Anda di halaman 1dari 13

Soalan 1 hingga soalan 10

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1 Pak Amin sedang ________ mentimun di kebun sayurnya.


A mengait
B mengutip
C memetik
D mengambil

2 Azman murid yang sangat aktif dalam bidang kokurikulum. ________, pihak
sekolah telah menganugerahinya Murid Cemerlang semasa Hari Kecemerlangan
Kokurikulum.
A Lantaran itu
B Namun begitu
C Sejak itu
D Jika begitu

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah

1
3 Abang mengeluarkan ________ yang baru dibelinya daripada kotak itu lalu
meletakkannya di atas meja.
A bebuli
B kekunci
C tetikus
D lelabah

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

4 Ahli Persatuan Sains itu sedang mencantikkan taman sains._______ melakukan


tugas itu bersama-sama.
A Beliau
B Kami
C Mereka
D Dia

5 Makyung _______ kesenian tradisional yang semakin dilupakan oleh generasi


muda.
A adalah
B masih
C ialah
D paling

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

2
6 Pemain pasukan Sabah itu sedang melakukan ________ sudut untuk pasukannya.
A pukulan
B sepakan
C hayunan
D hantaran

7 Pada malam hari raya, Roslan membantu datuknya ________ ketupat.


A membakar
B menyalai
C merebus
D mereneh

8 Penternak itu terkejut apabila mendapati ________ ekor lembunya mati.


A sebahagian
B beberapa
C setengah
D semua

9 Kita mesti ______ makanan sebelum menelannya supaya mudah hadam.


A melumat
B mengigit
C mengoyak
D mengunyah

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah

10 Badan pesakit yang baru menjalani pembedahan itu masih _______ dan dia perlu
banyak berehat.
A lembap
B lemah
C layu
D lembik

3
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah

11 Beberapa orang _______ sedang menyiasat kejadian rompakan di sebuah kedai


emas.
A orang-orang
B anggota-anggota
C mata-mata
D pengawal-pengawal

12 ________ Robert memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan itu


________ dia tidak membangga diri.
A Kerana ... supaya
B Sungguhpun ... namun
C Jika ... agar
D Semenjak ... tetapi

13 Terendak itu diperbuat _________ daun mengkuang.


A dari
B oleh
C dengan
D daripada

14 Bagi _______ seruan kerajaan supaya sentiasa menabung, Camilus telah


membuka akaun di bank untuk _______ wang gajinya.
A menyahut ... menyimpan
B sahutan ... disimpan
C disahut ... menyimpan
D menyahut ... disimpan

15 "Janganlah kamu risau. _______ Azahrina dan Idawati pasti akan bertegur sapa
semula," kata Aminah.
A Lambat-laun
B Lama-kelamaan
C Habis-habisan
D Dulu-dulu

4
16 Puan Maimun mempelawa Emma ________ Noranah masuk ke dalam rumah
_______ menunggu Rima bersiap.
A serta ... lalu
B atau ... sambil
C apabila ... tatkala
D dan ... sementara

17 Jika _______ antara Junaidah dengan Hamidah, tentunya Junaidah jauh lebih
pandai berdasarkan prestasinya di sekolah.
A dibandingkan
B dibandingi
C membandingkan
D membandingi

18 Era memang cantik orangnya. Namun, dia ibarat _______ kerana suka _______
apabila bergaul dengan masyarakat kampung.
A buka tembelang ... cari jalan
B bermuka dua ... buka mulut
C bunga dedap ... bermuka-muka
D banyak lemak ... harga diri

19 Saya berpendapat _______ masalah murid-murid di sekolah itu bermula


________ ketiadaan Cikgu Malius.
A yang ... jika
B kerana ... apabila
C bahawa ... semenjak
D sama ada ... tatkala

Soalan 20
Pilih kata yang seerti dengan kata yang bergaris.

20 Penerokaan hutan secara berleluasa akan mengancam kehidupan haiwan dan


tumbuh-tumbuhan.
A. mengganggu
B. merosakkan
C. membantu
D. membahayakan

Soalan 21
Pilih kata berlawan yang paling sesuai bagi kata yang bergaris.

