Anda di halaman 1dari 13

Nama : _____________________________________ Tarikh : ______________

011/1
Bahasa
Melayu
JUSA 2009
Set 5
50 minit

JABATAN PELAJARAN PERAK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

_____________________________________________

MODUL JUSA 2009

011 – BAHASA MELAYU SK

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif
yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak.

011 2009 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak


Modul JUSA Set 5

Arahan Am
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada
satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf
yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih.

Soalan 1 hingga Soalan 20

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Semasa melawat ke __________ kami berpeluang melihat imej tentang susunan


dan pergerakan bintang di langit.
A Muzium Negara

B Arkib Negara

C Tugu Negara

D Planetarium Negara

2 “___________ mesti tunggu sampai aku datang,” kata Aina mengingatkan rakan-
rakannya.
A Mereka

B Kalian

C Kamu

D Anda

3 Hafizuddin benci ___________ budak itu kerana sikapnya yang sombong.


A tentang
B akan
C pada
D oleh

4 Saya __________ mengantuk. Saya mahu siapkan kerja ini dahulu.


A masih
B bukan
C belum
D sedang

5 Tolong buang sampah di atas lantai itu__________ dalam bakul sampah.


A ke
B di
C dari
D daripada

2
Modul JUSA Set 5

6 Pokok kelapa di tepi pantai itu ___________ apabila ditiup angin.


A bergerak-gerak
B melambai-lambai
C berpusing-pusing
D melilit-lilit

7 Banyak pekerja di kilang tekstil itu terpaksa __________ oleh pihak kilang akibat
kemelesetan ekonomi.
A berhenti

B diberhentikan

C menghentikan

D memberhentikan

8 Zakuan pergi ke pejabat telekom untuk __________ bil telefonnya.


A menjelas

B penjelasan

C menjelaskan

D memperjelas

Soalan 9 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1
9 ___________ Gunung Kinabalu dipenuhi tumbuhan hijau dan udaranya segar.
A Kaki

B Dasar

C Puncak

D Pangkal

3
Modul JUSA Set 5

Soalan 10 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2
10 Mereka menunggang basikal ___________ untuk pulang ke rumah selepas
mengikuti kelas tambahan.
A semua
B sekalian
C ketiga-tiga
D masing-masing

11 Semua penonton __________ semasa menyaksikan persembahan seniwati terkenal


itu.
A terdiam
B terkedu
C terpukau
D terlena

12 Ibu menggubah dua __________ tuala untuk dijadikan gubahan berbentuk dua
__________ cendawan.
A helai ... kaki

B bidang ... pokok

C keping ... pasang

D pasang … batang

13 Ketua kampung menasihati Mak Cik Bedah agar ___________ kehilangan


anaknya kepada pihak polis.
A memaklumkan

B menerangkan

C memberitahu

D melaporkan

4
Modul JUSA Set 5

14 “Layanan yang saya terima ___________ baik ___________ ,” kata Pak Mustafa
kepada rakan-rakannya.

A sungguh … sekali

B agak … sungguh

C terlalu … sekali

D paling … sekali

Soalan 15 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3
15 Ravindran __________ talam yang berisi minuman untuk dihidangkan kepada
tetamunya.
A menjinjing
B mengangkat
C membimbit
D menatang

Soalan 16 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

16 Rizal sedang __________ di kawasan air terjun yang indah dan nyaman.
A bermadah

B bersantai

C bersenda

D bertapa

5
Modul JUSA Set 5

17 Puan Zalina mahu menggantikan langsirnya yang sudah __________.


A kabur
B kusam
C kelam
D kelat

18 Pihak polis __________ sijil penghargaan kepada pemuda itu.


A menganugerahkan

B menghadiahkan

C menganugerahi

D menghadiahi

19 Persiapan hari raya pada tahun ini kami sambut secara __________ sahaja.
A rambang mata
B separuh tiang
C bulat hati
D ala kadar

20 “Apa__________ dayaku yang lemah ini untuk melawannya,” keluh lelaki itu.
A -lah
B -kah
C -tah
D pun

Soalan 21
Pilih kata yang seerti bagi kata yang bergaris dalam ayat di bawah.

21 Keluarga yang harmoni ialah kunci kesejahteraan negara.


A Elok
B Bersih
C Rukun
D Bagus

Soalan 22
Pilih lawan kata bagi kata yang bergaris dalam ayat di bawah.

22 Wajah perempuan itu mirip wajah isteri Encik Zaki.


A Berbeza
B Sepadan
C Berubah
D Iras

6
Modul JUSA Set 5

Soalan 23
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

23 A Cili Sos keluaran syarikat itu memang lazat.

B Goreng pisang yang dijual di gerai itu memang laris.

C Jangan dekati budak itu kerana dia seorang yang tangan panjang.

D Kakak memasukkan cili, garam, dan belacan ke dalam batu lesung.

Soalan 24
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

24 I Kambing betina itu bahan mangsa harimau belang.

II Hussein mencari bahan untuk berhujah dengan pihak lawan.

III Bahan perhiasan ibunya masih tersimpan di dalam peti besi itu.

IV Bahan perbicaraan kes penyeludupan beras itu dihadapkan di mahkamah.

A I dan II sahaja

B III dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja

D II, III dan IV sahaja

Soalan 25

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

25 Adakah peraturan sekolah ini akan kamu patuhi ?


A Benar, peraturan sekolah mesti kita patuhi.

B Ya, kami akan mematuhi peraturan sekolah ini.

C Ya, saya akan mematuhi peraturan sekolah ini.

D Tidak pasti sama ada mereka akan mematuhinya atau tidak.

7
Modul JUSA Set 5

Soalan 26

Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat yang diberikan.

26 Abang Safwan tiada di rumah. Dia pergi ke rumah nenek.


A Abang kamu pergi ke mana?

B Boleh saya berjumpa dengan abang kamu?

C Benarkah abang kamu pergi ke rumah nenek?

D Sudah lamakah abang kamu pergi ke rumah nenek?

Soalan 27
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

27 “Saya tidak mampu membeli basikal yang mahal itu,” kata Ahmad kepada Lutfi.
A Ahmad memberitahu Lutfi tidak mampu membeli basikal yang mahal itu.

B Ahmad memberitahu Lutfi bahawa dia tidak mampu membeli basikal yang
mahal itu.

C Ahmad berkata Lutfi tidak mampu membeli basikal yang mahal itu.

D Lutfi berkata Ahmad tidak mampu membeli basikal yang mahal itu.

Soalan 28

Pilih ayat yang betul.

28 A Aduhai, sakitnya luka ini!

B Amboi, pergi kamu kamu dari sini!

C Eh, awak pun ada di sini!

D Wah, berani sungguh dia mencabar saya!

8
Modul JUSA Set 5

Soalan 29 dan Soalan 30


Pilih ayat-ayat yang betul.

29 I Pantun ini kami tujukan khas untuknya.

II Petani tua itu menjunjung bakul yang berisi padi.

III Keempat-empat orang itu adalah pegawai perangkaan.

IV Kesihatan mereka diawasi dari masa ke semasa.

A I dan II sahaja

B I dan IV sahaja

C II dan III sahaja

D III dan IV sahaja

30 I Berbagai-bagai jenis lauk-pauk terdapat di gerai itu.

II Abang panjat pokok manggis di belakang rumah.

III Warna baju yang dipakainya merah sangat.

IV Dia menjerit-jerit sampai serak suaranya.

A I dan III

B II dan III

C III dan IV

D I, III dan IV

9
Modul JUSA Set 5

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca puisi di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Makan nasi berulam pegaga,

Pegaga diberi oleh Cik Dayang;

Sejak kecil kita dijaga,

Dengan penuh kasih sayang.

Manis sungguh buah papaya,

Lalu diletak ke dalam sampan;

Mereka berharap kita berjaya,

Agar cerah masa hadapan.

Singgah bersuka di Kota Melaka,

Berteduh di bawah pohon jejawi;

Hidup berjaya pada hari muka,

Berbakti kepada ibu pertiwi.

