Anda di halaman 1dari 11

UJIAN 1 BAHASA MALAYSIA TAHUN 5

KERTAS 1

Nama: _______________ Tahun: 5

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada
satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul.

Soalan 1 hingga Soalan 25

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1.

Gambar 1

1. ___________di restoran itu dijual dengan harga yang berpatutan.

A. Lauk-pauk B. Sayur-sayuran C. Rumput-rumpai D. Paku


-pakis

2. __________ juadah telah terhidang di atas meja apabila kami sampai.

A. Para B. Segala C. Seluruh D. Pelbagai

Soalan 3 berdasarkan Gambar 2.


3. Puan Azura _________ tangan kepada anaknya yang hendak ke sekolah.

A. mengibar-ngibar C. menggamit-gamit
B. melambai-lambai D. menggoyang-goyang

4. Pelancong asing itu boleh _________ dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

A. bersuara B. bertutur C. berkata D. Bertitah

5. ____________dinaikkan pangkat, Encik Hamidi tidak lagi menghadapi


masalah kewangan.

A. Agar B. Walaupun C. Sejak D. Tetapi

6. Abu Bakar meraut mata penselnya _________ sebilah pisau sehingga tajam.

A. pada B. dengan C. tentang D. untuk

7. Rumput di halaman rumah Joshua sentiasa _______ supaya kelihatan cantik.

A. dipangkas B. memangkas C. pemangkas D. Berpang


kas

8. Kereta baharu itu _________ untuk abang sebagai hadiah


kecemerlangannya dalam peperiksaan SPM yang diumumkan kelmarin.

A. ialah B. adalah C. tidak D. bukan

Soalan 9 berdasarkan Gambar 3.

Gambar 3

9. Malina sangat __________ akan kucing peliharaannya.


A. rindu B. sayang C. gembira D. main
Soalan 10 berdasarkan Gambar 4.

Gambar 4

10. Ibu _________ sedulang minuman kepada kami sekeluarga semasa berehat
di ruang tamu.

A. mengepit B. menjinjing C. menatang D. membimbit

Soalan 11 berdasarkan Gambar 5.

Gambar 5

11. Puan Kwan sedang ___________bawang dengan menggunakan sebilah pisau


yang tajam.

A. menghiris B. membelah C. menyiang D. menebang

12. Keadaan jalan raya yang _______ sering menyebabkan berlakunya


kemalangan jalan raya.
A. licin B. luas C. kesat D. kasar

13. Berita penculikan itu menjadi __________ orang ramai.


A. buah hati B. anak buah C. buah mulut D. buah
tangan
14. __________ kamu berputus asa, kalah atau menang adalah adat
bertanding.
A. Sila B. Tolong C. Jangan D. Jemput

15. Mary akan sentiasa berada di _________ ibu apabila ada tetamu datang ke
rumah.

A. atas B. sisi C. hujung D. bawah

Soalan 16-17 berdasarkan Gambar 6.

Gambar 6

16. Makanan di atas meja itu ditutup dengan __________.

A. tudung saji B. bekas makanan C. mangkuk lonjak D. bekas


tangan

17. Makanan itu perlu ditutup __________ tidak dihinggapi lalat.

A. kerana B. supaya C. hingga D. kecuali

Soalan 18 berdasarkan Gambar 7.

Gambar 7

18. Hasrul rela __________ daripada makan di gerai yang kotor itu.

A. angkat kaki B. makan hati C. ikat perut D. makan suap


19. Murid-murid Tahun Lima Merah mengadakan latihan memukul gendang
setiap petang untuk __________ pada Hari Guru nanti.

A. perhimpunan B. persembahan C. pembatasan D. perca


ntuman

20. Beberapa _________ gigi adik telah rosak dan perlu dicabut.
A. papan B. rangkap C. butir D. ba
tang

21. Sesiapa yang mendapat markah ________ tinggi dalam peperiksaan akan
menerima hadiah daripada cikgu.

A. paling B. sekali C. agak D. nian

Soalan 22berdasarkan Gambar 8.

Gambar 8

22. Zafran mendapat _______ selepas menyertai pertandingan itu.

A. batu api B. mata duitan C. durian runtuh D. gaji buta

23. Suet Ni mengajak rakan-rakannya datang ke majlis hari jadinya.

Perkataan seerti bagi mengajak ialah


A. melarang B. mempelawa C. menegur D. menyuruh

Soalan 24 berdasarkan Gambar 9.

