Anda di halaman 1dari 13

Soalan 1- 20 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1.

Pengalaman _____________ yang pernah dialami oleh Ati mengajarnya erti kehidupan. A. masam B. masin C. manis D. pahit

2. Bunyi gesekan biola itu kurang merdu kerana talinya telah ________.

A. Lendut B. Bengkok C. Lentur D. Kendur

3. Buah mangga muda yang _____ itu enak dicecah dengan garam dan gula sahaja. A. masam B. masin C. manis D. pahit

4. Haris berjalan dengan _________ apabila hujan mulai lebat.

A. pantas B. kuat C. kencang

D. deras

5. Para pelajar yang datang _______ ke sekolah akan didenda, tegas guru disiplin

itu. A. laju B. lewat C. awal D. pantas

6. Pemandangan di Pulau Redang sungguh _________ sehingga mempersonakan

para pelancong yang datang ke sana. A. molek B. indah C. anggun D. baik

7. Banyak orang yang meminati biduanita itu kerana memiliki suara yang ___________. A. Merdu B. Lembut C. Lantang D. Nyaring

8. Nasi yang dimasak oleh Mira menjadi ____________ kerana dia terlupa memadamkan apinya. A. hangus B. hanyir C. hangit D. hapak

9. Doris berasa __________ kerana anak kucing kesayangannya telah mati akibat dilanggar kereta.
A. risau B. hampa

C. hiba D. susah

10. Azrin berasa amat _________ tinggal berseorangan di dalam bilik asramanya kerana kawannya telah pulang ke kampong. A. lengang B. kosong C. sunyi D. asing

11. Samy membaca buku _______ makan biskut di berenda rumahnya. A. agar B. lantas C. sambil
D. kecuali

12. Kertas yang bertaburan itu dikumpulkan ________ dimasukkan ke dalam tong sampah. A. agar B. lalu C. maka D. atau

13. Vivian melambai-lambaikan tangan ke arah keluarganya __________ mengesat air matanya. A. kemudian B. sambil C. supaya D. serta

14. Aziz ________ berasal dari Johor tetapi dari Kedah. A. tidak B. mesti C. masih D. bukan

15. Pertandingan bola sepak itu pergaduhan antara permain.


A. kerana B. semasa

terpaksa

dihentikan

__________

berlaku

C. jika

D. maka

16. Iklan tersebut menasihati rakyat Malaysia ________ mengamalkan sikap berbudi bahasa antara satu sama lain. A. lalu B. agar C. serta D. selepas

17. Hanya Tuhan _________ tahu akan penderitaan yang ditanggung oleh Salmah.

A. lagi B. sahaja C. jua D. memang

18. Aku tidak mahu bergantung harap padanya _________, getus hati Imran. A. juga B. lagi
C. memang

D. sahaja

19. Gubahan bunga yang baru dibeli dletakkan di _______ ruang tamu rumahnya.

A. penjuru B. dalam C. atas

D. luar

20. Belajarlah dengan bersungguh-sungguh agar ________ mencapai cita-cita yang murni. A. boleh B. harus C. dapat D. mesti

Soalan 21-25 Pilih peribahasa yang paling sesuai.

21. Micheal makan dua keping biskut dan minum segelas susu sebagai __________ pada setiap hari. A. bekas tangan B. alas perut C. jauh hati D. seperti ikan pulang ke lubuk

22. Pelajar lelaki itu kelihatan tidak senang duduk apabila guru disiplin mengumumkan akan membuat pemeriksaan sebentar lagi. Tingkah lakunya itu dikatakan seperti A. pahat dengan pemukul B. kera kena belacan C. abu di atas tunggul D. langau di ekor gajah

23. Encik Lukman amat menyenangi sikap pekerjanya yang bernama Jamali kerana setiap tugas yang diberikan kepadanya pasti akan disiapkan dalam masa yang singkat. A. galah di tengah arus B. katak kena simbah air C. lipas kudung D. kerbau dicucuk hidung

24. Sikap Tuk Penghulu yang ________ dalam menyelesaikan masalah penduduk kampong amat dikagumi.
A. adil macam hakim

B. seperti hujan jatuh ke pasir C. kain basah kering di pinggang D. alah membeli menang memakai

25. Huzaini suka mengelus-gelus muka adiknya yang __________. A. bagaimana acuan, begitulah kuihnya B. lembut bagai sutera C. hangat-hangat tahi ayam D. bagai cacing kena panas

Soalan 26-28 Pilih ayat-ayat yang betul. 26. I. II. Kalau kamu berani, pukullah saya! jerit Amran kepada Leman yang berada di tengah padang. Sayur kubis dari Tanah Tinggi Cameron akan dijual di Perak dan Kuala Lumpur.

