Anda di halaman 1dari 13

SULIT

012
Bahasa Melayu
SK
2009
50 minit

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH

SOALAN BERFOKUS

BAHASA MELAYU

KERTAS 1

Lima Puluh Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.


2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah
dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas ini mengandungi 13 halaman bercetak.

1
Arahan Am:
Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya ada
satu jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu pada
kertas jawapan. Hitamkan ruangan yang sama dengan jawapan yang kamu pilih.
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1
1. Adik menarik laci untuk mengambil __________ .
A tetikus
B papan kekunci
C monitor
D disket

2 “ _________ pertandingan itu akan diadakan?" tanya Cikgu Osman kepada murid
Tahun 6 Dedikasi

A Adakah
B Siapakah
C Bagaimanakah
D Bilakah

2
Soalan 3 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2
3. Adik ketawa ketika di ______________________ oleh ibu.
A lambung
B timang
C julang
D tatang

4. " ____________, jangan lari ! Berhenti ! " jerit anggota polis kepada penjenayah
itu.

A Cis
B Wah
C Hei
D Nah

5. Pengalaman semasa mendaki Gunung Kinabalu tetap __________________


dalam ingatan pendaki.

A terpahat
B terpaut
C terlukis
D tercatat

6. Ibu memberi abang minum air teh yang _______ untuk mengurangkan sakit
cirit-birit.

A manis
B tawar
C kelat
D likat

3
Soalan 7 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3
7. Suraya terkejut __________________ seekor katak melompat ke arahnya.
A manakala
B apabila
C sambil
D bila

Soalan 8 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

8. Pak Ahmad _____________ permaidani di ruang tamu rumahnya.


A menghampar
B menggelung
C melipat
D menyelak

9. ________________ orang murid yang merokok berjanji tidak akan mengulangi


perbuatan tersebut.

A Setengah
B Kesemua
C Beberapa
D Sekalian

4
Soalan 10 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5
10. Puan Murni sedang __________________ doh untuk dibuat roti canai.
A menguli
B menggaul
C mengadun
D menggentel

11. “Abang ___________ bercadang untuk menetap di luar negara. Beliau ingin
berkhidmat di tanah air sendiri,” jelas Hilmi.
A usah
B tidak
C bukan
D enggan

12. “Nasib baiklah semua orang bersetuju untuk bermalam di kaki gunung itu.
________ terpaksalah kita meredah hutan dalam kegelapan malam,” kata Omar.
A Jika tidak
B Selain itu
C Pada mulanya
D Tambahan pula

13 Aida amat sayang _______________ arnabnya yang berwarna putih.


A tentang
B bagi
C akan
D pada

5
Soalan 14 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6

14. Sebatang sungai mengalir di __________ rumah datuk.


A tepi
B sisi
C depan
D belakang

15. Gasing dan guli masih lagi menjadi kegemaran ramai walaupun permainan ini
permainan ______________________ .
A kuno
B dahulu
C tradisional
D lama

16 “___________________ dipersilakan menepung tawar pasangan mempelai," ujar


Mak Andam kepada para tetamu.
A Awak
B Kamu
C Kalian
D Mereka
17 _____________________ acara balapan, semua atlet dikehendaki memakai
pakaian sukan yang telah ditetapkan.
A Bagi
B Di
C Pada
D Dari

18. Pengetahuan yang dimiliki oleh tokoh sastera itu __________ luas.
A amat
B benar
C betul
D) nian

6
19 Raihan dianggap sombong kerana dia…
A berat tulang.
B berat hati.
C berat mata.
D berat mulut.

Soalan 20
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris

20. Hasmah menyentuh sekuntum bunga matahari yang sedang mekar di taman itu.
Perkataan berlawan bagi perkataan bergaris ialah
A putik
B kuncup
C kembang
D layu

Soalan 21
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris

21 Pelancaran Tabung Dermaton SK Sri Meru itu dijalankan dalam satu majlis
yang ringkas.

A cepat
B singkat
C tepat
D ringan

Soalan 22

Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

22 Rasa buah-buahan seperti limau, mangga dan nanas agak masam kerana
mengandungi asid.
A Berapakah jenis buah-buahan yang mengandungi asid ?
B Apakah kandungan buah-buahan seperti limau, mangga dan nanas ?
C Bagaimanakah kandungan asid menyebabkan limau, mangga dan nanas
menjadi masam ?
D Mengapakah buah-buahan seperti limau, mangga dan nanas masam
rasanya?

7
Soalan 23

Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.

23 “Di manakah Suraya menempah baju kebaya moden yang dipakainya?” tanya
Niza kepada Mala.

A Mala bertanya kepada Niza tempat Suraya menempah baju kebaya moden
yang dipakainya.
B Niza memberitahu Mala tempat Suraya menempah baju kebaya moden
yang dipakainya.
C Mala memberitahu Niza tempat Suraya menempah baju kebaya moden
yang dipakainya.
D Niza bertanya kepada Mala tempat Suraya menempah baju kebaya moden
yang dipakainya.

Soalan 24

Pilih ayat yang betul.

24 A Syabas, kamu telah memenangi pertandingan itu !


B Cis, besarnya beg sekolah kamu !
C Ah, kawan-kawanku belajarlah bersungguh-sungguh !
D Aduh, mahal sungguh baju ini !

25 A Nama budak itu siapakah?


B Sila ambilkan di atas meja buku itu.
C Jangan mengasar orang-orang tua.
D Sepertiga daripada hartanya telah didermakan.

Soalan 26 dan Soalan 27

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

26 Doktor berpesan supaya memakan ubat itu dua kali sehari.

A “Jangan lupa makan ubat itu dua hari sekali,” kata doktor.
B “ Jangan lupa makan ubat itu dua biji sehari,” kata doktor.
C “Jangan lupa makan ubat itu dua kali sehari,”kata doktor.
D “Jangan lupa makan ubat itu setiap hari,”kata doktor.

8
27 Ibu memberitahu kepada kawannya bahawa kami akan ke Pulau Tioman pada
hujung bulan ini.

A “Kawan ibu akan ke Pulau Tioman pada hujung bulan ini,” beritahu ibu
kepada kami.
B “Kami akan ke Pulau Tioman pada hujung bulan ini,” beritahu ibu
kepada kawannya.
C “Kamu akan ke Pulau Tioman pada hujung bulan ini,” beritahu ibu
kepada kawannya.
D “Kita akan ke Pulau Tioman pada hujung bulan ini,” beritahu ibu kepada
kawannya.

Soalan 28 dan Soalan 29

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

28 I Kawasan rendah itu selalu mengalami banjir.


II Jangan pandang rendah akan kebolehannya.
III Markah yang diperolehnya amat rendah.
IV Kebanyakan rumah di kampung itu rendah.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja

29 I Encik Hamid meruncing keretanya ke Pulau Pinang.


II Kerana meruncing, Zahara menangis tersedu-sedu.
III Hamdan meruncing buluh-buluh kecil itu untuk dijadikan senjata.
IV Dalam keadaan meruncing, Fahmi bijak menyelesaikannya.

A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

9
Soalan 30
Pilih ayat-ayat yang betul.

30 I Abang membalut luka pada kakinya dengan secebis kain perca.


II Cikgu menasihati kami agar tidak terlibat dengan budaya lepak.
III Penjual buah-buahan itu pandai mengambil hati pelanggannya.
IV Nasi yang dimasak di atas dapur itu telah hangit.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Cuaca pagi itu amat cerah. Matahari memancarkan cahaya manakala angin yang
bertiup sepoi-sepoi bahasa amat menyegarkan. Aku sedang berehat sambil menikmati
nasi lemak yang disediakan oleh ibu pada pagi itu.

Awal-awal pagi lagi ibu sudah ke rumah Mak Teh. Pada hujung minggu ini Mak
Teh akan melangsungkan majlis perkahwinan Kak Lina, satu-satunya anak Mak Teh.
Sedang aku membelek-belek akhbar semalam, tiba-tiba aku terdengar nama aku
dipanggil. Aku menjenguk keluar. Rupa-rupanya Azli dan Rosdi datang. Mereka
mengajak aku ke sungai di belakang rumahku.

“Marilah kita mandi di sungai .Sudah lama kita tidak ke sana,” ajak Azli.
“ Benar, tambahan pula hari inikan cuti. Bolehlah kita lumba berenang. Kau
tengoklah kejaguhan aku di air nanti, “ sahut Rosdi pula.

Namun begitu, aku menolak pelawaan mereka kerana aku teringat pesanan ibu
supaya aku tidak meninggalkan rumah. Lagi pun, aku terpaksa menyiapkan kerja sekolah
yang diberi oleh Puan Kamilia. Akhirnya Azli dan Rosdi berlalu menuju ke sungai tanpa
aku.

Tidak lama kemudian kedengaran bunyi riuh-rendah. Aku nampak ibu Azli
bersama beberapa orang kampung berlari ke sungai itu. Mereka kelihatan cemas. Aku
turut menyertai mereka.

Rupa-rupanya Azli telah dihanyutkan arus deras.

10
31 Apakah tujuan Azli dan Rosdi ke rumah penulis?