Gambar 9
24. Mak Piat menjemur kain baju yang telah dicucinya tadi.

Perkataan berlawan bagi menjemur ialah


A. membilas B. mengering C.
membasuh D. merendam

25. Nasihat yang diberi oleh emak kepada adik _________ kerana adik tidak
ingin menuruti kata-kata emak.

A. bagai kaca jatuh ke batu C. bagai kacang lupa akan kulit


B. bagai tikus membaiki labu D. bagai mencurah air di daun keladi

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

26. “Lain kali kamu tidak boleh lagi ponteng sekolah ,” kata Cikgu Chong kepada
Pui Kwan.

A. Cikgu Chong dinasihati Pui Kwan supaya tidak lagi ponteng sekolah.
B. Pui Kwan dinasihati oleh Cikgu Chong kerana tidak ponteng sekolah.
C. Cikgu Chong menasihati Pui Kwan supaya tidak lagi ponteng sekolah.
D. Pui Kwan dinasihati supaya tidak lagi ponteng sekolah cikgunya.

Pilih ayat yang betul.

27. A. Semua murid-murid diminta menghadiri seminar yang dianjurkan oleh

pihak sekolah.
B. Penduduk di Taman Megah hidup aman dan damai.
C. Pendapat bulanan peniaga itu sungguh lumayan.
D. Kempen membaca mendapat sambutan yang lesu dari orang ramai.

28. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Menurut akhbar yang saya baca, enam orang mangsa telah terkorban dalam
kebakaran itu.
A. Berapakah jumlah mangsa yang terkorban dalam kebakaran itu?
B. Bagaimanakah kamu mendapat berita tentang kebakaran itu?
C. Berapakah jumlah rumah yang telah musah dalam kebakaran itu?
D. Akhbar manakah yang menerbitkan berita tentang kebakaran itu?
29. Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.

Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan diri?


A. Mandilah sekurang-kurangnya dua kali sehari.
B. Kita perlu menjaga kebersihan diri supaya tidak mudah dijangkiti penyakit.
C. Cikgu selalu menasihati kami supaya menggosok gigi.
D. Makanlah makanan yang berkhasiat supaya badan kita menjadi sihat.

Soalan 30

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


30. I Sesiapa yang tidak menghadiri ceramah itu akan didenda.
II Apakah harga sekilo gula?
III Semenjak kehilangan adiknya hari itu, tiada apa-apa berita tentangnya

lagi.
IV Bila-bila kamu hendak memulangkan buku saya?

A. I dan III B. II dan IV C. I, III dan IV D. I, II, III

Soalan 31 -35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Aiman tekun mengelap meja yang basah. Wajahnya riang. Langsung tidak
menunjukkan wajah letih walaupun hampir seharian dia bekerja di situ. Mengambil
pesanan pelanggan, meletakkan pinggan-pinggan kotor ke dalam besen dan
meletakkan makanan pelanggan di atas meja merupakan rutin kerja seharian
Aiman.

Sebaik saja melihat iklan Angkasawan Negara di kaca televisyen, hatinya


bernyanyi riang. Dia akan berhenti sejenak untuk melihat iklan itu dengan penuh
semangat biarpun sudah puluhan kali ditayangkan.

“Aiman mahu jadi macam Sheikh Muszaphar. Aiman mahu pergi ke bulan!”
ucapnya jika orang bertanya. Cita-cita Aiman tinggi. Aiman berazam untuk
menjadi angkasawan juga suatu hari nanti. Walaupun dia tergolong dalam golongan
kurang berupaya, namun dia tidak kisah. Kecacatan bukan penghalang kekayaan
seseorang.

Dari awal lagi dia mengikuti perkembangan Angkasawan Pertama Negara


itu. Malah, dia sanggup merayu kepada majikannya, Pak Daud untuk pulang awal
semata-mata mahu melihat pelancaran roket Soyuz TMA-II yang membawa
Angkasawan Negara ke ISS di kaca televisyen. Di rumah Aiman penuh dengan
poster dan maklumat mengenai Angkasawan Negara. Aiman mengumpulnya
daripada surat khabar dan majalah.

“Alah, lupakan sahaja cita-cita kau itu!” kata salah seorang pelanggan.
“Mana mungkin orang cacat dapat pergi ke Bulan. Ha!Ha!Ha!” katanya lagi
menambahkan pedih di hati Aiman. Namun Aiman pekakkan telinga. Dengan izin
Tuhan, mudah-mudahan cita-citanya tercapai.

“Manalah tahu, aku menjadi angkasawan cacat pertama di dunia,” bisik


Aiman di dalam hati sambil tersenyum.

31. Mengapakah hati Aiman bernyanyi riang?

A. Dapat mengelap meja yang basah C. Dapat melihat iklan Angkasawan

Negara
B. Dapat mengambil pesanan pelanggan D. Dapat pergi ke bulan.

32. Apakah rayuan Aiman terhadap majikannya?


A. Dapat menonton televisyen C. Dapat mengikuti perkembangan angkasawan
B. Dapat pulang awal D. Dapat menjadi seorang angkasawan

33. Di manakah Aiman bekerja?

A. Kedai makan B. Kedai kain C. Pejabat D. Sekolah

34. Pernyataan yang benar tentang petikan ialah

A. Aiman banyak mengumpul poster tentang Angkasawan Negara


B. Dua orang pelanggan telah mengejek Aiman
C. Aiman seorang insan yang sempurna
D. Aiman seorang yang pemarah
35. Perkataan riang dalam petikan bermaksud
A. segar B. mesra C. kagum D. gembira

Soalan 36 - 40

Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Aman bin Haji Amran,

Maktab Rendah Sains Mara,

82000 Pontian, Johor.


8 Jun 2009

Ke hadapan ayahanda dan bonda di Sandakan dengan selamatnya. Apa khabar


ayahanda dan bonda? Anakanda berdoa semoga ayahanda dan bonda berada dalam
keadaan yang sihat. Anakanda di sini sihat hendaknya.

Ayahanda dan bonda,

Pada hujung bulan ini,semua sekolah akan bercuti. Pada mulanya anakanda
merancang hendak balik ke kampung. Anakanda teringin hendak berjumpa dengan
ayahanda dan bonda. Maklumlah enam bulan anakanda tidak pulang ke kampung.
Anakanda juga teringin hendak makan Hinava Udang masakan ibu. Nampaknya
rancangan anakanda itu tidak tertunai kerana sekolah anakanda akan mengadakan
lawatan ke utara Malaysia . Jangan ayahanda dan bonda bimbang kerana kami
diiringi oleh empat orang guru.

Rombongan kami akan melawat tapak sejarah di Lembah Bujang. Selepas


itu, kami akan ke Pulau Langkawi. kami dijangka berada di sana selama tiga hari
sebelum ke Pulau Pinang. Anakanda yakin banyak pengalaman baru yang dapat
ditimba sepanjang lawatan itu nanti. Peluang sebegini tidak harus dilepaskan.
Anakanda berharap ayahanda dan bonda memahami keadaan tersebut. Setakat ini
sahaja warkah anakanda. Sebelum berpisah sambutlah sembah salam daripada
anakanda.

Sekian, terima kasih.

Anakandamu yang jauh,


Aman

36. Keluarga penulis tinggal di

A. Johor B. Pontian C. Sandakan D. utara Malaysia

37. Tujuan utama penulis menulis surat ini adalah untuk

A. pulang ke kampungnya C. memberitahu tentang lawatannya


B. bertanya khabar D. merancang hendak pulang ke

kampung

38. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang surat di atas.


A. Penulis akan melawat ke Kedah dan Pulau Pinang
B. Sudah enam bulan penulis tidak berjumpa dengan keluarganya
C. Sekolah penulis mengadakan lawatan ke utara Malaysia
D. Penulis akan pulang ke kampungnya pada masa cuti nanti

39. Maksud melawat dalam petikan ialah

A. memantau B. mendatangani C. menziarahi D. menghadiri

40. Berikut ialah kebaikan yang diperoleh daripada lawatan yang akan
diadakan kecuali
A. menanam semangat cinta akan negara.
B. pelajar akan mendapat pengalaman baru.
C. membantu murid-murid lulus dalam peperiksaan.
D. dapat melihat tinggalan sejarah pada zaman dahulu.

Disediakan Oleh, Disemak oleh, Disahkan Oleh,

_________________ ________________ _____________

Vijiah Rajoo En Idrus Hassan Guru Besar


Ketua Panitia

Anda mungkin juga menyukai