuhan akhiran yang sesuai berdasarkan ayat di bawah.

1. ___________ ibu bapa mesti kita patuhi pada setiap masa. ( Belajar , Ajaran , Pelajaran )

2. Radio yang rosak itu telah abang saya ___________. ( kebaikan , dibaiki , baiki )
3. “___________ gambaran pemandangan yang cantik di tepi laut,” minta Cikgu Sarah.
( Lukiskan , dilukis , lukisan )
4. Murid-murid kelas 4 Mawar membaca petikan yang terdapat dalam buku teks dengan
____________ yang betul. ( menyebut , sebutan, tersebut )
5. Pandalela Rinong dinobatkan sebagai _____________ Terbaik Kebangsaan dalam majlis
Anugerah Sukan Negara. ( Olahragawan, Olahragawati, Seniman )
6. Pihak kerajaan telah memperuntukkan _____________ kewangan kepada rakyat yang terjejas
akibat krisis Covid-19. ( sumbangan , menyumbang, disumbang )
7. Pemilik pusat beli belah itu merupakan salah seorang ____________ yang tersohor di
Malaysia.
( berjuta-juta, jutaan, jutawan )
8. Tan Sri P. Ramlee merupakan ____________ yang dilahirkan di Singapura.
(seniwati, seniman, kesenian )
9. ____________ terlebih dahulu berita yang diterima sebelum menyebarkannya di media sosial.
( menyelidiki, selidiki, penyelidikan )
10. Pemain bola sepak itu berjaya menjaringkan gol kemenangan melalui ___________ penalti.
( tersepak , sepakan, menyepak )

Bina ayat menggunakan perkataan yang mengandungi imbuhan akhiran.


1. masakan

______________________________________________________________________________
2. usahawan

_____________________________________________________________________________________
TAHUN 4 Latihan BM (PDPR) MEI 2021

TOPIK : IMBUHAN AWALAN

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Lucy merupakan murid yang ______ di kelas kami.


A sepandai
B terpandai
C memadai
D berpandai-pandai

2 Peserta dari Kanada itu _____ dalam perlumbaan dengan penuh bersemangat.
A setanding
B bertanding
C menandingi
D pertandingan

3 Rumah baru abang saudara saya _______.


A sepagar
B dipagari
C berpagar
D memagar

4 _____ pengawas itu melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi.


A Ketua
B Menua
C Pengetua
D Tertua

5 Mei Mei sudah _____ di  kaki lima kedai itu selama sejam.
A mendirikan
B pendirian
C terdiri
D berdiri

6 Kami terkejut apabila alat ____ itu tiba-tiba berbunyi tanpa diketahui puncanya.
A mengesan
B pengesan
C berkesan
D terkesan

7 Mereka _____ menunggang basikal ke sekolah pada setiap pagi.


A bertiga
B ketiga
C ketiga-tiga
D pertiga

_____________________________________________________________________________________
TAHUN 4 Latihan BM (PDPR) MEI 2021

8 ______ restoran itu sedang mencatat pesanan pelanggan dengan sopan.


A Melayan
B Pelayan
C Melayan
D Dilayan

9 Ramli tidak _____ kotak yang penuh dengan buku-buku itu.


A pengangkat
B mengangkat
C diangkat
D terangkat

10 Gasing kepunyaan Tai Seng _____ di atas tanah.


A memutarkan
B diputar
C berputar
D pemutar

11 Buku latihan murid-murid sedang _____ oleh cikgu Lim di bilik guru.
A peperiksaan
B pemeriksaan
C memeriksa
D diperiksa

12 Lori itu ______ dengan perlahan kerana muatannya yang banyak.


A pergerakan
B bergerak
C tergerak
D penggerak

13 Datuk saya ______ kambing dan lembu di kampungnya.


A menternak
B penternakan
C penternak
D berternak

14 Keputusan peperiksaan Jun Wen kali ini ______ berbanding dengan sebelumnya.
A setingkat
B tetingkat
C bertingkat
D meningkat

15 ______ yang terkenal itu mengacarakan majlis perasmian dengan baik sekali.
A Jurutaip
B Jururawat
C Juruwang
D Juruacara

_____________________________________________________________________________________
TAHUN 4 Latihan BM (PDPR) MEI 2021

16 Restoran Jepun itu telah mengupah beberapa orang ______ sambilan.


A bekerja
B pekerja
C sekerja
D pengerja

17 Adnan mengikut jejak _______ orang abangnya yang cemerlang dalam pelajaran.
A Kedua
B berdua
C diduakan
D kedua-dua

18 ______ yang diupahkan untuk menangkap gambar dalam majlis perkahwinan tersebut
begitu profesional.
A Juruukur
B Juruhebah
C Jurutera
D Jurugambar

19 ______ lori itu disabitkan atas kesalahan kecuaian sehingga menyebabkan kemalangan.
A Pemandu
B Memandu
C Dipandu
D Pemanduan

20 Kebanyakan ______ yang melawat ke Pulau Langkawi adalah berasal dari Eropah.
A mengunjungi
B perkunjungi
C pengunjung
D berkunjung

21 Guru besar dan para guru sedang _____ tentang prestasi murid-murid di bilik mesyuarat.
A berbincang
B bincangkan
C dibincangkan
D perbincangan

Selamat Mencuba

_____________________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai