Anda di halaman 1dari 12

SET RAMALAN 4

SULIT 011
NAMA : ..

NO. KAD PENGENALAN :


- -
ANGKA GILIRAN :
011
Bahasa Melayu
SK
September 2011
50 minit NAMA SEKOLAH :

SOALAN RAMALAN UPSR 2011


BAHASA MELAYU
Pemahaman
50 minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1 Kertas ini mengandungi 40 soalan.


2 Jawab semua soalan
3 Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.
4 Jika calon hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak

011 [Lihat sebelah]


SULIT

Soalan 1 hingga Soalan 20


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

011/PEMAHAMAN 1
SET RAMALAN 4

1. Sebelum mangkat, baginda sultan telah __________________ selama dua minggu .


A. sakit
B. demam
C. gering
D. kering

2. Anjing-anjing liar itu kelihatan _________________ di padang permainan kanak-kanak


itu .
A. bertaburan
B. berkeliaran
C. bertempiaran
D. berhamburan

Soalan 3 berdasarkan Gambar 1.

Gambar 1

3. Sebelum membeli motosikal itu , ______________________ supaya kamu tidak dibebani


hutang kelak.
A. tepuk dada tanya selera
B. sudah terantuk baru terngadah
C. sebelum ajal berpantang mati
D. ukur baju di badan sendiri

4. Kakak menjahit pakaian di dalam bilik _______________ mendengar siaran radio


kegemarannya .
A. dan
B. lalu
C. sambil
D. malah

Soalan 5 berdasarkan gambar 2.

011/PEMAHAMAN 2
SET RAMALAN 4

Gambar 2

5. ____________________ anaknya belajar di universiti, Pak Leman dan Mak Limah


tinggal berdua .
A. Lalu
B. Supaya
C. Sejak
D. Sebelum

6. Mak Limah sering termenung di tepi tingkap ________________ dia terkenang akan
anaknya yang berada di perantauan .
A. apabila
B. walaupun
C. oleh itu
D. moga-moga

Soalan 7 berdasarkan Gambar 3 .

Gambar 3
7. Ibu membuang minyak yang sudah ______________ itu ke dalam longkang .
A. kelat
B. tawar
C. tengik
D. masam

8. Encik Roslan menuntut ______________ sebanyak RM 4000 daripada pemandu kereta


yang melanggar keretanya dari belakang.
A. gaji buta

011/PEMAHAMAN 3
SET RAMALAN 4

B. ganti rugi
C. duit kopi
D. durian runtuh

9. Sehari _______________ para pelajar itu melawat kilang minuman yang terletak di Shah
Alam itu .
A. dekat
B. santak
C. suntuk
D. panjang

Soalan 10 berdasarkan Gambar 4 .

Gambar 4
10. Kelima lima mangsa bot _______________ itu berjaya diselamatkan oleh pasukan polis
marin .
A. punah
B. bocor
C. karam
D. pecah

11. __________________ novel itu ditulis oleh penulisnya sendiri .


A. Prakata
B. Prasejarah
C. Subbidang
D. Prabahasa

12. Jangan usik sarang tebuan itu _______________ kamu disengatnya,kata Pak Kassim
kepada cucunya.
A. akan
B. nanti
C. seketika
D. sekarang

Soalan 13 berdasarkan Gambar 5.

011/PEMAHAMAN 4
SET RAMALAN 4

Gambar 5

13. Wayar-wayar elektrik itu ada yang putus kerana ____________ tikus .
A. dipagut
B. digerit
C. dikunyah
D. dimamah

14. Seramai dua puluh orang pelajar _____________ dalam ujian penilaian yang diadakan
itu .
A. kandas
B. dikandas
C. terkandas
D. mengandas

15. Kamisah __________________ bilik bacaannya dengan jambangan bunga kertas yang
digubahnya sendiri.
A. dihias
B. hiaskan
C. berhias
D. menghias

Soalan 16 berdasarkan Gambar 6.

Gambar 6

16. Husaini ______________ semua sijilnya dalam permohonan untuk melanjutkan pelajaran
ke universiti itu .
A. sertakan

011/PEMAHAMAN 5
SET RAMALAN 4

B. menyertakan
C. menyertai
D. disertakan

17. Sejak kepulangan anak-anak dan cucu-cucunya seminggu yang lalu , rumah Haji Ismail
menjadi ___________________
A. diam
B. riuh
C. bingit
D. hangat

18. _________________ nya sebelum ke sekolah , Zulkarnain akan mencium tangan ibu dan
bapanya .
A. Lazim
B. Tentu
C. Ketika
D. Semesti

19. __________________ anggota bomba telah dikerahkan untuk memadamkan kebakaran


yang melibatkan beberapa _______________ tanah pertanian.
A. Sepasukan . bidang
B. Sekumpulan .. keping
C. Sekawan .. lembar
D. Segerombolan . cebis

20. Maafkan _____________ kerana sering menyusahkan _______________ selama ini,


kata Salem kepada rakannya Zamri.
A. saya kamu
B. aku ..mereka
C. daku .. anda
D. anda .. mereka

21. Guru Besar akan memberikan ucapan sebelum majlis penyampaian hadiah itu dijalankan.
Perkataan seerti bagi perkataan memberikan ialah ____________
A. mengucapkan
B. menyampaikan
C. mencakapkan
D. membacakan

22. Kamarul sedang mengeluarkan buku Bahasa Malaysia dari dalam begnya .
Perkataan berlawanan bagi perkataan mengeluarkan ialah _____________
A. menarikkan
B. memasukkan

011/PEMAHAMAN 6
SET RAMALAN 4

C. menyimpan
D. mengambilkan

Soalan 23.
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

23. Di manakah kamu telah bertemu dengan Osman ?


A. Baru sebentar tadi saya bertemu dengannya
B. Semasa saya bermain dengan kawan-kawan
C. Berdekatan dengan pondok menunggu bas
D. Setelah saya berjanji akan bertemu dengannya .

Soalan 24.
Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

24. Encik Rosli telah bercadang untuk menetap di Pulau Langkawi pada tahun hadapan.
A. Mengapakah Encik Rosli hendak menetap di Pulau Langkawi ?
B. Bilakah Encik Rosli hendak menetap di Pulau Langkawi ?
C. Apakah cadangan Encik Rosli yang berada di Pulau Langkawi pada tahun
hadapan ?
D. Siapakah yang mencadangkan Encik Rosli menetap di Pulau Langkawi pada
tahun hadapan ?
Soalan 25 hingga Soalan 26.
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul .

25. I Kami akan lalu di hadapan rumah usang itu setiap hari.
II. Hujung minggu kami sekeluarga lalu ke Pulau Langkawi.
III. Dia mengambil batu lalu mencampakkannya ke dalam air.
IV. Juhaidah minum air lalu tidur.
A. I dan III sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I , III dan IV sahaja
D. II , III dan IV sahaja

26. I Kari itu masih muda di atas dapur.


II. Air kelapa muda sedap diminum
III Murid muda kelas saya itu datang dari Sarawak
IV Orang muda perlu tabah menghadapi dugaan hidup.
A. I dan III sahaja
B. II dan Iv sahaja
C. I , III dan IV sahaja
D. II , III dan IV sahaja

Soalan 27 hingga Soalan 28


Pilih ayat-ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

011/PEMAHAMAN 7
SET RAMALAN 4

27. Anizah membeli buku cerita itu untuk adiknya.


A. Buku cerita dibeli oleh adik untuk Anizah
B. Buku cerita itu Anizah dibeli oleh adiknya
C. Buku cerita itu dibeli oleh Anizah untuk adiknya
D. Buku cerita yang adik beli itu , Anizah beli.

28. Pasukan hoki sekolah kami telah menjuarai pertandingan itu .


A. Juara pertandingan itu ialah pasukan hoki sekolah kami
B. Kami juara pertandingan sekolah itu
C. Kami dan pasukan hoki menjadi juara itu
D. Pertandingan juara itu pasukan hoki kami juarai

Soalan 29 hingga Soalan 30


Pilih ayat-ayat yang betul.

29. I Kamiliah menangis teresak-esak kerana ingin mengikut ibunya ke pasar malam.
II Para pelajar diminta memberikan pendapat masing-masing.
III Sulaiman sudah beberapa kali tersengut senggut semasa dalam perjalanan ke
sekolah.
IV Berita itu yang disiarkan dalam akhbar Ahmad percaya.

A. I dan III sahaja


B. II dan IV sahaja
C. I , II, dan III sahaja
D. II , III dan IV sahaja

30. I Berguni-guni beras telah musnah dalam kebakaran itu.


II Projek Sekolah Selamat telah dilancarkan semalam.
III Segala- gala persiapan hari sukan telah dibiayai oleh Dato Zainal.
IV Setiap orang rakyat harus menunjukkan kesetiaan mereka terhadap negara.

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I ,II dan III sahaja
D. II , III dan IV sahaja

011/PEMAHAMAN 8
SET RAMALAN 4

Soalan 31 hingga Soalan 35.


Baca petikan di bawah. Kemudia, jawab soalan-soalan yang diberikan.

