Anda di halaman 1dari 11

SJKT Bagan Serai

Peperiksaan
Pertengahan Tahun
Bahasa Melayu
Tahun 5 (Kertas 1)
1 jam 15 minit
Nama : ________________________
Kelas : ________________________

BAHASA MELAYU (KERTAS 1)


TAHUN 5
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

BAHAGIAN A
Soalan 1-20

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

1. Hanisah asyik menonton televisyen di ___________________ rumahnya.

A ruang keluarga C ruang tamu


B ruang makan D ruang dapur

Soalan 2 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

2. “Pak Seman menggunakan _______________ untuk menebang sebatang pokok


rambutan yang berdekatan dengan rumahnya”. Kata Samad kepada adiknya.

A pisau C gergaji
B parang D kapak
3. _______________ berikrar untuk melakukan apa sahaja yang terdaya bagi
menjayakan majlis itu.

A Aku C Awak
B Saya D Anda

Soalan 4 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

4. Kuda itu berlari dengan ______________ untuk mengelakkan diri daripada


ditanduk oleh kerbau.

A pelahan C cepat
B pantas D laju

Soalan 5 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

5. Sungguhpun bayi itu _____________ tetapi telah ditinggalkan oleh


ibu bapanya.

A comot C comel
B cantic D molek
Soalan 6 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5

6. Sazali, Kamal dan Yahya berlatih ________________sambil bermain alat muzik


untuk menyertai Pertandingan Bintang Kecil di sekolahnya.

A menari C menangis
B menjerit D menyanyi

Soalan 7 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6

7. Pemandu
lori itu
memecut
lorinya dengan laju untuk _______________
bas yang ada di hadapannya.

A melanggar C memotong
B menyelit D menyusun

8. Tun Haji Abdul Razak bin Husin ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
Beliau berasal _____________ negeri Pahang.

A pada C kepada
B dari D daripada

9. Zaiton menulis surat _________________ sahabatnya yang sedang belajar di


Universiti Malaya.

A bagi C kepada
B untuk D daripada

10. Murid-murid dinasihatkan belajar bersungguh-sungguh _______________


berjaya dalam pelajaran.

A oleh C sambil
B hingga D supaya

Soalan 11 berdasarkan Gambar 8

Gambar 8

19 Ibu menyediakan________________ sempena Hari Raya Aidilfitri.

A lauk-pauk C sayur-mayur
B kuih-muih D buah-buahan
Soalan 11 berdasarkan Gambar 10

Gambar 9

11. Setiap minggu, adik Hashim mengelap cermin tingkap biliknya dengan menggunakan
_____________ tuala.

A sehelai C selembar
B secarik D sekeping
12. __________________kah yang menjadi johan dalam Pertandingan Pidato Diraja
Peringkat Negeri Pahang Tahun 2007 yang lalu?

Pilih kata tanya yang sesuai bagi ayat tanya di atas

A Apa C Siapa
B Bila D Mengapa

13. Siapakah yang bercakap dengan kamu sebentar tadi ?

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.

A Saya tidak dengarlah.


B Saya tidak boleh bercakap.
C Saya bercakap dengan kamu tadi.
D Salmah yang bercakap dengan saya tadi.

14. Di manakah letaknya sekolah kamu ?

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.

A Sekolah saya terletak di Kampung Budu, Benta, Pahang.


B Sekolah saya mempunyai empat bangunan.
C Sekolah saya sentiasa bersih dan ceria.
D Sekolah saya sekolah kampung.

Soalan 15
Pilih ayat yang betul.

I Perdana Menteri akan melawat ke Kuala Lipis. Beliau dijangka tiba pada pukul 10.00
pagi.

II Ahmad murid yang pintar . Namun demikian, beliau tetap belajar bersungguh-
sungguh.

III Puan Zahalina mengajar di SK Lubok Kulit. Beliau telah berkhidmat di sana selama
dua tahun.

IV Pengemis itu menyelongkar tong sampah kerana beliau kelaparan.

A I dan II C II dan III


B I dan III D III dan IV
Soalan 16- 20
Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan –soalan yang berikutnya.

Telur Omega 3 mengandungi khasiat lima kali ganda berbanding telur biasa. Ia juga
mempunyai jumlah kolestrol yang rendah berbanding telur biasa.

Telur ini mengandungi asid lemak omega 3 , vitamin E, vitamin A dan vitamin D.
Vitamin ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan
darah tinggi, strok, dan penyakit barah.

Harga telur Omega 3 lebih mahal berbanding telur biasa. Saiznya agak besar.Telur
Omega ini juga boleh membantu meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan otak, sistem
saraf dan tisu-tisu mata ( retina ).

Bak kata pepatah alah membeli menang memakai. Walaupun harganya lebih mahal
sedikit tetapi ia amat baik untuk kesihatan kita sekeluarga. Pada masa kini, orang ramai
sudah mula mementingkan pemakanan sihat dan seimbang.

Kerajaan telah menggalakkan rakyat agar sentiasa menjaga pemakanan untuk menjamin
kesihatan yang lebih baik.

