Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN A

(20 MARKAH)

Soalan 1 hingga soalan 16


Pilih jawapan yang paling tepat.

1. Kita seharusnya mengutamakan ___________________ alam sekitar dalam


menangani wabak denggi.

A kesucian
B kesihatan
C keceriaan
D kebersihan

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Ibu telah membeli ___________ pisang di pasar.

A setandan
B sesikat
C setangkai
D segugus

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Encik Haris meminum se_________ air kopi sebelum pergi ke pejabat.

A gelas
B cawan
C mangkuk
D cerek

1
4. Halim sedang ______________ karangan yang disuruh oleh gurunya.
A penulisan
B tulis
C tulisan
D menulis

5. ____________kah pertunjukan tarian itu akan dimulakan ?

A Bila
B Siapa
C Berapa
D Mengapa

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Encik Muthu membeli sebuah telefon bimbit


berjenama ________________.

A Samsung
B Honda
C Proton Waja
D Toshiba

7. Mak Mira sedang menyapu _____________ yang gugur di halaman rumahnya.

A kekisi
B jejari
C dedaun
D pepohon

2
8. Murid yang berbaju putih itu sangat bijak.
Pilih perkataan seerti bagi bijak.
A rajin
B segar
C cantik
D pandai

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. “ ____________ mestilah rajin berusaha,” kata majikan kepada pekerja.

A Kami
B Mereka
C Kamu
D Patik

10. Di __________kah letaknya taman rama-rama yang terbesar di dunia ?

A mana
B bila
C berapa
D siapa

11. Zarina dan Natasya akan ke perpustakaan ______________ pukul 9.00 pagi.

A daripada
B kepada
C pada
D di

12. 3
Wahid hendak membeli buku itu ____________ dia tidak mempunyai wang.

A tetapi
B kerana
C sambil
D supaya
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. Kelihatan ______________ siswa dari pusat pengajian tinggi awam sedang
berarak sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

A sekawan
B segerombolan
C sekumpulan
D sepasukan

14. Pekedai itu ______________ meja makan sehingga bersih.

A menyapu
B mengelap
C menggilap
D menggosok

15. __________ , saya tidak tahan dengan kesakitan ini !

A Oh
B Wah
C Aduh
D Amboi

4
Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.
16. Encik Rosman ________________ tangga untuk memasang parabola ASTRO
di Restoran Sri Sutera itu.

A mendaki
B memijak
C memanjat
D memegang

Soalan 17 hingga soalan 20


5
Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.

Che Aminah tinggal di Kampung Aru, Kemaman. Suaminya, Che Jusoh seorang nelayan.
Che Aminah menjalankan perusahaan memproses makanan daripada ikan dan udang secara kecil-
kecilan. Che Aminah memiliki sebuah kilang kecil yang terletak berhampiran rumahnya. Dia
dibantu oleh tiga orang anaknya dan lapan orang pekerja yang rata-rata anak jati kampung itu.

Che Aminah dan para pekerjanya memproses ikan-ikan dan udang untuk dijadikan
pelbagai jenis makanan. Dia sentiasa memastikan barangannya bersih dan berkhasiat. Dia
memasarkan barangan itu ke bandar-bandar utama di sekitar pantai timur Malaysia.
17. Apakah pekerjaan Che Jusoh ?

A pengusaha keropok
B pekerja kilang
C pemandu lori
D nelayan

18. Di manakah letaknya kilang Che Aminah ?

A Kemaman
B Tepi laut
C Pantai timur
D Kampung Aru

19. Berapakah jumlah pekerja Che Aminah ?

A Tiga orang
B Lima orang
C Lapan orang
D Sepuluh orang

20. Perkataan memproses dalam petikan bermaksud

A menyediakan
B menjualkan
C menciptakan
D membuangkan

BAHAGIAN B
6
(30 MARKAH)

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di bawah.

untuk di pada oleh

kepada dari ke daripada

Sekolah Kebangsaan Taman Melati telah mengadakan Pertandingan Reka Cipta Sains.
Pertandingan ini diadakan __________ hari Sabtu yang lalu. Pertandingan yang diadakan di
dewan sekolah itu mendapat kunjungan banyak orang. Pertandingan itu terbuka ___________
murid Tahap Dua sekolah itu.

Pelbagai reka cipta telah berjaya dihasilkan. Tujuan pertandingan itu diadakan adalah
__________ mencungkil bakat murid-murid serta membantu murid menjadi lebih kreatif. Hadiah
( 4 markah )

Soalan 22

a) Tulis semula ayat di bawah dengan menggunakan tanda baca dan ejaan yang
betul.

ayah menasihati abang supaya mengunakan kompute riba itu dengan cermat

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

( 2 markah )

7
b) Tulis ayat majmuk menggunakan kata hubung yang diberi.