Sejak akhir-akhir ini, tiga orang murid sekolah saya sering datang lewat ke sekolah.
Sebagai ketua pengawas, saya sentiasa mengambil berat tentang masalah ini. Saya telah mencatat
nama mereka beberapa kali dan telah menasihati mereka. Namun,mereka masih tidak mahu
mengubah sikap mereka. Mereka masih terus datang lewat ke sekolah. Nasihat dan amaran yang
saya berikan langsung tidak diendahkan.
Untuk mengatasi masalah ini, saya telah memanggil mereka yang sering datang lewat ke
sekolah dan akan menasihati mereka Sekiranya mereka masih mengulangi tabiat buruk mereka
saya akan merujuk perkara tersebut kepada guru disiplin sekolah untuk tindakan lanjut. Ini
kerana perbuatan mereka yang sering datang lewat ke sekolah merupakan suatu pelanggaran
disiplin yang tidak dapat dimaafkan. Jika keadaan ini berterusan, bukan sahaja akan merugikan
murid berkenaan sebaliknya akan mempengaruhi murid-murid lain. Selain itu, nama baik
sekolah pasti akan tercemar.
Sebagai ketua pengawas, saya mesti bertindak tegas tanpa mengamalkan sikap
diskriminasi. Saya akan berusaha untuk mengingatkan dan menasihati murid-murid lain agar
tidak lewat datang ke sekolah dan menerangkan kepada mereka tentang betapa pentingnya kita
mengamalkan sikap menepati masa .

31. Apakah tugas saya berdasarkan petikan di atas ?


A. Guru kelas
B. Guru besar
C. Guru Disiplin sekolah
D. Ketua pengawas sekolah

32. Pada pendapat kamu, apakah sikap yang ditunjukkan oleh saya berdasarkan petikan di
atas ?

011/PEMAHAMAN 9
SET RAMALAN 4

A. Iri hati
B. Garang
C. Cemburu
D. Bertanggungjawab

33. Apakah tindakan awal yang diambil oleh saya apabila mendapati tiga orang murid
sekolahnya datang lewat ?
A. Mendenda mereka
B. Memarahi dan mendenda mereka
C. Mencatat nama dan menasihati mereka
D. Membawa mereka berjumpa dengan guru disiplin dan guru besar sekolah

34. Perkataan diskriminasi dalam petikan sesuai sekali digantikan dengan perkataan..
A. tegas
B. dengki
C. cemburu
D. pilih kasih

35. Yang berikut ialah kesan yang akan timbul sekiranya murid sering lewat datang ke
sekolah kecuali
A. nama baik sekolah akan terjejas
B. pelajar rugi kerana ketinggalan dalam pelajaran
C. menjejaskan pencapaian pelajar dalam pelajaran
D. murid yang datang lewat akan mendapat sanjungan

Soalan 36 hingga Soalan 40

011/PEMAHAMAN 10
SET RAMALAN 4

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, Kemudian jawab soalan-soalan berikutnya .

Aku Anak Malaysia

Malaysia tanah airku


Di sini aku dilahirkan
Di sini aku dibesarkan
Bersama-sama sungai
Udara gunung ombak pantaimu.

Aku tahu,
Sejarah suka dukamu,
Perjuangan dan pengorbanan,
Mendaulatkan kemerdekaan.

Aku tahu,
Taat setia rakyatmu,
Berbilang kaum bersatu tenaga,
Mempertahankan kemerdekaan,

Aku anak Malaysia,


Kasih sayang dan taat setiaku,
Hanya padamu,Malaysia,
Akan ku pertahankan,
Setiap inci dunia suburmu,
Angkasa dan lautmu,
Hingga ke titisan darah terakhir,
Hidup matiku denganmu, Malaysia .

36. Apakah perkara utama yang dihuraikan dalam sajak di atas ?


A. Memerdekakan Malaysia
B. Taat setia kepada Malaysia
C. Gembiranya dapat tinggal di Malaysia
D. Malaysia negara yang aman damai.

37. Menurut penyajak,usaha mempertahankan kemerdekaan Malaysia bergantung pada


A. kewibawaan pemimpin negara
B. perpaduan antara rakyat berbilang kaum
C. jumlah penduduk yang sanggup berkorban
D. hubungan antara Malaysia dengan negara jirannya

011/PEMAHAMAN 11
SET RAMALAN 4

38. Sajak ini menunjukkan bahawa peyajak..


A. tidak sanggup berkorban untuk negaranya
B. akan mengaut keuntungan daripada kekayaan negaranya
C. sangat setia dan cinta kepada negaranya
D. terlibat dalam perjuangan untuk menuntut kemerdekaan negara .

39. Maksud rangkai kata hingga ke titisan darah terakhir dalam sajak ialah ..
A. berjuang dengan bermati-matian
B. berjuang sampai darah mengalir
C. berjuang dengan sepenuh hati
D. berjuang tanpa mengorbankan nyawa

40. Semua pernyataan yang berikut adalah benar tentang sajak di atas kecuali .
A. rakyat Malaysia berbilang kaum.
B. Malaysia masih dijajah oleh kuasa asing.
C. penyajak dilahir dan dibesarkan di Malaysia.
D. rakyat Malaysia sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara.

KERTAS SOALAN TAMAT

011/PEMAHAMAN 12

Anda mungkin juga menyukai