Tinggi sungguh pohon saga,

Berbanding dengan si pokok jati;

Ibu yang tua perlu dijaga,

Bapa yang uzur sama dirawati.

Tumbang sebatang pokok kelapa,

Potong daunnya jadikan anyaman;

Ingatlah kita jangan lupa,

Jasa keduanya tiada tandingan.

10
Modul JUSA Set 5

31 Tema puisi di atas adalah tentang


A tanggungjawab keluarga

B tanggungjawab anak

C tanggungjawab bapa

D tanggungjawab ibu

32 Apakah yang diharapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka?


A Berlumba untuk mencapai kejayaan

B Bergembira dalam kehidupan

C Berusaha untuk kedamaian

D Berjaya dalam pelajaran

33 Pembayang puisi di atas menggambarkan perkara yang berkaitan dengan


A tumbuh-tumbuhan

B tempat berteduh

C kasih sayang

D Kesihatan

34 Maksud ibu pertiwi dalam puisi di atas ialah


A bangsa
B Kerajaan
C ibu bapa
D tanah air

35 Mengapakah kita perlu mengingati kedua-dua ibu bapa?


A Mereka kurang pendapatan
B Mereka kurang pelajaran
C Mereka telah berjasa
D Mereka telah uzur

11
Modul JUSA Set 5

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bot yang kutunggu sudah tiba. Penumpang berebut-rebut memasukinya. Perut bot itu
hanya boleh memuatkan dua belas orang tetapi kini terdapat tujuh belas orang penumpang
di dalamnya. Semua penumpang tidak mahu beralah walaupun pemandu bot mengatakan
bot sudah terlebih muatan.

Pemandu bot terpaksa memulakan perjalanan. Bot tidak dapat bergerak laju kerana
menanggung muatan yang berlebihan. Aku membatukan diri walaupun perasaanku resah.

Aku memakai jaket keselamatan. Namun ada juga penumpang yang tidak berbuat
demikian kerana jaket yang disediakan tidak mencukupi. Laut mula bergelora. Aku semakin
resah apabila bot terumbang-ambing dipukul gelombang. Keadaan menjadi tidak terkawal
apabila ada penumpang yang menjerit ketakutan.

Tiba-tiba bot terbalik akibat pukulan ombak dan gelombang yang sungguh kuat. Aku
dan penumpang bot yang lain tercampak ke laut. Aku bernasib baik kerana memakai jaket
keselamatan. Kami berenang mencari pantai dalam keadaan laut yang bergelora.

Mujurlah ada sebuah bot yang kebetulan lalu di kawasan itu dan menyelamatkan
kami. Kami dibawa balik ke jeti. Walau bagaimanapun, dua orang penumpang mati lemas.
Pengalaman ngeri itu sukar untuk aku lupakan. Aku berharap agar tragedi itu tidak berulang
lagi.

36 Bot itu tidak dapat bergerak laju kerana

A terlebih muatan.

B laut bergelora.

C enjin bot rosak

D terlanggar beting pasir.

37 Apakah yang menyebabkan “aku” begitu resah?

A Lambat sampai di destinasi.

B Takut akan ombak yang ganas.

C Tidak menyukai penumpang yang lain.

D Bimbang penumpang tidak memakai jaket keselamatan.

12
Modul JUSA Set 5

38 Apakah yang terjadi kepada penumpang apabila bot terbalik?


A Berenang mencari pantai.

B Menjerit meminta tolong.

C Menangis ketakutan.

D Terhumban ke laut.

39 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas.


A Keadaan dalam bot terlalu padat.

B Lima belas orang penumpang bot itu terselamat.

C Bot itu dinaiki oleh dua belas orang penumpang.

D Terdapat penumpang yang tidak memakai jaket keselamatan.

40 Perkataan tragedi dalam petikan di atas bermaksud

A cerita.

B sejarah.

C salasilah.

D peristiwa.

KERTAS SOALAN TAMAT

13

Anda mungkin juga menyukai