A Mengajaknya mandi-manda di sungai


B Meminta kebenaran mandi di sungai
C Meminjam surat khabar semalam
D Membincangkan pelajaran sekolah

32 Mengapakah suasana menjadi riuh rendah?

A Kerana melihat ibu Azli berlari ke sungai


B Kerana terdengar bunyi suara orang menjerit
C Kerana Azli tidak pulang ke rumah
D Kerana Azli hanyut di sungai

33 Yang berikut merupakan perkara yang dilakukan oleh penulis pada pagi itu.

A membaca buku
B membaca akhbar
C membeli nasi lemak
D membuat kerja sekolah

34 Rangkai kata satu-satunya anak Mak Teh bermaksud

A Kak Lina anak kesayangan Mak Teh


B Kak Lina anak sulung Mak Teh
C Kak Lina anak tunggal Mak Teh
D Kak Lina anak bongsu Mak Teh

35 Berdasarkan petikan, penulis seorang yang…

A bertanggungjawab
B mementingkan diri
C bertolak ansur
D belas kasihan

11
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca temu ramah di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Zainal : Selamat pagi, doktor. Saya Zainal daripada Majalah InfoSihat. Terlebih
dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada doktor kerana
sudi ditemu ramah.

Doktor : Sama-sama.

Zainal : Seperti yang kita ketahui, merokok memberikan kesan buruk dari segi
kesihatan. Bolehkah doktor jelaskan apakah penyakit yang berpunca
daripada merokok?

Doktor : Antaranya ialah lemah jantung, radang paru-paru, barah dan batuk kering.

Zainal : Bagaimana pula dengan kesan-kesan lain?

Doktor : Kesan-kesan lain yang biasa dialami oleh perokok ialah mulut berbau,
kerosakan gigi, penyakit mulut dan gusi, bibir menjadi hitam dan
merupakan punca penagihan dadah. Tabiat ini menjejaskan penampilan
dan personaliti seseorang.

Zainal : Doktor, adakah tabiat ini boleh memudaratkan wanita hamil?

Doktor : Ya, wanita hamil akan terdedah kepada risiko pertumbuhan


kandungannya. Selain itu, berkemungkinan anak yang bakal dilahirkan
cacat anggota ataupun terencat akal. Mereka juga akan cepat letih dan
pernafasan terganggu. Ini disebabkan asap rokok mengandungi karbon
monoksida yang tinggi.
Zainal Pada pendapat doktor, apakah cara-cara untuk membantu seseorang itu
:
menghentikan tabiat merokok?

Mereka haruslah melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti sehingga tiada


Doktor : masa untuk merokok. Di samping itu, pihak kerajaan perlu menjalankan
pelbagai langkah yang berkesan seperti mengharamkan iklan rokok dan
kegiatan yang berkaitan dengan rokok, mengenakan cukai yang tinggi,
sekatan kepada belia di bawah umur 18 tahun daripada membeli rokok
serta melarang merokok di tempat awam dan tertutup.

Zainal : Baiklah, doktor. Apakah nasihat doktor kepada perokok?

Doktor : Di sini saya ingin menyeru mereka agar berhenti daripada merokok kerana
akan menjejaskan kesihatan.

12
36 Mengapakah tabiat merokok dikatakan boleh menjejaskan imej seseorang?

A Merokok satu tabiat yang menjijikkan.


B Orang yang merokok seperti seorang penagih dadah.
C Tiada sesiapapun yang ingin berkawan dengan mereka.
D Merokok mengakibatkan kesan fizikal yang kurang menyenangkan.

37 Apakah kesan terhadap orang yang tersedut asap rokok?

A Orang itu akan sesak nafas, pening kepala atau batuk.


B Mata orang yang tersedut asap rokok akan berair.
C Orang itu akan mudah mendapat selesema.
D Pernafasan orang itu akan terganggu dan cepat berasa letih.

38 Faktor utama seseorang perokok berhenti daripada tabiat merokok ialah


A pihak kerajaan mengharamkan iklan rokok.
B larangan menghisap rokok di tempat awam.
C keazaman yang tinggi untuk melawan ketagihan merokok.
D sekatan kepada remaja di bawah umur 18 tahun daripada membeli rokok.

39 Pernyataan yang manakah tidak benar tentang keburukan merokok.


A Perokok akan terdedah kepada penyakit jantung, barah dan batuk kering.
B Keluarga dan masyarakat akan menjauhkan diri daripada seorang perokok.
C Anak yang dilahirkan oleh wanita yang merokok berkemungkinan akan
cacat.
D Perokok berkemungkinan terlibat dengan penagihan ganja.

40 Perkataan terencat dalam petikan bermaksud


A tergendala.
B tersekat.
C terbantut.
D tercedera.

KERTAS SOALAN TAMAT

13

Anda mungkin juga menyukai