III. IV.

Seekor tikus besar telah melarikan gigi palsu ayah di malam tadi. Setiap pagi nenek akan makan sebotol pil berwarna merah.

A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. II dan IV sahaja D. III dan IV sahaja

27.
I.

Kalau asyik bercakap ketika makan nanti terlewat pula untuk menyaksikan perlawanan bola sepak di televisyen Zakiah telah memilih sepasang baju kebaya yang amat cantik untuk ke majlis anugerah di syarikatnya. Ruby berlari-larian dikejar oleh anjing garang di taman permainan. Semua pelajar yang berkulit hitam itu berasal dari Ghana.

II. III.
IV.

A. I, II dan III sahaja B. I, II dan IV sahaja C. I, III dan IVsahaja D. II, III dan IV sahaja

28.

I. II. III. IV.

Tempat tertinggi di dunia adalah puncak Gunung Everest. Yang sepatutnya kamu beli ialah baju berwarna biru bukannya hitam-kehitaman. Cendol yang dijual di gerai Pak Lazim tidak sesedap cendol yang dijual di Restoran Jaya. Pengantin perempuan itu berdebar-debar semantara menunggu pengantin lelaki masuk ke bilik untuk menyarungkan cincin.

A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. II dan III sahaja D. III dan IV sahaja

Soalan 29-30 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

29. Sorakan penonton telah menaikkan semangat para pemain kedua-dua pasukan

bola jaring itu. A. Sorakan pemain kedua-dua pasukan bola jaring itu menaikkan semangat penonton.
B. Penonton menyorakkan sambil menaikkan semangat para pemain kedua-dua

pasukan bola jaring.


C. Kedua-dua pasukan penonton menaikkan semangat para pemain bola jaring

melalui pasukan mereka.


D. Para pemain kedua-dua pasukan bola jaring itu menjadi lebih bersemangat

apabila mendengar sorakan penonton.

30. Gejala ponteng dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan kerajaan.

A. Kerajaan bimbang pelajar akan terlibat dalam gejala ponteng. B. Pelajar-pelajar dibimbangi akan menubuhkan kerajaan ponteng secara serius. C. Kerajaan bimbang akan gejala ponteng dalam kalangan pelajar yang semakin serius. D. Jumlah pelajar yang terlibat dalam gejala ponteng semakin meningkat dan hal ini membimbangkan.

Soalan 31-35 Baca teks Berita di bawah dan jawap soalan dengan betul.

SEREMBAN, 14 Februari Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rasah Jaya telah dipilih menjadi Koperasi Sekolah Terbaik daerah Seremban pada tahun ini. Koperasi tersebut telah Berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM5000, sebuah computer, sijil dan sebuah trofi. Hadiah-jadiah dan sijil tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Pada awal penubuhannya, koperasi ini hanya menjual alatan atas keperluan sekolah. Setelah hampir lima tahun dibuka, koperasi ini telah berjaya mempelbagaikan barangan jualannya. Pelbagai perkhimatan turut disediakan seperti perkhimatan fotostat, mencuci gambar dan membaiki komputer.

31. Koperasi sekolah manakah yang dipilih sebagai koperasi terbaik? A. Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rasah Jaya B. Koperasi Sekolah Menengah Kerajaan Lopeng Tengah C. Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rasah Jaya D. Kedai jual buku

32. Apakah hadiah yang Berjaya dimenangi oleh koperasi sekolah tersebut?

33. Apakah yang djual oeh koperasi berkenaan pada awal penubuhannya?

34. Siapakah yang menyampaikan hadiah tersebut?


35. Mengapakah koperasi ini dipilih sebagai koperasi ju terbaik daerah Seremban?

Soalan 36-40 Baca Laporan di bawah dan jawap soalan di bawah.