21 Hidupnya merana kerana hutang keliling pinggang.


A bahagia
B mewah
C derita
D porak-poranda

5
Soalan 22 dan Soalan 23
Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata bergaris dengan betul.

22 I Baju yang baru dibasuh oleh ibu disidai di ampaian


II Tikar mengkuang itu disidai di anjung rumah.
III Ikan-ikan yang baru disiang itu kemudiannya disidai di tengah terik
mentari.
IV Patung ikan duyung itu disidai di ruang legar pusat beli-belah KB Mall
untuk tontonan umum.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D I, II dan IV sahaja

23 I Siti menumbuk lada hitam itu hingga hancur


II Kereta itu hancur ditimpa pokok.
III Harapan Edlin hancur apabila dia tidak terpilih mewakili pasukan bola
jaring sekolahnya.
IV Hatinya hancur apabila mendengar kata-kata cacian itu.

A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

Soalan 24 dan Soalan 25


Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

24 Mengapakah kita ditegah membakar sampah secara terbuka?


A Pembakaran sampah secara terbuka boleh membahayakan kesihatan
B Membakar sampah dapat mengelakkan daripada berlaku jerebu.
C Dengan membakar sampah secara terbuka kita dapat meringankan kerja
majlis bandaran
D Pembakaran sampah memudahkan proses pengumpulan sampah

25 Siapakah yang akan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim?

A Sumbangan kepada anak-anak yatim akan disampaikan oleh guru besar.


B Majlis penyampaian sumbangan itu dilakukan oleh guru besar.
C Anak-anak yatim akan menyampaikan sumbangan kepada guru besar.
D Sumbangan kepada anak-anak yatim akan disampaikan sebentar lagi.

6
Soalan 26 dan Soalan 27

Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.

26 “Jangan buka buku soalan ini sehingga diberitahu,” tegas Ketua Pengawas.

A Ketua Pengawas diberitahu supaya tidak membuka buku soalan itu.


B Ketua Pengawas tidak membenarkan buku soalan itu dibuka sehingga
diberitahu.
C Buku soalan itu tidak dibenarkan Ketua Pengawas membukanya sehingga
diberitahu.
D Ketua Pengawas dibenarkan membuka buku soalan itu apabila diberitahu.

27 Pak Uda mengajak kawannya, Halim minum kopi bersama-sama.

A Halim mengajak Pak Uda minum kopi bersama-sama kawannnya.


B Halim diajak oleh Pak Uda untuk minum kopi bersama-sama.
C Bersama-sama Pak Uda, Halim mengajak kawannya minum kopi.
D Kawan Halim diajak minum kopi bersama-sama Pak Uda.

Soalan 28,29 dan 30

Pilih ayat-ayat yang betul.

28 I Saya telah menyerahkan cikgu buku itu.


II Ayah bekerja dari pagi hingga petang untuk mencari rezeki.
III Dialah yang paling pandai dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
IV Kamu mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I , II dan IV sahaja
D II , III dan IV sahaja

29 I Encik Azman membawa keluarganya melencong ke Pulau Langkawi.


II Rumah Raziq terletak di antara sekolah dan hospital.
III Mereka masing-masing lebih gemar membawa alatan sendiri.
IV Dalam kelas saya, dialah yang terpandai .

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D II dan IV sahaja

7
30 I Puan Roslinawati akan mengadakan majlis kesyukuran pada
petang semalam.
II Berapa kakitangan syarikat milik ayah saya telah diberikan anugerah
perkhidmatan pekerja cemerlang.
III Kedua-dua ibu bapanya telah bersetuju dan menerima lamaran daripada
pihak lelaki.
IV Kami sekeluarga telah bersantai di Pulau Langkawi pada hujung minggu
yang lalu.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

SK. Tanjung Aru,


Jalan Tikaman,
88858 Tanjung Aru,
SABAH.

21 MAC 2009

Menemui saudara Loqman yang diingati, semoga berada dalam keadaan sihat
sejahtera.

Saudara,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk meminta maaf kerana tidak dapat
menyertai rombongan saudara melawat ke Langkawi tempoh hari.
Sebenarnya pada hari tersebut, saya telah menghadiri “Hari Terbuka” di Sekolah
Kebangsaan Tanjung Aru, bersama abang saya. Biarlah saya mengambil kesempatan ini
untuk menceritakan apa yang telah berlaku pada hari itu.
Pada sebelah paginya, murid-murid sibuk menyediakan bilik-bilik pameran. Murid-
murid Persatuan Masakan sibuk menyediakan pelbagai jenis masakan untuk dipamerkan
kepada pengunjung. Bilik-bilik makmal juga tidak kurang menariknya dengan berbagai-
bagai aktiviti Sains.
Di kawasan lapang di hadapan sekolah pula, ahli-ahli Pandu Puteri mengadakan
perkhemahan. Di dewan besar, kerusi-kerusi tersusun dengan kemasnya untuk
pengunjung menyaksikan pertunjukan kebudayaan. Dewan dihias dengan indah.
Pada pukul 2.00 petang, orang ramai mula membanjiri pameran tersebut. Tuan Guru
Besar dan guru-guru kemudian terus dibawa ke bilik pameran.
Pada pukul 4.00 petang pula, semua pengunjung turun ke padang untuk menyaksikan
permainan pancaragam oleh para pelajar sekolah ini. Kemudian, mereka dijemput ke

8
dewan untuk menyaksikan pertunjukan kebudayaan. Abang saya turut mengambil
bahagian. Saya tertarik dengan Tarian Zapin dan Inang. Setelah selesai pertunjukan itu,
para pengunjung dipersilakan menikmati jamuan ringan.
Sekian sahaja yang dapat saya ceritakan. Sehingga kita berjumpa lagi dalam lembaran
yang lain, sambutlah salam mesra daripada saya.

Yang benar,
Hanafi

31 Apakah tujuan Hanafi menulis surat kepada Loqman?


A Untuk meminta maaf
B Untuk mengajak melawat pameran
C Untuk menceritakan apa yang berlaku
D Untuk membatalkan rancangannya pergi ke Langkawi

32 Apakah acara yang paling diminati oleh Hanafi pada hari itu?
A Hiasan dewan
B Acara sambutan
C Pameran masakan
D Tarian tradisional

33 Di manakah persembahan kebudayaan diadakan?


A Di dewan
B Di bilik makmal
C Di bilik pameran
D Di kawasan lapang

34 Apakah atur cara pertama yang disusun oleh pihak sekolah untuk orang ramai?
A Menikmati jamuan
B Melihat hasil-hasil pelajar
C Melawat ke kawasan perkhemahan
D Menyaksikan pertunjukan kebudayaan

35 Di bilik pameran, para pengunjung dapat menyaksikan perkara-perkara berikut,


kecuali.
A hasil-hasil seni.
B permainan pancaragam.
C kuih-muih dan lauk-pauk.
D hasil-hasil aktiviti sains.

9
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

Pejabat Pelajaran Daerah Penampang


88200 Penampang, Sabah.

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

Para guru di daerah Penampang,


26 Mei 2009

Pejabat Pelajaran Daerah Penampang akan mengadakan pertandingan melukis poster


sempena 'Sambutan Hari Guru' peringkat daerah pada tahun 2009. Tema poster ialah
“Guru Pembina Negara Bangsa”.
Pertandingan ini terbuka kepada semua guru di daerah ini. Mantan guru-guru juga
dialu-alukan untuk turut serta dalam pertandingan ini.
Butir-butir pertandingan adalah seperti yang berikut:

Tarikh : 26 Mei 2009


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dataran Wawasan Penampang.

Pihak penganjur akan menyediakan kertas-kertas lukisan. Tajuk


poster akan diketahui pada hari pertandingan kelak.

Hadiah pertama : RM 500 Hadiah ketiga : RM 100


Hadiah kedua : RM 300 11 hadiah saguhati RM55
disediakan

36 Kepada siapakah pengumuman itu ditujukan?


A Guru Besar
B Guru-guru
C Murid tahap 1
D Murid tahap 2

37 Di manakah pertandingan tersebut akan diadakan?


A Di daerah Penampang
B Di Dataran Wawasan, Penampang
C Di Pejabat Pelajaran Daerah Penampang

10
D Di sekolah masing-masing

38 Apakah tujuan pertandingan itu diadakan?


A Sempena sambutan hari guru
B Sempena pertukaran guru
C Sempena majlis perpisahan guru
D Sempena majlis hari guru besar

39 Maksud penganjur dalam petikan di atas ialah


A penulis
B penyokong
C pengelola
D pemaju

40 Antara berikut adalah hadiah yang dimenangi kecuali


A RM 100 hadiah ketiga
B RM 500 hadiah pertama
C RM 55 hadiah saguhati untuk 11 orang
D RM 40 hadiah kedua

SOALAN TAMAT

11
JAWAPAN SK-011

1. C
2. A
3. C
4. C
5. C
6. B
7. C
8. B
9. D
10. B
11. C
12. B
13. D
14. A
15. A
16. D
17. A
18. C
19. C
20. D
21. A
22. A
23. D
24. A
25. A
26. B
27. B
28. D
29. D
30. C
31. A
32. D
33. A
34. B
35. B
36. B
37. B
38. A
39. C
40. D

12
Rumusan:
- A = 11 , B = 10 . C = 10 dan D = 9 == J=40

13

Anda mungkin juga menyukai