Ibu hendak membeli barang.

Ibu terlupa membawa beg plastik. ( tetapi )

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

( 2 markah )

c) Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.


Apakah simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas ?

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

( 2 markah )

Soalan 23 8
Baca iklan di bawah. Jawab soalan-soalan berikutnya.

KEREPEK DAN REMPEYEK HARI RAYA !

Sambutlah Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma pada awal Disember ini dengan aneka kerepek dan
rempeyek ‘Selera Kampung’.

i. Kerepek pisang - RM10.00 sepeket iii. Kerepek keledek - RM12.50 sepeket


(manis/pedas/tawar) iv. Rempeyek kacang - RM11.00 sepeket
ii. Kerepek ubi - RM12.00 sepeket v. Rempeyek bilis - RM13.00 sepeket

Untuk tempahan, sila hubungi 09-2761297 atau 019-2221297.


- Tempahan hendaklah dibuat seminggu dari tarikh penghantaran.
- Wang pendahuluan tidak diperlukan.

a) Hari Raya Aidilfitri akan menjelma _____________________________________________

______________________________________________________________________________
( 2 markah )

b) Berapakah jenis rasa kerepek pisang yang dikeluarkan oleh ‘Selera Kampung’?
______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________
( 2 markah )

c) Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah

ditunjukkan sebagai contoh.

Harga rempeyek bilis paling mahal.

Wang pendahuluan diperlukan jika betul


membuat tempahan.

Terdapat tiga jenis kerepek dan dua jenis


rempeyek.
salah
Tempahan boleh dibuat sehari sebelum
tarikh penghantaran.

( 2 markah )

9
Soalan 24

Baca petikan di bawah. Jawab soalan-soalan berikutnya.

Bersukan merupakan salah satu aktiviti yang berfaedah. Bersukan dapat menjadikan badan
kita sihat. Apabila badan kita sihat, otak kita pun menjadi cerdas.

Bersukan dapat memupuk kesabaran dan ketabahan. Di samping itu, bersukan juga mampu
mendisplinkan diri kita. Murid sekolah digalakkan untuk bersukan melalui aktiviti kokurikulum
yang dijalankan setiap minggu. Murid boleh memilih sukan dan permainan yang diminati oleh
mereka seperti bola sepak, bola jaring dan juga olahraga.

Murid-murid yang berkebolehan akan dipilih untuk mewakili sekolah dalam kejohanan
sukan. Sekiranya bernasib baik, mereka boleh meneruskan minat dalam bidang sukan dengan
melanjutkan pelajaran ke sekolah sukan.

a) Mengapakah kita mesti bersukan ?

Kita mesti bersukan kerana dapat ____________________________________________


( 1 markah )

b) Apakah yang akan berlaku apabila kita rajin bersukan ?


Apabila kita rajin bersukan ____________________________________________________

______________________________________________________________________________
( 2 markah )

c) Di manakah murid-murid yang berminat dalam bidang sukan dapat

melanjutkan pelajaran ?

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________
( 2 markah )

d) Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang


salah berdasarkan petikan.

Aktiviti kokurikulum dijalankan setiap minggu.

Bersukan boleh menyebabkan badan kita sakit.

( 1 markah )

10
Soalan 25

Baca petikan di bawah. Jawab soalan-soalan berikutnya.

Mohan dan Irfan menggemari permainan bola sepak. Setiap pasukan terdiri daripada
sebelas orang pemain. Dalam permainan bola sepak, pasukan yang menjaringkan jumlah gol
paling banyak dikira sebagai pemenang. Mohan dan Irfan bercita-cita untuk mewakili sekolah
dalam pertandingan bola sepak. Oleh itu, mereka giat berlatih bagi meningkatkan kemahiran dan
menguatkan stamina.

a) Siapakah yang menggemari permainan bola sepak ?

______________________________________________________________________________
( 2 markah )

b) Berapa orangkah pemain dalam setiap pasukan bola sepak ?

Setiap pasukan bola sepak ___________________________________________________

______________________________________________________________________________
( 2 markah )

c) Apakah cita-cita Mohan dan Irfan ?


______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________
( 2 markah )

d) Namakan permainan sukan yang lain.

ii) ______________________________________________

ii) ______________________________________________

( 2 markah )

KERTAS SOALAN TAMAT

11

Anda mungkin juga menyukai