Pada 16 Julai yang lepas, seramai 40 orang Persatuan Sejarah Sekolah Menegah Kebangsaan Alam Megah, Shah Alam, Selangor, telah melawat ke beberapa tempat bersejarah di Selangor. Kami diiringi oleh dua orang guru lelaki dan dua orang guru perempuan. Kami berkumpul di perkarangan sekolah pada pukul 7.30 pagi dan bertolak pada 8.30 pagi. Kami tiba di Bandar Klang pada pukul 9.00 pagi. Tempat yang mula-mula kami lawati ialah Gedung Raja Abdullah. Gedung ini pernah menjadi Muzium Timah berdasarkan kejayaan Raja Abdullah memajukan perlombongan bijih timah di Klang. Pada masa itu , Klang menjadi pusat perdagangan bijih timah yang penting. Bangunan satu blok ini mempunyai dua tingkat yang dibina berdekatan dengan Sungai Klang. Bumbung bangunan ini pula mempunyai dua lapis. Dari Gedung Raja Abdullah, kami melawat ke Kota Raja Mahadi. Kota itu terletak di atas bukit yang berhampiran dengan Sungai Klang. Kota yang menyerupai pintu gerbang itu diperbuat daripada batu dan daun pintunya daripada kayu. Didalam kota itu terdapat makam Allahyarham Mohamad Akib, Ketua orang Bahra yang menjadi pahlawan Raja Mahadi. Beliau telah terkorban dalam peperangan antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah pada tahun 1866. Raja Mahadi dan tenteranya berkubu di kota itu, manakala Raja Abdullah berpindah ke Melaka. Setelah berada di sana lebih kurang setengah jam, kami pun manaiki bas untuk meneruskan lawatan. Pada pukul 12.00 tengah hari, kami tiba di Istana Jugra, Bandar, Selangor. Istana ini menjadi tempat bersemayam SultanAbdul Samad iaitu Sultan Selangor yang keempat. Reka bentuk istana tersebut amat menarik. Setelah puas melawat di sekitar istana itu, kami melawat ke Masjid Jamik, Kampung Bandar. Reka bentuk masjid ini amat menarik. Pelajar Islam mengambil kesempatan bersolat zuhur di Masjid itu. Selepas itu, kami menghala ke Pantai Morib dan tiba di Morib pada pukul 2.00 petang. Kami membuka bekalan makanan dan makan dengan berselera sekali.

Setelah puas berehat dan bermandi-manda kami bertolak pulangke sekolah. Kami tiba di sekolah pada pukul 6.00 petang. Sesungguhnya, lawatan ini banyak memberikan pengetahuan tentang sejarah Selangor kepada kami. Kami berharap lenih banyak tempat bersejarah di Selangor dapat kami lawati pada masa akan datang.

Laporan disediakan oleh,

(KHAIRI BIN KAMARUZAMAN) Setiausaha Persatuan Sejarah, Sekolah Menegah Kebangsaan Alam Megah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

36. Siapakah yang melawat ke Selangor pada 16 Julai yang lepas? A.40 orang ahli persatuan Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah, Shah Alam. B Pusat Perdagangan Bijih Timah C. Penduduk Gedung Raja Abdullah D. Persatuan KAdet Remaja Polis

37. Apakah keistimewaan Gedung Raja Abdullah? A. Bumbung bangunan yang mempunyai dua lapis B. Bangunan yang mempunyai dua tingkat C. Kota yang menyerupai pintu gerbang yang menarik D. Pintu yang dibuat daripada kayu

38. Berapa lamakah lawatan mereka ke Selangor?

A. 10.30 jam B. 10 jam C. 11jam D. 12 jam

39. Di manakah pusat pemerintahan SultanAbdul Samad? A. Istana Jugra, Bandar Selangor. B. Pantai Morib C. Masjid Jamik D. Muzium Timah

40. Sultan Abdul Samad ialah Sultan Selangor yang ke berapa?

A. 4 B. 6 C. 8 D. 10

Anda mungkin juga menyukai