16. Apakah kelebihan telur Omega 3?

A kerana saiznya
B kerana harganya mahal
C kerana kuantitinya banyak
D kerana ia mempunyai banyak khasiat

17. Vitamin-vitamin ini terkandung dalam telur Omega 3, kecuali

A vitamin A dan E
B vitamin D dan E
C vitamin A dan C
D vitamin A dan D

18. Telur merupakan makanan yang tergolong dalam kumpulan.

A serat
B protein
C mineral
D karbohidrat

19. Apakah akibat jika kandungan kolesterol yang tinggi dalam


makanan kepada tubuh badan kita ?

A tulang kita mudah reput


B badan kita menjadi lemah
C sering mengalami sakit kepala
D mudah mendapat pelbagai penyakit

20. Berikut ialah makanan yang boleh menyebabkan badan kita mudah
dihinggapi penyakit kecuali

A ais krim
B sayur-sayuran
C makanan ringan
D daging berlemak

Bahagian B
(30 markah)

Soalan 21
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

muzik tradisional cenderamata pengunjung


penonton murah Karnival Pelancongan

Adam dan Rahimi telah ke ____________________________. Banyak pengunjung ke


Karnival Pelancongan itu. Terdapat pelbagai gerai di sana. Ada gerai yang menjual
makanan, pakaian dan _________________. Banyak pengunjung membeli pakaian kerana
harganya ____________.
Selain itu, terdapat juga persembahan ______________________. Penonton gembira
semasa menyaksikan persembahan itu.
( 4 markah )
Soalan 22
a. Tulis soalan yang sesuai bagi jawapan yang diberi.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Jawapan : Tokoh perniagaan yang saya kagumi ialah Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin.
( 2 markah )
b. Tulis dialog yang sesuai bagi perbualan di bawah.

Anisah : Apakah pekerjaan ayah kamu?


Jawapan
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
( 2 markah )
c. Tulis ayat yang sesuai di bawah.

Adam mengambil bendera. ( kerana )


Adam hendak memasangnya pada sebatang kayu.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
( 2 markah )
Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Perniagaan Encik Suhaimi semakin meningkat. Beliau menjadi usahawan pengangkutan.


Beliau menambah jumlah kenderaannya dari tahun ke tahun.
Pada tahun pertama, beliau hanya memiliki sebuah bas dan sebuah teksi. Pada tahun
kedua pula, jumlah bas dan teksinya telah ditambah.
Pada tahun ketiga, beliau berjaya menambah lima buah bas dan tiga buah teksi kerana
perniagaannya semakin maju.
Pada tahun keempat pula, beliau membeli lima buah teksi lagi.

a. Perkataan ‘memiliki’ dalam petikan di atas bermaksud ______________.


( 1 markah )

b. Mengapakah Encik Suhaimi menambah lima buah bas dan tiga buah teksi pada tahun
ketiga?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

( 2 markah )
a. Padankan kenyataan di bawah berdasarkan petikan.

Encik Suhaimi merupakan usahawan


internet.
BETUL
Pada tahun keempat, Encik Suhaimi
memiliki sebuah bas dan sebuah teksi.
SALAH
Encik Suhaimi menambah jumlah
kenderaannya dari tahun ke tahun.
( 2 markah )

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Pusat penternakan burung unta atau ostrich di Jelita Ostrich Farm, Negeri Sembilan kini
menjadi perhatian pelancong. Jelita Ostrich Farm memelihara pelbagai jenis burung unta.
Pelancong yang datang ke pusat itu akan diberi taklimat tentang penternakan burung
unta. Pelancong bukan sahaja dapat melihat dan memegang sendiri haiwan tersebut, malah
dapat menyaksikan perlumbaan burung unta.
Burung unta ini adalah haiwan yang sangat sensitif. Suka dibelai tetapi akan
bertindak agresif jika merasakan dirinya diganggu.

a. Apakah haiwan yang dipelihara di Jelita Ostrich Farm?


___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

( 2 markah )
b. Mengapakah burung unta sangat sensitif?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
( 2 markah )

c. Pada pendapat anda, mengapakah Jelita Ostrich Farm menjadi tarikan pelancong?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
( 3 markah )

Soalan 25
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Memancing bersama anak Leha,
Memancing ikan tepi paya,
Kalau kita rajin berusaha,
Pasti kita akan berjaya.

Buah pinang ditumbuh lumat,


Buah pinggang dari pekan,
Apabila berbelanja kita berjimat,
Sikap boros jangan amalkan.

Sungguh tinggi pohon ara,


Pohon ara tepi perigi,
Melayan pelanggan dengan mesra,
Barulah pelanggan datang lagi.

a. Apakah yang perlu kita lakukan untuk berjaya?


___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
( 1 markah )
b. Apakah sikap yang perlu diamalkan ketika berbelanja?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
( 2 markah )
c. Tuliskan BETUL atau SALAH bagi pernyataan di bawah berdasarkan pantun.

Kita perlu amalkan sikap boros.


Jangan amalkan sikap boros.
( 2 markah )
d. Bagaimanakah caranya supaya pelanggan datang lagi ?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
( 3 markah )

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai